Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 16


__ADS_3

9 tahun kemudian...


Kini Puteri Kaguya Elisa sudah bertumbuh dengan begitu baik dan cantik. Sekarang umurnya sudah mencecah 16 tahun.


"System Commender!"


Dengan sekelip mata, skrin ceritanya pun muncul di hadapannya. Elisa pun memerhatikan tentang cerita dengan penuh berhati-hati. Kerana sejak semenjak ni, ada Elisa ada tertinggal sesuatu yang penting tapi dia pun tak tahu apa benda tu.


"Tiada pun benda yang ganjil." Mengeluh Elisa sambil membaca skrin tersebut. Yuna pun menghampiri Elisa, sejak semenjak juga lah Elisa kuat sangat perhatikan skrin itu dengan sangat fokus. Bahaya juga kalau ada orang nampak perbuatan Elisa ni.


"Elisa sama, apa benda yang tak berpuas hati ni?" Tanya Yuna berterus terang. "Entahlah, saya merasakan ada sesuatu yang saya terlepas pandanglah. Tapi saya sendiri pun tak tahu apa benda tu." Jawab Elisa sambil melihat skrin itu.


"Menurut cerita seterusnya, Elisa sama akan masuk ke akedemi sihir tertinggi. Saya rasakan, masa itu paling untuk siasat pembunuh itu." Kata Yuna memberi informasi yang akan berlaku.


"Kenapa?"


"Sekarang umur Elisa sama sudah mencecah 16 tahun dan hari pembunuhan tu semakin dekat. Kita tidak tahu bila benda tu akan berlaku." Jawab Yuna.


Elisa hampir terlupa tentang perkara itu. Dewi pernah memesan kepadanya supaya berhati-hati ketika dia berumur remaja macam sekarang ni. Elisa setuju dengan kata Yuna, mereka tidak boleh bau kemalangan itu.


Kerana kemalangan bila-bila boleh akan berlaku tanpa mereka mengetahui. Dan ini peluangnya untuk mencari pembunuh itu.


"Elisa sama boleh cari informasi tentang hal ni, sebab ramai pelajar dari kerajaan jiran yang akan bersekolah di akedemi tu." Kata Yuna memberi idea kepada Elisa.


"Betul jugak. Yosh! Misi siasatan akan bermula!!" Sorak Elisa dengan penuh semangat.


"Elisa sama!" Terkejut Elisa dengan Anna yang tiba-tiba muncul entah dari mana ni. "Anna..."


Anna terkejut apabila melihat pakaian Elisa. "Elisa sama masih belum bersiap lagi?!" Tanya Anna sambil menunjuk pakaian Elisa. "Etto..." "Biar saya lakukan." Kata Anna sambil mengangkat lengan bajunya. "Tunggu!!"


...****************...


Selepas bersiap, Elisa dan Anna menuju ke kereta kuda untuk menuju ke akedemi sihir tertinggi tersebut. Kerana hari ini adalah hari penerimaan pelajar baharu.


Akhirnya, mereka tiba di akedemi tersebut. "Superstar!" Jerit Elisa dengan semangat apabila melihat suasana di akedemi itu. Suasana disini lebih tenang daripada akedemi yang lain.


"Elisa sama!"


Elisa pun memandang ke arah belakang apabila mendengar seseorang memanggilnya. "Shary! Hina!" Panggil Elisa sambil melambai kearah mereka berdua.


"Elisa sama, kita bertiga masuk satu kelas." Kata Shary, sebelum Elisa sampai mereka berdua melihat kedudukan mereka dalam kelas. Tak sangka pula yang mereka bertiga akan satu kelas.


"Superstar! Mulai sekarang, sila tunjuk ajar." Kata Elisa dengan penuh semangat. "Kami pun!" Jawab mereka berdua dengan gembira.


Selepas daripada itu, mereka bertiga pun menuju ke dewan akademi tersebut kerana mereka akan disahkan sebagai pelajar disitu.


"Ramai betul orang yang terpilih belajar di sini." Kata Elisa sambil melihat sekelilingnya yang ramai pelajar baru. "Haahlah, paling ramai pun dari orang bangsawan." Sokong Hina.

__ADS_1


Mereka lihat, ramai daripada mereka orang yang kaya. "Akademi ni hanya memilih pelajar yang sangat berkemampuan dan pelajar dari bangsawan. Jadi tak hairanlah kalau ramai pelajar disini ramai dari bangsawan." Terang Shary tentang akademi mereka ni.


Mereka berdua pun mengangguk tanda faham, tak sangka pula yang Shary ni pakar bab ni. "Jadi, mesti Hina dipilih kerana kemampuan sihirnya yang hebat kan?" Tanya Elisa sambil memandang kearah Hina.


"Eh?"


"Betullah tu, sebab Hina memang hebat dengan pelajaran ni." Jawab Shary sambil tersenyum lebar. "Ko..Korang kan..." Muka Hina kemerahan apabila mendengar pujian mereka itu.


