Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 13 Masuk ke dunia ilusi


__ADS_3

Di istana....


"Siapa yang menghantar kamu datang ke sini?" Tanya Elisa yang cuba mengorek sedikit rahsia mereka supaya Elisa tahu siapa musuh sebenarnya.


Xaxxa pun ketawa terbahak-bahak apabila mendengar soalan Elisa macam tu. "Aku ingat kau bodoh, tapi cerdik juga kau." Kata Xaxxa sambil memegang perutnya.


'Banyak mulut. Baiklah kita tengok siapa paling bodoh di sini.'


"Itu soalan aku takkan jawab. Soalan kau memang betul tapi tetap kami takkan jawab." Jawab Xaxxa sambil tersenyum sinis.


Elisa pun mengeluh, dia dah agak ini akan terjadi. Elisa pun merasakan ini terlalu awal untuk mengetahui benda ni. Tetapi tetap saja Elisa mahu mengetahui kehidupannya.


"Baiklah, permainan sudah tamat. Baik, kau serahkan diri." Arah Xaxxa. Alysa pun mahu menghampiri Elisa tetapi seorang pengawal menolak sampai Alysa terjatuh.


"Alysa!" Tsukasa pun membantu Alysa berdiri. Elisa pun mengeggam tangannya. "Saya mahu menyerah, tapi nampaknya saya tak jadi." Jawab Elisa dengan tenang.


Terkejut Xaxxa apabila mendengar jawapan Elisa macam tu. "Aku sudah lakukan dengan lembut, tapi kau tetap paksa aku untuk lakukan kasar. Pengawal serang dia!" Arah Xaxxa kepada pengawalnya.


Lalu pengawal itu pun mengeluarkan pedang mereka untuk bersiap sedia. Azri


dan Sham pun mengeluarkan pedang juga.


"Onisama dan Tuan Sham tolong lindungi yang lain, biar saya uruskan ni." Arah Elisa sebelum mereka menyerang. "Tapi Elisa!" "Onisama tak nak kan keluarga kita dalam bahaya? Jadi tolonglah lindungi keluarga kita." Kata Elisa membujuk Azri supaya menlidungi keluarga mereka.


Elisa tak nak keluarganya libatkan diri dengan hal peribadi yang cukup bahaya ni. Azri mengeggam pedangnya, padahal dia mahu lindungi adiknya dari bunuhan ni.


"Baiklah, tapi Elisa perlu berhati-hati. Kita tak tahu musuh kita ni kuat sebanding kita." Pesan Azri, Elisa pun tersenyum apabila mendengar ayat Azri itu.


"Baiklah, Elisa akan berhati-hati." Jawab Elisa bersiap sedia untuk berlawan. Azri pun menghampiri keluarganya, manakala Sham menlidungi tetamu yang datang disini.


Elisa pun memandang kiri kanan untuk melihat situasi sekarang. 'Yosh! Seperti diharapkan!' Bisik Elisa sambil tersenyum.

__ADS_1


Salah seorang pengawal itu pun memulakan menyerang Elisa dari belakang. Elisa pun mengelak dengan pantas. "Mana dia menghilang?!" "Lain kali jadi anak jantan." Terkejut pengawal itu apabila melihat Elisa muncul di belakangnya.


Elisa pun menumbuk pengawal itu dengan sekuat hati. Pengawal pun terlayang sampai jatuh ke bawah istana. Lalu semua pengawal pun menyerang Elisa dengan serentak, begitu juga dengan Elisa.


Elisa pun menyerang mereka seperti tadi, yang tiba-tiba muncul dari belakang mereka. Elisa berjaya mengalah mereka dengan sekejap sahaja. Mereka terkejut apabila melihat Elisa berlawan hanya dalam masa sekejap sahaja.


"Si...Siapa kau sebenarnya!?" Tanya Xaxxa dengan sedikit nada terkejut dan ketakutan apabila melihat semua pengawalnya sudah dikalahkan oleh Elisa.


"Seperti anda lihat sekarang. Saya hanya seorang puteri yang menlidungi keluarga dan rakyatnya." Jawab Elisa sambil mengangkat sedikit kainnya. "Masih belum selesai lagi!"


Anak Xaxxa pun mengeluarkan aura yang cukup mengerikan. Aura itu berwarna kehitaman yang bertanda aura kegelapan.


'Nampaknya aku sedikit pandang rendah dengan mereka. Baik aku berjaga-jaga.' Bisik Elisa sambil memandang kearah anak Xaxxa itu. Elisa pun mengeluarkan pedang bintangnya dan bersiap sedia untuk mengalahkan anak Xaxxa itu.


"Rasakan ni! Dark Attack!" lelaki itu pun menyerang dengan pedangnya yang mengeluarkan aura itu juga. Elisa pun cepat-cepat menahan serang itu dengan pedangnya. 'Kuatnya!'


