
Akhirnya, sudah tiba hari ujian. Pihak akademi Alysa berada di akademi Elisa untuk menyaksikan aksi ujian mereka. Bahkan Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa turut hadir untuk melihat puter mereka.
"Ramainya yang datang tengok!" Kata Hina dengan perasaan berdebar. "Betullah Alysa sama kata, akedemi sebelah pun datang." Kata Shary apabila dia ternampak kakaknya bersama kawannya.
Elisa pun berdiam diri kerana dia terfikir, adakah dia dapat kawal kuasanya? "Elisa sama, ada masalah ke?" Tanya Shary apabila dia nampak Elisa tidak bersemangat. "Eh, tiada apa-apa. Cuma saya terfikir tentang ujian ni." Jawab Elisa.
"Jangan risau Elisa sama, kita bertiga dah berlatih bersungguh-sungguh untuk hari ini." Kata Hina memberi semangat, sekarang Hina tak rasa malu kepada mereka dah.
"Betul tu, dan kami berdua takkan sia-sia kan rancangan Elisa sama ni!" Kata Shary dengan penuh semangat. "Arigatou! Saya nak tukar pakaian sekejap." Kata Elisa lalu dia pun pergi ke bilik air.
"Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan! Hari ini seperti biasa akedemi ini mengadakan ujian untuk para pelajar untuk mengunji kehebatan pelajar! Jadi mari kita mulakan dengan pertarungan pertama!" Kata Cikgu Sary.
Perlawanan perlawanan pertama di mulai. "Agak-agak macam mana dengan Elisa tu nanti?" Tanya Permaisuri Tsukasa dengan nada risau. "Saya percaya yang Elisa akan baik baik, sebab dialah puteri yang kuat di kerajaan Fantasia ni." Jawab Raja Kazuto menenangkan isterinya.
"Siapalah tak risau dengan Elisa, dah awak daftar masuk lewat sangat. Sekarang tengok, Elisa tak tahu apa-apa pun." Kata Tsukasa dengan risau.
"Mana Elisa sama ni?" Tanya Shary dengan sedikit bimbang, kerana tak lama lagi giliran mereka pula. "Maaf terlambat!" Ucap Elisa yang baru tiba. Mereka terkejut apabila melihat pakaian yang dipakai oleh Elisa, pakaiannya seperti pertualangan.
"Kenapa Elisa sama pakai pakaian macam tu?" Tanya Hina sambil menunjuk baju yang dipakai oleh Elisa. "Baju pertualangan, takkan saya nak gaun pulak." Jawab Elisa sambil membetulkan tali pinggangnya. "Yang mulia tak marah ke, sebab Elisa sama kan seorang puteri?" Tanya Shary dengan sedikit risau.
Maklumlah semasa Puteri Alysa dan Putera Azri menjalani ujian ni tak pakai pakaian pertualangan. "Tak, saya lebih suka pakaian ni sebab boleh gerak dengan bebas." Jawab Elisa sambil menggerakkan badannya.
"Perhatian peserta seterusnya, sila bersiap sedia untuk menjalani ujian." Kata pengacara itu. "Baiklah, kita bertiga boleh kalahkan pihak lawan dengan latihan kita perlatih semalam!" Kata Elisa dengan semangat. Mereka berdua pun mengangguk tanda setuju dengan Elisa.
"Dipersilakan peserta seterusnya!" "Mari lakukan dengan baik." Kata Elisa lagi. "Mari!" Mereka bertiga pun menuju ke area utama.
Ramai bersorak kepada mereka. "Awak, itu Elisa kan?" Tanya Tsukasa sambil menunjuk kearah Elisa. "Haahlah, dia pakai baju pertualangan." Jawab Kazuto sambil memandang kearah Elisa. "Kenapa Elisa tak pakai baju penyihir?" Tanya Azri. "Entahlah, mesti dia nak tunjukkan sesuatu kepada kita." Jawab Alysa sambil tersenyum.
"Kami akan hancurkan korang!" Kata lelaki yang membuli Hina sebelum ni. "Jadi kita benar benar akan bertarung." Kata Elisa dengan tenang. "Kami takkan bagi korang peluang!" Kata lelaki itu dengan marah. "Baiklah, kami takkan berlembut lagi." Jawab Elisa.
