Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 6 Belajar di Akedemik sihir


__ADS_3

Selepas mendapat persetujuan, Puteri Elisa pun menyiapkan barangnya untuk ke akedemik.


"System Commender!" Elisa pun melihat ceritanya selanjutnya, Yuna pun turut tengok juga. "Kalau mengikut cerita ni, Elisa sama tiada seorang kawan pun." Kata Yuna apabila melihat cerita Elisa.


"Hmmm, teruk sangat ke perangai saya ni....?"Tanya Elisa dengan nada sedih. "Sebab mereka takut dengan kuasa Elisa sama tu, sebab tu mereka menjauh dengan Elisa sama." Jawab Yuna lagi.


"Elisa sama, boleh patik masuk?" Tanya Anna sambil mengetuk pintu bilik Elisa. Yuna pun cepat-cepat menyorok disebalik rambut panjang Elisa.


"Silalah masuk." Jawab Elisa. "Maaf mengganggu." Anna pun masuk dalam bilik Elisa. "Elisa sama, kereta kudanya sudah siap. Elisa sama dah bersiap ke?" Tanya Anna dengan hormat.


"Sudah." Jawab Elisa sambil menunjuk begnya yang telah siap. Anna pun mengangkat beg tersebut lalu mereka pun menuju kearah kereta kudanya.


Sampai jer kat kereta kuda, Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa berpesan kepada Elisa supaya jarak jauh sedikit dengan orang yang membencinya. Elisa pun berangkat ke akedemik tersebut.


Setelah beberapa minit kemudian....


Akhirnya mereka pun sampai di akedemik itu. "Wow...luas betul akedemik ni." Puji Elisa apabila melihat suasana sekolahnya.


"Elisa sama perlu hati hati dengan pelajar sekolah ni, kemungkinan ramai bangsawan yang tak sukakan Elisa sama." Pesan Anna sambil memegang bahu Elisa.


"Iye....Anna, awak janganlah risau sangat. Saya ni hebat tau bab berkomunikasi ni." Kata Elisa sambil buat gaya seperti orang kuat. "Perangai tu lah saya risau..." Komen Anna sambil menunduk.


"Elisa chan!!" Tiba-tiba ada seorang memeluk Elisa dari belakang. "Onesama! Onesama buat apa di sini?" Tanya Elisa dengan terkejut dengan ketibaan Puteri Alysa tu.


"Lah, ayahanda tak bagi tahu ke? Kami berdua sekolah akademik di sebelah akademik kamu ni." Jawab Alysa sambil menunjuk akedemik di sebelahnya. Terkejut Elisa dengan kata Alysa. "Jadi bila kamu ada masalah datang jer jumpa kami berdua, lagipun ayahanda suruh kami berdua tengok kan kamu." Pesan Alysa sambil mengenyit matanya.


'Risau betul ayah aku ni' Bisik Elisa. "Elisa sama, masa untuk masuk ke kelas ni." Kata Anna mengingatkan tujuan mereka. "Oh, yer. Apa apa pun jumpa lagi Onesama." Ucap Elisa sambil melambai kearah Alysa. "Semoga berjaya! Kalau ada masalah datang cari kami berdua yer." Pesan Alysa sambil membalas lambaian Elisa.

__ADS_1


Elisa pun melangkah masuk dalam kawasan akedemik yang dia akan belajar tentang banyak perkara.


"Selamat datang Elisa sama ke akedemik sihir di kerajaan Fantasia." Ucap seorang perempuan yang menyambut ketadangan Elisa. "Terima kasih, ettuo....." "Lupa nak kenalkan diri, Nama patik Edugawa Sary dan patik merupakan kepala akedemik ini. Selamat perkenalan, Elisa sama." Kata Sary dengan penuh hormat.


Ini pun perintah Raja Kazuto supaya melayani Puteri Elisa dan tidak membuatnya mengamuk.


'Kenapa aku rasa asing ni. Ini lah rasa seorang puteri yang kehidupan yang sangat mewah, tak sukalah....' Bisik Elisa dengan nada sedikit kecewa. Maklumlah ini kali pertama dia merasakan kehidupan yang sangat mewah ni.


"Puteri Kazuto Kaguya Elisa dari kerajaan Fantasia. Saya harap sensei tak perlu hormat saya sangat, rasa segan pun ada." Kata Elisa mengenalkan dirinya. Terkejut Sary apabila mendengar ayat Puteri Elisa yang mudah berkomunikasi dengan ringkas.


"Baiklah, Elisa sama sila ikut patik. Patik akan tunjuk kelas Elisa sama." Arah Sary, Elisa pun mengangguk lalu mengikut Sary dari belakang.


Elisa pun melihat suasana dalaman yang sungguh indah. "Ni akedemi kami terdapat banyak pelajar yang berkemampuan sihir dan pertahanan diri. Pelajar disini ada dari keturunan kampung dan bangsawan, patik harap Elisa sama dapat berkawan dengan mereka dengan baik." Kata Sary memberi info tentang akedemi ini.


