
Hari ke 10. Keluarga Ariffin di London.
Setelah pulang dari sekolah. Lisa bawa Ryan bermain di rumah Sakina seperti biasa. Sehingga senja.
Kemudian Sakina dan anak-anaknya akan menghantar Lisa dengan Ryan pulang sampai di depan rumah mereka.
...----------------...
Jam 6:50pm.
Setibanya mereka di depan rumah Jamie.
makcik Jamie itu sudah menunggu di laman rumah.
Nenek itu menyuruh Lisa masuk ke rumah dan terus pergi mandi.
Kemudian makcik itu menegur Sakina. "Kenapa kamu suka dengan budak-budak ini? Apa sebenarnya yang kamu inginkan dari Lisa dan Jamie!" Dia bersuara keras.
Bila Sakina dengar makcik itu bersuara keras. Lalu Sakina telah menyuruh anak-anaknya berdiri jauh dari percakapan mereka. Kerana Sakina tidak mahu Anas dan Umar mendengarkan apa yang akan di bicarakan.
"Apa maksud makcik, saya tidak faham. Sebenarnya ada apa! Dan kenapa makcik berkata seperti itu?" Sakina menjawab dengan suara yang tegas.
"Kamu itu sudah lama menjanda ya kan, dan kamu tidak punya suami sampai hari ini. Jangan-jangan kamu ini seorang Le..b..n!!" Kata makcik itu sambil menunjuk jarinya kearah Sakina dengan suaranya yang kuat.
Sakina sangat-sangat terkejut dengan tuduhan yang makcik itu katakan kepadanya. Sehingga Sakina merasa pening dan rasa ingin pitam, kerana makcik itu menuduhnya seperti itu.
"Saya minta maaf, kalau saya ada buat salah atau silap. Tapi makcik, saya bukan orang yang seperti makcik katakan itu." Sakina berkata dengan suaranya yang termengah-mengah, dan sebelah tangannya memegang kepalanya yang sedang pitam.
Setelah 10 saat. Sakina jatuh pengsan..
Makcik itu terkejut melihat Sakina tiba-tiba jatuh pengsan. Kemudian dia memanggil Lisa. "Lisa! Lisa! Cepat telefon ambulance."
Anas dan Umar mendengarkan suara nenek itu mejerit. Lalu Anas menarik Umar belari ke umminya..
"Ummi! ummi! Bangun ummi." Anas menangis sambil memegang kepala umminya.
Umar masih berdiri sambil mengigit ibu jarinya, dia melihat Anas sedang duduk menangis.
...----------------...
Hari ini Jamie pulang kerja awal, kerana ingin melihat Sakina di taman. Tetapi tidak ada orang di taman. Kemudian Jamie terus pulang ke rumahnya.
Jamie berhentikan keretanya dari jauh, kerana melihat makciknya sedang bercakap dengan Sakina, dan sedang menudingkan jarinya kearah Sakina.
Jamie merasakan ada sesuatu yang telah terjadi. Dan dimasa itulah Sakina jatuh pengsan di laman rumahnya, secara tiba-tiba.
Jamie turun dari keretanya, dan berlari kearah Sakina.
Makciknya itu mahu menjelaskan kepada Jamie tentang apa yang terjadi. Tetapi dia tidak berani, kerana wajah Jamie terlihat sangat marah dan tidak berkata apa-apa kepadanya.
Jamie terus mengangkat Sakina dan membawanya ke kereta.
Jamie telah memandu kenderaan dengan sangat laju ke hospital.
...----------------...
Lisa mandi dengan sangat cepat, kerana mendengar neneknya memanggil. Dia keluar dan melihat neneknya itu sedang pucat.
"Nek, apa yang jadi tadi? Kenapa Anas menangis! Mana makcik Sakina!"
"Dia pengsan dengan tiba-tiba, nenek tidak buat apa-apa."
Neneknya sedang berfikir. "Apa yang aku harus katakan pada Jamie nanti!"
"Nenek! Mana makcik Sakina nek!" Jerit Lisa.
"Jamie sudah bawa dia ke hospital!" Jerit neneknya itu.
...----------------...
Lisa terus berlari ke apartment. Untuk beritahu, Tok Abi dan Tok Umi yang makcik Sakina telah pengsan, dan sudah di bawakan ke hospital.
"Apa!!" Semua ahli keluarga sangat terkejut.
"Siapa yang hantarkan Sakina ke hospital?" Tanya Abi.
