
Hari ke 25. Keluarga Ariffin di London.
Setelah selesai solah subuh di bilik Sakina. Minah terus telefon Abi dan beritahu yang Sakina pengsan dan sekarang ini berada di hospital.
Kemudian. Minah katakan pada Abi yang dia masih belum tahu apa yang telah berlaku kepada Sakina. Dia akan menjelaskan kepada Abi mengenai Sakina secara terperinci setelah Abi dan Umi berada di hospital.
Abi, Umi, Dean, dan Suha. Mereka sudah dalam perjalanan pulang ke apartment.
"Abi sekarang ini ada dimana?" Minah bertanya.
"Dua jam lagi, insya'allah kami sampai hospital."
...----------------...
Setibanya mereka di hospital, Jamie dan Minah telah menunggu di depan pintu masuk hospital dan Abi melihat raut wajah Jamie terlihat sangat sedih dan matanya sembam seperti baru berhenti dari menangis.
Sampainya di bilik. Abi, Umi, dan Dean, sangat terkejut melihat keadaan Sakina. Mata, bibir, dahi, dan lengan Sakina penuh dengan lebam dan luka.
...----------------...
Semua ahli keluarga Ariffin sudah berkumpul di ruangan bilik sakina. Jamie mula menceritakan apa yang telah terjadi pada malam itu.
Kemudian Jamie terdiam seketika, dia seperti ingin beritahu semua mengenai perbuatannya itu pada Sakina. Jamie memandang Abi dengan perasaan yang sangat bersalah. Dan Abi seperti tahu yang dia hanya ingin ceritakannya pada Abi sahaja.
Zara, Muiz, dan Aya, juga telah ceritakan apa yang jadi pada diri mereka sebelum pengsan.
Kemudian. Minah beritahu, Keadaan Sakina sekarang ini sangat lemah, kerana kesan dari ubat yang ada dalam badannya itu, telah membuatkan Sakina masih belum sedarkan diri.
Kemudian. Abi bangun dari sofa dan mengajak Jamie ke cafe hospital. Hanya berdua sahaja. Semua keluarga melihat Abi dan Jamie dengan sangat penasaran.
...----------------...
Sampai di cafe, setelah mereka duduk berhadapan. Abi mula bersuara. "Abi ingin tahu apa yang telah terjadi diantara kamu dengan Sakina?"
"Saya minta maaf Abi. Saya telah berbuat dosa. Saya bersalah terhadap Sakina." Mata Jamie berkaca-kaca.
Abi tahu ada sesuatu yang telah terjadi di antara mereka. Kemudian dengan tenang Abi melihat rakaman video cctv di telefon. Dan Abi sudah tahu apa yang telah Jamie lakukan pada Sakina malam tadi. Abi hanya melihat Jamie tanpa berkata apa-apa. Abi termenung seketika.
"Maafkan saya Abi. Saya tidak dapat kawal perasaan saya pada waktu itu. Saya tahu saya bersalah. Dan saya redha dengan apa saja keputusan Abi." Jamie mula menitiskan air matanya.
"Jamie, Abi faham kenapa kamu boleh bertindak seperti itu. Kerana pada waktu itu kamu dalam keadaan separa sedar. Dan disebabkan pengaruh ubat yang ada dalam badan kamu itu, telah membuatkan kamu tidak boleh berfikir dengan jernih. Abi tidak salahkan kamu. Abi malah bersyukur, kerana kamu dapat tahan diri kamu dari terus berbuat perkara yang buruk pada Sakina."
"Saya benar-benar minta maaf Abi." Jamie menangis pelahan sambil menunduk.
"Jamie, Abi ingin kamu menikahi Sakina. bolehkah kamu berjanji dengan Abi, kamu akan bahagiakan Sakina, dan buat dia rasa yang hidup berumah tangga ini lebih bahagia daripada hidup sendirian."
Jamie mengangkat wajahnya yang sedang menunduk dan menatap Abi dengan matanya yang berkaca-kaca. "Abi masih boleh terima saya?"
Abi mengangguk dan berkata lagi. "Ya, kamu harus janji dengan Abi, kamu tidak akan kecewakan Abi."
"Insya'allah Abi, saya janji." Jamie mengangguk dengan senyumannya. Lalu Jamie memeluk Abi dengan sangat erat, sambil menitiskan air matanya.