"Saya pun berharapkan macam tu juga." Jawab Elisa sambil tersenyum. 'Aku perlu berhati-hati dengan kuasa aku ni supaya tiada yang takut dengan aku. Kalau tak, aku tak dapat kawan!' Bisik Elisa.


Suasana dalam kelas begitu sepi seperti tiada pelajar, ini membuatkan Elisa semakin tak selesa ni.


"Baiklah pelajar! Hari kita kedatangan pelajar baru, Elisa sama tolong kenalkan diri." "Etto... Puteri Kazuto Kaguya Elisa dari kerajaan Fantasia. Selamat perkenalan dan saya harap kita dapat bermesra." Kata Elisa mengenalkan dirinya.


'Malunya... Kenapalah ayahanda bagi nama panjang betullah.' Bisik Elisa dengan sedikit malu apabila mengenalkan dirinya.


"Saya harap kamu semua dapat menolong Elisa sama kalau ada masalah. Elisa sama boleh duduk di meja kosong." Kata Sary sambil menunjuk tempat Elisa. "Arigatou sensei." Ucap Elisa lalu Elisa pun duduk di meja kosong.


Semasa Elisa lalu setiap meja pelajar lain, mereka dah saling berbisik sesama sendiri. Elisa dah agak ini akan berlaku.


Pelajaran pun bermula, Elisa pun terus fokus apa yang dia belajar di dalam kelas. "Ok kelas, saya nak kamu buat satu kumpulan untuk aktiviti dah saya bincangkan. Setiap kumpulan mesti ada 3 orang, dan lusa kita adakan ujian." Arah Cikgu Rosy.

__ADS_1


Cikgu Rosy adalah guru wali kelas Elisa. "Itu saja dari saya, bersurai." Kata Cikgu Rosy, para pelajar pun beredar dari kelas.


"Penat betullah, kena cari kumpulan lagi." Mengeluh Elisa sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Elisa teringat lagi semasa dia menjadi Azusa. Dia selalu bersama dengan Mizuki sebagai parnernya.


"Ano....Elisa sama dah ada ke kumpulan untuk ujian ni?" Tanya seorang pelajar perempuan menghampiri Elisa. "Etto, belum lagi." Jawab Elisa dengan ringkas.


"Boleh tak kalau saya ikut serta kumpulan Elisa sama!" Minta pelajar itu. Terkejut Elisa, ini kali pertama dia bercakap dengan pelajar disini. "Etto....saya tak kisah pun...etto.." "Nama saya Shibuya Shary, puteri kepada komender perang di kerajaan Fantasia." Kata Shary mengenalkan dirinya.


'Rupanya dia anak kepada komender askar ayahanda.' Bisik Elisa dengan sedikit terkejut apabila mendengar kata Shary. "Saya harap kita berkawan baik yer, Shary. Dan awak tak perlu hormat saya sekarang kita kawan." Ucap Elisa sambil tersenyum.


Shary terkejut dengan kata kata Elisa sambil menunjuk muka terkejutnya. 'Aku ada cakap salah ke?'


"Hebat!! Awak memang mudah berkawan rupanya, syukurlah..." Kata Shary menghempus nafas lega. "Eh? Kenapa awak cakap macam tu?" Tanya Elisa tidak faham dengan situasi ini.


"Sebelum awak datang kesini, Sary sensei dah bagitahu kepada kami supaya jaga sikap kami. Kerana awak akan belajar di kelas kami. Jadi saya terdengar yang Puteri bongsu kerajaan ni sangat susah nak berkomunikasi, tidak akur dengan orang lain dan tidak mahu pandang kami pun." Jawab Shary situasi sebenar, patutlah senyap betul tadi.


"What!? Saya tak pernah macam tu, patutlah mereka tak nak pandang saya tadi." Terkejut Elisa dengan jawapan Shary. "Itu kabar angin jer, tapi tak rasa macam tu. Sebab tulah saya mahu berkawan dengan awak." Kata Shary dengan semangat.


"Arigatou Shary, awak memang kawan yang baik." Ucap Elisa sambil tersenyum. "Ano, boleh tak saya peluk awak sekejap." Minta Shary sambil menunduk kepalanya.


"Buat apa awak nak minta izin untuk peluk saya ni? Kita kan kawan jadi kalau awak nak peluk saya, saya pun tak kisah. Nama pun kawan." Jawab Elisa, lalu Shary pun memeluk Elisa dengan penuh kasih sayang.


"Akhirnya saya dapat berkawan dengan seorang puteri!" Kata Shary dengan gembira. Semakin lama Shary peluk tu semakin tercekik Elisa dibuatnya. "Ano, Shary....kalau nak peluk janganlah sampai saya tercekik..." Kata Elisa, Shary pun cepat-cepat lepaskan pelukkan itu.


"Maaf! Saya teruja sampai tak ingat." Ucap Shary. "Tak mengapa, saya faham perasaan awak. Lepas ni awak kena hati hati bila nak peluk orang nanti tu."Pesan Elisa. Mereka berdua pun ketawa riang kerana sekarang mereka berdua dah berkawan.


Sekarang Elisa dah mendapat kawan untuk menghilangkan rasa kesunyiannya . Apa yang akan berlaku selepas ini?

__ADS_1


__ADS_2