"Pakcik Jamie, dan pakcik telah bawa Anas dengan Umar juga."
"Ya Allah. Bagaimana Sakina boleh pengsan." Suara Umi terdengar sangat sedih.
"Tidak tahu Tok Umi, Tadi Lisa sedang mandi. Lisa tidak sempat keluar."
"Abi, baik kita ke hospital sekarang!" Dean berkata.
"Tidak perlu lagi. Kita tunggu sampai Jamie bawa Sakina pulang."
Abi sedang berfikir dan berkata di dalam hatinya. "Kemungkinan, Jamie dapat melihat wajah Sakina di hospital."
"Kenapa Abi, kenapa kita tidak perlu pergi ke hospital." Muiz bertanya.
"Nanti Abi akan jelaskan."
"Insyaallah Sakina tidak apa-apa." Suara Umi yang sedang sangat risau.
...----------------...
Setibanya di hospital. Jamie menggendong Sakina dan membawanya masuk ke ruang kecemasan.
Jamie merasa tenang kerana doctor wanita yang sedang merawat Sakina di ruang kecemasan.
Jamie berdiri memegang tangan Anas dan Umar, yang sedang tersedu-sedu.
"Anas dengan Umar jangan risau ya, ummi tidak sakit apa-apa. Ummi hanya penat sedikit, sebab itu pakcik bawa ummi datang sini, supaya doctor boleh bagi ubat pada ummi. Sebentar lagi ummi akan sedar. Jangan nangis lagi, nanti ummi sedih lihat Anas dengan Umar seperti ini." Jamie berkata dengan suaranya yang menyenangkan.
...----------------...
Semasa Sakina terbaring di katil hospital, tidak sedarkan diri selama 20minit. Jamie terpegun melihat wajah Sakina yang cantik, berseri, putih, dan ayu.
__ADS_1
"Encik-encik!" Kata doctor wanita tadi.
"Ya saya! Ada apa doctor?" Jawab Jamie yang sedang tergamam.
"Ini niqab puan Sakina." Kata doctor.
"Ya terima kasih doctor." Jamie mengambilnya, dan ia berkata lagi. "Doctor bagaimana dengan keadaan dia?"
"Isteri encik tidak mengalami kecederaan luaran. Tetapi dia telah mengalami tekanan dalaman yang kuat, sehinggakan dia hilang kestabilan dan disebabkan itu dia jatuh pengsan. Kalau boleh setelah ini jangan ada lagi tekanan kepadanya, kerana itu tidak baik buat kesehatan mental dia."
"Baik doctor. Saya faham."
"Encik harus menjaga kesihatan isteri encik. Ini nasihat saya sebagai doctor."
"Ya baik doctor, terima kasih." Jawab Jamie yang tersenyum sedikit, kerana doctor itu berfikiran yang dia adalah suami Sakina.
"Doctor! Kalau isteri saya sudah sedar nanti. Apa dia boleh pulang?" Jamie bertanya lagi.
"Ya, dia sudah boleh pulang. Tapi dia perlukan rehat yang secukupnya."
"Baik doctor, terima kasih."
Kemudian..
Jamie menatap wajah Sakina, lalu dia mendekatinya dan memakaikan niqab itu di wajah Sakina.
Jamie terus melihat mata Sakina, dan ia berkata di dalam hatinya. "Apa yang telah makcik katakan pada Sakina?"
...----------------...
Setelah 10minit berlalu. Sakina tersedar dan melihat Anas dan Umar berbaring di pangkuannya.
Sakina berfikir sejenak, dan ia berkata di dalam hatinya. "Bagaimana akak boleh ada di sini? Siapa yang telah menghantar akak di sini?"
...----------------...
Sakina, Zara, dan Aya, memanggil diri mereka dengan panggillan. Akak.
...----------------...
Sakina melihat Jamie sedang duduk di balik langsir sebelah.
Sakina cuba untuk bangun dari berbaring dengan pelahan-lahan, tetapi Anas tersedar dan telah berkata. "Ummi! Ummi sudah sedar! Umar bangun!" Suaranya kuat.
Jamie terdengar dan ingin pergi melihat Sakina. Tetapi tidak jadi kerana terdengar suara Anas memanggilnya.
"Pakcik Jamie! pakcik Jamie!"
Anas pergi mencari Jamie dan nampak Jamie ada di bangku sebelah. "Pakcik Jamie, ummi sudah sedar, ummi sudah sehat."
