
Bomm!
"Adeh....gagal lagi...."
Elisa sudah 5 kali gagal membuat serangan bintang lagenda tu. Dia hanya boleh lakukan serangan pedang bintang sahaja.
Elisa tidak faham, macam mana boleh lakukan ketika dia bermatanya berbintang.
"Elisa sama, dah 5 kali buat serangan tu. Mahu lanjutkan lagi ke?" Tanya Yuna yang sudah penat terkena letupan yang kuat tu. Asyik dia jer kena serangan bintang itu.
"Mesti! Demi men"
Kryuuuu~
Perut Elisa sudah berbunyi tanda dia sudah lapar, cepat betul Elisa lapar ni.
"Laparlah pula. Hehehe." Kata Elisa sambil menyentuh perutnya yang lapar. "Baru 5 minit lepas makan tengah hari, dah lapar?!" Terkejut Yuna dengan tingkah laku Elisa.
Perut Elisa ni apa sampai cepat sangat lapar ni. "Sekarang kita balik makan dulu." Kata Elisa lalu dia pun beredar dari situ. "Tunggu saya!" Yuna pun mengejar Elisa dengan pantas.
Mereka berdua pun menuju ke istana melalui jalan rahsia mereka. Sebenarnya mereka berdua tu lari dari istana melalui jalan rahsia untuk menuju ke hutan kerana mahu perlatih sihir.
Tiba-tiba Elisa mendengar ada jejak kaki yang berhampiran dengan kawasan hutan ini. "Yuna, cepat menyorok!" Ajak Elisa, lalu mereka berdua pun cepat-cepat menyorok di semak samun.
Mereka berdua ternampak sekumpulan yang berpakaian seperti pertualangan. Nasib baik mereka sempat menyorok, kalau tak habislah.
"Yuna, agak agak boleh tak saya jadi pertualangan seperti mereka?" Tanya Elisa. Sekarang Elisa mempunyai perasaan suka pertualangan kerana baginya nampak seronok.
"A..Apa?! Elisa sama kan seorang puteri, macam mana."
Arghh!
Tiba-tiba ada seekor beruang berbadan berapi menyerang sekumpulan pertualangan, mereka pun berlawan beruang tersebut.
Elisa melihat sudah ramai tercedera, gara gara berlawan dengan beruang tersebut. Elisa pun bangun dari menyorok di dalam semak.
"Saya akan tolong mereka." Kata Elisa dengan beranikan dirinya. "Eh!?" Tak sangka pula yang Elisa mahu mengalahkan seekor beruang berbadan berapi tu.
Agak mustahil untuk kalahkan beruang berapi tu seorang diri. Dari pandangan Elisa, Yuna merasakan Elisa boleh lakukan dengan kepintarannya yang berumur 18 tahun. Jadi tak perlu dirisaukan lagi.
"Bawa orang tercedera untuk sembuhkan dengan sihir pemulihan!" Arah seorang lelaki yang berpakaian seperti pahlawan.
Mereka pun membawa orang yang tercedera kepada sihir pemulihan. Tiba-tiba entah macam mana beruang itu muncul kearah mereka yang berkumpul untuk merawat pesakit. Lelaki itu terkejut apabila melihat beruang itu muncul tanpa dia sedari, lalu dia pun berlari kearah mereka.
"Ambik ni!!" Elisa menendang beruang di bahagian perutnya. Beruang itu pun melayang sampai pokok di belakangnya tumpang.
Mereka terkejut apabila tingkah laku Elisa yang sangat kuat. "Bu...Bukan itu...puteri bongsu kerajaan Fantasia! Puteri Kaguya Elisa sama!" Terkejut lelaki apabila melihat Elisa berada di dalam hutan ni seorang diri.
Beruang pun bangun sambil mengaur dengan nada kemarahan kepada Elisa. "Masih tak puas lagi? Kalau macam tu, saya tak akan berlembut lagi!" Elisa pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya di belakang badan Elisa.
Beruang itu pun berlari kearah Elisa dengan geram, lalu mencakar kearah Elisa.
__ADS_1
Elisa dengan pantas kilat mengelak dari cakaran beruang itu. "Belum pantas lagi!" Elisa pun menghayun pedangnya kearah beruang itu dengan pantas.
Beruang itu mengaur kesakitan kerana tercedera di bahagian belakangnya. Mereka yang melihat situasi itu, sangat terkejut apabila melihat Puteri Elisa bertarung dengan senang.
Setahu mereka agak sukar nak menebas beruang itu, kan badannya berapi susahlah nak dekatinya.