Tiba-tiba bola kristal pun muncul dari belakang mereka.
"Para peserta perlu mempertahankan bola kristal dan menyerang bola kristal pihak lawan. Sesiapa yang dapat pecahkan bola kristal pihak lawan maka menanglah. Tetapi peserta tidak dibenarkan berlawan menggunakan sihir kelas tinggi." Kata Cikgu Sary memberitahu syarat dalam perlawanan ini.
"Sekarang....Mula!"
Penyerang lelaki itu pun menyerang mereka. 'Dah agak!' Bisik Elisa sambil tersenyum. "Rasakan ni! Serangan pedang berapi!" Lelaki itu itu pun menebas kearah Elisa, dengan sekelip mata Elisa mengelak dengan pantas.
__ADS_1
"Tak cukup laju." Kata Elisa." Diamlah!!" Lelaki itu pun terus menebas kearah Elisa dan seperti biasa Elisa mengelak dari terkena pedang itu.
Di situasi yang lain. "Hentakan tukul!!" Penyerang lelaki itu pun memukul kearah Shary. Shary pun mengelak dari tukul itu dengan pantas. "Hina!" Jerit Shary memberi isyarat.
Hina pun mengeluarkan sihirnya. "Tarikkan graviti!" Lalu penukul itu pun jatuh kebawah kerana tarikkan graviti. "Kau ingat kau boleh menang! Tembakan berapi!" Lelaki itu pun menembak kearah Hina.
Shary pun melindungi Hina dengan perisainya. "Awak ok, Hina?" Tanya Shary. "Saya ok, arigatou Shary." Jawab Hina, Shary pun menghempus nafas lega.
"Ambik lagi!" Lelaki itu pun menerus tembak. "Ice Wall!" Kini giliran Hina pula yang menlidungi Shary. "Giliran awak, Shary!" Kata Hina memberi isyarat. "Tumbukan Ais!" Shary pun menumbuk kearah lelaki itu.
"Boleh tahan Shary." Puji Hina dengan tumbukan Shary. "Terima kasih sebab tarik perhatian." Ucap Shary sambil mengenyit matanya.
Di situasi Elisa semula. Lelaki itu dah penat bermain dengan Elisa ni. "Kenapa, dah penat?" Tanya Elisa sambil memeluk tubuhnya.
"Ceh...kau...ingat...kau boleh lepasi aku..." Kata lelaki itu dengan kelelahan. "Bukan saya lepasi tapi kawan saya dah lepasinya." Kata Elisa sambil menunjuk Shary berlari kearah bola kristal pihak lawan.
"Jangan lepaskan dia!!" Arah lelaki itu kepada seorang perempuan penyihir yang menjaga kristal mereka. "Silauan cahaya!" Shary cepat-cepat menyilaukan mata perempuan itu.
Apabila perempuan itu tidak nampak, Shary pun menghancurkan bola kristal mereka. Akhirnya bola kristal pihak lawan berjaya dihancurkan.
"Pemenangnya adalah dari kumpulan Elisa sama!" Kata Cikgu Sary menggumumkan pemenang. "Shary! Awak dah berjaya!" Sorak Elisa sambil memeluk Shary.
"Akhirnya puteri kita dah berjaya." Kata Raja Kazuto sambil melihat Puteri Elisa. Permaisuri Tsukasa pun mengangguk tanda setuju dengan Raja Kazuto.
"Kenapa Onesama pandang mereka macam tu?" Tanya Putera Azri apabila melihat kelakuan Puteri Alysa yang memandang tajam ke arah mereka.
"Ada sesuatu yang tak kena dengan pihak lawan Elisa." Kata Puteri Alysa sambil memandang ke arah mereka.
"Sekarang kami dah menang, jadi korang kena menepati janji korang." Kata Shary menuntut janji yang dibuat oleh Elisa. "Kau...Kau ingat.. ini dah berakhir!!" Kata lelaki itu sambil menunjuk matanya berwarna merah.
Mereka bertiga terkejut apabila melihat mata lelaki itu.
"Hahaha! Aku akan tunjukkan kuasa aku yang sebenarnya!!" Kata lelaki itu lalu lelaki itu mengeluarkan kuasanya.
Hina terkejut apabila melihat aura lelaki itu. "Jangan kata..." "Kenapa Hina?" Tanya Shary apabila melihat muka Hina sedikit ketakutan.
