Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 27


__ADS_3

Hari ke 30. Keluarga Ariffin di London.


Selepas sarapan pagi mereka sekeluarga ke hospital ingin melihat Sakina.


Semasa Minah sedang menjelaskan keadaan Sakina kepada semua keluarga yang sudah berkumpul di sofa. "Kalau Sakina sudah sedar nanti, yang lain semuanya harus mendiamkan diri, tidak perlu berkata apa-apa kepada Sakina. Cukup hanya Abi dan Umi saja yang bicara dengan Sakina."


Dean, Zara, Muiz, Aya, dan Suha, mengangguk sambil melihat Minah. Mereka semua akan mendengarkan apa yang Minah katakan itu.


Semasa Minah sedang jelaskan lagi kepada mereka, kenapa mereka tidak perlu bicara dengan Sakina. Tiba-tiba Lisa bersuara. "Tok Abi, Tok Umi! Ummi Sakina sudah sedar." Sakina membuka matanya. Dia masih dalam keadaan separa sedar.


Mereka semua terus pergi ke katil Sakina. Lalu Minah telah menyuruh Suha membawa budak-budak keluar dari bilik itu.


Kemudian..


Minah berkata kepada Abi. "Abi, Umi, lebih baik kalau semuanya keluar dahulu, biar Minah saja yang ada disini dengan Sakina."


Abi dengan Umi mengangguk dan telah menyuruh semuanya untuk keluar dari bilik itu.


Kemudian..


"Sakina, lihat aku. Sakina, kau mendengar aku kan." Minah memalingkan wajah Sakina kepadanya.


Sakina masih dalam keadaan separa sedar, dia termenung sambil menitiskan air matanya. Minah terus memeriksa keadaan badan Sakina. Lalu dia berkata lagi dengan suara yang sedikit keras. "Sakina katakan sesuatu! Bicaralah dengan aku!"


Sakina mulai tersedar, lalu ia mengesat air matanya dan dia ingin bangun dari baringnya. Minah menolong Sakina untuk duduk bersandar di katilnya. Setelah itu Minah duduk di sebelahnya.


Kemudian Sakina berkata sambil mengesat air matanya yang terus mengalir. "Akak lihat perempuan itu di sini! Dia ada di sini Minah!"


"Sakina tenanglah! Apa yang kau lihat itu tidak benar. Perempuan itu sudah ditangkap, dia sekarang ini ada di penjara." Minah berkata sambil memegang lengan Sakina.


Sakina melihat Minah dengan keliru.


"Semasa kau melihat perempuan itu, kau nampak siapa lagi yang ada di sana."


"Jamie. Dia juga ada di sana kan." Sakina masih dalam keadaan keliru.


"Sakina, kau melihat dia dimana?"


"Waktu itu akak di bawah, dan akak sedang memegang kaca! Tiba-tiba perempuan itu berubah menjadi Jamie. Dia ingin datang dekat!" Sakina berkata sambil tersedu-sedu.


"Sakina tenanglah, apa yang kau lihat itu benar. Jamie memang ada di sana. Aku yang suruh dia untuk mendekati kau, kerana aku ingin kau melepaskan pecahan kaca itu. Dan supaya aku senang untuk suntik kau ubat penenang."


Kemudian Sakina berkata sambil mengesat wajahnya. "Abi dengan Umi mana?"


"Mereka semua ada di luar, kau ingin aku panggilkan Abi dan Umi."


Sakina mengangguk. Lalu Minah berkata lagi. "Apa kau sudah siap untuk bertemu Abi dengan Umi."


Sakina mengangguk dan menarik nafas dalam. Sakina cuba untuk tenangkan dirinya. Kemudian Minah keluar dari bilik dan memanggil Umi dan Abi saja.


Kemudian..


Umi terus memeluk anaknya dengan sangat erat sambil berkata. "Alhamdulillah kau sudah sedar." Abi yang sudah duduk di bangku sebelah Sakina. Lalu berkata sambil melihat Umi dan anaknya. "Sakina. Kita semua ingin melihat kau kembali sihat."

__ADS_1


Sakina mengangguk dengan senyumannya sambil mengesat air matanya yang telah menitis lagi, setelah Umi memeluknya.


"Ada apa-apa yang ingin kau tanyakan pada Abi, katakan saja Sakina. Abi akan ceritakan semuanya."


"Bagaimana dengan pernikahan Muiz Abi! Semalam kan, hari pernikahan Muiz?"


"Ya, tapi majlis itu sudah ditukarkan pada majlis pertunangan mereka. Abi dan keluarganya sudah setuju untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka di Malaysia."