Pedang Elisa bukan seperti pedang biasa, Elisa dapat dari Yuna sendiri. Yuna menghadiahkan sebilah pedang ketika waktu ulang tahunan Elisa, kerana dari dulu lagi Elisa mahukan pedang.
Pedang itu adalah pedang sihir bintang dan sihir yang tinggi, ia juga susah dapatkan oleh satria lain yang juga berebut pedang tersebut. Dikatakan bahawa pedang itu boleh menebas apa sahaja dan sukar dipatahkan pedang itu.
"Tak sangka juga yang Elisa sama kuat ketika usia yang sangat muda." Kata seorang pertualangan yang melihat pertarungan Puteri Elisa yang sedang berlawan dengan beruang itu.
Lelaki pahlawan pun melihat pedang yang di gunakan pedang lagenda itu. 'Macam mana Elisa sama dapat pedang tu.' Bisik lelaki itu dengan hairan.
Kini sudah banyak luka pada badan beruang itu dan beruang itu sudah merasakan lemah. "Baiklah, mari kita tamatkan!" Kata Elisa bersiap sedia dengan pedangnya.
'Elisa sama tunggu dulu! Elisa sama jangan hancurkan beruang itu!' Larang Yuna menggunakan sihir komunikasi dengan Elisa.
'Kenapa pulak ni Yuna?'
'Dalam badan beruang itu ada batu sihir yang jarang dijumpai. Bila kita dapatkan batu sihir itu dan jual kepada pihak pertualang kerajaan, kita akan dapat hasil yang tinggi.'
Tiba tiba mata Elisa berbintang gembira apabila mendengar hasil. Elisa mahu juga merasai untuk mencari duit sendiri untuk menanggung kehidupannya.
Elisa pun memaling kearah lelaki pahlawan itu. "Oi! Kalau saya boleh kalahkan beruang ni, boleh tak saya ambil batu sihir dalam badan beruang ni?" Tanya Elisa sambil menunjuk ke arah beruang itu.
"A....etto...boleh Elisa sama." Jawab lelaki pahlawan itu dengan agak agak, dia sendiri tak pasti adakah Puteri Elisa berjaya mengalahkan beruang itu?
"Mari mulakan!" Elisa pun melompat kearah badan beruang itu dengan pantas supaya beruang itu tidak bertindak.
Namun beruang masih ada deria kedengaran yang tajam cepat cepat beruang itu menlidungi dirinya dengan tangannya.
Tangan beruang itu cedera teruk akibat terkena serangan Elisa. Beruang itu pun mengamuk kerana kesakitan lalu dia pun menyerang Elisa dengan kuasa apinya.
"Boleh tahan. Water Attack!!" Elisa pun mengeluarkan sihir air, lalu menembak kearah beruang itu.
Api yang pada badan beruang itu telah padam, mereka terkejut apabila melihat Elisa berjaya memadamkan api di badan beruang itu.
"Seperti pepatah kata. Kecil kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Jadi jangan bermain api yer." Kata Elisa sambil mengenyit matanya.
Itu membuatkan beruang itu marah dengan Elisa, lalu dia pun menyerang Elisa. "Mari kita tamatkan." Elisa dengan pantas melompat ke atas beruang itu. Lalu Elisa bersiap sedia dengan pedangnya.
'Jangan serang terlalu kuat, nanti habis pecah batu sihir tu. Yosh! Mari gunakan serangan ni!'
"Spring Sword Star!" Elisa pun menghayunkan pedangnya ke arah beruang itu. Dengan kuasa bintang, beruang berapi tu berjaya dikalahkan dan batu sihir itu sudah dapat oleh Elisa.
Semua orang yang berada di situ bersorak kepada Elisa kerana Elisa berjaya mengalahkan beruang itu dan menyelamatkan mereka.
"Terima kasih Elisa sama, kerana selamatkan kami semua dari 'Bear Lava' tu." Ucap lelaki pahlawan itu dengan tersenyum. "Etto, kebetulan saya lalu di kawasan ni. Apa apa pun...etto..."
"Biar patik kenalkan diri patik dahulu. Nama patik adalah Kiyo Dimon, general pertualangan di kerajaan Fantasia." Kata Dimon mengenalkan dirinya dengan penuh hormat.
__ADS_1
Mata Elisa terus berbintang gembira apabila dapat berjumpa dengan ketua pertualangan, patutlah Elisa nampak badan seperti ketua.
