Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 17 Berita Kutukan Elisa


__ADS_3

Keesokkan harinya...


Selepas daripada pertarungan itu, Puteri Elisa kini sudah menjadi bahan bisikan pelajar di akademi itu. Kerana mereka baru menyedari bahawa Puteri Elisa ada kuasa bintang lagenda yang sangat bahaya sampaikan boleh membawa kematian.


Ini membuatkan telinga Alysa dan Azri tidak tenang apabila mendengar berita ini. Siapalah yang tidak sayangkan adik kesayangan mereka.


Kini Puteri Alysa berada di bilik OSIS bersama dengan kawan-kawannya. Alysa perlu menyiapkan tugasannya sebagai ketua OSIS ni.


"Alysa sama, betul ke bahawa Elisa tu ada sihir bintang yang mengerikan tu?" Tanya salah seorang kawan Alysa yang sedikit sombong. Perkataan tu macam nak kena makan nahas dengan Alysa ni.


"Tunggu Maria! Tolong jaga percakapan kamu tu, awak tahu kan benda tu tidak sopan!" Marah salah satu kawan baik Alysa. "Awak ni memang cepat betullah marah, Sary. Saya cakap betul apa." Kata Maria mempertahankan dirinya.


Sary pun menghampiri Alysa yang berada di kerusi ketua OSIS. 'Awak yakin ke tak nak bagitahu kepada semua pelajar tentang adik awak?' Tanya Sary dengan berbisik ke telinga Alysa supaya tiada sesiapa boleh dengar bercakapan mereka berdua ini.


Hanya Sary sahaja tahu bahawa Elisa adalah adik kepada Alysa. Sary adalah kawan baik Alysa dan juga merupakan kakak kepada Shary.


Alysa pun mengeluh berat. 'Kalau ikut hati saya, memang saya nak sangat bagitahu tentang adik saya. Tapi Elisa tak nak bagitahu kepada sesiapa pun tentang dirinya, dia kata dia tak nak prestasi kami berdua turun gara gara dirinya.' Jawab Alysa dengan nada sedih.


Dia betul-betul rasa kasihan dengan Elisa untuk menerima ujian ni. 'Tapi dia terfikir tak tentang dirinya juga?' Tanya Sary, dia tahu sebab Shary pernah mengadu kepadanya tentang ramai pelajar sudah mula berburuk sangka dengan Elisa.


Tiba-tiba Azri muncul di pintu bilik OSIS. Mereka yang berada di dalam bilik itu pun terkejut apabila melihat kelibatan Azri.


"Azri sama." Azri sekarang menjadi seorang putera yang begitu kacak dan penawan di akademi ini. "Onesama, saya mahu bercakap hanya kita berdua." Kata Azri dengan muka sedikit serius. "Baiklah, Azri." Jawab Alysa lalu dia pun pergi dari situ bersama Azri.


Mereka pun tiba di taman akademi ini, di sini tiada siapa boleh dengar percakapan mereka. "Kenapa Azri sampai nak jumpa dengan akak ni?" Tanya Alysa memasuki topik pertama mereka.


"Onesama, sampai bila kita nak rahsiakan tentang adik kita ni? Azri tak sanggup nak tengok semua ni, semua orang dah mula buruk sangka terhadap Elisa. Dah sakit telinga Azri dengar semua ni." Mengadu Azri. Alysa pun merasakan sama juga, mereka tak mahu adik mereka menderita.


"Akak pun rasa macam tu, tapi Elisa suruh kita rahsiakan semua ni. Macam ni, kalau benda ni sudah terlalu memaksa, kita bagitahu jer. Kalau Elisa tanya, kita bagitahu kepadanya kita fikirkan perasaannya. Akak pun tak sanggup lakukan semua ni." Jawab Alysa membuat keputusan.


"Baiklah, Azri setuju." Setuju Azri dengan cadangan Alysa. Kalau ini semakin memburuk kerajaan Fantasia ni akan dapat ancaman daripada kerajaan jiran.


...****************...


Di dalam kelas, ramai pelajar mula membisik tentang Elisa. Shary sudah muak dengan semua ni. "Elisa sama, kenapa Elisa sama berahsia semua ni?" Tanya Shary sudah tidak tahan.

