
Hari ke 27. Keluarga Ariffin di London.
Setelah selesai dari membaca tafsir al Quran, Jamie mendapat panggilan telefon dari kawannya. Dan dia harus ke balai polis dengan segera kerana terjadinya sesuatu di sana.
Jamie menelefon Minah dan memintanya datang ke hospital dengan segera untuk menggantikannya menemani Sakina.
...----------------...
Sampainya Minah di hospital sekitar jam 8:00am. Minah masuk saja ke bilik Sakina. Jamie terus pergi dari sana. Minah tidak sempat ingin bertanyakan apa-apa kepada Jamie.
Kemudian..
Jam 8:15am.
Minah melihat jam tangannya dan dia baru teringatkan janjinya dengan doctor jared. Kemudian Minah tinggalkan Sakina sebentar, kerana dia sudah berjanji akan bersarapan pagi bersama doctor jared di kantin hospital.
Setelah Minah keluar dari bilik itu. Ibu mary terus memasuki bilik itu secara diam, dia mendekati Sakina dan melihatnya dengan penuh kebencian, dia menangis dengan perasaannya yang penuh kemarahan. Lalu dia berkata sendirian.
"Disebabkan kau, anak aku sekarang ini ada di penjara, dan disebabkan kau jugalah, Jamie sekarang ini sudah tidak mahu dengar kata-kata aku! Dia sangat membenci aku dan Mary."
Ibu mary mengesat air matanya, kemudian dia berkata lagi dengan perasaannya yang penuh dendam. "Semua ini terjadi kerana kau tiba-tiba muncul dalam kehidupan kami! Kerana kau anak aku jadi seperti itu! Kau tidak seharusnya ada dalam kehidupan Jamie dan Mary!"
...----------------...
Semasa Jamie dalam perjalanan ke balai polis. Jamie menelefon kawannya dan bertanyakan lagi. "Sebenarnya apa yang sudah terjadi di balai?"
"Perempuan itu, Mary. Dia cederakan dirinya sendiri. Dia hentakkan kepalanya ke dinding sehingga berdarah. Dan dia tidak mahu berhenti, selagi dia tidak dapat berjumpa dengan kau."
Jamie terdiam dan berfikiran sesuatu. "Kenapa tiba-tiba saja Mary berbuat perkara seperti itu! Pasti ada sesuatu yang dia sudah rancang."
Jamie terus berfikir dan dia merasakan ada sesuatu yang akan terjadi kepada Sakina. Kemudian Jamie terus pusingkan keretanya kearah jalan pulang ke hospital. Jamie masih tidak jauh dari sana. Kemudian Jamie telefon Minah dan bertanyakan keadaan Sakina.
Minah berkata. "Aku sekarang ini lagi sarapan pagi di kantin. Sebentar lagi aku naik lihat dia."
"Tidak! tidak boleh sebentar lagi, kau harus pergi melihat Sakina sekarang juga!"
Minah dengar suara Jamie seperti ada sesuatu yang terjadi. "Okay-okay, aku pergi sekarang." Minah terus bangun dari kerusinya dan berlari ke bilik Sakina.
__ADS_1
Sampainya Minah di bilik. Minah melihat ibu mary sedang menutupi wajah Sakina dengan bantal, lalu Minah menjerit. "Yaaaaaa."
Ibu mary sangat terkejut, lalu ia melepaskan tangannya dan berlari keluar dari bilik itu. Dia menolak Minah sehinggalah terjatuh di lantai. Minah menjerit meminta tolong orang, untuk menangkap makcik itu.
...----------------...
Sampai di hospital. Jamie terus turun dari keretanya dan berlari menuju ke bilik Sakina dengan pantas. Kemudian Jamie ternampak makciknya itu sedang melarikan diri dari Minah. Lalu Jamie terus mengejar dan dia dapat menangkap makciknya itu.
Jamie mengari tangan makciknya. "Lepaskan aku! Aku tidak buat apa-apa." Jerit ibu mary.
Kemudian. Minah telah sampai pada Jamie, lalu ia berkata. "Tidak Jamie, makcik ini menipu! Dia cuba membunuh Sakina dengan bantal!"
"Apa!!" Jamie sangat terkejut, lalu ia meninggalkan makciknya itu dengan Minah di sana. Dia terus berlari ke bilik Sakina.
...----------------...
