
"Adakah Elisa sama asal dari dunia lain?" Tanya pelajar perempuan itu lagi. Sekarang muka Elisa sudah berpeluh apabila mendengar soalan pelajar perempuan itu.
Sekarang macam mana Elisa mahu jawab soalan pelajar perempuan itu? Kepala Elisa sudah kacau untuk mencari jawapan persoalan pelajar perempuan itu.
"Macam mana awak tahu, adakah awak asal dari dunia lain juga?" Tanya Elisa memerangkap persoalan pelajar perempuan itu. Dia memang sudah tiada cara. Pelajar perempuan itu mengeluh perlahan.
"Ye, sebenarnya saya asal dunia lain. Lupa nak kenalkan diri, nama saya Asada Karin panggil saya Karin." Jawab Karin sambil mengenalkan dirinya.
"Karin, macam mana awak boleh datang ke dunia ni?" Tanya Elisa tentang diri Karin. Elisa terkejut juga apabila ada orang selainnya datang ke dunia ni.
"Setiap orang datang je dunia ni mesti dia dah mati di dunia asal." Jawab Karin dengan ringkas. Elisa mengangguk, sebenarnya Dewi tu dah bagitahu tentang hal ni.
"Saya meninggal dunia semasa umur 21 tahun, ketika tu jugalah saya masih pelajar universiti." Kata Karin tentang dirinya. "Macam mana awak boleh meninggal dunia?" Tanya Elisa yang mengetahui cerita selanjutnya.
"Ketika tu, saya ada seorang pacar yang sangat prihatin terhadap saya. Saya sangat percayakan dengan dia dan sangat cintakan dia. Tetapi, lelaki tu dah khianati hati saya. Dia boleh pulak selingkuh dengan saya." Cerita Karin dengan penuh perasaan.
'Adakah dia mati akibat putus cinta?' Bisik Elisa dalam hati apabila mendengar cerita Karin ni.
"Saya pun beranikan diri untuk bertanya dengan dia." Kata Karin dengan penuh semangat. 'Hebat jugak!' Terkejut Elisa apabila mendengar selanjutnya.
"Dia kata kepada saya dengan jujur, bahawa saya ni orang sangat suka kepada saintis dan membuatkannya bosan apabila bersama dengan saya." Lanjut Karin tentang ceritanya. Elisa mula merasa kasihan kepada Karin.
"Tapi saya terima semua ni dengan hati terbuka walaupun hati saya sangat sakit. Dan pada suatu hari, saya ternampak dia bersama dengan pancarnya berjalan jalan dengan mesra. Tiba-tiba juga ada satu batang besi mahu terjatuh keatas kepala mereka. Tanpa saya sedari, saya menolak mereka berdua supaya mereka berjauhan dari tempat itu. Akhir sekali, malang nasib saya, sayalah yang terkena batang besi itu. Batang besi itu jatuh keatas badan saya, lalu saya pun meninggal dunia di kejadian itu." Cerita Karin dengan penuh perasaan.
Ini membuatkan Elisa rasa mahu menangis apabila mendengar nasib malang Karin. "Kenapa awak selamatkan mereka?" Tanya Elisa lagi, baginya bukan Karin sedikit lega.
"Pancarnya tu adalah kawan baik saya sejak kecil lagi. Saya tak nak dia berakhir dengan kesedihan. Sebelum saya hempus nafas terakhir, mereka meminta maaf atas semua ni. Saya maafkan mereka dan sentiasa berdoa agar mereka berdua hidup bahagia." Jawab Karin panjang lebar.
Elisa pun mengangguk tanda faham dengan cerita Karin itu. Tak sangka Karin mengorbankan nyawanya demi kebahagiaan kawan baiknya sendiri.
"Kalau Elisa sama?" Kini giliran Karin pula bertanya tentang kehidupan Elisa. "Saya meninggal dunia semasa umur 18 tahun." Jawab Elisa sebagai bermula ceritanya.
__ADS_1
"Awalnya usia Elisa sama." Terkejut Kation apabila mendengar jawapan Elisa. "Saya rasa kita tak perlu berformal, sebab kita orang biasa dulu." Kata Elisa, dia sedikit agak kikuk apabila mendengar perkataan formal ni ketika menceritakan kisahnya yang asal.
"Baiklah! Habis apa terjadi kepada awak, Elisa?" Tanya Karin tentang kisah seterusnya.
"Selepas hari kelulusan SMA, saya ternampak seorang pelajar lelaki mendekati dengan kawan baik saya. Saya lihat lelaki itu pun mula hati saya rasa tak sedap, lalu saya pun menghampiri mereka. Memang betul jangkaan saya, lelaki itu menolak kawan saya ke jalan raya. Pada masa yang sama juga, ada sebuah lori yang lalu jalan itu. Saya dengan pantas, saya menolak kawan saya dan akhirnya saya yang terlanggar lori itu." Cerita Elisa tentang kisahnya.