__ADS_1


"Saya tak nak prestasi Onesama dan Onisama turun gara gara saya." Jawab Elisa sambil menunduk kepalanya. Sebenarnya, Elisa mahu mengatahui sejauh mana dia dapat tahu tentang pembunuhan dia.


"Elisa sama perlu juga fikirkan tentang diri Elisa sama juga." Kata Hina memesan kepada Elisa, dia juga pun risaukan tentang Elisa.Tiba-tiba Shary terdengar bisikkan pelajar lain.


"Itu kan Elisa yang ada sihir bintang yang mengerikan tu."


"Eii... menyeramkan lah."


Shary pun bangun dari tempat duduknya, lalu Shary pun menghampiri mereka.


"Korang ni memang tiada hormat kepada Elisa sama! Ini ke pelajar dari akademi tertinggi ni." Marah Shary kepada mereka. Elisa dan Hina terkejut dengan tindakan Shary itu.


"Betul apa kami cakap ni, sepatutnya kau tu tak perlu pertahankan anak kutukan tu." Kata salah seorang daripada mereka. "Haah, mentang mentang kau adik kepada kawan baik Alysa sama, kau ingat boleh mengarah kami." Sokong kawannya.


Ini membuatkan Shary semakin naik angin apabila mendengar kata mereka ni. "Kau ni!" Elisa dan Hina cepat-cepat menahan Shary sebelum dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya.


"Shary, tolong tahan!" Kata Elisa menenangkan Shary. "Betul tu, kalau awak terus macam ni susah kita." Sokong Hina sambil menahan Shary.


"Tapi, mereka telah kutuk Elisa sama!" Kata Shary dengan nada marah. Elisa pun menyentuh bahu Shary. "Shary, tak mengapa. Kalau awak terus macam ni, kita bertiga akan kena gantung akademi ni." Kata Elisa menenangkan hati Shary.


"Elisa sama!!" Tiba-tiba Zack muncul di depan pintu kelas Elisa. "Zack sama?" "Ada pergaduhan dengan Azri sama!" Jawab Zack memberitahu situasi abang Elisa. Zack pun sudah tahu tentang Elisa itu. Elisa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Zack. Lalu Elisa cepat-cepat menuju kearah pergaduhan tersebut.


...****************...


Mereka pun tiba tempat pergaduhan tersebut. Elisa terkejut apabila melihat Azri mengeluarkan pedangnya bersama seorang pelajar lelaki yang bersiap sedia dengan pedangnya.


Lagi mengejutkan juga Alysa turut berada disisi Azri. Shary pun menghampiri Sary apabila melihat Sary berada di kawasan sini. "Onesan apa yang berlaku ni?" Tanya Shary tentang situasi tersebut.


"Lelaki itu mahu membunuh Elisa sama kerana sihir bintang tu. Jadi Azri sama dan Alysa sama menolak permintaan lelaki itu tanpa memberitahu bahawa Elisa sama adalah adik mereka berdua." Jawab Sary memberitahu situasi sebenarnya.


Terkejut Elisa apabila mendengar situasi tersebut. 'Jadi ini adalah salah aku rupanya.' Bisik Elisa sambil memandang kearah Alysa dan Azri.


"Kenapa Alysa sama dan Azri sama mahu pertahan perempuan kutukan tu!?" Tanya lelaki itu dengan nada tidak berpuas hati. "Baik kau jaga mulut kau!" Marah Azri apabila mendengar ayat lelaki itu.


"Kami tidak mahu kamu melakukan perkara ni terhadap pelajar di akademi ni. Walau apapun kamu kata terhadap Elisa, kami berdua akan menahan Elisa." Jawab Alysa dengan nada lembut.

__ADS_1


Ini membuatkan lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan mereka itu. "Saya tetap hancurkan perempuan itu!!" Lalu lelaki itu pun menyerang kearah Elisa dengan mengejut.


Azri cepat-cepat menahan serangan itu dengan pedangnya sebelum dia menyerang Elisa. Tetapi lelaki itu menggunakan sihir fizikal kuat, ini membuatkan Azri terjatuh ke tanah.


