
Puteri Elisa dan Karin pun tiba di klub penelitian itu. "Sinilah tempat klub kami." Kata Karin, lalu Karin pun membuka pintu bilik klub mereka.
Booomm!!
Tiba-tiba sahaja meletup di dalam klub itu setelah Karin membuka pintu.
"Mitsuha! Lain kali jangan lah salah letak cecair tu!"
"Maafkan saya!"
"Dahlah korang berdua."
Elisa merasakan ada peperangan dalam klub ni. "Ano, senpai. Kita ada pelajar nak sertai klub kita ni." Kata Karin memerhentikan perbalahan mereka.
Mereka bertiga pun berpaling kearah Karin dan Elisa. Lalu mereka pun terkejut apabila melihat kelibatan Elisa.
"Elisa sama!!"
"Saya yang ajak Elisa untuk sertai klub kita ni." Kata Karin dengan nada gembira. Salah satu antara mereka menepuk bahu Karin.
"Karin! Kamu hasuk macam mana kepada Elisa sama?!!" Tanya salah seorang dari mereka sambil mengoncang badan Karin.
"Ano! Ni bukan salah Karin, tapi saya sendiri mahu sertai klub ni. Boleh ke saya sertai klub ni?" Tanya Elisa meminta kebenaran untuk sertai klub penelitian ni.
"Eh! Bo...Boleh jer! Sebelum tu, kami memperkenalkan diri dulu. Saya adalah ketua klub penelitian ni, Yuzuki Mahiru dari kelas 2 dan panggil sahaja Mahiru." Kata Mahiru mempertahankan dirinya.
"Saya Hoshino Miyako dari kelas 2 juga, panggil saya Miya lebih mesra." Kata Miya mengenalkan diri. "Saya pulak! Nama saya Fubuki Mitsuha dari kelas 2 juga dan panggil saya Mitsuha." Kata Mitsuha mengenalkan dirinya.
"Ahli klub kami hanya ada 4 orang saja, dan saya seorang jer pelajar kelas 1." Kata Karin menambah info. Elisa tak sangka, sikit betul pelajar dalam klub ni.
"Betul ke Elisa sama nak sertai klub kami yang tak seberapa ni?" Tanya Mahiru untuk kepastian, bukan apa. Kalau orang kampung ke boleh kira, ini seorang puteri.
"Yup! Saya rasa bosan juga bila lakukan hal biasa di istana, jadi saya nak melakukan hal yang luar biasa!" Jawab Elisa dengan penuh semangat.
__ADS_1
"Macam mana pula dengan Alysa sama?" Tanya Mitsuha pulak. "Haah, bukan Alysa sama lebih suka kalau awak sertai klub OSIS bersama dia?" Sokong Karin memikirkan tentang Alysa.
Selalunya adik beradik kerajaan akan sekali klub, maklumlah mereka kan adik beradik sangat penting.
"Onesama ada tanya hal ni, tapi saya tolak jer." Jawab Elisa dengan ringkas. "Tolak!?" Terkejut mereka apabila mendengar jawapan Elisa.
Tak sangka Elisa boleh menolak permintaan kakaknya sendiri. Elisa bukan apa, dia tak nak menganggu kakaknya sahaja. Nanti tak pasal-pasal dia di kena peluk dan bermanja.
"Maksudnya, awak memang tak sukalah dengan banyak kerja ni?" Tanya Karin untuk mengenal pasti. "Haah." Jawab Elisa dengan ringkas.
"Jadi, apa klub ni kena buat?" Tanya Elisa tentang pekerjaan klub penelitian ni. "Kami hanya meneliti dan melakukan uji kaji terhadap batu sihir yang jarang di temui." Jawab Mitsuha tentang kegiatan klub mereka.
Elisa memandang sekeliling di klub mereka, Elisa melihat penuh dengan alatan ciptaan Karin tu. "Elisa, awak mahu cuba tak alat ciptaan kami?" Tanya Karin dengan nada serius. "Eh?"
Tanpa membuang masa Karin pun menarik Elisa ke taman tadi sambil membawa barangnya.
Tiba di taman, Karin pun mengeluarkan batangnya dalam kotak kayu. "Ciptaan apa awak cipta kali ni?" Tanya Elisa."Jeng! Penyapuh terbang!" Jawab Karin sambil menunjuk penyapuh terbang.
"Biar saya terangkan, penyapuh terbang ni dibuat daripada batu sihir terbang yang diteliti oleh Mahiru senpai. Jadi saya dapat idea untuk gabungkan dengan penyapuh." Terang Karin tentang ciptaannya.
