Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 1


__ADS_3

Sakina ariffin. Mempunyai Abi, Umi, yang sangat mencintai anak-anaknya. Mereka lima beradik membesar dengan didikan agama yang cukup.


Semua wanita di dalam keluarga Ariffin memakai niqab. Ariffin mempunyai madrasah wanita dan lelaki. Kesemua anak-anak Ariffin telah mengajar di sana.


Kasih sayang kekeluargaan itu membuatkan Sakina rasa cukup untuk hidup sendiri. Tanpa perlu ada pasanggan hidup.


...----------------...


Profile adik-beradik Sakina.


(1) Dean Ariffin, lahir pada tahun 1992, anak yang pertama yang paling ambil berat tetang keluarga. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.


(2) Sakina Ariffin, lahir pada tahun 1994, anak yang kedua yang baik dan penyayang. Sakina tidak pernah bercinta dan tidak tahu apa itu cinta.


(3) Zara Ariffin, lahir pada tahun 1996, anak yang ketiga. Seorang adik yang polos dan cerdik.


(4) Muiz Ariffin, lahir pada tahun 1999, anak yang keempat. Seorang adik yang lucu dan telah mempunyai teman wanita.


(5) Aya Ariffin, lahir pada tahun 2002, anak yang kelima. Seorang adik yang ceria dan tegas.


Mereka sekeluarga tinggal di satu rumah yang sangat besar.


...----------------...


Pada tahun 2015, awal bulan may.


Semasa di madrasah. Sakina tengah berjalan dengan Zara dan Aya tiba-tiba Sakina dapat panggilan telefon. Dari Aisha kawan Sakina di London.


"Assalamualaikum Sakina apa khabar. Aku sekarang ini ada di Malaysia. Aku mahu ketemu kamu sebentar, ada Hal penting yang ingin Aku ceritakan."


Sakina telah minta izin Abi dengan Umi, untuk pergi ke pertemuan itu, di masjid putrajaya.


...----------------...


Aisha adalah seorang non Muslims dan yatim piatu yang berdarah kacukan London dan Indonesia.

__ADS_1


Aisha kenalan Sakina di Instagram. dia menjadi kawan rapat dengan Sakina kerana semasa dia bercuti di Malaysia dan juga semasa Sakina dengan adik-adiknya becuti di London. sejak dari itu Aisha menjadi sahabat baik Sakina, walaupun mereka jarang bertemu.


Aisha sudah berkahwin dan sedang mengandung. Mereka berdua ada salah faham antara suami isteri. Dan kerana itulah Aisha telah membawa dirinya ke Malaysia.


Aisha mendiamkan diri tidak mahu bercerita kesemua masalahnya kepada Sakina, tentang apa yang terjadi diantara Dia dengan Suaminya.


Sakina memahami perasaan Aisha, dan ia telah mengajak Aisha untuk tinggal bersama keluarganya. Sehinggalah Aisha bersaling.


...----------------...


Selama Aisha tinggal di rumah keluarga Sakina. Aisha selalu ke klinik Psikiatri kawannya. (Minah) untuk menerima rawatan, kerana Aisha mengalami tekanan perasaan.


Selama Aisha tinggal bersama Keluarga Sakina. ALLAH s.w.t telah memberi hidayah kepada Aisha dan telah membuka hati Aisha untuk memeluk agama Islam.


...----------------...


Setelah 9 bulan.. 2016 awal bulan january.


Aisha bersaling di hospital swasta dan mempunyai dua orang anak kembar. Tetapi tidak seiras. Anak pertama Aisha mengalami autisme. Dan anak kedua Aisha normal seperti kanak-kanak biasa.


...----------------...


Semasa Aisha mahu turun dari tangga rumah. Sakina nampak Aisha. Lalu ia berkata. "Aisha awak okay! Kenapa pucat sangat ni. Kita ke hospital sekarang juga ya." Sakina papah tangan Aisha untuk turun.


"Tidak apa-apa Sakina! Saya masih sehat lagi!" Aisha menolak dengan suara yang sedikit tegas.