"Azri!" Alysa pun menuju kearah Azri lalu merawat luka Azri dengan sihir penyembuhan. "Baik aku bunuh korang dulu!!" Kata lelaki itu sambil mengeluarkan sihir naga yang terkuat.


Terkejut Elisa apabila mendengar kata lelaki itu. Ini membuatkan Elisa teringat tentang kejadian Mizuki yang ditolak ke jalan raya sampaikan sebuah lori mahu melanggarnya.


"Rasakan ni! Dragon Attack!!" Lelaki itu pun menembak sihir kearah mereka berdua. "Alysa sama! Azri sama!" Jerit Sary dengan ketakutan.


Tanpa sedari, Elisa pun menlidungi mereka dengan sihirnya. "Elisa!!" Terkejut mereka berdua apabila melihat Elisa menlidungi mereka. Lengan Elisa berdarah kerana serangan itu terkena serangan lelaki itu.


'Kuat juga serangan dia.' Kata Elisa menahan kesakitan di lengannya. "Kau memang sudah bersedia untuk mati yer. Matilah kau! Dragon Buster!!" Lelaki itu pun menembak sihir terkuatnya kearah Elisa.


"Aku takkan benarkan kau bunuh keluarga aku!!" Mata Elisa pun berubah menjadi bintang lagenda itu. Mereka terkejut apabila melihat mata Elisa itu.


"Star Striker!!!" Elisa pun menembak sihir bintangnya kearah sihir lelaki itu. Akhirnya, serangan Elisa berjaya menangkis serangan lelaki itu.


"Mu...Mustahil.." Terkejut lelaki itu apabila melihat serangan Elisa. Dengan sepantas kilat, Elisa menghampiri lelaki itu. "Lain kali, jangan nak berani cederakan Onesama dan Onisama! Star Punch!!" Elisa pun menumbuk perut lelaki itu.


Lelaki itu pun menayang sampai pokok di belakangnya. Elisa pun rasa penat apabila dia mengeluarkan sihir bintangnya yang terlalu kuat. "Elisa!!" Alysa dan Azri berlari kearah Elisa.


Elisa pun tersenyum apabila melihat mereka berdua tidak apa-apa. "Syukurlah...." Elisa pun pengsan, Alysa cepat-cepat menyambuk Elisa sebelum jatuh.


"Arigatou Elisa, sebab lindungi kami. Kamu memang adik yang prihatin. Kami betul-betul minta maaf sebab kami tidak lindungi kamu." Kata Alysa sambil memeluk Elisa dengan air matanya mengalir. Azri pun memandang ke arah kakaknya yang memeluk Elisa.


Lelaki itu pun tersedar dari pengsannya. "Berani kau cederakan adik kesayangan kami!!" Marah Azri sambil mengacukan pedangnya kearah muka lelaki itu dengan nada marah.


Terkejut lelaki itu apabila mendengar ayat Azri. "Apa maksud Azri sama?" Tanya lelaki dengan hairan, sama seperti pelajar yang berada di situ.


"Elisa yang korang semua kutuk tu, adalah adik kesayangan kami berdua. Puteri Kaguya Elisa!" Jawab Azri mengenalkan diri Elisa yang sebenar. Mereka yang mendengar itu terkejut beruk sambil memandang kearah Elisa yang tercedera di lengannya.


"Betul tu! Elisa lah yang mengalahkan naga sebelum ni demi kerajaan Fantasia ni. Dialah digelar sebagai Puteri Bintang tu!" Sokong Alysa sambil memulihkan luka Elisa yang parah itu.


Mereka pernah mendengar bahawa ada seorang Puteri Bintang yang sangat kuat dan menlidungi kerajaan Fantasia ni. Mereka pun merasakan bersalah terhadap Elisa kerana menuduh kononnya Elisa adalah anak kutukan Satria Star itu.

__ADS_1


Alysa dan Azri sedikit tenang bahawa berita negetif terhadap Elisa sudah beredar dengan kebenaran yang sangat benar.


__ADS_2