Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 26 Kisah Satria Star sebenarnya


__ADS_3

Azusa pun memandang ke kiri dan kanan mahu melihat sekelilingnya. Tiba-tiba Azusa ternampak seorang kanak-kanak perempuan yang sedang di buli oleh sekumpulan kanak-kanak lain.


"Oi! Kenapa korang ni! Hah?" Azusa terkejut apabila tangannya tidak boleh menyentuh kanak-kanak itu. Azusa rasa mungkin mereka juga tidak boleh mendengar suaranya.


"Kau tu memang tak guna! Mentang mentang kau dapat kuasa bulan, kau nak bantu semua orang! Jangan mimpilah!" Ejek salah seorang dari kumpulan pembuli itu.


Budak perempuan itu mengalir air mata kerana diejek oleh kawannya. Ini membuatkan Azusa naik angin. "Kenapa dengan budak ni?! Apa salahnya dia ada kuasa bulan ni?" Bebel Azusa tidak berpuas hati.


Azusa pun melihat di tangan budak perempuan itu ada lambang bulan bercahaya. Azusa sedikit terkesan dengan tangan budak perempuan itu.


"Oi! Siapa suruh kau buli dia?!" Tiba-tiba ada seorang budak perempuan menlidungi budak perempuan yang dibuli tu.


Azusa terkejut apabila melihat wajah budak perempuan itu. Dia sedikit mirip dengan Elisa yang memiliki jenis dan warna rambut yang sama.


"Hah? Siapa kau nak halang kami?" Tanya salah seorang dari mereka itu. "Baik kamu semua pergi dari sini dan jangan ganggu dia." Arah budak itu.


"Lepas tu, apa kau nak lakukan kepada kami kalau kami tak." "Aku sendiri yang akan berikan kepada korang akibatnya." Potong budak perempuan itu sambil menunjuk tangannya ada lambang bintang.


Mereka terkejut apabila melihat lambang di tangannya. "Korang tahukan apa akibatnya kalau bintang dan bulan bergabung kan?" Tanya budak itu sambil tersenyum sinis kearah mereka.


Mereka pun lari dengan ketakutan, Azusa tak sangka yang budak perempuan itu hebat.


"Awak ok?" Tanya budak perempuan itu kepada budak yang dibuli tadi. Budak itu pun mengangguk perlahan. "Nama saya Star, selamat perkenalan." Kata Star mengenalkan dirinya sambil tersenyum.


Azusa terkejut apabila mendengar nama Star. "Se..Selene." Kata Selene mengenalkan dirinya dengan malu. Star hanya tersenyum apabila mendengar nama Selene.


"Neh, Selene. Apakata kita kawan baik." Cadang Star sambil memegang tangan Selene. "Tapi...kuasa bintang dan bulan tidak boleh bersama. Nanti orang lain tahu kita adalah pemberontak." Kata Selene tentang syarat itu.


"Kita berkawan rahsia lah. Tiada siapa pun tahu dengan hubungan kita. Saya betul-betul nak ada kawan seperti awak." Minta Star, Selene pun merasakan benda hal yang sama.


"Jom kita bermain di sana." Ajak Star lalu Star pun menarik tangan Selene dan berlari. Selene pun tersenyum gembira. Ini kali pertama dia mendapat kawan baik.


Azusa hanya melihat telatah mereka, ini membuatkan Azusa teringat tentang kali pertama dia berkawan dengan Mizuki.


Masa itu pun berlalu, Azusa ternampak Star dan Selene sudah menjadi remaja. Selene menjadi pelajar terkenal dengan akademi dia dan menjadi ketua OSIS. Manakala Star terkenal dengan seni pedangnya.


Azusa melihat hubungan di sekolah mereka hanya senyum sahaja dan tidak bercakap. "Mereka bergaduh ke? Ke, ada yang tahu tentang mereka?" Fikir Azusa dengan hairan.


Selesai persekolahan, semua pelajar dibenarkan untuk pulang. Selene hanya duduk di bangku yang disediakan sambil membaca buku.

__ADS_1


"Selene!" Star berlari kearah Selene sambil melambai. Selene pun tersenyum apabila melihat kelibatan Star.


"Maaf saya terlambat, tadi kawan saya ajak ke kedai tadi." Ucap Star sambil membuat gaya meminta maaf. " Kawan awak ke saya yang paling penting bagi awak, Star." Tanya Selene sambil memeluk tubuhnya.