Jamie mengangguk dan tersenyum sambil mengusap kepala Anas.
Kemudian..
Umar tertidur lena di atas ribaan umminya.
Sakina meletakkan kepala anaknya di katil. Dan dia mahu bangun dari katil itu, tetapi tidak sempat.
"Maaf." Kata Jamie yang ingin rapatkan badannya pada Sakina, untuk mengambil Umar.
Sakina cepat-cepat bangun juga dari katil itu. Lalu ia memegang tangan Anas.
...----------------...
Sampai di kereta.
Jamie masukkan Umar dengan cepat dan ia berlari untuk membukakan pintu buat Sakina.
Sakina terpandang mata Jamie seketika. Kemudian Sakina menundukkan wajahnya sambil masuk kereta.
Jamie menunduk dan tersenyum suka, kerana Sakina melihat matanya dan Sakina seperti sudah tahu yang dia ingin memikat hatinya.
Semasa dalam perjalanan pulang.
Sakina lihat telefonnya dan tidak ada panggilan atau whatsApp, dari Abi dan keluarganya.
Sakina berkata di dalam hati. "Mungkin Lisa sudah beritahu. Sebab itu Abi tidak bertanya."
Sakina tidak pernah pulang lewat. Sebelum jam tujuh malam, Sakina pasti sudah ada di rumah. Hari ini adalah pertama kalinya dia pulang malam.
...----------------...
MALAM. Jam 8:00pm.
Setibanya mereka di depan apartment. Sakina turun dari kereta dan nampak Umi dan abang Dean. Kemudian Umi menyuruhnya naik ke atas.
Abi telah suruh Dean dan Umi turun bawah berjumpa dengan Jamie, untuk berterima kasih dan mengajaknya makan malam.
Jamie menjadi sangat-sangat malu, kerana Uminya Sakina ada sekali.
"Tidak mengapa makcik. Kerana saya tolong Sakina ikhlas. Dan sekarang ini tidak boleh makcik, kerana saya ada janji dengan teman saya jam sembilan ini. Lain kali saya dan Lisa akan datang makan." Jawab Jamie dengan senyumannya dan penuh sopan santun.
"Baiklah, lain kali saja, insyaallah." Kata Umi dengan senyuman.
Setelah Umi bagi Ryan pada Lisa dan mereka sudah masuk ke kereta. Jamie memanggil. "Dean sebentar, tadi doctor kata pada aku. Kalau Sakina itu perlukan rehat yang secukupnya."
"Okay, kau jangan risau." Jawap Dean yang sedang menggendong Umar. Kemudian Dean menepuk lengan Jamie dengan senyumannya.
Setelah Jamie hantar Lisa dan Ryan masuk ke rumah. Jamie terus pergi ke rumah makciknya.
...----------------...
Semua keluarga duduk di ruang tamu, untuk mendengarkan apa yang telah terjadi. Kemudian Sakina terus bercerita mengenai makcik itu.
"Sudahlah, biarkan saja makcik itu. Kerana perkara itu sudahpun terjadi." Abi berkata kepada semua keluarga.
Kemudian Abi memberitahu semua ahli keluarga mengenai Jamie. "Ada seorang lelaki non Muslims, yang ingin belajar agama Islam dengan Abi. Setiap malam dia akan datang masjid untuk belajar."
__ADS_1
"Siapa abi?" Tanya Umi.
"Orang itu adalah Jamie junior! Pakciknya Lisa."
Semua keluarga sangat terkejut, mendengarkan apa yang Abi beritahu itu.
"Ya Allah betulkah ini Abi, maknanya Jamie yang kita kenal ini, sudah mahu masuk Islam." Dean bersuara gembira.
"Alhamdulillah kecil saja dunia ini." Umi berkata dengan senyuman suka.
"Satu lagi, yang ini sangat-sangat penting! Kina kau jangan pengsan pula, bila sudah dengar ini." Abi berkata sambil memandang Sakina dengan senyumannya.
"Apa dia abi?" Tanya Muiz yang tidak sabar lagi.
"Jamie sudah jatuh cinta pada Sakina, sejak kali pertama dia jumpa Sakina lagi." Kata Abi dengan senyuman gembira, menatap mata anaknya.
Sakina tersedak mendengarkan itu. Lalu terbatuk disebabkan terkejut dan malu.
"Ya Allah, tenanglah kak kina, tenang." Kata Zara sambil menepuk belakang badan Sakina, dengan senyuman manisnya.
