
"Maksud awak?" Tanya Elisa lagi dengan nada sangat risau. "Maaf Elisa, saya tak boleh terangkan benda ni sekarang kerana masa agak suntuk. Baik awak perlu jaga-jaga sebelum ni." Belum sempat Karin menghabiskan katanya ada satu serangan yang menyerang mereka.
Elisa dan Karin terkena serangan itu lalu mereka berdua melayang ke dalam istana. Para tetamu terkejut apabila melihat Elisa dan Karin berbaring macam tu.
"Elisa!!" Azri pun menghampiri Elisa. Alysa pun turut menuju kearah Elisa juga. "Elisa, apa yang berlaku ni?" Tanya Alysa dengan keadaan cemas. Elisa menggelang kepalanya tanda tidak tahu.
"Karin, awak ok?" Tanya Elisa tentang keselamatan Karin. "Saya ok. Elisa, awak perlu."
Buukkk!!!
Tiba-tiba pintu masuk ke majlis pun dipecah. Dan keluarlah makhluk yang pelik masuk ke dalam majlis tersebut. Makhluk itu bercahaya seperti bulan, mukanya juga ditutupi dengan kain dan dia membawa sebilah pedang seperti samurai.
Elisa terkejut apabila melihat kelibatan makhluk itu. "Siapa kamu?!!" Tanya Raja Kazuto kepada makhluk itu bersama isterinya. Makhluk itu pun menunjuk kearah Elisa. Mereka terkejut apabila melihat makhluk itu menunjuk kearah Elisa yang dia mahu Elisa.
Karin dah agak ini akan terjadi, tapi macam mana dia nak selamatkan Elisa ni?
"Pengawal! Halang makhluk itu dan lindungi semua orang!!" Arah raja Kazuto. Semua pengawal itu patuh dengan perintah Kazuto lalu mereka pun menyerang makhluk itu.
"Makhluk itu mirip dengan samurai lah." Kata Elisa dengan nada perlahan. "Saya pun rasa sama juga." Sokong Karin apabila melihat penampilan makhluk itu memang mirip dengan samurai tu.
Dengan sekelip mata makhluk itu menyerang pengawal istana dengan satu serangan sahaja. Mereka yang saksikan gerakan samurai itu sangat menakjubkan.
"Azri, kamu perlu lindungi Sofia dari benda tu." Arah Kazuto kepada puteranya. "Baiklah Otosama." Jawab Azri sambil memegang tangan Sofia.
Tiba-tiba makhluk itu memandang ke arah Elisa dengan tajam. Elisa perasan dengan pemerhatian makhluk itu. Elisa pun bersiap sedia dengan gerakkan yang akan tiba selepas ni.
'Kenapa situasi ni tiada dalam cerita kisah ni? Macam mana Karin boleh tahu benda ni akan berlaku? Walau apa-apa pun aku perlu memerhatikan gerakkan dia.' Bisik Elisa sambil memandang kearah makhluk itu.
Makhluk itu pun bergerak dengan pantas tanpa ada jejak. Elisa terkejut lalu memandang kiri kanan untuk mencari jejak makhluk itu.
"Karin!!" Elisa pun menolak Karin ke tepi. Makhluk itu hampir menebas mereka dengan pedangnya. "Ka...Katana?!" Terkejut apabila melihat pedang yang di gunakan oleh makhluk itu.
__ADS_1
"Memang sah, dia seorang samurai." Kata Elisa, lihat sahaja memang gelagat makhluk itu seperti samurai. "Saya rasa mungkin dia dihantar oleh orang dari dunia lain seperti kita." Kata Karin sambil melihat makhluk itu.
Itu mustahil kalau orang di dunia ni tahu tentang kewujudan samurai ni. "Saya pun rasa benda yang sama." Sokong Elisa dengan Karin.
"Karin, biar saya lawan dengan samurai tu." Kata Elisa bersiap sedia untuk berlawan dengan samurai tu. "Hati-hati Elisa." Pesan Karin, lalu Karin pun mengundur jauh sedikit dari Elisa.
"Yosh! Tunjuk kepada saya kehebatan awak, Encik Samurai!" Kata Elisa sambil mengeluarkan dua bilah pedang bintangnya. Samurai itu pun bersiap sedia dengan pedangnya.
Samurai itu pun memulakan gerakan menyerang Elisa. Elisa dengan pantas dapat menahan serangan samurai itu. 'Boleh tahan.' Elisa pun menyerang samurai itu dengan pedangnya satu lagi.
Samurai itu dengan pantas mengelak dari serangan itu. Mereka pun bertarung dengan gerakkan yang sangat pantas, sampaikan penonton tidak nampak kelihatan.
Azri melihat pertarungan itu merasa mahu saja menolong Elisa. "Azri, baik kamu jangan." Pesan Alysa menahan kembarnya daripada masuk campur. "Tapi Onesama." "Otosama suruh kamu lindungi Sofia. Akak rasa Elisa boleh bertahan lagi buat masa sekarang." Pesan Alysa lagi. Azri terpaksa menurut perintah Alysa. Dia juga berharap Elisa akan menang dengan pertarungan itu.