Mereka berdua pun ketawa perlahan apabila melihat gelagat Hina. Tiba-tiba semua pelajar pun terdiam apabila melihat pengetua naik ke atas pentas.


Pengetua di akademi ni, adalah seorang penyihir yang terkenal di kerajaan Fantasia ni. Dan dia juga tahu tentang semua sejarah tentang sihir dan raksasa.


"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih oleh akademi ini. Saya berharap kamu semua akan berkerjasama sesama sendiri untuk menlidungi kerajaan dan semua orang. Sepanjang kamu belajar di sini, kamu semua akan belajar sihir pertahanan diri dan tidak lupa juga kamu semua akan menjalani ujian."


'Ujian....aku benci perkataan tu...' Bisik Elisa apabila mendengar perkataan tu. Sejak mula-mula lagi dia benci ujian kerana mesti sebelum ujian kena banyak belajar. Dan Elisa manalah suka dengan belajar ni.


"Ingat, kita ada sihir yang kuat dan seni bela diri yang kuat untuk melindungi semua orang dan kerajaan. Bukan untuk keuntungan diri sendiri. Jangan kamu jadi seperti orang yang terdahulu, menggunakan sihir kuat untuk keuntungan mereka." Kata pengetua memberi nasihat kepada semua pelajar.


'Mungkin maksud dia adalah mereka yang terlahir semula seperti aku. Inilah maksud Dewi tu, semua antara mereka mati dengan sia sia. Kerana sifat mereka yang tamak.' Bisik Elisa mengingat kata Dewi itu sebelum dia menjadi Puteri Kaguya Elisa ni.


"Itu saja daripada saya, saya harap kamu semua berusaha sampai impian kamu tercapai. Sekian terima kasih." Ucap pengetua lalu beredar dari pentas tersebut, semua pelajar bertepuk tangan.


"Sekarang tibanya ketua OSIS memberi ucapan." Kata pengerusi majlis. Mereka bertiga terkejut apabila melihat ketua OSIS naik ke atas pentas tersebut, lebih lebih lagi Elisa.


"Itukan Alysa sama." Kata Shary sambil menunjuk kearah Alysa. "Tak sangka pula yang Alysa sama menjadi ketua OSIS di akademi ni." Kata Hina pula, Elisa sendiri pun tak percaya juga.


"Saya ketua OSIS di akademi ini, Puteri Kazuto Alysa di kerajaan Fantasia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang lulus memasuki di akademi ini. Saya berharap juga, kita semua saling berkerjasama untuk melakukan terbaik di akademi ini. Di akademi ini macam macam kita boleh lakukan aktiviti yang menarik supaya pelajar tidak merasakan bosan. Itu saja daripada saya, terima kasih." Ucap Alysa dengan penuh hormat.


Semua pelajar pertepuk tangan kepada Alysa kerana penampilan Alysa sungguh menawan dan begitu hormat. Elisa merasa sedikit lega apabila melihat Alysa tidak umum tentangnya. Elisa minta kepada Alysa dan Azri, jangan memberitahu tentang dirinya kerana dia tak nak prestasi mereka berdua turun gara gara dirinya yang ada sihir bintang lagenda tu.


Selepas daripada itu, mereka bertiga pun menuju ke kelas mereka. "Alysa sama nampak cantiklah tadi." Puji Hina mengingatkan perkara tadi. "Haah, sampai semua murid suka padanya." Sokong Shary dengan Hina.


Elisa pun setuju juga dengan mereka berdua. Tapi Elisa perlu memfokuskan dengan tujuan pertamanya yang berada di sini.


Di dalam kelas...


"Selamat perkenalan semua! Saya adalah wali kelas kamu, nama saya Rahl Itsuko panggil saja Rahl sensei." Kata Rahl dengan penuh semangat.


Mereka bertiga tak sangka akan mendapat cikgu macam ni. "Ok! Pada hari pertama ni, sensei mahu uji kekuatan kamu supaya kamu tidak bosan. Ujian kekuatan boleh lakukan sama ada pertarung dengan senjata ataupun sihir. Sekarang mari kita ke padang pertarungan." Ajak Rahl, mereka pun menuju ke padang pertarungan tersebut.


"Sekarang kamu semua pilih sama ada mahu berlawan sihir atau senjata." Arah Rahl, semua murid pun bisik sesama sendiri.


"Saya akan ambil senjata. Hian, awak?" Tanya Shary dengan semangat. "Etto... saya pilih sihir. Sebab saya tak pandai dengan senjata ni." Jawab Hina sambil memikirkan berlawanan itu.


"Elisa sama pula?"


"Hmmm...kalau berlawan sihir rasa hebat juga, kalau senjata pun rasa seronok juga... Yosh! Saya pilih berlawan senjata!" Jawab Elisa memilih berlawanannya.

__ADS_1


"Ok! Mari kita mulakan dengan pertarungan senjata. Saya pilih untuk berlawanan pertama ialah Zack sama dan Elisa sama." Kata Rahl memilih pertarungan pertama.