"Dark Fire!" Lelaki itu menembak kearah Elisa. Elisa pun terkena serangan itu, lalu terlayang sampai dinding istana sedikit retak. "Elisa!" Terkejut Tsukasa apabila melihat anaknya cedera teruk.


'Kuat betul...' Elisa pun berdiri semula dengan luka yang teruk. "Healin!" Alysa menggunakan kuasa penyembuhannya kepada Elisa.


Elisa pun mengeluarkan satu lagi pedangnya, kini dia ada dua pedang untuk berlawan. "Kau ingat dengan dua pedang kau boleh menang! Dark Attack!" Lelaki itu pun menyerang menggunakan serangan seperti tadi.


Elisa pun menggelak dengan pantas. "Rasakan ni pula! Star Double Slash!" Elisa pun menyerang lelaki itu dengan sihirnya pula. Lelaki itu terkena serangan itu lalu dia jatuh dari tingkap.


Elisa pun melompat keluar dari istana. "Masih belum tamat lagi! Dark Hand!" Tiba-tiba ada dua tangan besar muncul. 'Baiklah masa untuk keluarkan benda tu.'


"Keluarlah Lily!" Panggil Elisa. Tiba-tiba seekor serigala berwarna putih pun keluar dari bayang bayang Elisa.


Serigala itu bernama Lily, kerana bulunya begitu lembut dan putih. Elisa mendapat Lily ni selepas dia menyelamatkan Sofia dari serigala yang menyerangnya dulu. Sebab tulah Elisa pengsan selepas kalahkan serigala itu.


"Lily! Serang tangan tu!" Arah Elisa sambil menunjuk tangan gergasi itu. "Aouuuuu!!" Lily pun berlari kearah tangan gergasi itu. "Lily, Cutter Wolf!" Arah Elisa, lalu Lily pun menggunakan cakaran serigala untuk mengalahkan tangan itu.

__ADS_1


Tangan itu pun patah kerana dicakar oleh Lily. "Apa?!" "Bagus Lily!" Puji Elisa apabila melihat Lily berjaya mengalahkan tangan besar itu.


"Masih belum tamat lagi! Fire Dark!!" Lelaki itu pun terus menebak kearah Elisa bertubi-tubi. Elisa pun mengelak dari terkena api itu tersebut. Lelaki itu pun tersenyum sinis.


Lelaki itu melemparkan api kearah keluarga Elisa. Elisa terkejut dengan tindakan lelaki itu, lalu Elisa menlidungi keluarganya dengan badannya. "Argh!" "Elisa!" Terkejut keluarganya apabila melihat Elisa terkena serangan itu.


Elisa menyentuh tangannya yang terluka akibat terkena api itu. "Mari, aku akan tamatkan riwayat hidup kau! Illusion Dark!!" Lelaki itu pun mengeluarkan kuasa hitam lalu menyerang Elisa.


Elisa pun terkena serangan itu, asap hitam itu mengepung Elisa. Tiba-tiba Elisa merasakan ada sesuatu yang membawanya ke sesuatu tempat.


...****************...


"Azusa! Bangunlah Azusa!"


Azusa pun membuka matanya, Azusa melihat di hadapannya Mizuki sedang tersenyum kearahnya.


"Mi...Mizuki. Kenapa awak ada disini?" Tanya Azusa sambil menggosok matanya.


"Awak ni, masih separuh tidur. Sini kan rumah kita." Jawab Mizuki sambil menahan ketawanya apabila melihat kawan baiknya berperangai macam itu.


Terkejut Azusa, sejak bila mereka berdua ada rumah sendiri?


"Cepatlah bersiap, saya tunggu di bawah. Nanti lambat pula kita masuk ke kelas." Kata Mizuki lalu dia pun keluar dari bilik Azusa.


Azusa pun mencubit pipinya. "Adeh! Ni bukan mimpi." Azusa pun melihat telefon pintarnya. Terbeliak mata Azusa, apabila melihat tarikh di telefonnya.


"Sekarang aku umur 20 tahun!?" Terkejut Azusa. Bukan ke dia sudah meninggal dunia semasa dia berumur 18 tahun, apa yang berlaku sekarang ni? Adakah selama ini dia hanya bermimpi dia menjadi Puteri Kaguya Elisa?


"Azusa! Cepatlah sikit!"


"Ye! Sekejap Mizuki!"

__ADS_1


Azusa pun cepat-cepat menyiapkan dirinya sambil tersenyum. Dia merasa sedikit lega apabila dapat melihat Mizuki semula. Mungkin selama ini dia hanya bermimpi.


Apa yang berlaku sebenarnya terhadap Azusa atau Elisa? Adakah Elisa tetap akan menjadi Azusa ataupun Puteri Kaguya Elisa?


__ADS_2