
'Apa yang berlaku? Lupa aku dah selamatkan Mizuki dari kemalangan. Dan aku pula yang menjadi mangsa. Oh, tuhan...bagi aku peluang lagi kerana aku tak sempat menunaikan janji...'
"Jangan risau Azusa Chan."
"Siapa disana?!"
"Jangan takut aku adalah Dewi akan menunaikan permintaanmu." Lalu Dewi itu menunjukkan dirinya itu. Terbeliak mata Azusa apabila melihat kelibatan Dewi tersebut. Seperti dalam manga.
"Kasihan sungguh kamu, Azusa chan. Baru lepas kelulusan dah meninggal." Kata Dewi itu rasa persimpati terhadap Azusa.
"Nak buat macam mana dah takdir kan." Mengeluh Azusa, dia sendiri pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
"Baiklah, saya akan tunaikan permintaan awak. Jadi apa permintaan awak?" Tanya Dewi itu kepada Azusa. "Eh?! Betul ni boleh minta?!" Tanya Azusa dengan mata yang berbintang bintang.
"Of course!" Jawab Dewi itu sambil tersenyum. "Yosh! Saya nak hidup kembali di dunia lain dan saya nak ada kekuatan untuk melindungi semua orang!" Minta Azusa dengan penuh semangat.
"Baiklah." Jawab Dewi sambil tersenyum. "Aik! Mudahnya." Komen Azusa apabila melihat perangai Dewi.
Ada ke Dewi macam tu? "Sebab ramai dah buat permintaan macam tu, dan akhirnya mereka mati kedua kali dengan umur yang sangat muda daripada awak." Kata Dewi itu sambil menunjuk muka yang menyeramkan.
Terkejut Azusa di buatnya. Minta permintaan macam tu boleh mati lagi.
"Kenapa boleh jadi macam tu?" Tanya Azusa dengan serius. "Kerana mereka tidak menepati janji mereka. Budak budak zaman sekarang mudah lupa dengan janji mereka." Jawab Dewi sambil memicit kepalanya.
Azusa menunduk kepalanya, dia sendiri tidak menepati janjinya kepada kawan kawannya lebih lebih lagi Mizuki.
"Oh, lupa tentang urusan kita sekarang. Saya boleh tunaikan permintaan awak tu. Jadi awak nak keluarga macam mana?" Tanya Dewi memasuki topik pertama.
"Eh? Boleh pilih ke?" Tanya Azusa semula. "Mestilah, saya dewi yang baik tau. Susah nak cari seperti saya ni." Jawab Dewi sambil memuji dirinya sendiri. "Baiklah, saya ikut jer nak keluarga yang mana." Jawab Azusa membuat keputusan.
"Eh? Biar betul awak ni, orang lain semuanya pilih dan awak orang pertama yang suruh saya pilih. Cuba bagitahu, kenapa awak suruh saya pilih untuk awak?" Tanya Dewi tu lagi.
__ADS_1
"Mudah jer, awak kata awak adalah dewi yang baik. Jadi saya percaya kepada awak." Jawab Azusa dengan ringkas.
Sebenarnya Azusa tak nak membazir masa. Kalau dia pilih nak dekat 2 jam. "Baiklah! Saya akan pilih keluarga yang sangat terbaik dan seorang yang sangat sesuai untuk awak seorang jer!" Kata Dewi dengan bangga. Kali pertama dia kena puji oleh manusia, siapa lah tak suka kalau kena puji.
"Dan satu lagi sebelum saya lupa nak bagitahu tentang kelahiran semula awak. Semasa awak berusia remaja awak akan ditimpa musibah iaitu ada orang lain akan membunuh awak tanpa awak sedari." Kata Dewi dengan wajah yang seram.
Terkejut Azusa dengan kata Dewi itu. Adakah dia akan mati untuk kedua kalinya?
"Tapi awak jangan risau, saya akan beri buku ni kepada awak supaya awak boleh ubah cerita tentang kehidupan awak. Buku ni akan tunjukkan setiap perbuatan awak yang baik dan buruk. Bila buruk awak cepat cepat ubah cerita kehidupan awak. Alah, lebih kurang awak tahu tentang masa depan." Terang Dewi sambil menunjukkan buku tersebut.
"Etto....Macam mana saya nak bawak buku ni kalau saya hidup semula, mestilah orang lain akan perasan?" Tanya Azusa, risau jugak kalau orang lain jumpa buku tu macam mana?
