Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 4


__ADS_3

Hari ke 7. Keluarga Ariffin di London.


Jam 8:00am.


PAGI itu sesudah sarapan. Abi beritahu semua ahli keluarga. "Hari ini kita harus masak yang banyak, kerana Abi sudah menjemput keluarga suhaizah untuk makan malam di rumah kita."


Sakina berkata. "Abi kalau kita ajak Lisa makan sekali boleh?"


"Boleh apa salahnya."


Sakina terus whatsApp Lisa, dan menyuruhnya datang ke rumah setelah dia pulang dari sekolah.


...----------------...


PETANG itu. Lisa sudah selesai bersiap-siap. Lalu dia terus ke rumah Sakina. Semasa semua orang sedang sibuk memasak. Lisa mengetuk pintu.


Umi bersuara. "Itu Lisa sudah sampai. Aya tolong pergi bukakan pintu."


Aya sedang basuh pinggan, lalu ia menjawab. "Okay Umi."


Kemudian..


Aya pergi bukakan pintu.


"Hai Lisa. Masuklah, biar akak Aya kenalkan Lisa dengan semua orang. Mari masuk." Aya berkata dengan suara yang ceria.


Lisa telah buka kasutnya dan masuk ke rumah.


Aya mula dari Umi yang sedang potong sayur. "Ini Tok Umi."


"Mashaallah cantiknya dia. Benarlah apa yang Sakina katakan, Lisa ini comel orangnya. Lisa sudah makan?" Tanya Umi dengan senyumannya.


"Sudah, di rumah tadi." Jawab Lisa dengan senyumannya yang malu.


Umi mengangguk dengan tersenyum manis. sambil memegang tangan Lisa.


Kemudian Aya ke dapur. "Ini makcik Zara, tengah memasak."


"Ini pakcik Muiz, tengah sibuk main telefonnya."


"Ini pakcik Dean, sedang main dengan anak dia. Nama baby itu ahmad, dia baru umur 6 bulan."


"Ini makcik Suha, isteri pakcik Dean."


"Ini makcik Sakina. Mesti Lisa sudah kenal, ya kan." Aya melihat Lisa sambil tersenyum manis.


Lisa memandang Aya dengan senyumannya. Lalu ia mengangguk.


Sakina yang sedang buat air, telah tersenyum kerana percakapan Aya.


"Tok Abi dalam bilik, nanti kalau Tok Abi keluar, baru acik Aya kenalkan Lisa dengan Tok Abi, ya. Lisa duduk dulu di sini, nanti acik Aya panggilkan Anas dengan Umar, mereka ada di dalam bilik juga, sebentar ya."


Lisa duduk di ruang tamu sambil menunggu anas dan umar.


...----------------...


Semasa Lisa sedang duduk bermain chess bersama Anas dan Umar.

__ADS_1


Lisa bertanya sambil berbisik pada Anas. "Anas, ayah kau mana?"


Jawab Anas dengan bersuara pelahan. "Umar dengan Anas tidak ada ayah. Ummi kata, ayah sudah tidak ada sejak Anas dengan Umar bayi lagi."


Lisa terdiam dan ia merasa sangat sedih, kerana nasib anas dan umar seperti adiknya.


Kemudian..


Sakina bawakan minuman untuk Lisa, dan duduk di sebelahnya.


"Malam ini keluarga makcik ada buat makan-makan sedikit. Lisa datang ya, kalau boleh bawa adik juga."


Lisa tersenyum gembira sambil mengangguk. "Baik makcik."


Kemudian Sakina bertanya lagi. "Adik Lisa nama dia apa?"


"Nama dia Ryan, umur dia baru 5 bulan."


"Siapa yang jaga adik Ryan sekarang ini."


"Nenek." Jawap Lisa sambil minum air. setelah itu ia berkata lagi.


"Lisa tinggal dengan pakcik Lisa. Bila pakcik ingin pergi kerja, pakcik akan hantar Ryan ke rumah nenek untuk menjaganya. Ataupun nenek akan datang ke rumah kami untuk jaga Ryan. Nenek akan memasak, dan tolong kemaskan rumah. Bila sudah malam nenek akan pulang ke rumahnya."


Sakina mengangguk dengan senyumannya yang ayu, sambil mengusap lengan Lisa.


...----------------...


MALAM. Jam 9:00pm.


Lisa bertanya kepada pakciknya. "Pakcik Jamie, tadi makcik Sakina ajak Lisa datang rumah, kerana malam ini ada makan-makan. Makcik Sakina kata, kalau boleh bawa adik sekali. Boleh ya, Lisa bawa adik jumpa makcik Sakina."


Jamie tersenyum sambil memandang Lisa. lalu ia berkata. "Okay! Lisa pergi suruh nenek siapkan adik. Nanti biar pakcik Jamie yang hantarkan Lisa ke rumahnya."


