
Pada waktu rehat, Puteri Elisa dan Shary pergi ke kantin untuk makan sesuatu. Semasa mereka berdua berjalan, ramai pelajar memandang kearah Elisa seperti tak berpuas hati.
'Janganlah pandang macam tu...' Bisik Elisa membuatkannya tidak selesa. Setelah mendapat makanan mereka berdua pun duduk di meja kosong, tapi masih ada pelajar yang memandangnya.
"Kenapa ni Elisa sama?" Tanya Shary apabila melihat Elisa seperti tidak selesa. "Pelajar lain." Jawab Elisa dengan nada perlahan supaya pelajar lain tidak mendengar.
Shary pun memandang sekeliling mereka. Shary terkejut juga apabila ramai yang memandang Elisa seperti tidak puas hati. "Maaf Elisa sama, sepatutnya saya tak bawak awak datang kesini." Ucap Shary serba salah. "Tak mengapa, ni bukan salah awak pun." Jawab Elisa.
"Shary, kenapa mereka pandang saya macam tu?" Tanya Elisa yang ingin tahu. "Mungkin, mereka nak sedikit berjaga-jaga dengan Elisa sama. Kami semua dah tahu bahawa yang Elisa sama ni ada kuasa bintang lagenda tu." Jawab Shary. Tersedak Elisa apabila mendengar kata Shary, patutlah mereka tak nak datang dekat.
"Maaf Elisa sama!" Terkejut Shary apabila melihat Elisa tersedak kerana mendengar jawapannya. "Tak mengapa." Jawab Elisa lalu Elisa cepat cepat minum air teh.
"Shary, awak tak takut ke bila berkawan dengan saya? Awak tahu kan kuasa saya ni." Tanya Elisa sambil memandang kearah tehnya. "Tak! Bila saya dengar yang Elisa sama nak belajar dalam kelas kami, saya dah bernekad untuk berkawan dengan Elisa sama tak kira apapun. Kakak saya kata, Elisa sama ni orang yang paling mudah percaya, kuat dan baik kepada semua orang. Sebab tulah saya percayakan Elisa sama." Jawab Shary dengan serius.
"Arigatou Shary. Sekejap, macam mana kakak awak boleh kenal saya dari dalam?" Tanya Elisa dengan hairan. "Kakak saya berkawan dengan Puteri Alysa, jadi Alysa sama dah cerita banyak perkara tentang Elisa sama sejak kecil lagi." Jawab Shary sambil menghabiskan makanannya.
'Patutlah, tapi nasib baik kakaknya berkawan dengan onesama.' Bisik Elisa dalam hati.
"Alysa sama pendiam juga dalam kelas, tapi dia pandai bab sihir ni." Kata Shary lagi. "Eh?!"Terkejut Elisa, setahu Elisa kakaknya tu tak ada juga diam. Selalunya Puteri Alysa memeluknya dan bermanja dengannya.
"Kenapa?" "Eh, tiada apa-apa." Jawab Elisa dengan cepat cepat. 'Baik aku rahsiakan ni dulu.' Bisik Elisa.
Selesai mereka berdua makan, lalu mereka pun menuju ke kelas mereka. Tiba tiba Elisa ternampak sekumpulan pelajar berkumpul.
'Kenapa mereka berkumpul tu?' Bisik Elisa sambil memerhatikan kumpulan pelajar itu. "Elisa sama?" Elisa pun ternampak seorang pelajar perempuan menangis. Elisa terkejut lalu dia menuju ke arah tersebut. "Elisa sama tunggu!!" Shary pun mengejar Elisa yang tiba-tiba berlari.
"Kau ingat dia suka kek yang kau buat!?" Ejek seorang pelajar perempuan. "Betul tu, entah entah ada racun dalam kek tu." Sokong pelajar lelaki itu. Mereka pun terus memukul pelajar perempuan itu.
"Korang buat apa tu!?" Tanya Elisa yang tiba disitu. "Elisa sama." Shary baru sampai, penat juga dia kejar Elisa ni. "Saya tanya korang lagi sekali, korang buat apa dengan dia!?" Tanya Elisa dengan nada sedikit tinggi.
Mereka pun hanya berdiam apabila melihat Puteri Elisa dah mula marah. Mereka sedikit takut kerana dikatakan Elisa akan mengeluarkan kuasa bintangnya, sampaikan Shary pun terdiam.