"Dia mengeluarkan kuasa naga!!" Jawab Hina sedikit ketakutan. Elisa dan Shary terkejut apa yang dikatakan oleh Hina.
__ADS_1
Tiba tiba lelaki itu mengeluarkan dinding supaya mereka bertiga tak boleh keluar. "Dia keluarkan dinding plasma supaya Elisa dan yang lain!" Kata Alysa dengan nada terkejut.
"Sekarang Elisa dalam bahaya!" Kata Tsukasa dengan risau. "Dinding plasma mustahil untuk kita pecahkan." Kata Kazuto apabila melihat dinding itu.
Paling mengejutkan mereka, lelaki itu berubah menjadi naga. "Dia...dia menjadi naga...." Kata Shary nada gementar. "Hmmft! Hahahaha!" Tiba-tiba Elisa ketawa dengan terbahak-bahak.
"Kenapa Elisa sama ketawa?" Tanya Hina dengan hairan, orang lain tengah gementar dia boleh pulak ketawa. "Tak...haha...adeh. Saya ketawa sebab tengok muka dia! Hahaha!" Jawab Elisa sambil ketawa bahak.
"Berani kau! Rasakan ni!!" Naga itu pun memijak Elisa dengan kuat. "Elisa sama!!" Terkejut mereka berdua apabila melihat naga itu memijak Elisa. "Rasakan!" Naga itu pun melihat hentakannya, tetapi Elisa tidak kena hentakan itu.
"Ma...Mana dia menghilang?" Terkejut naga itu lalu memandang kira kanannya. "Cari siapa?" Tanya Elisa yang berada di atas menggunakan sihir terbangnya.
"Ma..Macam mana.." "Lain kali jangan pandang rendah pada budak kecil." Jawab Elisa sambil memeluk tubuhnya.
'Sebab aku dah tahu dah ini akan berlaku, nasib baik aku main video game pertualangan ni.' Bisik Elisa sambil dia teringat tentang kehidupan dia dahulu.
"Rasakan ni! Hembusan nafas berapi!!" Naga itu pun menghempus nafas apinya. 'Naga main api pulak.' Elisa pun menggelak dari hembusan api itu.
'Kalau macam tu!' Elisa pun menghampiri mulut naga yang ternganga luas itu. "Bekukan semuanya!!" Elisa pun mengeluarkan sihir aisnya. Lalu mulut naga itu pun menjadi beku.
"Sejuknya!!" Jerit naga itu yang hilang kawalan. Maklumlah kalau kita makan banyak ais otak kita mestilah beku.
'Yuna, awak tahu tak macam mana nak batalkan sihir ni?' Tanya Elisa menggunakan sihir komunikasi Yuna. 'Saya pun kurang pasti, saya hanya tahu hanya pemiliknya yang boleh batalkan sihir itu.' Jawab Yuna.
Elisa pun mengeluh, takkan lah tiada seorang yang tahu.
"Tolong!!!" Elisa memandang kearah jeritan itu. Elisa terkejut apabila melihat kawannya itu diserang naga itu. Naga itu menyerang kearah mereka.
"Ke...Kenapa...kau!!!" Tiba-tiba badan Elisa mengeluarkan aura yang kuat. Elisa trauma apabila dia mengingat tentang kisah gelapnya dulu.
"Otosama!! Tengok Elisa!" Arah Alysa sambil menunjuk ke arah Elisa. Raja Kazuto dan Permaisuri Tsukasa terkejut apabila melihat Puteri Elisa mengeluarkan aura yang kuat.
"Mata Elisa..." Kata Tsukasa apabila melihat mata Elisa sudah berbintang yang bertanda Elisa tidak dapat mengawal dirinya.
"Elisa kawal diri kamu tu!!!" Arah Raja Kazuto sambil menjerit, tetapi Elisa tidak mendengarnya.
'Kenapa....Kenapa...aku boleh ingat lagi kejadian tu.... Mizuki....' Bisik Elisa dengan sambil memeluk badannya yang mengigil kerana memikirkan semula tentang kejadian itu.
__ADS_1
Apa akan berlaku seterusnya kepada Elisa? Adakah dia akan memusnahkan kerajaannya atau dia dapat mengawal kuasanya yang merbahaya itu?