Lisa mengangguk dengan perasaan yang sangat gembira. "Yeahh."


Setibanya mereka di depan apartment.


Lisa telefon Sakina. "Makcik Sakina, Lisa dengan adik sudah ada di bawah."


"Baiklah, makcik turun sekarang." Sampai saja di bawah, Sakina sangat terkejut. Kerana ada pakciknya Lisa juga di sana.


Sakina menyangkakan nenek Lisa yang akan menghantar mereka ke rumahnya.


Lisa memanggil. "Makcik Sakina, kenalkan ini pakcik Jamie. Dan yang ini adik Ryan. Pakcik Jamie, ini makcik Sakina, wanita yang Lisa ceritakan pada pakcik itu."


Sakina mengangguk dan senyum sedikit.


Jamie terpegun melihat mata Sakina. Sampai dia menjadi terdiam.


Lisa memanggil dengan suara yang sedikit keras. "Pakcik-pakcik! Pakcik Jamie kenapa!"


Jamie tersedar dan ia menjadi sangat malu. Kemudian Jamie melihat Lisa dan berkata. "Ya, ada apa?"


"Kita mahu naik, berilah adik Ryan pada makcik Sakina." Lisa menyuruh pakciknya yang sedang malu-malu itu.


Jamie bersuara sambil melihat mata Sakina, dengan perasaannya yang sedang berdebar-debar. "Maafkan saya, kerana Lisa sudah banyak menyusahkan awak."

__ADS_1


Sakina menggelengkan kepalanya sambil menundukkan wajahnya. "Tidak apa-apa."


Kemudian Lisa dan Sakina berjalan masuk ke apartment. Jamie melihat Sakina dan anak-anak saudaranya itu sampai mereka naik ke atas.


...----------------...


Di dalam rumah telah penuh dengan kedua-dua keluarga. Semua orang sedang bersembang dan berbincang, lelaki di meja makan dan wanita di ruang tamu.


Sakina bersuara pelahan. "Lisa pergi masuk bilik Makcik dulu, nanti Makcik datang."


Lisa mengangguk dan telah pergi ke bilik Sakina.


Sakina menolong kak Suha dan Suhaizah, mengambil makanan yang ingin dihidangkan. Dan bila sudah siap. Sakina meminta diri dahulu untuk ke biliknya sebentar.


...----------------...


Kak Suha adalah isteri kepada Dean. Menantu Abi dan Umi. Mereka pasangan yang baru berkahwin.


...----------------...


Sakina bawakan makanan untuk Lisa dan anak-anaknya. Zara dengan Aya ada di dalam bilik Sakina sedang bermain dengan Ryan, Lisa, Umar, dan Anas.


Sakina berkata. "Zara, Aya. Cepatlah keluar, Umi dengan makcik itu sudah tunggu mahu makan."


"Okay. Nanti kita main lagi ya." Aya berkata pada Lisa.


Sakina berkata sambil hidangkan makanan untuk anak-anaknya. "Lisa, Anas, mari makan. Umar duduk di sini sayang. Lisa tolong jaga adik-adik sebentar ya."


Lisa mengangguk dan tersenyum. "Ya. Okay."


...----------------...


Setelah Keluarga Suhaizah sudah pulang. Sakina dengan Dean menghantar Lisa dan Ryan pulang ke rumahnya.


Sampai di depan rumah Jamie.


Sakina dan Lisa telah turun dari kereta. Dan Dean sudah pergi mengetuk pintu rumah.


"Lisa terima kasih ya, kerana Lisa sudah bawa adik Ryan datang juga." Sakina senyum sambil memegang kedua-dua tangan Lisa.


"Ya sama-sama." Lisa tersenyum gembira.


Jamie bersalaman dan berkenalan dengan Dean.


"Maaf sekali lagi, kerana Lisa telah banyak menyusahkan awak sekeluarga." Jamie berkata sambil melihat Sakina dan Dean.


Dean berkata. "Tidak apa Jamie, kerana kami sudah menganggap Lisa dengan Ryan seperti anak-anak kami juga." Dean tersenyum. Lalu Jamie mengangguk dengan senyumannya.


...----------------...


Minggu depan Keluarga Suhaizah akan memberitahu Keluarga Ariffin mengenai keputusan lamaran Muiz itu, diterima atau tidak. Dan dalam minggu ini juga Dean dengan Muiz ingin keluar tiga hari. Di masjid The East London mosque.


...----------------...


MALAM. Jam 3:00am.


Jamie tidak boleh tidur kerana teringatkan Mata Sakina, Suara Sakina, Tikah laku Sakina, sehingga membuatkan Jamie keluar dari rumahnya untuk mengambil udara.

__ADS_1


Jamie berkata sambil berdiri di laman rumahnya. "Aku perlu tahu apa itu islam? Dan kenapa Sakina berpakaian seperti itu."


...****************...


__ADS_2