
Hari ke 14. Keluarga Ariffin di London.
Pagi. Jam 9:00am.
Jamie yang tidur di tempat kerjanya semalam. Terus ke hospital untuk mengambil video CCTV yang ada di dalam ruanggan toilet itu.
Kemudian..
Ketika Jamie melihat CCTV itu, dia hanya terdiam menahan kemarahannya. Kerana video itu tidak cukup kuat untuk dia menahan Mary.
...----------------...
Di apartment.
Semasa Sakina sedang memandikan Ryan dan Umar di toilet dalam biliknya.
Anas sedang berbaring di katil, lalu ia menjerit. "Ummi ada orang call!" Anas bagi telefon itu pada umminya.
Sakina merasa aneh, siapa yang telefon dia sampai sepuluh kali. Semasa Sakina sedang memegang telefonnya, tiba-tiba ada panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali.
Sakina merasa takut untuk menjawab panggilan itu, kerana Sakina baru tersedar, mungkin yang menelefonnya berkali-kali itu adalah Mary.
Kemudian Sakina terus mematikan panggilan itu dan telefonnya.
...----------------...
Tengah hari. Selepas solah zohor.
Sakina tidurkan Ryan dan Umar, kemudian dia juga telah tertidur. Kerana ia masih belum sehat sepenuhnya.
...----------------...
Setelah solah asar. Anas dengan Lisa ingin pergi main di taman. Lalu mereka mengajak acik Aya ke taman, kerana umminya sedang tidur.
Semasa di taman. Aya duduk di bangku taman sambil main telefonnya.
Sesudah Sakina solah asar. Dia keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk meminum air.
Setelah itu Sakina mencari Anas dan Lisa.
Kemudian..
Sakina bertanya kepada Zara yang sedang duduk di sofa. "Zara, dimana Anas dengan Lisa?"
"Mereka pergi taman dengan Aya." Kata Zara sambil main telefonnya.
Sakina meminta telefon Zara untuk telefon Aya, kerana ingin mereka naik sekarang juga.
Zara melihat kakaknya yang dalam kerisauan. Lalu ia bersuara. "Kak kina, ada apa?" Tanya Zara dengan tenang.
Sakina hanya mendiamkan dirinya saja.
...----------------...
Semasa Zara, Aya, dan Lisa sedang minum air di meja makan.
Sakina suruh Anas berdiri di depannya. Di sofa ruang tamu. "Ummi sudah cakap tadi kan, hari ini tidak boleh ke taman. Kenapa Anas tidak dengar kata ummi." Sakina bersuara tegas.
"Kak kina, Anas mungkin terlupa. Kalau tidak tadi dia pasti sudah beritahu akak." Kata Aya dari meja makan.
"Ya kak kina, budak-budak cepat terlupa, sebab kita yang tua ini pun kadang-kadang terlupa juga kan." Kata Zara yang ingin membela Anas.
Lisa pergi kepada Sakina, dan ia berdiri di sebelah Anas. "Lisa minta maaf ummi Sakina. Tadi Lisa yang telah ajak Anas pergi ke taman. Lisa tidak tahu yang ummi Sakina tidak benarkan kita ke taman."
Sakina memegang tangan Lisa dan berkata. "Ya, ummi tahu Lisa tidak bersalah. Kerana itu ummi memarahi Anas." Sakina bersuara lembut sambil mengangguk dan melihat Lisa dengan senyumannya.
Sakina menyuruh Lisa duduk di sebelahnya..
Kemudian Sakina berkata dengan tegas kepada anaknya sambil memegang kedua-dua tangan Anas.
"Selepas ini Anas tidak dibenarkan pergi ke taman lagi, kerana Anas tidak peka dengan apa yang ummi pesankan pada Anas pagi tadi."
Sakina melihat anaknya tersedu-sedu menahan tangisan.
Kemudian Anas lari masuk ke bilik Tok Umi dan Tok abi.
"Tok Umi, ummi marah Anas. Ummi tidak bagi Anas pergi taman lagi." Anas menangis di pelukkan Tok Umi.
"Ya Allah. Kenapa pula." Kata Tok Umi sambil mengusap kepala Anas.
__ADS_1
Kemudian Tok abi menggendong Anas dan keluar dari bilik. Tok abi duduk di sofa dan bertanya pada Sakina. "Kenapa kau melarang Anas pergi ke taman. Ada apa sebenarnya?"
Kemudian Sakina melihat Lisa dan berkata. "Lisa tolong bawa Anas masuk ke bilik. Ummi ingin bicara dengan Tok abi dan Tok umi."
Lisa mengangguk lalu ia memegang tangan Anas dan membawanya ke bilik.
Zara dengan Aya yang duduk di meja makan tadi, mereka terus bangun dan datang duduk di sofa.
...----------------...
Sakina memberitahu Umi dan Abi, pagi tadi dia mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Jadi disebabkan itu, Sakina sangat risau kalau anak-anaknya keluar dari rumah.
"Nanti kau hantar nombor itu pada Abi." Kata Abi pada Sakina yang menganggukkan kepalanya.