...----------------...
Setelah selesai dari solah zohor berjemaah di masjid. Abi, Dean, Muiz, dan kawan-kawan Abi telah menjadi saksi. Jamie sudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
__ADS_1
"Ashahadu An Laa ilaaha illallah Wa Ash Hadu Anna Muhammadar Rasullullah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah."
Semasa Jamie lafazkan syahadah, hati dan jiwanya tersentuh. Sehingga dia telah menitiskan air matanya tanpa henti. Abi, Dean, dan Muiz, terus memeluk Jamie bergiliran, Jamie menangis tersedu-sedu. Dia merasa sangat bersyukur kerana ALLAH s.w.t. Telah memberinya hidayah.
"Alhamdulillah kita sudah ada seorang muslim yang baru."
"Semoga Allah s.w.t. Memberkati kamu."
"Semoga Allah s.w.t. Kekalkan hidayahmu wahai sahabatku."
Kawan-kawan Abi telah memberikan ucapan taniah kepada Jamie, dengan pelukkan dan senyuman mereka.
...----------------...
Jam 6:00pm.
Abi beritahu semua ahli keluarga termasuk Minah. Jamie telah memeluk Islam. Dan Abi telah membuat keputusan. Malam ini Jamie akan menikahi Sakina.
Semua keluarga sangat terkejut dengan apa yang telah Abi putuskan itu.
"Minah tidak setuju Abi! Kenapa perlu tergesa-gesa!"
Abi sangat tersentak kerana Minah telah bersuara.
"Kenapa harus nikah malam ini, dan kenapa tidak boleh tunggu sehingga Sakina sedar dahulu?" Minah berkata lagi.
"Kenapa kau tidak setuju?" Dean bersuara.
"Bagi Abi alasan yang boleh Abi terima soal bantahan itu." Muiz juga bersuara.
"Minah tahu apa yang sudah terjadi kepada Sakina malam tadi."
"Minah cukup! Nanti kau beritahu Abi dengan Umi saja." Abi berkata serius pada Minah.
Semua memandang Abi dan Jamie dengan penuh penasaran.
Semuanya terdiam melihat Minah bersuara dan telah membantah keputusan Abi.
Abi berkata dengan suara yang lembut kepada Minah. "Baiklah, kita bicara di cafe. Abi ingin tahu soal Sakina."
...----------------...
Abi, Umi, Minah, dan Jamie ke cafeteria hospital. Kemudian Minah keluarkan camera yang mary rakamkan itu. Dan dia berikannya pada Abi dan Umi.
Malam itu Minah telah ke apartment Sakina. Untuk menghilangkan kecurigaan nya pada Jamie. Dan Minah telah mengambil camera yang tersorok di bawah sofa.
Abi tidak bagi Umi melihat rakaman itu kerana tidak mahu Umi terkejut. Jadi hanya Abi saja yang melihat rakaman itu.
Kemudian Abi beritahu Umi apa yang telah Jamie lakukan pada Sakina.
"Astaghfirullah hal adzim. Ya ALLAH!" Umi menatap Jamie dengan perasaannya yang sedih dan kecewa.
Abi menjelaskan kepada Umi keadaan dan situation pada malam itu bagaimana, dan keadaan Jamie juga pada masa itu seperti apa. Umi cuba untuk memahami keadaan Jamie. Dan Umi cuba untuk faham perasaan Jamie ketika itu.
Abi tidak dapat berkata apa-apa pada Minah setelah dia menunjukkan rakaman itu.
__ADS_1
"Jamie tidak ikhlas mencintai Sakina Abi! Kalau dia benar-benar ikhlas mencintai Sakina, dia tidak akan buat Sakina seperti itu! Dan takkan terlintas difikiran dia untuk melakukan perbuatan keji itu pada Sakina!"
"Minah, kau sendiri tahu kan, hasil dari ujian rawatan Jamie seperti apa!"
"Kesan dari ubat itu tidak kuat sangat Abi. Dia boleh lawan pengaruh ubat itu, kalau dia betul mencintai Sakina dengan ikhlas." Minah menaikkan suaranya sedikit, kerana dia sedang menahan marahnya pada Jamie.
