Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 20


__ADS_3

Hari ke 23. Keluarga Ariffin di London.


Hari ini Abi, Umi, Dean, dan Suha akan ke rumah ibunya suhaizah untuk berbincang mengenai majlis pernikahan anak-anak mereka. Kerana tinggal lagi tiga hari sebelum majlis akad nikah.


Semasa Sakina sedang siapkan sarapan untuk Zara, Muiz, dan Aya di hospital.


Umi masuk ke bilik Sakina. Dan telah mengambil surat wasiat aisha yang Sakina simpankan di dalam kotak dan di atas almari.


Umi telah berikan surat itu kepada Abi. Kemudian Abi tangkap gambar surat itu. Lalu menghantarkannya kepada Jamie. Kerana Jamie ingin membaca surat itu.


...----------------...


Jamie berada di ruangannya di balai polis. Setelah dia dapat mesej dari Abi, ia langsung membaca surat itu.


"Assalamualaikum Sakina. Aku ingin mohon maaf, kerana selama ini aku tidak bisa ceritakan kepada kamu mengenai suamiku. Kerana aku tahu, kamu akan bertindak dan berfikiran seperti suamiku. Sakina, penyakit yang aku alami ini tidak boleh sembuh sepenuhnya. Peluang aku untuk hidup setelah mengugurkan kandungan itu tidak banyak. Sakina, aku titipkan anak-anakku kepada kamu. Aku tahu kamu akan menjaga mereka seperti anak kandungmu. Aku wasiatkan anak-anakku kepada kamu. Jadilah ibu mereka selamanya. Jangan pernah beritahu mereka mengenai ku. Kerana aku tidak ingin mereka tahu siapa aku yang sebenanya. Salam sayang dari sahabatmu aisha."


Jamie menitiskan air matanya, setelah membaca surat itu. dia merasa sangat bersyukur kerana aisha mengenali wanita sebaik Sakina.


...----------------...


Abi beritahu Minah melalui WhatsApp. Semalam Sakina sudah berterus-terang kepada Jamie tentang rahasia yang Sakina pendamkan selama ini.


...----------------...


Sampai di depan hospital. Minah meminta izin Abi untuk membawa Sakina menemui doctor Jared, kerana hari ini doctor Jared ada banyak waktu lapang.


Sakina tidak mahu berjumpa doctor Jared lagi kerana dia sudah merasa lebih baik dari sebelum ini.


Minah tidak pedulikan Sakina yang tidak mahu pergi itu. Lalu Minah berkata kepada Abi yang Sakina perlu selesaikan terapi yang sudah dia jalani sebelum ini.


Kemudian Abi dan Umi memberikan izin kepada Minah. Dan telah menyuruh Sakina mengikuti Minah.


Setelah itu Abi dan Umi telahpun bergerak ke rumah keluarga suhaizah.


Sakina ke ruangan doctor Jared untuk memulakan terapi. Sakina mula bercerita mengenai apa yang dia sudah katakan kepada Jamie semalam.


Kemudian..


Setelah selesai sesi soal jawab. Doctor Jared berikan resit ubatan yang Sakina perlu ambil. Senarai ubatan Sakina sudah banyak berkurangan. Ada beberapa ubat yang Sakina tidak perlu makan lagi.


Minah sangat gembira untuk sahabat baiknya itu. Kerana Sakina sudah lebih sihat dari sebelum ini. Selama dia mengenali Sakina.


...----------------...


Jam 12:00pm.


"Hari ini demam Anas beransur pulih. Esok pagi anak puan sudah boleh keluar." Kata doctor yang merawat Anas.


"Terima kasih doctor." Sakina senyum sambil memeluk anaknya.


Muiz terus telefon Abi dan beritahu yang hari ini Anas tidak boleh pulang lagi. Esok pagi baru boleh pulang.

__ADS_1


Kemudian Abi juga beritahu yang hari ini. Abi Umi, Dean, dan Suha, tidur di rumah keluarga suhaizah. Dua malam, kerana ada banyak urusan yang masih belum di selesaikan lagi. Dan Abi telah suruh Jamie datang hospital esok pagi, menjemput dan menghantar pulang ke apartment.


...----------------...


Jam 6:30pm.


Petang itu. Jamie ambil Lisa dari kelas tuisyennya. Kemudian Jamie pergi ke kedai muslim membeli makanan, untuk makan malam nanti. Buat Sakina dengan adik-adiknya dan anak-anaknya.


Hari ini Sakina, Zara, Muiz, Aya, tidak pulang ke apartment. Kerana di rumah tidak ada orang. Malam ini mereka semua akan tidur di hospital.


...----------------...


Jam 9:00pm.


Setelah mereka semua sudah selesai makan.


Jamie duduk di bangku luar bilik. Kemudian dia mengetuk pintu. Muiz membuka pintu lalu Jamie terus berkata. "Bolehkah abang berjumpa dengan kak kina sebentar?"


Muiz mengangguk dengan senyumannya. Lalu membenarkan Jamie masuk.


Setelah itu Jamie berjalan mendekati Sakina yang sedang duduk di sebelah Anas di atas katilnya.


Jamie berkata pelahan "Ada yang ingin saya katankan dengan awak. Bolehkah kita ke taman sebentar."


Sakina melihat adik-adiknya bergiliran. Zara Muiz, dan Aya, mereka mengangguk dan membenarkan kakanya pergi.


Kemudian Sakina melihat Jamie lalu ia menggangguk kecil.


...----------------...


Sampai di bangku taman. Jamie menyuruh Sakina duduk di bangku itu. Lalu dia duduk di hujung bangku sebelah kiri. Jamie juga turut duduk di hujung bangku kanan.