"Bagaimana perempuan itu boleh dapat nombor Sakina?" Kata Umi yang sedang risau.
"Dari telefon Lisa, kerana Lisa saja yang ada nombor kak kina." Kata Aya yang sedang menahan perasaan marahnya pada Mary.
...----------------...
MALAM. Jam 9:00pm.
Jamie menunggu Abi di masjid The East London mosque seperti biasa.
Kemudian Dean dan Muiz datang ke laman masjid untuk berjumpa Jamie, kerana mereka ingin tahu apa yang terjadi diantara Jamie dengan Sakina semalam.
Jamie beritahu Dean dengan Muiz seperti apa yang dia beritahu kepada Abi.
Kemudian..
Dean dengan Muiz melihat Jamie dengan perasaan kasihan.
Lalu Dean berkata. "Tidak apa Jamie, nanti kalau kau sudah masuk Islam. Aku yakin yang Sakina akan jatuh cinta kepada kau."
"Ya abang Jamie, janganlah sedih, Muiz rasa sekarang ini kak kina hanya masih lagi takut pada perempuan itu." Kata Muiz yang ingin menyenangkan perasaannya Jamie.
Lalu Abi berkata dari luar pagar masjid sambil berjalan masuk ke laman. "Ya benar. Sehingga Sakina akan cuba untuk jauhkan dirinya dari Jamie."
Abi duduk di bangku lalu Abi bertanya. "Bagaimana dengan kes perempuan itu, kau sudah dapat bukti untuk tahan dia?"
"Kerana itulah saya ada disini Abi, saya ingin beritahu langsung pada Abi dengan Dean dan Muiz. Mengenai video cctv yang ada itu tidak cukup kuat untuk saya tahan dia." Jamie berkata sambil mengambil telefonnya.
Kemudian Jamie menunjukkan rakaman CCTV itu kepada Abi, Dean dan Muiz.
"Pagi tadi perempuan itu ada telefon Sakina berkali-kali, dia mungkin ingin mengugut Sakina lagi. Jadi Abi rasa ini adalah peluang kita untuk tangkap dia." Abi berkata dengan serius sambil melihat Jamie.
"Mungkin dia nampak abang Jamie dengan kak kina di taman semalam, sebab itu dia telefon kak kina lagi." Kata Muiz.
"Ya betul apa yang Muiz katakan itu." Dean bersuara sambil menepuk lengan Jamie.
Kemudian Dean berkata pada Abi. "Abang rasa Sakina tidak kuat untuk menghadapi perempuan itu lagi Abi, kerana keadaan Sakina sekarang ini pun sudah sampai demam."
"Ya Abi, kak kina sudah tidak kuat seperti dulu." Muiz bersuara.
Abi sedang berfikir dan mereka melihat Abi sedang berfikir.
"Kalau kita tidak mahu Sakina jumpa dengan Mary lagi, bagaimana caranya untuk tahan dia!" Abi berkata pada Dean dan Muiz.
"Kita nikahkan saja Sakina dengan Jamie." Dean membuat gurauan.
Jamie tersedak dan terbatuk mendengar gurauan Dean.
"Sabar abang Jamie." Kata Muiz sambil menepuk belakang badan Jamie dengan tersenyum.
Abi tersenyum melihat Jamie sangat terkejut dengan gurauan Dean.
"Abang Jamie masih belum sedia untuk jadi menantu Abi ya?" Muiz berkata dengan senyumannya.
Abi menepuk lengan Jamie dengan senyumannya.
"Saya masih belajar lagi Abi. Saya benar-benar ingin menjadi imam yang sempurna buat Sakina." Jamie berkata dengan perasaan tersentuh sambil melihat Abi.
Kemudian Jamie menunduk, kerana matanya sudah mulai berkaca-kaca.
Dean dan Muiz melihat Jamie menunduk, mereka berfikiran. Mungkin kerana gurauan itu, telah membuatkan Jamie terasa hati.
Kemudian Abi berkata sambil mengusap lengan Jamie "Jamie. Kau menangis?"
Jamie mengangguk dan melihat Abi, Dean dan Muiz dengan senyumannya yang sangat terharu.
__ADS_1
"Aku minta maaf, kalau kau terasa hati kerana gurauan itu." Kata Dean yang sedang rasa serba salah.
Jamie menggelengkan kepalanya sambil mengesat air matanya, lalu Jamie berkata. "Saya sangat-sangat bersyukur. Kerana Allah telah temukan saya dengan keluarga Abi. Dan Saya sangat-sangat bersyukur. Kerana saya diterima menjadi keluarga Abi." Jamie bersuara dengan perasaan yang sangat tersentuh dan terharu..
Dean merasa sangat lega, kerana Jamie menangis bukan disebabkan gurauannya itu.
Abi berkata sambil memegang tangan Jamie "Kami juga sangat bersyukur, kerana Allah telah menghantar seorang permuda yang benar-benar mencintai anak Abi. Dan permuda yang benar-benar mencintai islam."