Jamie hanya boleh menundukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
"Keikhlasan seseorang itu hanya allah saja yang tahu Minah. Siapa hamba-hambanya yang betul-betul ikhlas. Dan pada Abi, itu cukup dari apa yang Abi lihat dan dengar. Insya'ALLAH Abi sangat yakin yang Jamie benar-benar telus mencintai Sakina."
Jamie mengangkat wajahnya dan memandang Abi, dengan matanya yang berkaca-kaca. Jamie sangat tersentuh dengan kata-kata Abi.
"Minah, Abi tahu kau sangat sayangkan Sakina, dan sudah menganggap dia seperti kakak kau sendiri. Tapi minah, kalau kau benar-benar sayangkan Sakina, terimalah keputusan Abi ini. Pernikahan ini baik buat Sakina dengan Jamie dan baik untuk anak-anak mereka."
Minah menunduk dan mengangguk. "Baiklah, Minah setuju kalau memang benar pernikahan ini yang terbaik untuk Sakina."
Kemudian Minah beritahu Abi, Umi, dan Jamie mengenai keadaan Sakina setelah sedar nanti. Kemungkinan ini.. Ini.. dan ini.. Abi, Umi, dan Jamie mendengar dan mengangguk dengan serius.
...----------------...
Setelah solah isyak di masjid. Abi, Dean, Jamie, dan Muiz, kembali ke hospital dengan membawa imam dari masjid itu. Untuk nikahkan Jamie dengan Sakina.
Semua keluarga Ariffin sangat bersyukur dan gembira, kerana Sakina akan bergelar isteri, tidak lama lagi.
Setelah ijab kabulnya selesai. Abi, Dean, dan Muiz, bergiliran memeluk Jamie yang menitiskan air mata gembira dan bersyukur kerana dia sudah menjadi keluarga Ariffin.
Abi menyuruh Jamie sarungkan cincin yang ada pada jari manis Sakina.
Debaran di hati Jamie terdengar kuat, ia menatap dan memegang jari jemari Sakina yang sangat putih dan lembut, sehingga membuatkan tangannya bergetar-getar memegang tangan Sakina.
Semua keluarga tersenyum melihat Jamie yang sedang berdebar-debar, ia berdiri di sebelah katil Sakina lalu ia sarungkan cincin itu pada Sakina.
Setelah semuanya selesai. Ariffin mengajak keluarganya pergi makan di restoran imam tadi. Bagi meraikan pernikahan ini.
...----------------...
Semasa makan malam Abi beritahu semua keluarga untuk rahasiakan dulu mengenai pernikahan ini dari Sakina, kerana itu demi kesihatan Sakina.
Kemudian Abi menyuruh Minah jelaskan kepada semua ahli keluarga tentang keadaan Sakina setelah ia sedar nanti.
"Sakina kemungkinan akan mengalami trauma. Dan trauma ini mempunyai tahap dia. Kita masih belum tahu lagi trauma yang Sakina alami ini di tahap apa? Jadi untuk jalan selamat, lebih baik kita semua rahasiakan dulu pernikahan ini darinya."
"Kita semua harus banyak berdoa dan buat solah hajat untuk Sakina." Umi bersuara.
Semuanya mengangguk dan setuju dengan keputusan Abi.
Sesudah makan malam. Semua keluarga Ariffin telah pulang ke apartment. Kerana mulai saat ini, Jamie akan menjaga dan merawat Sakina sehinggalah Sakina sedar.
...----------------...
Jam 1:00am.
Jamie tidak boleh tidur, kerana perasaannya bercampur aduk. Dia merasa gembira dan bahagia kerana sudah menjadi suami Sakina. Dan pada masa yang sama, dia merasa sangat sedih melihat keadaan Sakina seperti ini.
Jamie hanya duduk di bangku sambil melihat wajah Sakina yang penuh lebam dan luka. Dia teringatkan kembali apa yang terjadi kepada Sakina pada malam itu. Mata Jamie mulai berkaca-kaca, ia memegang tangan Sakina dan membelai tangan Sakina dengan sangat lembut.
__ADS_1
Jamie menitiskan air matanya, lalu ia berkata pelahan. "Maafkan saya Sakina. Maafkan saya." Jamie menundukkan wajahnya dengan air matanya terus menitik tanpa henti.
...****************...