
Elisa sekarang dah faham dengan menjalinkan kehidupan di dalam Fantasi ni. Nasib baiklah yang Elisa ni kaki manga semasa dia menjadi Azusa dulu. Dalam manganya menceritakan tentang pertunangan di alam Fantasi ni.
'Yuna, awak tahu ke siapa yang dimaksudkan dalam cerita tu?' Tanya Elisa. "Maaf Elisa sama, saya sendiri pun tak tahu." Jawab Yuna, dia sendiri pun tak tahu.
'Yosh! Sudah diputuskan!' Kata Elisa dengan semangat. "Apa dia Elisa sama?" 'Saya perlu belajar untuk mempertahankan diri dulu, untuk melindungi diri dan orang lain!' Jawab Elisa dengan penuh semangat.
Setiap hari Elisa akan membaca buku tentang sihir sihir di alam Fantasi ni. Tidak lupa jugak Elisa perlu pandai bercakap dengan lancar dan berjalan.
Seminggu kemudian.....
"Elisa sama, jom kita ke taman. Semua orang tunggu Elisa sama." Ajak Anna. Elisa pun menunjukkan kepada Anna tentang kebolehan berdiri.
Terkejut Anna apabila melihat Puteri Elisa boleh berdiri walaupun umur 1 tahun. "Wow! Elisa sama dah pandai berdirilah!" Puji Anna dengan gembira.
Elisa pun mula berjalan dengan perlahan lalu dia pun jatuh. "Elisa sama pun pandai berjalan! Elisa sama memang hebat!!" Puji Anna lagi sambil mendukung Elisa. "Mesti Tsukasa sama dan yang lain akan gembira dengan usaha Elisa sama." Kata Anna.
"Wawa bubu ni gu." Elisa mahu cakap tapi macam tak pasif lagi. "Sekejap, Elisa sama nak wak kejutan kepada yang lain?" Tanya Anna, Elisa pun mengangguk tanda betul. "Baiklah! Mari kita tunjukkan mereka tentang kehebatan Elisa sama." Anna pun membawa Elisa pergi ke halaman istana kerana yang lain dah menunggunya.
Akhirnya mereka pun tiba di halaman taman istana. Permaisuri Tsukasa, Puteri Alysa dan Putera Azri telah berada di taman istana itu.
"Tsukasa sama, Elisa sama mahu menunjukkan kejutan untuk Tsukasa sama." Kata Anna dengan nada gembira. "Ara, Elisa Chan mahu tunjuk kepada bonda apa?" Tanya Tsukasa sambil tersenyum kearah Elisa.
Anna pun meletakkan Elisa di atas tikar. Elisa pun berusaha untuk berdiri, dan akhirnya dia berjaya berdiri.
Tsukasa, Alysa dan Azri terkejut dengan kebolehan Elisa tu. "Belum lagi, Elisa sama mari datang Tsukasa sama." Arah Anna dengan nada lembut.
Dengan perlahan lahan Elisa pun berjalan kearah Tsukasa. Akhirnya Elisa hampir kearah Tsukasa tetapi Tsukasa memeluk Elisa dengan air mata gembira. "Kamu telah berjaya Elisa chan!" Sorak Tsukasa dengan rasa gembira. Tsukasa pun memandang kearah wajah Elisa.
"Ok....Oka.... Okasama....." Elisa berjaya memanggil Tsukasa. "Anna...dia dah pandai panggil saya! Elisa chan!" Sorak Tsukasa dengan penuh gembira sambil memeluk Elisa.
"Cuba panggil saya pula. Sebut Onesama." Uji Alysa sambil menunjuk dirinya. "Onesama, Elisa baru belajar sebut" Kata Azri.
"O...On.... Onesama...." Panggil Elisa. Alysa pun rasa teruja dengan panggilan itu. "Kawaiiii!!!" Puji Alysa sambil memeluk Elisa dengan perlahan. "Cih, itu pun nak heboh." Kata Azri sedikit cemburu.
"Leh, mesti dia cemburu sebab tak panggil Onisama." Kata Alysa. "O.... Onisama..." Panggil Elisa sambil menunjuk kearah Azri.
__ADS_1
"Betul tu!" Teruja Azri, ini kali pertama ada orang panggilnya Onisama.
"Anna, sejak bila kamu mengajar Elisa ni?" Tanya Tsukasa, setahu mereka dalam umur 2 atau 2 tahun lebih baru pandai bercakap.
"Patik sendiri pun tidak tahu Tsukasa sama. Apabila patik mahu mengajak Elisa sama ke taman, tengok tengok dia dah pandai berdiri." Jawab Anna.
"Okasama, ni bukan waktu makan tengah hari ke?" Tanya Azri. "Haahlah, mari kita pergi." Ajak Tsukasa, lalu mereka pun masuk ke istana.
Semasa di meja makan, Permaisuri Tsukasa sedang menyuap makanan kepada Elisa sambil tersenyum lebar. Manakala Puteri Alysa dan Putera Azri tersenyum lebar sambil makan. Ini membuatkan Raja Kazuto merasa hairan dengan sikap keluarganya.
"Kenapa kamu semua tersenyum senyum ni?" Tanya Raja Kazuto memulakan perbualan. "Otosama nak tahu, ini kali pertama Azri di panggil Onisama." Jawab Azri dengan bangga diri.
"Siapa pula yang panggil kamu Onisama?" Tanya Kazuto lagi. "Elisa! Sekarang dia dah panggil kami bertiga tadi." Jawab Azri dengan teruja. Alysa mengangguk tanda sokong dengan Azri.
