Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 6


__ADS_3

Hari ke 9. Keluarga Ariffin di London.


Semasa mereka sedang sarapan pagi. Jamie bertanya. "Lisa, makcik Sakina yang Lisa selalu jumpa itu, sudah berapa lama dia ada di sini?"


"Sudah sembilan hari." Lisa jawab sambil meminum air.


"Makcik Sakina kata. Dia dan keluarganya akan tinggal di London selama sebulan." Lisa tersenyum sambil melihat pakciknya.


"Kenapa pakcik Jamie ingin tahu soal makcik Sakina." Lisa mula merasa aneh.


"Pakcik ingin berjumpa dengan dia, pakcik ingin berterima kasih kepada orang yang sudah membuat Lisa menjadi ceria seperti ini."


Jamie berkata sambil meletakkan sebelah tangannya di pipi. Dengan senyumannya, melihat Lisa.


"Pakcik Jamie suka makcik Sakina ya." Lisa berkata dengan tersenyum suka.


Jamie tersenyum lalu ia berkata. "Sudahlah, cepat makan, nanti lewat ke sekolah. Pakcik tunggu di kereta ya."


Kemudian..


Jamie berjalan ke keretanya dan dia ternampak Sakina dengan anak-anaknya sedang berjalan kearah kedai roti.


Jamie menjerit, memanggil Lisa. "Lisa! Mari sini cepat!"


Lisa telah keluar dengan pantas. "Ada apa pakcik Jamie?"


"Itu makcik Sakina dengan anak-anak dia kan, mereka mahu ke mana?"


"Tidak tahu." Lisa menggelengkan kepalanya.


Kemudian, mereka terus naik kereta dan berhenti di sebelah Sakina dengan anak-anaknya.


"Makcik Sakina mahu ke mana? Masuklah makcik, pakcik Jamie boleh hantarkan." Kata Lisa dengan cepat.


Sakina terkejut dengan ajakkan Lisa dengan secara tiba-tiba itu. Lalu Sakina berkata. "Tidak apa-apa Lisa, kedainya dekat saja."


Anas berkata pada Lisa. "Umar ingin sangat makan roti, dan sebab itu ummi mahu ke kedai, beli roti." Sakina memegang tangan Anas dengan erat.


Jamie bersuara. "Masuklah, kami juga mahu pergi beli roti, kerana kami belum sarapan lagi. Ya kan Lisa."


Lisa melihat pakciknya dengan senyumannya lalu mengangguk. "Ya betul, masuklah makcik Sakina." Lisa berkata sambil melihat Sakina dengan senyuman manisnya. Lalu Anas dan Umar terus masuk ke kereta.


...----------------...


Di dalam kereta.


"Makcik Sakina, tadi pakcik Jamie kata dia mahu jumpa Makcik Sakina, kerana ingin katakan sesuatu." Lisa berkata dengan sangat pantas. Sehingga Jamie tersedak dan menutup mulut Lisa dengan sebelah tangannya.


Jamie menjadi tersipu malu. Lalu berkata. "Ya benar, tadi saya kata begitu kerana ingin ucapkan terima kasih banyak, sebab awak sudi berteman dengan kami!"


Lisa memandang pakciknya. Dan tertawa sambil menutupi mulutnya.


"Bukan-bukan!! Maksud saya! Terima kasih kerana awak sudi menjaga anak saudara saya ini dengan sangat baik." Jamie tersasul semasa berkata, kerana sedang berdebar-debar. "Maaf."


Lisa tertawa lagi. Lalu ia berkata. "Kami? Bila masa makcik Sakina jadi teman pakcik Jamie?"


Lisa sengaja bersuara kuat, kerana ingin memalukan pakciknya itu, dia ketawa pelahan sambil menutup mulutnya.


Jamie tersenyum malu, dia menepuk tangan Lisa dan melihat Sakina dari cermin depan.


Sakina juga tersenyum, kerana melihat keletah Lisa pada Pakciknya itu. Kemudian Sakina menundukkan wajahnya.


...----------------...


Sampainya di kedai roti.


Sakina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Lalu Jamie dan Lisa juga turut mengikuti Sakina ke kedai roti.


Kemudian..


Semasa Sakina ingin membayar roti, Jamie telah sampai di kaunter juga. Mereka berdua berdiri bersebelahan. Kemudian Jamie telah membayarkan untuk Sakina juga, sekali dengan rotinya.


Sakina menjadi sangat malu kerana Jamie sudah membayarkan rotinya itu. Lalu Sakina ingin berjalan kaki, pulang ke apartmentnya.


"Sakina tunggu! Saya akan hantarkan awak pulang. Kasihan anak-anak, kalau mahu berjalan kaki itu jauh." Jamie beranikan diri untuk berkata.


Sakina terdiam seketika, ia merasa kurang selesa dengan kelakuan Jamie yang berterusan seperti itu.


Kemudian Sakina mengangguk sambil melihat bawah. Lalu Anas dan Lisa langsung masuk ke kereta.

