Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 30 Bertemu dengan makhluk yang membunuh


__ADS_3

Mereka pun tiba di penghujung jalan, tapi kelibatan benda itu sudah hilang. "Mana benda tu?" Tanya Elisa sambil memandang ke kiri kanan. Karin merasa lelah apabila penat berlari mengejar Elisa.


Punyalah Elisa lari seperti atlet sukan negara, laju betul. "Sekarang macam mana?" Tanya Karin tentang rancangan Elisa seterusnya. Elisa pun memandang kearah Karin, lalu Elisa terkejut apabila benda putih tu di belakang Karin.


"Karin, belakang awak!" Kata Elisa sambil menunjuk benda tu di belakang Karin. Karin pun memandang ke arah belakangnya dan terkejut.


"Kyaaaa!!!!" Karin pun berlari ke belakang Elisa apabila melihat benda tu di belakangnya. Siapalah tidak takut kalau benda tu berada di belakang kita.


Elisa pun memerhatikan benda tu dengan teliti, kerana bagi Elisa ada sesuatu yang pelik dengan hantu tu. "Cuba awak tunjukkan diri awak sebenar." Arah Elisa kepada hantu tu.


Karin terkejut apabila mendengar Elisa mengarah hantu menunjukkan dirinya. "Elisa?! Awak gila ke?!" Tanya Karin dengan ketakutan.


Bayangan itu pun menghpiri mereka berdua. Karin cepat-cepat berada di belakang Elisa. "Ke...Kenapa...awak..tak takut dengan saya...?" Tanya hantu itu kepada Elisa.


Karin hairan dengan hantu itu, kenapa dia bertany? Elisa pun tersenyum, lalu mendekati benda itu. "Saya tahu awak tak menakutkan, cuma awak menutup badan awak dengan kain ni. Tapi awak tak sangka pulak dengan cara ni awak boleh menakutkan orang lain. Betul tak?" Tanya Elisa dengan tenang.


Hantu itu pun terdiam apabila mendengar jawapan Elisa. "Betul..." Hantu itu pun membuka kain itu untuk menunjukkan wajahnya. Elisa dan Karin terkejut apabila melihat wajah hantu itu sebenarnya.


Memang dia hantu, tapi hantu merupakan seorang remaja perempuan yang jelita juga. "Tak sangka hantu yang dari cerita tu adalah hantu remaja perempuan yang cantik." Puji Karin apabila melihat wajah hantu tu.


"Macam mana awak jadi hantu?" Tanya Elisa mahu mengetahui lagi. "Nama saya Roselle, dan saya dari pelajar dari akademi ni. Sebenarnya saya telah terbunuh dari benda yang pelik 2 tahun yang lalu. Tak lama pun saya jadi hantu ni." Jawab Roselle tentang perkara sebenar.


.


"Sekejap, maksudnya awaklah pelajar telah di bunuh di akademi ni pada waktu malam kan?" Tanya Karin untuk mengenal pasti tentang cerita yang dia dengar sebelum ni.


"Yup! Saya ingat lagi." Jawab Roselle, tiba-tiba Roselle buat muka sedih. "Kenapa ni Roselle?" Tanya Karin dengan muka kasihan apabila melihat muka Roselle.

__ADS_1


"Sebenarnya saya tak kisah dengan keadaan saya sekarang, kerana saya tiada kawan dulu. Sebab tulah mereka menceritakan mengarut bila saya meninggal dunia ni. Tapi saya kasihan junior saya, dia selalu berada di sisi saya. Dan sekarang dia popular di akademi ni, saya sentiasa memperhatikan dia." Cerita Roselle tentang perkara sebenar.


Mereka berdua merasa simpati dengan keadaan Roselle. "Roselle, saya yakin junior awak akan sentiasa mengingati awak kerana awak dah banyak tolong dia." Kata Elisa memberi semangat kepada Roselle supaya dia tidak hilang semangat dan kepercayaan.


"Betul tu! Boleh kami nak tahu, siapa sebenarnya junior awak yang sangat awak percayai?" Tanya Karin yang ingin tahu.


Roselle pun tersenyum lalu memandang kearah Elisa. Elisa mula hairan apabila melihat Roselle memandang ke arahnya. "Kakak awak, Alysa chan." Jawab Roselle sambil tersenyum.


"Eh?!!" Terkejut mereka berdua apabila mendengar jawapan Roselle. Elisa sendiri tak tahu bahawa kakaknya ada senior yang dia sangat percayai.


"Elisa, awak tak tahu ke benda ni?" Tanya Karin kepada Elisa. "Manalah saya tahu, Onesama pun tak bagitahu. Sekejap, 2 tahun yang lepas saya nampak dia sangat sedih dan dia tak banyak bercakap waktu tu. Dia selalu mengigau sambil berkata 'Roselle senpai jangan tinggalkan saya.' Setiap malam pulak tu." Cerita Elisa tentang Alysa waktu tu.