"Oh, kalau begitu. Awak kena sebut 'System Commender' dan buku ni akan buka depan awak lalu ia akan tunjukkan cerita kehidupan awak." Jawab Dewi sambil mengenyit matanya. Azusa mengangguk tanda faham.
"Dan saya akan bagi satu hadiah untuk awak." Kata Dewi itu sambil tersenyum. "Hadiah?" Tanya Azusa.
"Saya akan bagi awak seorang peri yang kecil, dia akan menjadi pembantu awak tentang menjalankan kehidupan awak tu. Dan hanya dia dan awak tahu tentang awak lahir kembali ni." Jawab Dewi.
"Awak juga perlu berjanji bahawa awak akan gunakan kuasa awak dan kepintaran awak untuk kepentingan orang lain jugak, dan jangan menjadi tamak harta dan gilakan kuasa. Kalau tak, awak akan turut serta seperti mereka yang saya ceritakan awak tadi." Pesan Dewi itu dengan muka yang serius.
"Baiklah! Saya janji akan gunakan kuasa dan kepintaran saya untuk membantu orang lain!" Jawab Azusa dengan penuh semangat dan akan menepati janjinya.
"Hmmm, tak sia sia saya pilih awak. Oh! Sekarang saya dah tahu keluarga apa yang sesuai untuk awak dan peribadi awak yang sesuai. Saya harap awak suka dengan pilihan saya ni." Kata Dewi menemui idea.
"Arigatou Dewi! Saya akan menghargai pemberian awak kepada saya." Ucap Azusa sambil menunduk kepalanya.
"Sama sama. Saya harap awak bersedia untuk ke dunia baru awak, Azusa Chan." Kata Dewi lalu mengeluarkan tongkat ajaibnya. "Yosh! Saya bersedia!" Jawab Azusa dengan penuh semangat.
"Baiklah! Dengan kuasa sakti bersinar sinar, saya akan tunaikan permintaan kamu, Aiba Azusa!" Kata Dewi membaca mentera lalu cahaya itu pun menuju kearah Azusa. Azusa pun menghilang.
"Saya harap awak suka kehidupan awak kedua, Azusa chan." Kata Dewi itu.
__ADS_1
⭐⭐⭐
Waaaawaaawaa!!!!
"Tahniah Tsukasa sama! Tuanku mendapat anak perempuan yang comel!"
"Biar beta dukung anak beta."
'Kenapa beta? Eh, jangan jangan!?' Azusa pun cepat membuka matanya. Terbeliak Azusa apabila dia sedar dia nampak dada yang besar di mukanya.
"Ara, kamu ni comellah." Puji seorang perempuan yang cantik. Azusa pun melihat tangannya, terkejut Azusa apabila melihat tanganya menjadi tangan bayi.
'Aku menjadi bayi?!!!'
"Tsukasa!!" Tiba tiba ada seorang lelaki dan budak perempuan dan budak lelaki kembar datang.
"Kita dapat puteri yang comel, Kazuto kun." Kata Tsukasa sambil tersenyum. Kazuto pun mendukung Azusa dengan gembira.
"Alysa, Azri. Kamu berdua dapat adik perempuan baru." Kata Kazuto sambil menunjuk bayi kepada anak kembarnya.
"Wah! Kawaii!!" Puji Alysa menyentuh pipi bayi itu. "Ayahanda, kenapa dia punya rambut berwarna merah jambu cerah?" Tanya Azri apabila melihat warna rambut bayi itu.
Padahal keluarganya berketurunan rambut warna pirang dan coklat. "Patik dengar kalau dapat bayi macam ni bermaksud keluarga tuanku bertuah dan sentiasa bernasib baik." Jawab pembantu istana.
"Kalau macam tu. Beta akan namakan bayi ni Kaguya Elisa, kerana penampilannya yang cukup cantik. Dan mulai hari ini dia digelar sebagai Puteri Kaguya Elisa!" Ucap Raja Kazuto.
'Eh!? Aku menjadi puteri!? Ni mesti dewi yang memberi pilihan....Haih menyesal aku....'
"Elisa sama senyap?" Hairan pembantu istana itu. 'Lupa pulak aku ni bayi!'
"Waaaawaaawaaa!"
__ADS_1
Bermulalah kehidupan Aiba Azusa menjadi Puteri Kaguya Elisa sekarang. Apa yang akan berlaku kehidupan Puteri Kaguya Elisa? Adakah dia berjaya mengelak dari kematian bunuhan kedua kalinya?