Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 18


__ADS_3

Di bilik asrama Elisa, Shary dan Hina menemani Elisa yang sedang berehat. "Azri, dah bagitahu tentang ni kepada Otosama dan Okasama?" Tanya Alysa apabila melihat Azri baru muncul.


"Dah, tapi mereka tak boleh datang kerana perkara mustahak. Tapi tak mengapa, Azri suruh Proffer memberitahu tentang Elisa." Jawab Azri tentang keadaan sekarang. Alysa pun menghempus nafas lega.


"Onesama, Azri kena berjumpa dengan kepala akademi untuk menerangkan perkara sebenar." Kata Azri meminta diri. "Baiklah, dan terima kasih." Ucap Alysa, lalu Azri pun beredar dari situ.


Alysa pun merasa serba salah kerana dia tidak sempat untuk melindungi Elisa. Lebih lebih lagi Elisa yang menlidungi mereka berdua tadi.


Sary pun menenangkan Alysa, dia tahu perasaan apabila melihat adik kesayangan luka macam ni. "Saya takut Sary. Saya takut kalau Elisa tinggalkan kami lagi, kenapalah semua ni terjadi kepada Elisa?" Tanya Alysa dengan kebimbangan.


"Ini sudah takdir Alysa sama, kita hanya boleh buat apa kita mampu jer." Jawab Sary menenangkan hati Alysa. "Alysa sama, tidak mengapa. Kami akan jaga Elisa sama." Kata Shary, dia tahu sekarang adalah waktu kerja Alysa untuk mengumpul maklumat tentang kejadian ni.


"Arigatou Shary, Hina. Kalau ada apa-apa tolong beritahu saya." Pesan Alysa sambil tersenyum kearah mereka. "Baiklah Alysa sama." Jawab mereka berdua, lalu Alysa dan Sary pun meninggalkan mereka di situ.


...****************...


Beberapa jam kemudian,


Elisa pun tersedar dari pengsannya, Elisa memandang bahagian lengannya yang berbalut. Elisa pun melihat gelagat Shary dan Hina tidur di sampingnya.


'Yuna, awak ada kat sana?' Tanya Elisa menggunakan sihir komunikasi dengan Yuna. 'Ye, Elisa sama. Elisa sama ok ke?' Jawab Yuna menjawab panggilan tersebut.


'Saya ok jer. Yuna, macam mana dengan keadaan sihir bintang semasa saya aktifnya secara tidak sengaja?' Tanya memasuki topiknya.


'Sihir tu sangat kuat, tapi syukurlah yang Elisa sama masih sedar lagi. Kalau tak terbunuh lelaki tu.' Jawab Yuna merasakan kekuatan sihir bintang Elisa.


'Mesti level saya semakin meningkat.'


'Itu dah sememangnya, dah berapa tahun Elisa sama tak semak level Elisa sama?'


'Sejak level 99 tu.'


Yuna menepuk dahinya, lama betul Elisa tidak menyemak statusnya. Mesti levelnya akan naik secara mendadak dan tidak masuk akal.


Elisa pun bangun dari katilnya, lalu Elisa pun menukarkan bajunya. Shary dan Hina pun terjaga apabila mendengar almari.

__ADS_1


"Selamat pagi Shary, Hina." Ucap Elisa sambil memakai pakaiannya. Shary dan Hina pun menggosok mata mereka. "Macam mana dengan keadaan Elisa sama?" Tanya Shary dengan kerisauan luka Elisa.


Elisa pun memandang lengannya yang berbalut. "Oh, ni sikit jer. Alah macam kena gigit nyamuk jer." Jawab Elisa dengan nada biasa.


Boleh pulak Elisa nak samakan lukanya dengan gigitan nyamuk, tak masuk akal betullah Elisa ni. "Apakata ke taman sayur di belakang akademi." Cadang Elisa, dia pun bosan juga kalau duduk di dalam bilik ni.


Sama juga masa dia menjadi Azusa, Mizuki begitu terkejut kalau dapat tahu tiada Azusa di atas katil. Masa tu Azusa terjatuh dari pokok tinggi.


Shary dan Hina pun setuju dengan cadangan Elisa tu, mereka tahu macam mana keadaan Elisa sekarang. Lalu mereka pun pergi ke belakang akademi itu.


Tiba di taman itu, mereka bertiga terkejut apabila melihat banyak jenis sayur-sayuran yang pihak akademi tanam ni.


"Elisa sama ada disini?" Tegur seorang pelajar lelaki apabila melihat ketibaan Elisa. "Zack sama, apa awak buat kat sini?" Tanya Elisa apabila melihat penampilan Zack berpakaian seperti tukang kebun.


"Oh, sensei minta saya petik semua sayur yang sudah matang ni." Jawab Zack sambil menunjuk sayur yang dia petik. "Segar betullah sayur ni." Puji Hina apabila melihat sayuran yang dipengang oleh Zack.


