
Hari ke 31. Keluarga Ariffin di London.
Sakina sangat gembira kerana dapat keluar dari hospital pada hari ini. Jadi setelah sarapan pagi Sakina dan Minah telah menunggu keluarganya di ruanggan hospital.
Semua ahli Keluarga Ariffin telah pun siap dari mengemas beg-beg baju dan barang-barang mereka, kerana hari ini mereka sekeluarga akan keluar dari apartment itu.
Semasa Dean dan Muiz sedang memasukkan beg-beg baju di dalam caravan. Dan Jamie telah memberikan kunci bilik hotel kepada Abi.
Sampainya mereka di hotel yang Jamie carikan itu. Abi sekeluarga telah masuk ke bilik yang paling mahal yang ada di hotel itu. Abi sangat terkejut kerana Jamie telah membayarkan bilik vip itu untuk Abi sekeluarga.
...----------------...
PETANG. Jam 6:30pm.
Sakina telah keluar dari biliknya sendirian, kerana dia ingin menyampaikan sesuatu kepada Abi mengenai Lisa. Sakina berjalan kearah bilik Abi dan semasa dia telah sampai di depan pintu bilik Abi. Tiba-tiba ia terhenti dan menjadi terpaku kerana ada Jamie di hadapannya. Ia melihat Jamie berada di dalam bilik Abi dan baru ingin keluar dari dalam sana.
Sakina mengundurkan dirinya. Lalu ia cuba menggerakkan kakinya untuk berpatah balik ke biliknya sambil tangannya memegang dinding.
__ADS_1
Jamie menatap isterinya yang dalam keresahan. Lalu ia berdiri di situ dan tidak bergerak sedikit pun. Sampailah ia melihat isterinya tiba-tiba tersandar di dinding dan terjatuh ke lantai. Sakina tidak boleh bergerak lagi, kerana tiba-tiba kakinya terasa sangat lemah.
Jamie berjalan kearah isterinya dan cuba mendekatinya. Lalu Sakina telah bersuara untuk menyuruhnya berhenti. "Tolong jangan dekat! Saya mohon! Jangan."
Jamie melihat isterinya yang kelihatan sangat takut terhadap dirinya. Lalu ia mengundurkan dirinya selangkah dua dari isterinya, sehingga berjarakkan satu bilik.
Kemudian. Sakina cuba untuk bangun dari situ dan ia berjalan pelahan-lahan sambil berpegang pada dinding di tepinya. Jamie juga turut berjalan di belakang isterinya sambil mengekalkan jarak satu bilik itu, sampailah Sakina telah memasuki biliknya.
Zara, Aya, dan Minah sedang menoton television di sofa dan Lisa, Anas, dan Umar sedang bermain Chess di atas katil.
Minah pergi membukakan pintu dan ia melihat mata Sakina yang berkaca-kaca. "Sakina kenapa ini?" Minah bertanya sambil melihat Sakina yang terus memasuki toilet.
Jamie menganggukkan wajahnya dan berkata. "Tolong beritahu aku keadaan Sakina setelah ini."
Minah juga telah menganggukkan kepalanya dan berkata. "Baiklah."
Setelah itu Minah meletakkan telinganya di pintu bilik air, kerana ingin mendengar keadaan Sakina di dalam toilet itu.
__ADS_1
Sakina telah membuka air di sinki untuk menghilangkan suara tangisannya yang terdengar sayu-sayu. Sakina tersandar di dinding dan ia duduk pelahan-lahan sambil berpegang pada sinki dan sebelah tangannya menutup mulutnya. Sakina menangis pelahan sambil mengesat air matanya.
Setelah 10 minit berlalu. Sakina keluar dari toilet dengan keadaannya sudah kembali stabil. Minah hanya terdiam sambil melihat Sakina yang boleh tersenyum kepada anak-anaknya, seperti tadinya tidak terjadi apa-apa.
Sakina telah menyuruh anak-anaknya untuk pergi mandi, kerana selepas solah maghrib nanti mereka sekeluarga akan keluar pergi makan malam di restoran imam yang menikahkan Jamie dan Sakina itu.
...----------------...
Semasa mereka sekeluarga sedang makan malam. Lisa telah memberitahu Tok Abi dan Tok Umi yang malam ini dia tidak tidur di hotel kerana dia ingin pulang ke rumah untuk mengemas beg-beg bajunya lagi.
Kemudian. Abi juga telah menyampaikan kepada keluarganya soal Jamie yang datang ke hotel petang tadi, kerana dia ingin memberikan tiket dan visa anak-anak saudaranya itu kepada Abi.
Mereka semua sudah tahu soal itu, cuma Sakina saja yang masih belum tahu. Jadi mereka semua terpaksa buat-buat seperti tidak tahu apa-apa soal yang terjadi kepada Sakina petang tadi.
Sesudah makan malam. Jamie telah datang ke restoran untuk menjemput Lisa. Semasa mereka semua sudah masuk ke dalam caravan. Abi, Dean, dan Muiz, sengaja mengajak Jamie bersembang di sebelah caravan, supaya Sakina dapat melihat Jamie memakai baju yang telah Dean berikan kepadanya, iaitu kurta dan kupiah.
Sakina hanya menundukkan wajahnya dan sesekali ia melihat Jamie dengan perasaannya yang bercampur aduk. Sakina merasa kasihan terhadap Jamie dan dalam masa yang sama juga, dia merasa takut terhadap Jamie.
__ADS_1
Malam itu Jamie dan Lisa telah pulang ke rumah mereka untuk mengemas beg-beg baju dan barang-barang mereka yang ingin dibawa ke Malaysia.
...****************...