Sakina mengangguk dengan senyumannya. Kemudian Umi bersuara. "Kita akan pulang ke Malaysia, setelah kau sihat sepenuhnya." Umi mengusap belakang badan anaknya.


"Ya, Abi ingin beritahu kau sesuatu. Ini adalah khabar gembira untuk kau."


Sakina melihat Abi dengan senyumannya yang manis.


Kemudian Abi berkata. "Jamie telah memberi izin kepada kita untuk membawa Lisa dan Ryan, ikut kita pulang ke Malaysia. Kerana dia tahu, kalau kau dengan anak-anak saudaranya itu sudah tidak boleh dipisahkan."


"Alhamdulillah." Sakina mengesat wajahnya sambil mengatakannya lagi. "Alhamdulillah Ya Allah. Bila kita akan pulang ke Malaysia Abi?" Sakina sangat bersyukur. Dan sangat gembira mendengar khabar itu.


"Jamie sudah uruskan visa dan tiket untuk Lisa dan Ryan. Kalau kau sudah sihat sepenuhnya, hari ini juga boleh kita pulang." Abi dengan Umi merasa sangat bersyukur kerana keadaan Sakina kelihatan sihat dan normal seperti biasa.


Kemudian Abi berkata sambil memegang tangan anaknya. "Sakina, Abi hanya ingin kau tahu, yang Jamie benar-benar mencintai kau Sakina. Semenjak kau dimasukkan di sini. Dia tidak pernah pulang ke rumahnya, kerana dia ingin menjaga kau di sini. Setiap malam dia akan tidur di bangku luar, kerana dia ingin tahu keadaan kau setiap masa. Dan hari ini juga dia masih ada di luar."


"Abi, Umi. Bagaimana dengan Umar, selama akak tidak ada." Sakina berkata sambil melihat Abi dan Umi dengan senyumannya. Sakina cuba untuk mengubah topik lain.


"Umar, Anas, Lisa, dan Ryan. Mereka semua sihat, kau tidak perlu khawatir." Abi dengan Umi tahu kalau Sakina tidak ingin bicara soal Jamie.


"Umi, akak sangat rindukan mereka. Akak ingin melihat mereka Umi." Matanya sudah mulai berkaca-kaca.


Umi mengangguk. "Ya Umi tahu kau sangat merindukan mereka. Apakah kau sudah siap untuk bertemu mereka semua."


Kemudian. Abi menyuruh Minah untuk pergi memanggil mereka semua untuk masuk ke bilik. Setelah mereka masuk, Umar dan Anas terus berlari pergi memeluk umminya, sambil menangis. Lisa hanya berdiri di sebelah Sakina sambil tersenyum dan menitiskan air matanya.


Sakina melihat Lisa yang tidak memeluknya. Kemudian Sakina menarik tangan Lisa untuk memeluknya juga. Mereka hanya menangis tanpa bertanya dan berkata apa-apa kepada Sakina.


"Maafkan ummi sayang, Ummi benar-benar minta maaf." Sakina mengusap anak-anaknya sambil menahan tangisannya. Dia tidak ingin anak-anaknya melihat ia dalam keadaan yang lemah.


Beberapa minit Kemudian. Sakina melepaskan pelukkannya itu, kerana dia ingin melihat Lisa dan Anas. Sementara Umar masih lagi di dalam pelukkannya. Lalu ia berkata sambil mengesat air mata yang ada di wajah Lisa dan Anas. "Sudahlah, jangan menangis lagi. Lisa dengan Anas doakan untuk ummi ya, supaya ummi cepat sihat dan boleh pulang ke rumah, ya."


Lisa dan Anas mengangguk sambil tersenyum. Kemudian Abi berkata. "Suha, bawalah mereka keluar dahulu, kerana ada lagi yang Abi ingin katakan pada Sakina."


Setelah mereka keluar. Abi berkata dengan serius, sambil memegang tangan anaknya. "Sakina, Abi ingin kau memikirkan soal Jamie. Kerana pada Abi dan Umi. Jamie itu adalah kiriman dari tuhan untuk kau."


Sakina menundukkan wajahnya sambil mengesat air matanya. Lalu ia mengangguk sambil melihat Abi dan Umi.


Dean, Zara, Muiz, dan Aya, tersenyum gembira kerana melihat keadaan Sakina yang sudah sihat. Dan boleh menerima Jamie.