Kemudian..


Jamie bersuara pelahan sambil melihat depan. "Saya sudah baca surat wasiat yang arwah aisha tinggalkan untuk awak."


Sakina menatap Jamie dari tepi.


Jamie memalingkan wajahnya melihat Sakina yang sedang terkejut. Lalu Sakina menundukkan wajahnya.


"Saya sudah berfikir banyak tentang Umar dan Anas." Jamie masih menatap Sakina dari tepi. "Saya juga tidak ingin anak-anak tahu siapa saya."


Sakina melihat Jamie. Lalu ia berkata pelahan. "Saya akan beritahu mereka perkara yang sebenar. Soal kamu dan aisha, bila mereka sudah meningkat dewasa."


"Tidak perlu Sakina. Cukuplah mereka hanya merasai kehilangan ayah. Saya tidak mahu mereka merasai kehilangan ibu pula! Sakina, ini adalah keinginan aisha. Dan ini adalah keputusan saya." Jamie menatap Sakina yang melihatnya.


Sakina mengangguk kecil sambil menundukkan wajahnya kembali.


Jamie masih menatap wajah Sakina dari tepi. Lalu ia berkata dengan suaranya yang sangat pelahan. "Kalaulah kita ditakdirkan hidup bersama. Saya tetap tidak mahu mereka tahu siapa saya."


Sakina bangun dari bangku, dia melihat Jamie dan mengangguk, lalu ia berkata pelahan. "Saya minta diri dulu."

__ADS_1


"Sakina tunggu!" Jamie juga bangun dari bangku itu, lalu ia berdiri berhadapan dengan Sakina. "Ini untuk awak." Jamie berikan kepada Sakina cincin arwah aisha yang masih dia simpan.


"Maaf. Saya tidak boleh terima ini." Sakina menggelengkan kepalanya.


"Sakina, ini cincin arwah aisha. Saya masih simpan cincin ini, kerana dulu saya fikir. Kalaulah saya bertemu dengan dia lagi. Saya akan pulangkan kembali cincin ini kepadanya. Jadi sekarang ini saya rasa! Saya sudah tidak perlu simpankannya lagi kan."


"Saya minta maaf. Saya tidak boleh menerima pemberian dari kamu." Sakina menunduk lalu ia berjalan pulang.


Jamie bersuara sambil melihat Sakina dari belakang. "Kenapa Sakina! Kenapa awak tidak boleh beri saya sedikit harapan, untuk saya dapatkan sedikit peluang dari awak!"


Sakina berkata tanpa melihat Jamie yang ada di belakangnya. "Kenapa saya perlu beri harapan dan peluang. Sedangkan kamu sendiri tahu yang itu semua adalah palsu."


Kemudian Sakina memusingkan badanya dan melihat Jamie. Lalu ia berkata. "Tolonglah! Jangan buat saya rasa bersalah lagi terhadap kamu!"


Jamie terdiam. Dia melihat Sakina berjalan masuk ke ruangan hospital, dengan perasaan yang sangat sedih dan kecewa. Setelah mendengar Sakina berkata sedemikian.


Jamie mengejar Sakina, lalu ia memegang tangan Sakina untuk menghentikan langkahnya lagi.


Sakina terhenti, dan ia menepis tangan Jamie.


Lalu Jamie berkata. "Maaf saya tidak sengaja! Saya cuma mahu tanya sesuatu. Sakina, apa awak membenci suami aisha selama ini? Adakah awak membenci dia, sebelum awak mengenali saya."


Sakina mengangguk kecil sambil menundukkan wajahnya.


"Apa awak masih membenci saya? Setelah awak sudah mengenal saya?"


Sakina hanya menggelengkan kepalanya saja. Kemudian Sakina teruskan berjalan.


Jamie merasa sangat lega dan gembira, kerana Sakina tidak membencinya.


Jamie mengikuti Sakina berjalan dari belakang, sampai di depan pintu bilik Anas.


Semasa Sakina ingin membuka pintu bilik. Jamie bersuara lagi sambil melihat Sakina yang ada di depannya. "Sakina. Terima kasih kerana awak tidak membenci saya."


Sakina terdiam, lalu ia membuka pintu dan masuk ke dalam. Di ikuti Jamie yang ada di belakangnya.


Kemudian..


Lisa mahu tidur di hospital juga bersama ummi Sakina. Tetapi tidak boleh, kerana esok Lisa akan ke sekolah.


"Sakina, hari ini biar saya yang jaga Ryan." Jamie berkata melihat Sakina.


Minah mengangguk dan berkata pada Sakina. "Ya, itu aku setuju. Hari ini Jamie pulang tidur di rumahnya, jadi dia boleh bawa pulang Ryan juga. Malan ini kau bolehlah berehat sedikit."


Zara, Muiz, dan Aya, juga turut setuju dengan apa yang Minah katakan itu.


...----------------...


Jamie, Ryan, dan Lisa sudah sampai di laman rumah mereka.


Semasa Lisa sudah turun dari kereta. Jamie masih berada di dalam keretanya, lalu dia termenung dan teringatkan kata-kata Sakina tadi. "Kenapa saya perlu beri harapan dan peluang. Sedangkan kamu sendiri tahu. yang itu semua adalah palsu."

__ADS_1


Jamie menghempaskan badannya ke sandaran kerusinya. "Saya akan buat yang palsu itu menjadi kenyataan Sakina. Saya akan buat awak menerima cinta saya" Jamie berkata sendirian.


...****************...


__ADS_2