Terkejut Elisa dibuatnya, kerana mula mula lagi dah kena. "Elisa sama, kami akan sokong Elisa sama." Kata Shary memberi semangat kepada Elisa. Hina pun mengangguk tanda setuju.


Elisa hanya tersenyum, tapi dalam pikirannya tak tahu macam mana nak menghadap semua ni. Kalau dia berlawan pertarungan selepas pertarungan pertama ok lagi, ni tidak.


Elisa pun naik keatas pentas pertarungan. "Baiklah! Kamu berdua boleh keluarkan senjata kamu!" Arah Rahl kepada mereka. Zack mengeluarkan sebilah pedang dari sarungnya.


'Pemain pedang? Macam nampak menarik.' Bisik Elisa sambil tersenyum lalu dia pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya di belakang.


"Sesiapa yang terkeluar dari pentas ni akan kira juga kalah. Baiklah, bersiap sedia!" Kata Rahl tentang peraturan perlawanan ini. Zack memasang kaki kudanya, manakala Elisa hanya berdiam saja.


Ini membuatkan Zack sedikit hairan dengan tindakan Elisa itu. "Mula!" Zack pun memulakan serangan pertama kearah Elisa.


Elisa pun menghalang serangan itu dengan pedangnya. Zack terus menyerang Elisa dengan bertubi tubi, tetap sahaja Elisa boleh menghalang serangan itu.


Mereka yang melihat pertarungan itu merasa sedikit terkejut. Siapa sangka seorang perempuan boleh melawan Putera Zack itu.


'Aku dah bosan dengan serangan membabi buta macam ni. Tapi aku tak boleh padang rendah dengan dia, kerana mesti dia ada taktik mengejut.' Bisik Elisa sambil memfokus serangan Zack itu.


Tiba-tiba Zack menyerang Elisa dari atas dengan mengejut. 'Bingo!' Elisa cepat-cepat menahan serangan itu dari atas.


"Ce...Cepat betul Elisa sama tahu serangan tu." Kata Hina sedikit terkejut apabila melihat Elisa berjaya menahan serangan Zack yang terlalu cepat. "Elisa sama kan jaguh bab pertarungan pedang ni. Sampaikan dia boleh kalahkan Azri sama." Jawab Shary.


Mereka teringat lagi tentang pertarungan Elisa dan Azri. Asyik Elisa jer menang berlawan dengan Azri ni. Jadi tak hairanlah kenapa Elisa hebat sangat dengan perlawanan pedang ni.


"Hebat juga awak ni." Puji Zack tentang kemampuan Elisa. "Terima kasih atas pujian. Tapi, tolong lakukan sehabis bisa untuk berlawan dengan saya." Jawab Elisa sambil tersenyum manis. "Baiklah!" Lalu Zack pun terus mengeluarkan sihir pedangnya dan menyerang Elisa.


Elisa cepat-cepat menahan serangan itu. 'Boleh tahan juga.' Puji Elisa. Zack pun terus menyerang Elisa dengan sepantas kilat sampai penonton sendiri pun tak boleh nampak.


Tetap sahaja Elisa boleh menahan serangan itu. 'Serangan dia lebih sama dengan pertarungan Onisama.' Bisik Elisa sambil menahan serangan itu.


Tiba-tiba Elisa berada di hujung penjuru pentas tanpa dia sedari. Elisa terkejut bahawa dia tidak perasan yang Zack ni memerangkapnya. Zack pun tersenyum lalu dia pun menebas Elisa.


Elisa pun melompat dari serangan itu dan mendarat di belakang Zack. Terkejut Zack behawa Elisa berjaya mengelak dari serangannya itu.


"Baiklah, giliran saya pula!" Elisa pun mula menyerang Zack dengan kepantasannya. Zack terkejut apabila melihat serangan Elisa lebih laju dari serangannya tadi.


Akhirnya Zack terjatuh lalu Elisa mengacukan pedangnya kearah muka Zack. "Cukup! Pemenangnya adalah Elisa sama!" Kata Rahl mengumumkan pemenangnya.


Akhirnya, Elisa pemenang bagi pusingan pertama ini. Elisa pun turun dari pentas tersebut. "Elisa sama memang hebat!" Puji Hina, dia melihat pertarungan itu sungguh hebat. "Bagi saya pun." Sokong Shary.


"Bagi saya belum cukup lagilah." Kata Elisa dengan sayu. Mereka dah agak, Elisa memang gilakan pertarungan.


"Tadi memang hebat." Puji Zack sambil menghulur tangan tanda mahu berjabat tangan. "Awak apa kurangnya." Jawab Elisa sambil berjabat tangan dengan Zack.


Selepas dari pertarungan itu, Elisa dan Zack pun mula berkawan. Tapi tetap saja Elisa akan mahu berlawan dengan bersungguh lagi.

__ADS_1


Ini hanya permulaan misi Elisa, ada sesuatu lagi bencana akan berlaku terhadap Elisa nanti. Apa benda itu? Berjayakah Elisa menyelesaikan masalah itu?


__ADS_2