Karin melihat pergerakan mereka satu persatu. Karin merasa ada sesuatu yang janggal terhadap samurai itu. 'Kenapa samurai terus berlawan?' Bisik Karin dengan penuh soalan.
Mereka berdua berlawan dengan begitu cengal. "Rasakan ni!!" Elisa berjaya mengena lengan samurai itu hanya sedikit. Elisa dan Karin terkejut apabila melihat lengan samurai yang terkena serangan Elisa itu tidak berdarah malah keluar cahaya putih.
Apa maksud semua ni?! Elisa dan Karin sangat terkejut. Jadi maksudnya samurai itu bukan manusia. Ini membuatkan mereka semakin hairan.
Karin pun memerhatikan dengan teliti. Tiba-tiba Karin baru perasan apabila melihat bulan purnama itu, dia menyerap tenaga bulan itu.
"Elisa!! Serang samurai tu sebelum dia dapat tenaga penuh dari bulan tu!!" Arah Karin sambil menjerit. Elisa terkejut dengan kata Karin, tanpa membuang masa Elisa pun menyerang samurai itu.
Tetapi terlambat, samurai sudah mendapat tenaga penuhnya. Samurai itu pun menolak Elisa hanya satu tolakan perlahan, Elisa sudah terlayang sampai dinding istana retak kuat.
"Elisa!!" Jerit mereka. Mereka tak. sangka samurai itu sangat kuat. Aura samurai itu sangat kuat, Karin mendapat rasakan aura samurai adalah aura bulan.
Elisa pun bangkit dari jatuh. Tiba-tiba mata Elisa berubah menjadi bintang lagenda itu. Tetapi kali ini sangat berbeza, sekarang Elisa boleh menunjukkan aura bintangnya walaupun tidak kuat sangat.
Karin terkejut apabila melihat Elisa yang mengeluarkan aura bintangnya itu. "Star Punch!!!" Elisa pun menumbuk kearah samurai itu dengan sekuat hati. Samurai itu menahan tumbukkan Elisa itu.
__ADS_1
Samurai yang menahan serangan Elisa itu sampai terjatuh luar istana. Itulah rancangan Elisa, dia mahu melawan samurai itu sekuat hatinya tanpa orang lain tercedera.
"Star Striker!!!" Elisa pun menembak kearah Samurai itu. Samurai itu pun juga menembak tembakan Elisa itu. Akhirnya tembakan Elisa itu berjaya ditangkis oleh samurai itu.
Itu membuatkan Elisa dan Karin terkejut apabila melihat serangan Elisa yang mustahil menangkis itu berjaya ditangkis. Lalu samurai itu mengeluarkan bomereng bulan kearah Elisa.
Elisa pun mengelak dari serangan tersebut. Tiba-tiba samurai itu mengeluarkan cahaya silau kearah Elisa. Mata Elisa merasa silau dan tidak dapat melihat serangan itu.
Ini adalah peluang untuk samurai itu mengalah Elisa. Samurai itu pun menyerang Elisa bertalu talu. Tenaga Elisa sudah banyak berkurang.
Akhirnya Elisa pun merebahkan diri kerana banyak luka pada badan Elisa. Mereka keadaan Elisa sangat rasa sedih. Sampaikan Permaisuri Tsukasa menangis apabila melihat Elisa keadaannya.
Karin pun berusah memikirkan cara untuk mengalahkan samurai yang sangat licik itu. Namun Karin tidak dapat sedikit pun, mungkin dia berfikir dengan gelabah.
"Elisa sama!! Jangan mengalah!" Jerit Shary memberi semangat kepada Elisa. "Elisa sama boleh!!!" Sokong Hina.
'Orang yang mengawal samurai tu mungkin dari dunia kami... Hah! Mesti cara ni boleh tolong!!' Akhirnya Karin mendapat idea macam mana nak menyerang samurai itu.
Samurai itu menghampiri Elisa, mereka yang melihat samurai itu terkejut. Apa yang akan dilakukan oleh samurai itu terhadap Elisa? Elisa sudah seperti sudah berputus asa.
"Azusa!!!!" Jerit Karin dengan nama asal Elisa. Samurai itu pun berhenti bergerak, Karin dah agak. "Water Sea Attack!!" Karin pun menyerang samurai itu dengan kuasanya.
Samurai itu pun merebahkan diri. "Elisa, giliran aawak!" Arah Karin memberi isyarat kepada Elisa. Elisa pun berlari menuju kearah samurai itu.
"Double Slash Star!!" Elisa berjaya menebas samurai di bahagian badannya. Tanpa di sedari, air mata samurai itu mengalir.
Elisa pun menghampiri samurai itu yang sudah dikalah. "Sayonara." Elisa pun mengangkat Pendang untuk menghabisi samurai itu.
Tiba-tiba badan samurai itu barcahaya, Elisa merasakan dirinya sudah dikawal kerana tidak boleh mengawalnya. Lalu Elisa pun melihat suasana berubah secara tiba-tiba.
"Apa yang berlaku? Dimana aku?" Elisa pun memandang kearah sungai yang berada berdekatan dengannya.
__ADS_1
"Azusa!!" Azusa terkejut apabila melihat dirinya berubah kembali. Apa yang telah berlaku ni?
Apa yang telah berlaku kepada Elisa yang telah berubah menjadi Azusa kembali ni?