Star terkejut dengan pertanyaan Selene. "Etto....saya kena pilih ke?" Tanya Star untuk mengenal pasti. "Itu dah semestinya." Jawab Selene dengan serius. Tak sangka pulak yang Selene boleh cemburu.


Azusa melihat perangai Selene, teringat pula tentang Mizuki. Macam tulah Mizuki bila dia cemburu, maklumlah ego tinggi kan.


Selene pun menunduk kepalanya kebawah. "Kenapa kita berdua dapat kuasa yang tidak boleh kita bersama?" Tanya Selene dengan suara perlahan


Star pun merasakan hal yang sama. Kenapa takdir mereka macam ni. Azusa melihat mereka pun rasa tersebak apabila melihat kehidupan pasangan kawan baik.


"Selene." Star pun memegang tangan Selene. "Walaupun kita dapat kuasa sangat kuat, ini bukan bermakna kita tidak boleh berkawan. Ini bukan halangan hubungan kita sekarang. Walaupun bulan bersendirian di waktu malam, bukannya bermaksud bulan sentiasa bersendirian. Tapi bintang sentiasa menemani bulan dan menghiasi waktu malam lagi." Kata Star memberi semangat kepada Selene.


Selene pun tersedar apa yang dikatakan oleh Star. "Tiada siapa boleh pisahkan bulan dengan bintang, samalah seperti kita. Tiada siapa pun yang boleh pisahkan kita. Selene, awaklah kawan saya yang sangat berharga di dunia ni. Tiada siapa pun boleh gantikan awak, saya dah agak awak ibarat nyawa saya sendiri." Kata Star dengan pandangan serius.


Tanpa disedari air mata Selene mengalir, lalu Star pun memeluk Selene dengan penuh kasih sayang. Selene pun membalas pelukan Star. Azusa pun melihat pandangan pun rasa gembira.


Tiba-tiba suasana berubah, Azusa berada di sebuah rumah yang sangat mewah. "Rumah siapa yang mewah ni?" Tanya Azusa sambil melihat suasana rumah tersebut.


"Takkan kita nak biarkan hubungan mereka terus macam ni! Ini boleh menyebabkan kerajaan ni akan musnah jika bulan dan bintang bergabung!" Marah seorang lelaki yang berpakaian mewah.


Azusa merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara mereka. "Saya cadangkan kita bunuh Si bintang tu." Cadang salah seorang dari mereka.


"Saya ada rancangan untuk membunuh budak bintang tu. Kita paksa Selene sama berkahwin dengan orang bangsawan yang terkenal dengan kekacakan tu. Selepas tu kita boleh lanjutkan dengan rancangan untuk membunuh budak bintang itu tanpa Selene sama mengetahui. Kita beritahu kepadanya bahawa budak bintang tu bunuh diri." Cadang salah satu mereka.


Lalu semua orang berada di sana setuju dengan rancangan lelaki itu. "Tunggu!! Apa semua ni?! Kenapa mereka tergamak lakukan semua ni?!" Marah Azusa siap hentak meja. Tetapi tiada sesiapa pun boleh mendengar percakapan Azusa.


Suasana pun berubah lagi, Azusa pun melihat suasana perkahwinan mereka pun berlangsung. Azusa ternampak Star memandang kearah Selene, lalu Azusa pun menghampiri Star untuk melihat wajahnya.


Riak wajah Star tersenyum, lalu dia pun berubah wajah kesedihan. "Kenapa semua ni boleh berlaku?" Tanya Star dengan nada perlahan. Azusa mendengar pun rasa terkejut.


Suasana pun berubah semula, Azusa melihat Star sedang berlatih pedangnya. "Mesti dah beberapa hari berlalu setelah Selene berkahwin." Kata Azusa sambil memandang kearah Star.


Tiba-tiba Star ternampak ada seorang merebahkan diri dengan pakaian menutup badannya. Lalu Star pun menghampiri orang itu.


"Awak tidak apa-apa ke?" Tanya Star sambil membuka baju itu. "Selene?!" Terkejut Star apabila melihat muka Selene itu. "Star, tolong saya. Suami saya bukan orang baik. Dia mahu bunuh saya." Kata Selene dengan nada sedih. "Apa?!" Terkejut Star apabila mendengar kata Selene.