Aisha tepaksa buat begitu kerana tidak mahu Sakina bawa dia ke hospital. Aisha tidak ingin Sakina dan keluarganya. Tahu tentang penyakitnya itu. Tetapi Sakina tetap juga membawa Aisha ke hospital.


...----------------...


Setelah dua hari Aisha terbaring di atas katil hospital. Aisha memanggil Abi, Umi, dan Keluarga. Kerana Aisha ingin beritahu mengenai penyakit yang dia alami.


"Sebenarnya Abi, Umi, Aisha ada barah rahim, dan Aisha tidak boleh mengandung. Suami Aisha ingin gugurkan kandungan ini. Tapi Aisha sudah lama ingin punya anak. Aisha tidak mahu bunuh nyawa yang tidak berdosa ini. Aisha tahu dia bicara seperti itu kerana dia mahu menjaga kesehatan Aisha. Kerana itulah Aisha telah buat keputusan untuk tinggalkan dia. Memilih untuk berpisah adalah yang terbaik."


Abi dengan Umi hanya boleh senyum. Dengan senyuman yang penuh kesedihan.

__ADS_1


Sakina dan Keluarga hanya terdiam seketika. Kerana memikirkan apa yang terbaik buat Aisha sekarang ini.


"Abi, Umi, Semuanya. Aisha minta maaf, kerana telah banyak menyusahkan Umi dengan Abi." Aisha memegang tangan Umi erat.


"Umi, penyakit Aisha ini sudah terlambat untuk diubati. Kerana Aisha memilih untuk melahirkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Aisha tidak pernah menyesal dengan keputusan Aisha ini Umi."


Sakina tidak dapat menahan sebak, lalu dia keluar dari bilik itu. Kemudian Zara dan Aya juga telah mengikuti kakaknya.


Sakina menangis dengan suara pelahan, di dinding sebelah pintu bilik. Sehinggalah ia rebah, jatuh pelahan-lahan.


Aya memegang tangan kakaknya. Lalu Zara dan Aya juga duduk memeluk kakaknya, dan menangis pelahan.


...----------------...


Aisha terbaring di katil hospital dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin lemah...


"Umi, Abi. Aisha redha dengan apa yang telah terjadi ini, dan Aisha sangat bersyukur mempunyai keluarga islam di dunia ini. Ada satu hal lagi yang Aisha inginkan. Umi, Abi, Tolong titipkan anak-anak Aisha pada Sakina. Aisha ingin Sakina menjadi ibu kepada anak-anak Aisha. Kerna Aisha tahu Sakina seorang wanita yang sangat kuat, penyayang, dan mempunyai sifat keibuan."


Aisha memberikan sepucuk Surat kepada Abi dengan tulisan besar di atas kertas itu. "Wasiatku buat Sakina Ariffin."


...----------------...


Setelah beberapa minit Kemudian. Aisha telah menghembuskan nafas terakhirnya. "Asyhadu an laa ilaaha illallaahu, wa asyhaduanna muhammadar rasuulullah." Lalu suara Tangisan Keluarga Ariffin terdengar sayu dari luar bilik hospital.


...----------------...


Beberapa hari setelah pengebumian arwah Aisha. Abi telah membacakan surat wasiat Aisha kepada Sakina. Ketika itu keadaan Sakina sangat menyedihkan.


Setiap hari Sakina akan menangis, ketika dia melihat kedua anak-anak arwah Aisha. Sakina tidak kuat untuk menerima wasiat yang Aisha berikan kepadanya. Sehinggalah Sakina menjadi lesu, Mendiamkan diri, Kesedihan, dan Kemurungan.


...----------------...


Abi dan Umi melihat keadaan Sakina hari demi hari. Sehinggalah Abi telah membuat keputusan. Sakina perlukan rawatan Psikiatri. Abi telah menyuruh Zara dan Aya membawa Sakina ke klinik Psikiatri Minah untuk menerima rawatan.


...----------------...

__ADS_1


Setelah itu, Minah selalu ke rumah Ariffin. untuk berjumpa Sakina. Dan Minah telah menjadi sahabat baik Sakina, Zara, dan Aya. Dan ia juga sudah menjadi sebahagian dari Keluarga Ariffin.


...****************...


__ADS_2