"E...Elisa sama...ka..kami..." "Suka hati kamilah nak buat apa pun kepada dia!" Jawab pelajar lelaki itu dengan berani. Mereka terkejut dengan tindakan lelaki itu, berani juga dia menaikkan suara terhadap seorang puteri.
'Nampak seperti ada pencabar.' Bisik Elisa sambil tersenyum. "Tapi saya takkan biarkan berbuatan kamu semua ni membuli pelajar lain." Kata Elisa dengan tenang.
__ADS_1
"Kau ingat kau seorang puteri boleh kami takut ke!" Marah lelaki itu, dia memang nak kena hukuman ke? "Baiklah, kita buat persepakatan. Kita akan tengok siapa yang akan menang nanti ujian." Cabar Elisa dengan berani.
Mereka terkejut apabila mendengar cabaran Elisa. Ujian mereka adalah pertarungan berkumpulan.
"Kalau kami menang, kamu perlu meminta maaf kepada dia dan berjanji takkan ulang semula. Kalau kami kalah, dengan senang hati saya akan mengundur diri dari akedemi ni." Kata Elisa dengan berani.
Mereka terkejut tentang Elisa akan keluar di akademi ni bila dia kalah. "Elisa sama, tapikan." "Tak mengapa Shary, kita perlu beranikan diri." Kata Elisa.
"Baiklah! Kita akan jumpa di hari ujian nanti. Kami akan kalahkan kau!" Jawab lelaki itu menerima cabaran Elisa. Lalu mereka pun beredar dari situ.
"Awak ok?" Tanya Elisa sambil menghulur tangan kepada pelajar perempuan itu. "Saya...ok! Arigatou Elisa sama...sebab selamatkan saya..." Jawab perempuan itu dengan nada perlahan. "Elisa sama, macam mana kita nak kalahkan mereka kalau kumpulan kita tak cukup?" Tanya Shary dengan sedikit risau.
"Awak jangan risau, Shary. Saya dah jumpa siapa yang sertai kumpulan kita." Jawab Elisa sambil memandang kearah perempuan itu, Shary pun turut memandang sama.
"Eh saya?!" Tanya perempuan itu sambil menunjuk dirinya. "Yup! Kami berdua perlukan seorang penyihir. Awak seorang penyihir yang boleh dipercayai." Jawab Elisa sambil tersenyum. "Macam mana.." "Saya perhatikan awak sentiasa membawa buku sihir tu, jadi saya tahulah yang awak seorang penyihir." Jawab Elisa sambil menunjuk buku yang dipengang oleh perempuan itu.
"Elisa sama hebat!" Puji Shary sambil menepuk tangan kepada Elisa. "Tapi saya tak...yakin boleh guna sihir. Sebab saya hanya orang kampung...mungkin saya akan menggambatkan kumpulan Elisa sama." Kata perempuan itu dengan nada lemah.
"Onesama saya kata, sihir tak bergantung kepada ketarafan tapi ia akan bergantung dengan usaha kita yang telah belajar." Kata Elisa memberi semangat kepada perempuan itu.
"Tapi macam mana kalau saya menghambat korang nanti?" Tanya Hina dengan nada tidak percayakan dirinya. "Kita bertiga perlu berkerjasama untuk atasinya, jadi awak kena percaya diri bahawa awak boleh lakukannya." Kata Shary memberi semangat kepada Hina.
"Baiklah saya cuba." Jawab Hina percaya kepada dirinya. "Dengan begitu kumpulan kita dah cukup. Hah, apakata esok kita berlatih di istana saya." Cadang Elisa, alah sekali sekala bawa kawan datang istana.
"Tapi...saya seganlah...." Kata Hina dengan nada malu, maklumlah ini kali pertama orang mengajaknya apatah lagi datang ke istana. "Tak mengapa, keluarga saya tak kisah saya bawa kawan. Lagipun mereka akan rasa gembira." Kata Elisa.
"Hina Chan, apakata kita datang sekali? Nanti awak tak ada lah nak segan." Cadang Shary. "Arigatou Shary." Ucap Hina dengan nada lembut. "Yosh! Kita akan berjumpa di istana saya esok!" Kata Elisa dengan gembira.
...****************...
Keesokkan harinya.....
Elisa pun siap siap untuk berlatih dengan Shary dan Hina lepas ni. "Elisa sama memang hebatlah kalau bab berkawan ni." Puji Yuna sambil duduk di atas bahu Elisa.