"Janganlah menangis lagi Sakina. Kau perlu banyak berehat kalau ingin cepat pulih, Abi dengan Umi akan pulang dulu. Petang nanti Zara dengan aya akan datang teman kau tidur di sini." Abi berkata dengan tersenyum.


Setelah Umi, Abi, dan semuanya sudah bergiliran memeluk Sakina. Mereka telah pulang ke apartment. Hanya Jamie dan Minah saja yang tinggal di hospital untuk menemani Sakina.


Minah masuk ke bilik dan melihat Sakina sedang termenung sambil menatap langit, dari tingkap yang ada di sebelahnya. Lalu Minah bertanya. "Ada apa Sakina. Kenapa kau termenung."


Sakina memandang Minah dengan perasaannya yang sedang keresahan, lalu ia berkata. "Minah, akak ingin pulang. Akak tidak boleh ada di sini."

__ADS_1


"Kenapa Sakina, aku kan ada disini untuk menemani kau. Apa ada yang ingin kau beritahu aku, atau ada yang ingin kau ceritakan kepada aku."


Sakina menggelengkan wajahnya sambil melihat Minah dengan matanya mulai berkaca-kaca.


"Sakina, Aku ini adalah sahabat baik kau, dan aku juga adalah doctor yang akan merawat kau. Aku harus tahu apa yang telah terjadi kepada kau. Dan aku juga harus tahu, apa yang ada di dalam hati, fikiran, dan perasaan kau bagaimana."


Sakina menundukkan wajahnya sambil mengesat wajahnya. Lalu Sakina ingin berbaring.


Minah menolongnya untuk berbaring. Setelah itu Minah berkata. "Sakina, keadaan kau masih lemah. Tidak normal lagi. Kita lihat esok pagi bagaimana, ya."


Sakina mengangguk dengan senyumannya. Lalu ia berkata. "Minah, tolong jangan tinggalkan akak sendirian di sini."


Minah tahu yang Sakina dalam keresahan kerana ada Jamie di luar. Lalu dia berkata dengan senyumannya. "Baiklah. Aku tidak akan pergi kemana-mana."


Jamie mendengarkan apa yang Sakina telah katakan dari tadi lagi, kerana dia melihat Sakina dari jauh, melalui pintu bilik.


Jamie merasa sangat bersyukur kerana walaupun Sakina sudah melihatnya, dan sudah mendengar namanya disebut berkali-kali, tetapi keadaan Sakina masih normal, dia tidak mengalami trauma atau terjadi apa-apa kepadanya.


...----------------...


Setelah makan tengah hari. Doctor wanita yang merawat Sakina itu sudah datang untuk memeriksa keadaan Sakina. Dan hasil dari pemeriksaan itu. Kondisi badan dan kesihatan Sakina sudah kembali normal dan sudah pulih sepenuhnya. Jadi doctor telah membenarkan Sakina untuk pulang pada esok hari.


...----------------...


Petang itu. Setelah Abi sudah menghantar Zara dengan Aya. Abi sudah bertemu Sakina dan sudah pun ingin pulang. Kemudian Abi meminta Jamie untuk berbicara di dalam kereta.


Kemudian..


"Kamu tahu yang Sakina sudah boleh keluar dari hospital esok pagi."


"Benarkah Abi, Alhamdulillah." Jamie terlihat sangat gembira.


"Sakina tidak boleh pulang ke rumah itu. Minah beritahu Abi, kalau rumah itu boleh membuatkan Sakina mengingatkannya tentang kejadian malam itu. Dan itu akan mengganggu perasaannya."


"Kalau begitu esok, Abi sekeluarga tinggal di rumah saya saja, sampai hari kita terbang. Bagaimana Abi."


"Ya pada awalnya, Abi juga fikir begitu. Tapi bila Abi beritahu Minah, dia kata itu sama saja seperti Sakina tidur di rumahnya."


Jamie mengangguk dengan sedikit senyumannya.


"Abi ingin kamu tolong carikan hotel yang dekat-dekat sini, untuk dua hari ya."


"Baiklah Abi."


"Bagaimana dengan urusan pekerjaan kamu, apakah sudah selesai semuanya."


"Alhamdulillah sudah Abi." Jamie telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai pegawai polis. Kerana dia tidak ada keperluan lagi untuk pulang ke London.


...----------------...


Malam itu. Sakina, Zara, Aya, dan Minah, bercerita mengenai rumah di Malaysia yang sudah lama di tinggalkan. Mengenai Lisa dan Ryan. Dan tentang bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.


Mereka sekeluarga akan pulang ke Malaysia pada malam 1 April.

__ADS_1


...****************...


__ADS_2