"Apakata kami bertiga tolong awak petikan sayur-sayuran ni, lagipun nanti cepatlah siap." Pelawa Elisa, Zack terkejut dengan perlawaan Elisa itu.


"Tak mengapa ke? Bukan ke awak baru sedar dari pengsan, saya takut lengan awak semakin memudarat." Kata Zack risau dengan cedera lengan Elisa.


Padahal orang lain risau keadaannya, dia boleh pulak buat kuat. Zack hanya ketawa perlahan apabila melihat gelagat Elisa.


Mereka pun mula memetik sayur-sayuran yang ditanam oleh petani akademi ni. Elisa sudah lama tak merasakan momen macam ni.


"Eh... segar jugak sayur ni. Macam mana mereka boleh jaga sampai jadi macam ni?" Tanya Shary sambil memetik tomato.


"Mudah jer, mereka perlu cukup dengan pemakanan mereka. Maksudnya, mereka perlu cukup air, cahaya matahari, ruang yang luas dan baja tulah paling penting. Dan yang sangat penting kita perlu sentiasa jaga dari serangga pemakan tumbuhan ni." Terang Elisa panjang lebar.


Terkejut mereka apabila mendengar penerangan daripada Elisa itu. "Tak sangka pula yang Elisa sama tahu pasal tanaman ni, selalunya orang bangsawan tak ambil kisah. Elisa sama memang hebat." Puji Hina.


Elisa terkejut, dia terlupa bahawa dia sekarang seorang puteri. Maklumlah masa dia menjadi Azusa, dia selalu tolong neneknya tanam pokok sayur di kebun belakang rumah neneknya.


Nenek Azusa sentiasa memberi nasihat kepada Azusa, mana boleh lupakan jasa nenek ni. Azusa sangat gembira apabila dia balik rumah neneknya.


"Etto, saya ada baca buku tentang tanaman ni. Sebagai bersiap sedia untuk masa depan. Hehehe." Jawab Elisa sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

__ADS_1


Mereka pun terus menyambung kerja mereka. Tiba-tiba Elisa menarik satu lobak yang agak aneh. Lobak itu berwarna putih dan berbentuk seperti orang. Ini kali pertama lihat bentuk lobak putih itu.


"Lobak apa ni?" Tanya Elisa mahu menyentuh perut lobak itu. Hina terkejut apabila melihat Elisa mahu menyentuh lobak itu.


"Elisa sama! Jangan sentuh lobak tu!!" Larang Hina sambil menjerit. Tetapi sudah terlambat, Elisa sudah menyentuh lobak itu. Dengan mengejut, lobak itu pun termuntah kearah Elisa.


Eiuww....


Badan Elisa penuh di penuhi dengan muntah yang berwarna warni. Hina pun cepat-cepat menutup matanya dan mata Shary.


"Kenapa Hina?" Tanya Shary dengan terkejut dengan tindakan Hina. "Jangan lihat muka Elisa sama." Larang Hina sambil menutup matanya.


Tiba-tiba Zack sudah terkena pukau dengan Elisa, seolah-olah Zack sudah jatuh cinta dengan Elisa.


"Oh Elisa sama, rambut mu seperti bunga yang baru mekar di musimnya. Kecantikan mu seperti bintang yang menghiasi langit." Kata Zack dengan nada penuh romantik.


Ini membuatkan Elisa rasa nak muntah hijau apabila mendengar kata-kata Zack. "Zack sama, apa terjadi ni?" Tanya Elisa dengan hairan sambil menutup mulutnya yang rasa mahu muntah.


"Elisa sama kena hati-hati, Zack sama dah kena pukau gila cinta." Jawab Hina masih menutup matanya. "What!?" Terkejut Elisa apabila mendengar jawapan Hina.


"Summary, sesiapa yang padang muka Elisa sama mesti kena pukau ke?" Tanya Shary tentang pujau itu. "Iye, itu yang paling susah." Jawab Hina.


"Oh Elisa, kahwinlah dengan saya."


"No!!!"


Elisa dengan pantas kilat berlari dari Zack yang sudah gila cinta itu. "Sayang tunggu!"


"Sekarang!!"


Shary dan Hina menahan Zack sebelum dia pergi kejar Elisa dengan pukau gila cinta.


"Eh? Apa terjadi ni?" Tanya Zack dengan hairan. Shary dan Hina pun menghempus nafas lega apabila Zack kembali normal.


Manakala Elisa berlari sampai ke sungai, lalu dia pun terjun untuk membersihkan dirinya yang terkena muntah itu. 'Apalah nasib aku ni.' Bisik Elisa sambil merendam badannya.

__ADS_1


Apa akan berlaku seterusnya kepada Elisa ni? Kasihan sungguh dengan nasib Elisa ni :(


__ADS_2