"Ok..." Elisa pun mengambil penyapuh terbang itu. Lalu Elisa pun duduk di atas penyapuh itu. Tiba-tiba penyapuh itu bergegar dengan laju.
"Awak perlu ingat, cara nak kawal ni mudah jer. Awak perlu gerakkan penyapuh ni." Belum sempat Karin menerang cara membawa penyapuh terbang, Elisa sudah terbang dengan penyapuh terbang.
"Mana Elisa sama?" Tanya Mahiru yang baru tiba bersama dengan Miya dan Mitsuha. "Dah terbang." Jawab Karin sambil menunjuk ke arah Elisa yang sedang terbang. "Eh!!!" Terkejut mereka bertiga apabila melihat Elisa terbang.
"Waahhhh!!!" Elisa pengang kuat kuat penyapuh terbang itu. Elisa tidak tak tahu cara nak kawal penyapuh terbang ni. "Tolonglah berhenti!" Tiba-tiba penyapuh terbang itu berhenti bergerak.
"Nasib baik... Tapi tiada teruk sangat. Yosh! Mari kita cuba, terbang!" Elisa pun mengawal penyapuh terbang itu. "Superstar!!" Elisa bersorak gembira apabila dapat mengawal penyapuh terbang itu.
"Nampak macam Elisa dah boleh kawal." Kata Karin apabila melihat Elisa sedang bergembira menaiki penyapuh terbang itu.
Tiba-tiba penyapuh terbang yang dinaiki oleh Elisa menjadi gegar. Penyapuh itu pun hilang kawalan. "Wahhh!"
__ADS_1
"Alamak! Batu sihir tu dah sampai batas! Lupa pulak nak bagitahu tentang batu sihir ni." Kata Mitsuha apabila melihat warna batu sihir di penyapuh terbang itu sudah berubah warna.
"Kenapa tak bagitahu awal-awal!!" Jerit mereka lalu mereka berempat pun pergi mengejar Elisa yang sudah hilang kawalan.
Elisa sudah berusaha untuk mengawal penyapuh terbang itu tetapi tidak berhasil. Elisa terkejut apabila melihat Shary dan Hina berjalan di hadapannya.
"Shary! Hina! Ke tepi!!!" Jerit Elisa. Shary dan Hina terkejut apabila melihat Elisa, lalu mereka berdua pun mengelak.
Poomm!
Elisa pun terjatuh di dalam semak. "Elisa sama!" Shary dan Hina pun menghampiri Elisa lalu menolong Elisa untuk keluar dari semak.
"Adeh.... peningnya..." Kepala Elisa sudah pening. "Elisa sama!" Mereka berempat pun tiba dengan muka risau.
"Elisa sama tidak apa-apa?" Tanya Mahiru dengan serba salah dengan Elisa. "Sa....Saya...ok..jer." Jawab Elisa dengan pening. Elisa merasakan nak muntah pun ada.
"Maafkan kami Elisa sama! Saya betul-betul terlupa tentang batu sihir itu yang ada batasnya." Ucap Mitsuha sambil sujud ke tanah.
Kalau ada terjadi kepada Elisa, mungkin mereka akan kena hukuman yang berat. "Penyapuh terbang ni....sangat.... Superstar!" Kata Elisa dengan nada semangat dan berbintang gembira.
"Eh?" Mereka rasa hairan apabila mendengar ayat Elisa itu. Sepatutnya Elisa kena memerahi mereka, ni tak. Karin pun ketawa apabila mendengar ayat Elisa itu, ini membuatkan hati Karin semakin semangat.
"Macam tulah Elisa. Ini kali pertama saya melihat orang lain semangat selepas cuba ciptaan saya." Kata Karin sambil mengelap air matanya yang keluar kerana ketawa terbahak-bahak.
Mereka pun kembali hairan pula dengan Karin apabila ketawa macam tu jer. "Karin, selepas awak baiki penyapuh terbang ni saya akan cuba lagi. Kali ni saya mesti boleh kawal." Kata Elisa dengan semangat lagi.
"Semestinya! Awak orang pertama yang akan naik dulu penyapuh ni. Dan mungkin saya kena tambah sedikit sesuatu." Jawab Karin dengan semangat juga.
Kenapa mereka berdua sangat semangat dengan benda macam ni? Itulah yang mereka fikirkan apabila melihat gelagat mereka berdua.
"Mari kita lakukan terbaik Karin!"
"Itu semestinya Elisa!"
__ADS_1
"Yeay!!"
Mereka berdua pun bertepuk tangan dengan gembira. Apa yang berlaku ni? Mereka merasakan akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap mereka berdua ni.