
Di kawasan area itu, sudah kecoh kerana para penonton nampak kemunculan wanita yang akan menghancurkan kerajaan mereka iaitu Satria Star.
Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa memandang kearah puteri mereka dengan keadaan risau. Tiba-tiba ada seorang pengawal istana datang menghadap Raja Kazuto.
"Maafkan kami tuanku! Kami dah cuba pelbagai cara untuk pecahkan dinding itu tapi tidak berkesan." Kata pengawal itu memberi laporan kepada Raja Kazuto.
Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa terkejut dengan laporan pengawal itu. Macam mana nak selamatkan Puteri Elisa yang sudah hilang kawalan?
Kembali ke situasi Elisa.
Shary dan Hina terkejut apabila melihat keadaan Elisa yang sedikit sakit. "Macam mana kita nak tolong Elisa sama?" Tanya Hina sambil memandang ke arah Shary. Shary pun menggelang kepala.
"Kita tak boleh lakukan untuk selamatkan Elisa sama, sebab kuasa bintang itu sangat kuat. Agak mustahil untuk kita mengawal Elisa sama." Jawab Shary dengan nada lemah.
Hina terkejut dengan jawapan Shary itu, takkanlah mereka berdua hanya tengok. Perasaan Shary sebenarnya mahu menolong Elisa tetapi dia tak tahu cara nak menenangkan hati Elisa.
"Kau ingat aku takut kepada kau walaupun kau dah tunjukkan diri kau sebenar!!!" kata naga itu dengan angkuh.
Elisa pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya lalu menunjuk kearah naga itu.
"Matilah kau!!" Naga itu pun menghempus nafas berapi kearah Elisa tanpa rasa takut. Elisa pun membelah api itu.
Lalu Elisa melompat kearah naga itu dengan sepantas kilat. "Macam mana kau." Belum sempat naga itu pertanya, Elisa menumbuk perut naga itu dengan sekuat hati.
Naga itu pun jatuh ke tanah kerana tumbukan Elisa sangat kuat. Naga itu pun memandang ke arah Shary dan Hina, lalu dia pun mendapat akal.
Naga itu pun menyerang Shary dan Hina. Mereka menjerit dalam ketakutan. Dengan sepantas kilat, Elisa pun mengeluarkan perisainya untuk melindungi kawannya.
Raja Kazuto terkejut apabila melihat kelakuan Elisa yang menyelamatkan kawannya.
"Proffer, kamu nampak tak?" Tanya Kazuto kepada menteri sihir. "Patik nampak tuanku, Patik macam tak percaya yang Elisa sama tetap menlidungi Shary dan Hina. Dan patik rasa Elisa sama masih dalam keadaan sedar diri lagi." Jawab Proffer sambil memandang kearah Elisa itu.
Shary dan Hina juga terkejut apabila melihat Elisa masih menlidungi mereka berdua.
"E...Elisa sama..." Panggil Shary dengan nada perlahan. "Saya akan lindungi korang, jangan risau." Jawab Elisa sambil tersenyum sinis.
Mereka berdua terkejut yang Elisa tidak hilang kawalan tapi dia dapat mengawal kuasanya itu.
"Star Beam!!!!" Elisa pun menembak kearah tangan naga itu. "Argh!!!" Naga itu menjerit kesakitan, tangannya sekarang tak boleh digerakkan kerana lukanya terlalu dalam.
Naga itu pun terbang ke atas lalu dinding plasma itu dipecah. "Aku akan hancurkan semua orang disini!!" Kata naga itu itu dengan berani. Semua orang yang berada di kawasan area itu terkejut lalu mereka panik mahu keluar dari area tersebut.
Namun pintu itu ditutup oleh naga itu dengan dinding plasma di luar. "Tuanku! Apa kita perlu lakukan sekarang?!" Tanya pengawal istana itu dengan nada panik.
__ADS_1
Raja Kazuto hanya berdiam diri kerana dia sendiri tidak tahu apa yang patut mereka lakukan sekarang. Elisa pun menghampiri keluarganya. Mereka terkejut apabila melihat Elisa dengan rupanya itu.