Jamie tersenyum lalu ia bangun dari duduknya dan ingin memeluk Abi. "Terima kasih Abi." Jamie menangis tersedu-sedu.
Malam itu Jamie tidur di masjid sekali dengan Dean dan Muiz.
...----------------...
Di apartment. Jam 11:00pm.
Setelah Sakina tidurkan Ryan dan Umar. Kemudian Sakina keluar dari bilik dan melihat Abi dan Umi ada di ruang tamu. Sakina berjalan ke Umi dan bertanya. "Umi, Anas sudah tidur ya?"
"Belum lagi rasanya, dia lagi merajuk." Kata Umi dengan tersenyum.
...----------------...
Sebelum ini Anas dan Umar tidur dengan umminya seperti biasa. Tetapi disebabkan Sakina perlukan rehat. Sudah dua hari Anas dengan Umar tidur di bilik Tok abi dan Tok umi.
Malam ini Umar sudah tidur di bilik umminya, kerana Sakina sudah merasa sehat sedikit. Anas sahaja yang masih mahu tidur di bilik Tok abi dan Tok umi, kerana petang tadi dia dimarahi.
...----------------...
Sakina masuk ke bilik. Lalu Sakina duduk di katil sebelah Anas. Kemudian Sakina mengusap kepala anaknya.
Sakina tahu yang Anas masih belum tidur, kerana matanya berkedip kedip. "Anas ummi minta maaf, kerana ummi marah Anas tadi. Ummi hanya ingin Anas jadi anak yang taat. Ummi tahu Anas terlupa, kerana itu ummi datang ke sini, ummi akan angkat Anas tidur dengan ummi."
Sakina geletek ketiak anaknya. Lalu Anas tersenyum kerana geli-geli, tetapi dia masih buat-buat tidur.
Sakina menggendong anaknya keluar dari bilik. Tok Umi juga tahu yang Anas sedang buat-buat tidur. Lalu Umi datang kepada Sakina dan berkata. "Anas masih tidur?"
"Ya Umi, lena benar tidurnya." Sakina tersenyum.
"Umi, Abi, akak masuk tidur dulu ya." Sakina mencium tangan dan dahi Umi.
"Baiklah." Umi mengangguk sambil mengusap kepala Anas.
Abi yang sedang membaca kitab di sofa, juga telah melihat Sakina dan mengangguk dengan senyumannya.
...----------------...
Sampai di katil. Semasa Sakina ingin baringkan anaknya, tiba-tiba Anas bersuara. "Ummi, Anas minta maaf. Anas janji tidak akan buat lagi." Anas merengek sambil mencebirkan mulutnya.
Sakina mengusap pipi anaknya dan mencium dahi anaknya. "Baiklah, ummi sudah maafkan Anas." Sakina tersenyum manis, lalu ia berbaring dan Anas memeluk umminya.
Kemudian Anas teringatkan kejadian petang tadi, lalu ia berkata. "Ummi, tadi ada kawan ummi datang jumpa Anas."
Sakina sangat terkejut. Lalu Sakina melihat anaknya yang ada di dalam pelukkannya itu. "Siapa! Bila dia jumpa Anas? Kak Lisa ada dimana waktu itu?"
"Kak Lisa pergi minum air dekat acik Aya. Waktu itu Anas sendirian."
"Dia ada kata apa pada Anas?" Sakina cuba untuk tenang di depan anaknya.
"Dia suruh ummi jawab panggilan dia. Kerana sudah banyak kali dia telefon ummi, tapi tidak dapat. Makcik itu suruh Anas beritahu ummi." Kata Anas sambil melihat umminya.
Sakina senyum sambil melihat anaknya. "Baiklah, nanti ummi telefon dia. Sudahlah, kita tidur ya." Sakina mencium dahi anaknya.
...----------------...
Malam itu Sakina sudah tidak boleh tidur. Sakina sangat risau dan sangat ketakutan.
Sakina termenung dan memikirkan apa yang Mary akan lakukan lagi setelah ini. Tanpa sedar Sakina sudah memikirkannya sehingga jam dua pagi.
Kemudian..
Sakina berdoa di dalam hati. "Ya Allah, pelihara kami ya Allah. Lindungi kami ya Allah, dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap keluargaku ya Allah."
Sakina menitiskan air matanya, lalu Sakina bertekad. Dia tidak mahu takut lagi dengan perempuan itu, dan dia tidak akan membiarkan Mary berani mengganggu keluarganya lagi.
Sakina mengesat air matanya, lalu bangun dan mengambil telefonnya yang ada di laci.
Sakina masuk ke bilik air nya.
Sakina hidupkan kembali telefonnya dan melihat hanya ada panggilan yang tidak dijawab sebanyak dua puluh kali, dari nombor yang tidak dikenali.
__ADS_1
Sakina ingin telefon Mary. Lalu Sakina ingin merakam kata-kata Mary kepadanya. Tetapi Sakina teragak-agak, kerana dia masih belum beritahu Abi dan Keluarganya mengenai rencananya ini.
...****************...