"Eh!? Betul ke?" Tanya Kazuto dengan nada tak percaya. "Betullah. Elisa Chan, cuba kamu panggil Otosama." Arah Tsukasa kepada Elisa.
"O...Oto....Otosama.." Panggil Elisa. "Tengok." "Biar betul! Elisa kamu memang budak yang pintar." Puji Raja Kazuto sambil mengelus kepala Elisa.
Selepas kejadian itu.....
3 tahun kemudian....
Sekarang Puteri Kaguya Elisa sudah berumur 4 tahun, dia sudah banyak belajar kehidupannya. Lebih penting lagi latihan pertahanan diri dia sudah belajar dengan Yuna secara rahsia supaya tiada siapa yang tahu.
"Hmmm.... Bila ditengok cerita ni, saya akan dihantar di sekolah akademik sihir di kerajaan ni." Kata Elisa apabila dia melihat buku ceritanya.
"Elisa sama mahu lanjutkan pelajaran lagi ke?" Tanya Yuna dengan sedikit risau. "Mesti! Demi mempertahankan diri saya daripada kematian kedua!" Jawab Elisa dengan api membara.
"Ni mesti Elisa sama lupa nak tengok level kekuatan ni." Mengeluh Yuna, Elisa memang tak berubah walaupun dihidupkan kembali.
"Alah, mesti level saya 10 lebih kut, baik saya periksa. Setting Commender!" Muncul skrin di hadapan Elisa dengan terkejut.
Untuk pengetahuan, 'Setting Commender ni boleh tengok status diri Elisa. Ia akan menunjukkan level seseorang itu dan skill kemahiran.
"Etto....level saya sekarang....level 99...." Jawab Elisa membaca skrin tersebut. "Eh?!!!!" Terkejut beruk Elisa dan Yuna apabila melihat level Elisa. Macam mana boleh jadi ni?!
__ADS_1
"Yuna....level 99 tu...normalkan?" Tanya Elisa sambil menunjuk skrin itu. "Setahu saya....level 99 tu orang yang paling kuat sebanding dengan kekuatan naga..." Jawab Yuna dengan sedikit gental.
"Macam mana saya boleh dapat level setinggi kekuatan naga ni?!!" Jerit Elisa dengan panik. Padahal umurnya baru 4 tahun.
"Mungkin disebabkan oleh kekuatan kuasa bintang. Dikatakan kuasa bintang tu akan meningkat jika orang itu meningkat umur. Apatah lagi ditambah Elisa sama tambah dengan skill yang lain, seperti skill pedang, sihir api, air dan banyak lagi." Terang Yuna dengan kejadian tersebut.
"Yuna sekarang macam mana?! Tak lama lagi saya akan dihantar ke sekolah." Tanya Elisa dengan panik.
Toktoktok!
"Elisa sama, Kazuto sama mahu berjumpa dengan Elisa sama. Katanya ada perkara yang penting mahu berbincang." Panggil Anna sambil mengetuk pintu bilik Elisa.
'Sudah datang!!' Terkejut Elisa dengan panggilan Anna itu, ni mesti kemasukan sekolah. "Baiklah, nanti saya pergi!" Jawab Elisa. Lalu Anna pun pergi dari situ. Mampus lah...
Di ruang utama.....
Raja Kazuto, Permaisuri Tsukasa, Puteri Alysa dan Putera Azri sudah berada disitu dengan muka gembira. Elisa dapat bau ada perkara yang akan berlaku.
"Elisa, sekarang kamu sudah berumur 4 tahun. Ayahanda dan bonda cadangkan." "Yang Elisa ni kena masuk belajar kan?" Teka Elisa.
Terkejut mereka dengan penembakan Elisa yang betul. "Macam mana kamu tahu ni?" Tanya Kazuto dengan hairan. "Elisa teka jer." Jawab Elisa dengan ringkas.
"Sebenarnya bonda agak bimbang nak hantar kamu belajar, kamu tahu kan tentang kuasa kamu tu." Kata Tsukasa dengan nada risau. Mereka risau nanti Elisa akan dibuli dan kuasa tu kan terkeluar nanti.
'Sebenarnya aku pun tak nak.' Bisik Elisa dalam hari. 'Elisa sama, baik Elisa sama pergi ke akedemik tu. Nanti Elisa sama boleh lah dapat orang yang dapat mempertahankan Elisa sama lepas ni.' Kata Yuna memberi cadangan.
'Betul jugak! Awak memang bijaklah Yuna! Yosh, nanti saya akan cari kawan di akedemik tu. Dah lama duduk bersendirian, tiada kawan yang sama umur.' Bisik Elisa sambil terharu.
Mereka memandang ke arah Elisa pun dah rasa pelik. "Elisa?"
"Heh, hah! Bonda janganlah bimbang. Sekarang Elisa dah pandai lah nak mengawal kuasa ni. Lagipun Elisa nak belajar banyak lagi tentang sihir ni, nanti Elisa bolehlah melindungi kerajaan ni nanti bersama onesama dan Onisama." Pujuk Elisa supaya dia dapat keizinan untuk ke sekolah.
"Kalau itu keputusan kamu, baiklah. Tapi Anna akan ikut kamu sebagai berjaga-jaga." Jawab Tsukasa, akhirnya dia kena mengalah dengan puteri bongsunya. "Arigatou Okasama!" Ucap Elisa sambil tersenyum lebar.
Kini Puteri Elisa dapat ke akademik sihir untuk belajar banyak sihir demi mempertahankan dirinya dan orang tersayang. Dapatkah Elisa berkawan dengan orang bangsawan disana nanti? Maklumlah ini kali pertama Elisa akan bertemu dengan orang bangsawan yang seumuran dengannya. Kisahnya di akademi akan bermula!
__ADS_1