"Biar Elisa selesaikan semua ni." Kata Elisa merelakan dirinya untuk menlidungi semua orang. Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa terkejut dengan kata Elisa itu.
"Jangan Elisa! Naga tu terlalu kuat!" Larang Permaisuri Tsukasa dengan risau. Elisa pun memandang ke arah semua orang yang dalam ketakutan dan panik. "Jangan risau Okasama, Elisa akan baik baik jer. Tolonglah percaya kepada Elisa." Kata Elisa sambil tersenyum kearah Permaisuri Tsukasa lalu Elisa pun terbang menuju kearah naga itu.
'Semoga berjaya Elisa chan.' Bisik Permaisuri Tsukasa sambil memandang kearah Elisa.
Elisa sudah hampir kearah naga tersebut. Naga itu memandang kearah Elisa dengan tajam.
"Rasakan ni!! Hembusan api plasma terkuat!!!!" Naga itu pun menghempus nafas berapi plasma kearah area tersebut. Elisa pun berhenti terbang apabila melihat api itu.
Elisa pun mengeluarkan sihir bintangnya dengan penuh semangat. 'Aku akan lindungi semua orang, walau apa-apa pun!!' Bisik Elisa, tiba-tiba aura Elisa semakin menguat.
Semua orang di area itu terkejut apabila melihat aura sihir Elisa itu sangat kuat. "Wahai bintang yang aku kagumi, lindungilah semua orang dengan sekuat hati mu!!" Arah Elisa dengan nada yang tinggi.
Tiba-tiba langit itu berubah menjadi gelap dan muncul kelipan bintang di langit. Kuasa bintang itu pun menlidungi erea tersebut daripada terkena api plasma itu.
Di erea tersebut tidak kena dengan serangan api itu walaupun sedikit. Mereka rasa bersyukur kerana Elisa menlidungi mereka semua daripada terkena serangan api itu.
'Elisa sama, saya dah tahu kelemahan naga tu. Elisa sama perlu hancurkan kristal di dalam badan naga itu.' Kata Yuna memberitahu cara nak kalahkan naga itu.
Elisa pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya. Elisa merasakan ini sedikit sulit untuk hancurkan kristal di dalam badan naga itu.
Namun Elisa percaya bahawa dia boleh melakukan semua ni untuk menlidungi semua orang termasuklah lelaki yang mengaktifkan kristal itu.
Semua orang di erea itu terkejut apabila melihat Elisa masuk ke dalam mulut naga itu dengan berani.
Tiba-tiba ada satu cahaya keluar dari mulut naga itu.
Bomm!!!
Elisa berjaya mengeluarkan kristal itu di dalam badan naga itu. Naga itu pun kembali badan lelaki itu balik.
Akhirnya Elisa berjaya mengalahkan naga itu. Semua orang disitu pun bersorak kepada Elisa.
"Arigatou Elisa sama!!"
"Elisa sama adalah hero kami!"
Sorak mereka dengan gembira. Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa pun turut bangga dengan Elisa kerana berjaya mengalahkan naga itu.
Tiba-tiba kepala Elisa merasa pening dan tidak boleh kawal badannya. Sekarang badan Elisa tidak stabil lalu Elisa pun jatuh kebawah.
__ADS_1
"Elisa sama!" Jeritan Shary lalu dia berlari kearah Elisa untuk menyambut Elisa sebelum dia jatuh kebawah. "Angin lembut!" Hina mengeluarkan kuasa anginnya supaya Elisa jatuh dengan perlahan.
Shary berjaya menyambut Elisa dengan selamat. "Elisa sama." Panggil Shary, Elisa tidak sedarkan diri akibat dia gunakan sihir bintang itu dengan kuat. Lalu Elisa pun dibawa ke istana untuk mendapatkan rawatan.
...****************...
"Azusa!!"