__ADS_1


...----------------...


Setibanya di depan apartment. Setelah Sakina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Sakina pergi ke Lisa yang duduk di kerusi depan.


Lalu Sakina berkata sambil melihat kearah Lisa. "Terima kasih kerana sudah tolong bayarkan roti ini, dan terima kasih juga kerana sudah hantarkan kami pulang."


"Ya sama-sama." Jamie menjawab dengan pantas sambil melihat kearah Sakina dengan senyuman manisnya.


Lisa terdiam, kerana melihat perangai pakciknya itu sedikit aneh.


...----------------...


Sepanjang perjalanan ke sekolah. Jamie terus tersenyum kerana memikirkan kejadian tadi.


Lisa melihat pakciknya itu tersenyum sendirian. Lisa sangat yakin yang pakciknya itu sudah jatuh cinta pada makcik Sakina. Lisa juga turut tersenyum suka.


...----------------...


Di apartment.


Semasa Abi, Umi, Dean, Suha, duduk di meja makan, menunggu sarapan pagi.


Zara telah buatkan nasi lemak.


Sakina menghidangkan makanan.


Aya masih lagi di bilik.


Muiz sedang bermain dengan Umar dan Anas di ruang tamu.


Abi bertanya pada Sakina. "Tadi siapa yang hantarkan kau pulang?"


"Lisa dengan pakcik dia Abi, Katanya mahu pergi beli roti juga. Jadi dia telah tumpangkan akak sekali."


Abi mengangguk dan bertanya lagi. "Siapa nama pakcik Lisa itu?"


"Jamie junior." Jawab Sakina sambil meletakkan air minuman dan melihat Abi.


Abi berkata di dalam hatinya. "Betullah, dia adalah orang yang sama?"


"Kenapa Abi?" Tanya Umi.


"Tidak ada apa-apa." Jawab Abi dengan senyumannya sambil meminum air.


...----------------...


Umi, Suha, Zara, Aya, Anas, Umar, dan Lisa, duduk di beranda rumah. Mereka sedang menunggu Sakina hidangkan kuih muih yang Sakina telah buatkan tadi, serta roti yang dibeli tadi pagi, untuk minum petang.


"Umi mahu kuih yang mana mi." Tanya Sakina kepada Umi.


"Umi mahu karipap yang itu."


Kemudian..


Aya mengambil roti yang berinti strawberry. Lalu Anas bersuara kuat. "Acik Aya! Itu roti Anas yang pilih tadi!" Anas meminta rotinya.


"Tidak, acik Aya yang ambil dulu roti ini." Kata Aya sambil menjeling Anas.


"Aya, bagi sajalah roti itu pada Anas. Kau itu sudah umur 19 tahun. Dengan budak-budak pun ingin berebut." Kata Zara.


"Apa pula! Anas yang lambat ambil roti ini." Kata Aya yang ingin menyakat anak saudaranya itu.


"Ahhhhh! Ummi Anas mahu roti itu! Ummi lihat acik Aya ini, ummi-ummi." Anas merengek.


"Okay-okay, nah ambil roti ini." Kata Aya sambil tertawa.


Umi, Suha, Zara, Sakina, dan Lisa. Mereka tertawa melihat perangai Anas dengan Aya.


"Lisa mahu kuih atau roti, mahu yang mana?" Sakina berkata sambil melihat Lisa dengan senyumannya.


Lisa berkata dengan suara ceria. "Lisa mahu yang itu ummi!!" Lisa terhenti seketika.


Kemudian. Lisa berkata semula. "Maaf makcik Sakina, Lisa telah tersasul." Lisa melihat ke bawah dengan perasaan yang sangat sedih.


Lalu Sakina memegang pipi Lisa dan mengangkat wajah Lisa, lalu berkata. "Lisa lihat sini." Sakina menyuruh Lisa memandangnya.


"Kalau Lisa panggil makcik dengan sebutan ummi. Makcik sangat-sangat senang dengan panggilan itu. Kerana Lisa sudah menganggap makcik seperti ibu Lisa"


Sakina memegang bahu Lisa dan melihatnya dengan senyumannya yang ayu.

__ADS_1


Lisa sangat terharu, lalu ia langsung memeluk Sakina dengan sangat erat. "Terima kasih ummi Sakina. Terima kasih." Lisa menangis sambil memeluk Sakina. Lalu Umar juga turut memeluk umminya.


"Anas pun mahu peluk juga." Kata Anas yang sedang berdiri di belakang umar.


Semuanya tersenyum melihat Sakina dengan Lisa serta anak-anaknya.


...----------------...


MALAM itu. Jam 9:00pm.


Jamie sudah menunggu Abi di laman masjid The East London mosque. Sehingga Abi selesai dari solah isyak.


"Baiklah, hari ini kamu ingin tanya soal apa?" Tanya Abi.


"Saya ingin tahu apa itu Jilbab, Niqab, Hijab, dan kenapa wanita Islam berpakaian seperti itu?"