Sampainya dia di bilik Sakina. Jamie melihat doctor dan nurse sedang memeriksa keadaan Sakina. Kemudian Jamie langsung bertanyakan keadaan Sakina kepada doctor wanita itu. "Bagaimana dengan isteri saya doctor?"
"Keadaan dia sudah kembali normal, encik jangan risau. Tiada apa yang terjadi kepadanya."
Jamie mengangguk dan ia berjalan mendekati isterinya, lalu ia menatap Sakina dengan matanya mulai berkaca-kaca. "Maafkan saya Sakina. Saya tinggalkan awak sendirian. Saya seharusnya menjaga awak. Tapi saya! Saya malah buat keadaan menjadi seperti ini."
...----------------...
Minah merasa sangat bersalah. "Tidak Jamie! Kau tidak bersalah. Aku yang salah, kerana aku telah meninggalkan Sakina seorang diri, Maafkan aku Jamie."
Jamie mengangguk, lalu ia berkata. "Ya, kita berdua bersalah atas apa yang telah terjadi kepada Sakina hari ini." Jamie bangun dari bangku duduknya. Lalu ia terus membawa makciknya ke balai polis.
...----------------...
Jam 9:00am.
Semasa dalam perjalanan ke majlis pertunangan Muiz. Umar menangis tersedu-sedu, kerana sudah tiga hari dia tidak berjumpa umminya. Abi, Umi, dan acik-acik Umar semuanya sudah cuba untuk memujuknya dan melakukan apa saja supaya Umar berhenti daripada menangis. Tetapi mereka semua tidak berjaya memujuk Umar.
Perjalanan ke majlis pertunangan, dihentikan seketika di tempat rehat, kerana ingin memujuk Umar yang terus menangis tersedu-sedu tanpa henti.
Anas dan Lisa juga sudah turut memujuk Umar, tetapi tidak berjaya juga untuk membuat adiknya berhenti daripada terus menangis.
__ADS_1
Sehinggalah Tok Abi telah membuat janji, akan membawa Umar pergi menjumpai umminya esok hari. Tok Umi juga telah mengiyakan janji Tok Abi itu.
Kemudian Umar berhenti dari menangis, kerana sudah mendengarkan janji dari Tok Abi dan Tok Umi. Anas dan Lisa juga turut senang dengan janji itu.
...----------------...
Setibanya mereka sekeluarga di majlis itu sekitar jam 12:10pm.
Ibu Suhaizah dan keluarganya sudah menunggu kedatangan keluarga Ariffin sejak pagi lagi. Keluarga Suhaizah telah menyambut kedatangan Keluarga Ariffin dengan ramah mesra dan kegembiraan.
...----------------...
Majlis pertunangan Muiz dan Suhaizah berjalan dengan lancar dan semuanya telah dipermudahkan segala urusannya.
Jam 11:00pm.
Abi memberitahu Jamie yang malam ini, Abi sekeluarga akan tidur di rumah keluarga Suhaizah. Kerana Abi dan Umi merasa sangat penat dan sangat letih hari ini.
Sekiranya malam ini mereka sekeluarga langsung pulang ke apartment, mereka akan sampai lewat tengah malam. Abi, Umi, dan budak-budak akan sangat keletihan.
...----------------...
Jam 3:00am.
Sesudah Jamie selesai dari solah tahajud. Dia duduk di bangku dan mengambil ayat suci al Quran, Jamie ingin membacakan surah yasin buat Sakina.
Semasa Jamie sedang membaca surah yasin. Sakina menggerakkan jari jemarinya sikit demi sedikit.
Jamie tersenyum dan sangat merasa bersyukur, kerana Sakina sudah sedar. Kemudian ketika Jamie ingin bangun dari bangkunya.
Sakina bersuara pelahan dengan keresahan "Tolong-tolong jangan! Tolong jangan lakukannya." Sakina menggerakkan kepalanya dengan matanya yang tertutup rapat, ke kiri dan ke kanan sikit demi sedikit.
Jamie merasa sangat sedih melihat keadaan Sakina saat ini. Jamie keluar dari bilik dan memanggil doctor dan Jamie terus menelefon Minah. Mengatakan yang Sakina sudah sedar dari koma.
Minah yang sedang tidur terus bangun dari katilnya, dan pergi ke hospital untuk memeriksa keadaan Sakina.
"Esok setelah solah subuh, aku akan bagitahu Abi dengan Umi, mengenai keadaan Sakina."
__ADS_1
Jamie hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa.
...****************...