"Sebagai berterima kasih, Elisa sama mintalah apa sahaja. Patik akan tunaikan apa sahaja, itu janji patik." Pelawa Dimon dengan penuh ikhlas untuk memberi apa sahaja sebagai balasan.
'Peluang!!!!'
"Apa sahaja. Baiklah, saya mahu menjadi pertualangan di kerajaan ni!" Minta Elisa dengan penuh semangat.
Mereka terkejut apabila mendengar permintaan Puteri Elisa. Seorang puteri mahu jadi pertualangan?!
"Etto...Elisa sama, itu mus."
"Tiada benda mustahil kalau dicuba. Awak pun perasan, ada ke budak seperti saya boleh kalahkan beruang berapi tu seorang diri apatah lagi seorang puteri?" Tanya Elisa mengenakan Dimon itu.
Dimon pun diam sejenak, dia merasakan Puteri Elisa bukan seorang puteri yang biasa. Dimon dapat merasakan aura misteri daripada Puteri Elisa, itu pun kali pertama merasakan aura macam tu.
Dimon pun mengeluh tanda dia mengaku kalah. Elisa pun tersenyum sinis, kerana rancangan dia berhasil. Tak sia sia Elisa mengikut dialog manga yang dia baca dulu.
Sangat membantu! "Baiklah Elisa sama, patik akan laksanakan dengan sedaya upaya patik." Jawab Dimon menerima permintaan Elisa sambil menunduk hormat. "Superstar! Saya akan tunggu!" Kata Elisa dengan penuh semangat, tak sabar rasanya.
Sejak peristiwa itu, Dimon dipanggil oleh pihak istana untuk membincangkan tentang Puteri Kaguya Elisa yang mahu menyertai pertualangan.
Selepas Dimon menceritakan tentang semuanya yang telah berlaku kepada Puteri Elisa, Raja Kazuto terkejut. Kerana dia sendiri tak sangka puter bongsunya begitu kuat dan melakukan hal begitu.
Selepas dari berbincang, Puteri Elisa perlu mengambil ujian pertualangan yang begitu berat. Dengan rela hati Elisa menerima tentangan itu.
Dengan mudahnya, Elisa berjaya menyelesaikan ujian itu selama kurang dari satu jam. Raja Kazuto terpaksa menerima permintaan Elisa, lalu secara rasmi Elisa menjadi pertualangan di kerajaan ini. Tapi dengan syarat berita ini tidak tersebar, kerana pihak rakyat akan melakukan apa sahaja kepada Elisa yang masih kecil.
...****************...
Di taman istana, Puteri Elisa sedang menjamu teh petang yang ditemani Anna iaitu pelayan peribadinya.
"Rasa nyaman betul hari ini, apabila semua masalah dapat diselesaikan." Kata Elisa sambil meminum teh dengan tenang.
"Saya sendiri rasa risau dengan keadaan Elisa sama yang akan datang." Kata Anna dengan muka kerisauan.
"Kenapa perlu risau?"
"Yelah, Elisa sama adalah seorang puteri di kerajaan Fantasia ni. Macam manalah Elisa sama boleh minat sangat dengan pertualangan ni." Jawab Anna dengan pandangan terlalu dekat ke muka Elisa.
"Etto... janganlah awak risau. Dimon akan ajarkan saya tentang pertahanan, dan saya akan berusaha menlidungi diri dan semua orang di kerajaan ni." Jawab Elisa sambil memandang suasana di kerajaan Fantasia yang begitu indah.
Anna hanya tersenyum, dia sudah lama kenal perangai Elisa macam mana. "Dan saya sentiasa akan membantu Elisa sama." Kata Anna menyokong Puteri Elisa. Itu adalah tugasnya sebagai pelayan peribadi tuan puteri.
"Arigatou Anna!" Ucap Elisa sambil tersenyum lebar kearah Anna. Lalu Anna membalas senyuman tersebut.
Namun bagi Elisa ini masih belum cukup lagi untuk menlidungi dirinya sendiri dan semua orang.
'Mengikut cerita buku kehidupan, akan datang pelbagai halangan untuk menyelamatkan diri dari pembunuhan ni dan akan berlaku banyak pembunuhan yang akan datang. Aku akan pastikan tiada seorang pun yang akan jadi mangsa.'
Puteri Elisa hanya perlu bersiap sedia dengan halangan kehidupannya yang akan. Kerana Elisa belum lagi mengetahui siapa yang akan membunuhnya ketika dia meningkat remaja.
__ADS_1
Kini Elisa sudah mengetahui ada musibah akan berlaku dirinya dan orang yang tersayang.