Abi tahu yang soalan itu ada kaitannya dengan Sakina, dan Abi sangat yakin yang Jamie telah menyukai anaknya. Lalu Abi bertanya. "Kenapa kamu mahu tahu tentang itu?"


Jamie tersenyum bahagia sambil menatap Abi, lalu ia mengatakannya. "Saya mengenali wanita Muslims yang berpakaian seperti itu. Dan Setelah saya melihat sikapnya, tikah lakunya, Saya tidak boleh tidur ustaz." Jamie mengengam kedua-dua tangannya.


"Selama ini saya tidak pernah pedulikan tentang agama apapun. Tetapi disebabkan dia, saya jadi ingin tahu apa itu islam."


Terlihat jelas di wajah Jamie. Perasaan orang yang sedang jatuh cinta.


Abi bersikap seperti tidak mengenali wanita yang Jamie katakan itu.


Abi berkata dalam hati. "Benarlah apa yang aku sangkakan selama ini, Jamie telah jatuh cinta pada Sakina." Abi mengangguk sambil melihat Jamie dengan senyumannya.


"Sejak bila kamu mengenali wanita itu?" Abi bertanya lagi.


"Semasa saya melihat dia dari jauh ustaz. Waktu itu dia sedang duduk di taman bersama anak saudara saya. Sejak dari hari itu, setiap saat saya memikirkan dia ustaz. Susah untuk saya jelaskan bagaimana perasaan saya dimasa itu." Jamie melihat Abi dengan senyuman manisnya.


"Kamu sudah berjumpa dengan wanita itu?" Tanya Abi lagi.


"Sudah dua kali ustaz, bersama anak saudara saya Lisa. Dia yang mula mengenali wanita itu. Setelah saya berjumpa dengan dia, saya merasakan seperti hidup semula!" Jamie mengusap wajahnya kasar, lalu ia tersenyum.


"Saya merasa sangat tenang ustaz, mungkin kerana dia seorang wanita Muslimah! Setelah saya tahu apa itu Islam! Jiwa saya rasa penuh." Jawab Jamie dengan senyuman di wajahnya.


"Saya benar-benar gembira dapat mengenali ustaz dengan Sakina." Jamie berkata dengan perasaan yang sangat-sangat bersyukur.


"Nama wanita itu Sakina?" Tanya Abi dengan senyumannya yang sedang terharu.


"Ya ustaz, namanya Sakina. Ustaz! Apa saya ini orang yang berdosa ustaz, kerana saya baru tahu Islam?" Tanya Jamie yang tidak tahu apa-apa.


Abi tersenyum mendengarkan pertanyaan itu. Lalu Abi berkata. "Tidak, kerana kamu masih belajar, jadi tidak ada dosa di situ." Jawab Abi sambil menepuk lengan Jamie.


"Baguslah kalau begitu ustaz." Jamie tertawa sambil mengaru kepalanya.


Kemudian..


Abi menjelaskan pertanyaan Jamie yang pertama tadi.


Setelah dua jam kemudian. Jamie ingin menghantar ustaznya pulang. Lalu Abi mengangguk.


Semasa mereka dalam perjalanan. Abi bertanya. "Jamie, apa kamu menyukai Sakina?"


Jamie terlihat sangat bahagia dan malu-malu. Lalu Jamie berkata dan mengangguk dengan senyumannya yang gembira. "Ya ustaz, benar."


Kini sudah jelas bagi Abi, tentang perasaan Jamie yang sebenarnya terhadap anaknya Sakina. Abi mengusap lengan Jamie lalu tersenyum.


...----------------...


Sampainya di depan apartment. Abi turun dari kereta. Jamie juga turun dari kereta dan pergi kepada Abi, lalu ia bertanya. "Ustaz tinggal di apartment ini?"


"Ya, di sini." Abi mengangguk.


Jamie bertanya lagi. "Ustaz kenal dengan keluarga yang baru pindah itu?" Perasaan Jamie sangat teruja.


"Ya, kenapa kamu bertanya?"


"Keluarga yang baru pindah itu, adalah keluarga Sakina ustaz! Wanita muslimah yang saya ceritakan tadi pada ustaz!" Jamie terlihat sangat bahagia.


"Ohh ya." Abi mengangguk dengan senyumannya.


"Ustaz kenal dengan ayah Sakina?" Tanya Jamie lagi.


"Ya kenapa? kamu mahu berjumpa dengan ayahnya?" Tanya Abi balik padanya.


"Tidak! tidak ustaz. Saya masih perlu banyak belajar tentang Islam. Jadi belum masanya lagi ustaz." Jawab Jamie dengan senyumannya.

__ADS_1


"Ya benar. Belum masanya lagi." Abi mengangguk dan tersenyum sambil menepuk lengan Jamie. Abi sangat berharap, kalau Jamie benar-benar ingin belajar Islam itu ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.


...****************...


__ADS_2