"Kan saya dah kata, dulu saya memang suka berkomunikasi dengan orang lain. Dan saya tak sangka juga pelajar kampung dibuli oleh pelajar bangsawan." Kata Elisa mengingatkan tentang kejadian Hina semalam.
__ADS_1
"Itu perkara biasa, tapi boleh ke Elisa sama mengawal kuasa? Kan level Elisa sama kan level 99 tu." Tanya Yuna dengan sedikit bimbang, boleh ke Elisa mengawalnya?
"Tak mengapa! Serah kepada saya!" Jawab Elisa dengan penuh semangat.
Toktoktok!
"Masuk." "Elisa sama, mereka sudah datang." Kata Anna dengan nada hormat. "Baiklah." Elisa pun menuju ke taman, kerana mereka dah berjanji berjumpa di taman halaman istana.
"Korang dah sampai pun." Kata Elisa. "Maaf sebab kami sedikit lambat datang tadi." Ucap Shary sambil menunduk sedikit kepalanya. "Awak tak perlu minta maaf lah. Hina, selamat datang ke istana saya. Buatlah macam rumah awak sendiri." Ucap Elisa sambil tersenyum.
"Terima kasih Elisa sama, sebab ajak saya. Ini kali pertama masuk istana." Kata Hina sambil melihat suasana istana yang cukup indah. "Sama sama, untuk kawan." Jawab Elisa.
"Ok, kita perlu ada strategi untuk berlawan dengan mereka esok." Kata Shary memulakan perbincangan mereka.
"Sensei kata, setiap kumpulan ada satu bebola kristal. Kita perlu menjaga bola kristal kita dan kita perlu pecahkan kristal pihak lawan, barulah kita menang." Kata Hina menerangkan tentang ujian tersebut. "Wow, awak memang peka dalam ni." Puji Shary.
Muka Hina kemerahan apabila dia di puji. "Buat apa tu?" "Woah! Onesama ni suka sangat buat kejutkan orang macam ni." Bebel Elisa apabila melihat tingkah laku Puteri Alysa
"Alah, Elisa Chan lah satu satunya yang akak nak bermanja ni." Jawab Alysa sambil memeluk Elisa dengan erat. Shary dan Hina terkejut apabila melihat perangai Puteri Alysa di istana, sangat berbeza ketika berada diluar.
"Jadi inilah kawan kamu?" Tanya Alysa apabila melihat mereka berdua. "Yup! Shibuya Shary dan Kosoka Hina." Jawab Elisa sambil mengenalkan diri kawannya. "Selamat perkenalan, Alysa sama." Ucap mereka berdua sambil menunduk hormat.
"Selamat perkenalan. Jup, awak kan adik kepada Shibuya Sary kan?" Tanya Alysa. "Yup!" Jawab Shary dengan semangat.
"Baguslah, ni mesti kamu bertiga mahu berbincang pasal ujian tu kan?" "Macam mana" "Pihak akedemi kami mendapat izin untuk melihat ujian kamu nanti. Tak sabarnya nak tengok Elisa berlawan." Jawab Alysa dengan gembira.
'Sudah...' "Oh, akak kena pergi dulu. Selamat berjuang." Alysa pun meninggalkan mereka.
"Saya tak sangka yang Alysa sama macam tu bila di istana." Kata Shary dengan sedikit terkejut, Elisa dah agak mereka akan terkejut.
"Baiklah, kita kembali ke berbincangan kita. Ok, Shary boleh menggunakan sihir pedang manakala Hina boleh gunakan sihir." Kata Elisa. "Jadi apa rancangan kita?" Tanya Shary. "Saya dah buat rancangan ni."
Elisa pun memberitahu tentang rancangan mereka untuk ujian esok. Dia dah fikir benda ni sejak semalam lagi.
"Hebat! Elisa sama memang bijak tentang strategi ni." Puji Shary setelah mereka mendengar rancangan Elisa. "Betul tu, bagi saya tak ada terbeban sangat." Sokong Hina. "Yosh! Kalau semua setuju, mari kita berlatih untuk esok!" Ajak Elisa dengan semangat. "Mari!!"
__ADS_1
Begitulah kisah Puteri Elisa tentang pengalaman sekolah pertamanya. Adakah Elisa akan berjaya mengalahkan para pembuli itu? Mari kita saksikan!!