Azusa merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Azusa perasan Selene mengeluar pisau dari belakangnya, itu satu perangkap! "Hati-hati!!" Jerit Azusa.

__ADS_1


Selene menikam perut Star dengan sekuat tenaga. Star terkejut apabila melihat semua ni. Star menahan berdarahan namun pisau yang ditikam itu mengandungi racun.


"Mustahil...." Azusa tak percaya apabila melihat semua ni. Wajah Selene pun berubah menjadi seorang lelaki. Rupanya lelaki itu adalah suami kepada Selene yang telah menyamar menjadi Selene untuk membuat muslihat.


Di sebalik semak, keluarlah kumpulan lelaki dari menyorok. Azusa terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki itu, mereka yang merancang tadi.


"Bagus! Kerja kita dah berhasil."


"Sekarang kuasa bulan dapat kita kusai!"


"Tak sia sia kita rancang pembunuhan semua ni."


"Tak sia sia kita tipu Selene sama untuk berkahwin dengan kau."


Star yang masih bertahan mendengar semua itu, tak sangka Selene kena terpedaya dengan tipu helah mereka.


"Mari kita tamatkan riwayat budak bintang ni." Kata suami Selene, lalu dia mengangkat pedangnya untuk membunuh Star.


"Aku takkan benarkan!!" Tiba-tiba ada tembakan yang terkena pedang itu. "Siapa tu?!!" Tanya lelaki itu. Mereka terkejut apabila melihat Selene berada di situ.


"Selene sama!" "Aku takkan benarkan korang bunuh Star!" Halang Selene menlidungi Star. "Se...Selene.." "Tapi Selene sama, Star telah." "Korang ingat aku tak dengar ke cakapan korang tadi?! Aku dah dengar semuanya!" Kata Selene dengan nada yang sangat marah.


"Kau lebih sayang kawan kau daripada aku!!" Marah suami Selene dengan nada geram. "Aku tak berminat pada kau asalnya, tapi kau yang paksa aku kahwin supaya kau tak nak bunuh Star. Tapi semua kebohongan belaka. Kasih sayang aku terhadap Star lebih tinggi daripada sesiapa pun!" Jawab Selene yang mempertahankan Star.


"Aku akan bunuh kau!!" Lelaki itu menggunakan sihirnya supaya Selene tidak boleh bergerak. Lalu dia pun mahu membunuh Selene.


"Jangan!!!" Jerit Azusa dengan ketakutan apabila melihat semua ni. Selene membuka matanya, lalu terkejut. Yang kena tikam adalah Star yang masih boleh berjalan lagi.


Star pun merebahkan diri. "Star!!!" Selene pun memeluk Star dengan erat. "Se..Selene... Maafkan saya. Saya sangat... sayang kan...awak...Selene.." Star pun menghempus nafas terakhir. "Star!!!" Selene memeluk Star dengan erat walaupun banyak darah melekat badannya.


"Ka...Kau... aku takkan maafkan korang!!!!" Mata Selene berubah menjadi bulan yang terang disebelah matanya. Dan sebelah matanya lagi berubah menjadi bintang yang bersinar kuat.


Kuasa Star telah pergi menghasut kepada Selene. Sekarang Selene memiliki dua kuasa yang berbeza. "Mari aku tamatkan riwayat korang semua!!" Selene pun mengeluarkan aura yang sangat kuat.


Ini kali pertama Azusa melihat aura yang sangat kuat. "Rasakan ni!! Star Moon Galaxy!!!!" Selene pun menghancurkan mereka dengan sekelip mata sahaja.


Tanpa sedari, semua kerajaan turut dimusnahkan. Itu yang berlaku pada waktu itu. Azusa sangat terkejut apabila melihat situasi tersebut, hanya tinggal Selene dan mayat Star.


"Star...saya betul-betul...tak boleh hidup tanpa awak... Apa yang akan berlaku seterusnya? Saya bersumpah ada yang akan menggantikan kita berdua. Saya...saya harap... kita tetap bersama..." Kata Selene sambil air matanya mengalir.

__ADS_1


Lalu Selene pun membunuh diri dengan kuasanya sendiri. Begitulah cerita hidup Satria Star yang sebenar.


Apakah yang dimaksudkan dengan cerita tersebut? Adakah Azusa memahami cerita itu?


__ADS_2