Azusa pun tersedar dari pengsannya. Dia melihat Mizuki berada disampingnya sambil air mata mengalir.
"Mi..Mizuki?" "Azusa! Syukurlah awak selamat!" Ucap Mizuki lalu dia memeluk Azusa dengan erat. Azusa pun membalas pelukan kawan baiknya.
"Ano Mizuki, apa terjadi tadi?" Tanya Azusa sedikit hairan, dia tak ingat apa terjadi tadi. Dia sedar sedar jer dah terbaring diatas rumput yang selesa juga.
"Awak memang pelupalah, Azusa. Awak panjat pokok yang tinggi tu semata-mata untuk selamatkan kucing saya." Jawab Mizuki sambil menunjuk pokok yang Azusa panjat tadi.
Azusa pun memandang ke arah pokok yang ditunjuk Mizuki tadi. Azusa baru teringat bahawa dia panjat pokok itu semata-mata untuk selamatkan kucing Mizuki yang kejar burung tadi. Patutlah kepala dia sakit tadi.
"Kalau awak nak selamatkan kucing saya pun, awak perlu penting keselamatan awak tu. Sebab keselamatan awak tu yang penting." Pesan Mizuki sambil memarahi Azusa.
Azusa selalu lakukan sesuatu benda mesti dia tak fikirkan tentang keselamatan dirinya.
"Hehehe, tak mengapalah yang penting sekarang kucing awak selamat." Kata Azusa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Awak jangan bodoh, Azusa! Awaklah yang paling penting bagi saya! Kalau apa-apa berlaku kepada awak, siapa yang sedih...saya juga yang sedih... Saya... tak nak.... kehilangan awak!!" Marah Mizuki sambil air matanya mengalir.
Azusa pun merasa bersalah apabila mendengar kata Mizuki itu. Lalu Azusa pun memeluk Mizuki supaya Mizuki tenangkan diri.
"Maafkan saya Mizuki, saya janji takkan susahkan semua orang lagi." Kata Azusa sambil memeluk Mizuki.
Mizuki pun membalas pelukan Azusa. "Awak jangan buatkan semua orang risaukan awak, mereka pun sayangkan awak dan mengambil kesah tentang awak juga." Pesan Mizuki lagi.
Azusa pun mengangguk tanda faham, dan mulai hari itu Azusa akan sedikit berhati-hati.
...****************...
Puteri Elisa pun tersedar dari mimpinya. Elisa pun bangun lalu memandang kiri dan kanan. Sekarang dia berada di biliknya. Elisa pun melihat lengan tangannya berbalut akibat luka terkena api tadi.
'Maafkan saya Mizuki, saya mungkiri janji lagi. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak selamatkan semua orang dari naga tu. Kalau awak ada mesti awak akan marahkan saya kerana saya tak ingat tentang pesanan awak, Mizuki. Saya betul-betul rindukan awak, Mizuki.' Bisik Elisa sambil memandang bulan di malam hari yang begitu indah.
Baginya, Mizuki ibarat bulan yang sentiasa menemani semua orang pada waktu malam. Kini dia merasa sedikit sunyi apabila Elisa tidak mendengar bebelan Mizuki yang kuat membebel kepadanya.
Tiba-tiba tanpa disedari, air mata Elisa jatuh keatas pipinya. 'Mizuki, saya betul-betul rindukan awak dan saya sangat berharap kita akan berjumpa lagi di dunia ni. Awaklah kawan baik terbaik saya Mizuki.' Bisik Elisa sambil mengelap air matanya.
__ADS_1
Dia percaya satu hari nanti dia akan bertemu semula dengan Mizuki. Cepat atau lambat dia tetap akan menunggunya.
'Sahabat yang sangat setia sangat berharga bagi diri seseorang itu, kerana dialah membantu kita saat kita jatuh dan bangkit. Dia setia berada disisi kita tanpa mengharapkan harta kita ataupun keuntungan kita. Sahabat yang sejati seperti nyawa kita juga. Jadi hargailah mereka selagi mereka masih hidup.'