"Kasihannya... Sekejap, nama awak sebenarnya Aiba Azusa kan?" Tanya Karin tentang nama sebenarnya. Terkejut Elisa, macam mana Karin boleh tahu nama aslinya?
"Ye, dan macam mana awak."
"Sebelum hari kejadian kematian saya, ada berita di tv bagitahu bahawa seorang pelajar perempuan yang bernama Aiba Azusa telah meninggal dunia kerana menolong kawan baiknya selepas kelulusan." Jawab Karin tentang kejadian itu.
Terkejut Elisa, berita kematiannya sudah tersebar rupanya. "Oh, terlupa nak bagitahu tentang nama sebenar saya. Nama saya Nakano Milly, ramai panggil saya Milly." Kata Karin.
"Karin, macam mana kehidupan awak sekarang?" Tanya Elisa tentang kehidupan Karin sekarang. "Etto, saya lahir di kawasan perkampungan dan saya tiada jalan cerita." Jawab Karin sambil tersenyum.
"Eh?! Macam mana boleh macam tu?"
"Saya minta dengan Dewi tu, saya mahu kehidupan biasa sahaja dan tiada musibah yang berlaku."
Sekarang Elisa mula merasa cemburu dengan kehidupan Karin yang cukup tenang dan damai. Karin tidak seperti Elisa, bahawa Puteri Elisa ni akan di bunuh oleh kerajaan jirannya.
"Macam mana dengan awak pulak?" Tanya Karin pulak. "Pada waktu remaja saya akan di bunuh lagi, itu dikatakan oleh cerita ni dan si Dewi tu." Jawab Elisa dengan nada sedikit sedih.
"Eh?!!" Kini giliran Karin pulak yang terkejut. Manalah tak terkejut apabila orang tu tahu bahawa dirinya akan dibunuh lagi.
"Ja...Jadi sekarang?!!" Tanya Karin dengan semangat mahu mengetahui. Kalau semangat tu, jangan lah melekat muka orang. "Saya kenalah mengelak dari musibah tu, nasib baik ada ceritanya." Jawab Elisa dengan nada biasa.
Karin merasa kasihan dengan kehidupan Elisa ni. "Macam mana awak dapat kerakter Puteri Kaguya Elisa ni?" Tanya Karin yang ingin tahu lagi.
"Saya minta bahawa saya nak ada kekuatan supaya saya boleh lindungi orang lain. Kalau keluarga tu, Dewi tu yang pilih, kalau ikutkan menyesal pun ada." Jawab Elisa tentang macam dia dapat kerakter Puteri Elisa ni.
__ADS_1
Karin merasa kasihan dengan Elisa menjalani kehidupan yang berbahaya dan tiada orang tahu bahawa Elisa akan di bunuh pada masa terdekat ni.
"Elisa, kalau awak tak keberatan biar saya tolong awak untuk mengelak dari musibah awak ni." Kata Karin dengan nada serius untuk menolong Elisa ni. "Tapi awak minta dengan Dewi tu, yang awak tak nak ada musibah?" Terkejut Elisa dengan pelawaan Karin.
Sebenarnya Elisa tak nak ada orang lain yang turut terlibat dengan kisahnya. Bukan apa nanti mereka akan turut disakiti.
"Walaupun saya minta macam tu, saya tak nak melihat orang itu menanggung kesakitan seorang diri. Jadi hanya saya tahu tentang kehidupan awak, biar saya tolong awak juga untuk menanggung juga. Saya tak nak kesilapan saya ulang semula." Jawab Karin, dia betul-betul nak tolong Elisa.
"Arigatou Karin." Ucap Elisa sambil tersenyum kearah Karin. Karin pun membalas senyuman itu. "Oh, awak sertai klub apa?" Tanya Karin tentang klub pulak.
"Etto neh, saya belum buat keputusan lagi." Jawab Elisa sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Macam mana awak sertai klub kami." Pelawa Karin kepada Elisa.
"Klub apa?"
"Klub penelitian."
"Eh?"
Elisa tak sangka yang dia betul-betul akan berjumpa ahli klub penelitian dengan mudah.
"Klub penelitian ni macam mana?" Tanya Elisa mahu mengetahui lagi tentang klub itu. "Senang cerita meneliti je lah. Mahiru senpai ketua klub ni dan dia suka meniliti batu sihir dan monster jarang di temui." Jawab Karin tentang klub penelitian ni.
"Awak?"
"Saya mereka alat yang asal dari dunia kita."
"Mesti banyak yang tak jadi kan?"
"Itulah yang paling sedih."
Elisa pun memikirkan tentang perlawaan Karin itu. Baginya tak ada lah masalah, kerana dia mahu jugak tentang batu sihir dan monster ni.
__ADS_1
"Yosh! Sudah fikirkan, saya akan sertai klub penelitian awak." Jawab Elisa menerima pelawaan Karin itu.
"Betul ke?! Jom kita pergi ke bilik kita!!" Ajak Karin sambil menarik tangan Elisa, lalu mereka pun menuju ke klub mereka.