Roselle merasa sangat rindu kepada Alysa dan rasa menyesal kerana meninggalkan dia. "Saya sangat mahu berjumpa dengan dia, sebab sekarang dia tidak seperti dulu." Kata Roselle tentang hajatnya.


"Kenapa dengan Alysa sama?" Tanya Karin lagi. "Dulu kalau dia berada dalam masalah, dia selalu mengadu kepada saya. Termasuklah tentang adiknya. Tapi bila ketiadaan saya, dia hanya berdiam dan tidak berkongsi pun masalah dia kepada sesiapa pun dan dia hanya senyum palsu bila orang lain bertanya masalahnya." Jawab Roselle sambil menunduk ke bawah.


Elisa pun perasan juga tentang perangai kakaknya itu. Kadangkala jer Alysa menceritakan masalahnya kepada Elisa. Memang sudah nak tahu Alysa ada masalah.


"Elisa elak!!" Karin menolak Elisa ketepi. Tiba-tiba ada satu serangan yang menyerang, nasib baik sempat mengelak dari serangan itu.


"Apa terjadi ni?" Tanya Elisa sambil terbatuk-batuk kerana banyak keluar debu. Elisa, Karin dan Roselle terkejut apabila melihat ada satu makhluk yang mencurigakan itu muncul di hadapan mereka.


Roselle turut terkejut kerana dia mengenali makhluk itu. "Apa terjadi ni?" Tanya Mahiru yang tiba-tiba muncul bersama Mitsuha dan Miya.


Mereka bertiga pun turut terkejut apabila melihat makhluk yang mencurigakan. "Makhluk tu... Korang semua kena lari dari sini sekarang!" Arah Roselle dengan tegas. "Kenapa Roselle senpai?" Tanya Karin yang masih tidak faham situasi yang kecoh ni.


"Makhluk itu sangat kuat! Dia boleh membunuh orang dengan sekali serangan dia sahaja. Dan makhluk ni jugak yang menyebabkan saya mati." Jawab Roselle dengan nada sedikit gementar.

__ADS_1


Mereka berdua terkejut apabila mendengar jawapan Roselle. Tiba-tiba makhluk itu muncul di belakang mereka dengan secara mengejut. Mereka tidak perasan dengan gerakan makhluk itu.


...****************...


Di istana pulak, Alysa merasa tidak sedap hati dengan Elisa. Alysa risau dengan keadaan adiknya yang masih belum pulang.


.


Azri pun memasuki bilik kakaknya. "Macam mana Azri?" Tanya Alysa dengan nada bimbang. Azri pun menggelang kepalanya. "Tapi kemungkinan besar Elisa menginap akademi tu, sebab hanya satu klub sahaja berada di akademi tu untuk menginap akibat hujan turun dengan lebat." Jawab Azri sambil memandang jendala.


Alysa terkejut, lalu tanpa membuang masa Alysa pun berlari keluar dari bilik dia. "Onesama!" Panggil Azri, tetapi panggilan itu di endahkan oleh Alysa.


...****************...


Di akademi,


Elisa sempat mengeluarkan pelindung bintangnya untuk menlidungi mereka dari serangan makhluk itu. Mereka pun menghempus nafas lega kerana mereka semua masih terselamat.


Tiba-tiba makhluk itu pun menembak leser kearah mereka. "Elak!!" Mereka pun cepat-cepat mengelak dari leser tu. Leser itu pun mengena kotak kayu itu. Kotak kayu itu pun hancur terus menjadi abu.


Mereka melihat nasib kotak kayu itu, dah ternganga mulut mereka. Nasib mereka sekarang sudah seperti kotak kayu itu.


Makhluk itu mahu menembak mereka lagi. "Dia nak tembak leser lagi!" Kata Roselle apabila melihat gaya makhluk itu mahu menembak mereka lagi.


"Aku takkan biarkan! Blaze larva!!" Mahiru memalingkan blaze larva kearah makhluk itu. Makhluk itu pun mengelak dari serangan Mahiru tersebut.


Tiba-tiba Karin perasan bahawa di tengkuk makhluk ada tanda yang sama seperti mereka berlawan dengan samurai tempoh hari yang lepas.

__ADS_1


'Takkanlah lagi.' Bisik Karin sambil memerhatikan tanda itu. "Karin!" Miya menolak Karin dari terkena tertembak leser. "Arigatou senpai." Ucap Karin berasa bersyukur kerana Miya sempat menolaknya dari terkena tembak leser tu.


Sekarang mereka perlu menghadapi makhluk yang sangat bahaya. Kalau mereka tersilap langkah, mereka akan akan menjadi nasib seperti kotak kayu itu.


__ADS_2