Umi, dan Suha, juga tersenyum gembira melihat Sakina.
"Patutlah abang lihat Jamie tadi, sangat risau pada Sakina. Sampai dia mengingatkan abang yang kina perlukan rehat secukupnya." Dean berkata dengan suka.
"Oh ya Allah! Rupanya ada orang suka kak kina dalam diam!" Aya terlalu suka sehingga ia bersuara kuat.
Semua keluarga tertawa, kerana Aya baru memahami keadaan.
...----------------...
MALAM itu juga. Jamie mengetuk pintu rumah makciknya dengan sangat kuat.
Makciknya itu dengan rasa tidak bersalah, dia membuka pintu dan berkata. "Ada apa kamu datang sini!"
"Makcik cakap apa pada Sakina tadi?" Kata Jamie dengan suara yang keras.
"Kenapa kamu mahu tahu."
"Makcik sudah kata apa padanya! Sampai Sakina boleh pengsan seperti itu!" Jamie berkata dengan suara yang sangat marah.
"Makcik hanya kata apa yang sepatutnya, itu saja!" Makciknya berkata dengan tegas.
"Tolong beritahu saya, apa yang telah makcik katakan padanya." Jamie memasukkan tangannya di poket seluarnya, kerana Jamie masih ada rasa hormat pada makciknya itu.
"Jamie kamu tahu tidak! Perempuan itu sudah lama menjanda. Anak-anak dia tidak pernah ada ayah, sampai sekarang ini. Tiba-tiba saja dia sangat baik pada Lisa, sehingga setiap hari Lisa pergi bermain di rumah perempuan itu. Kamu tidak rasa aneh apa?" Makciknya berkata dengan suara yang kuat dan marah.
"Perempuan zaman sekarang ini, tidak boleh percayakan sangat."
"Seperti anak makcik itu!" Jamie berkata dengan perasaan yang sangat marah.
"Kamu jangan kaitkan Mary dalam masalah ini!" Kata makciknya dengan keras.
"Kenapa tidak boleh! Makcik yang sudah masuk campur dalam urusan saya dan Lisa!" Jamie bercakap dengan tegas.
"Makcik tidak boleh samakan semua wanita seperti anak makcik!" Kata Jamie yang sedang menahan marahnya.
"Makcik tidak rasa bersalah, kerana sudah menuduh Sakina seperti itu! Sehingga dia jatuh pengsan." Jamie berkata dengan suara yang kuat.
"Makcik tidak patut buat tuduhan seperti itu pada Sakina." Jamie bersuara kesal.
"Saya kenal Sakina. Saya kenal abang dia. Dan Saya kenal ibu dia." Kata Jamie sambil melihat makciknya itu dengan sangat kesal.
"Kamu itu anak saudara aku! Dan budak-budak itu, cucu saudara aku! Apa salahnya aku masuk campur!" Jerit makciknya.
"Tidak! Memang tidak boleh, sebab saya adalah pakcik pada budak-budak itu, dan saya yang bertanggungjawab atas Lisa dengan Ryan." Jamie berkata dengan tegas.
"Kenapa makcik tidak pernah memahami saya dan lisa." Jamie berkata dengan suara yang sangat kecewa.
Kemudian Jamie pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Jamie menaiki kereta dan pergi ke masjid yang di janjikan itu.
...----------------...
Setibanya di masjid. Jamie menunggu Abi yang masih belum sampai lagi.
Setelah 10minit. Abi duduk di depan Jamie, lalu Abi menepuk kedua tangan Abi. Dan Jamie terus tersedar.
"Maaf ustaz, saya tidak perasan. Bila ustaz sampai."
"Baru saja sampai. Apa kamu ada masalah?" Tanya Abi yang sudah tahu kejadian tadi.
"Ya ustaz, tadi saya baru lepas bertekak dengan makcik saya, kerana dia sudah menuduh Sakina macam-macam, sampai Sakina pengsan di depan rumah saya petang tadi."
Jamie melihat Abi terdiam. Lalu Jamie berkata lagi. "Ustaz ingat wanita yang saya ceritakan pada ustaz semalam." Abi mengangguk sambil melihat Jamie.
"Ustaz, apa saya berdosa ustaz?"
"Apa dia?"
"Tadi semasa Sakina tidak sedar di hospital. Saya melihat wajahnya ustaz, tanpa izin darinya." Kata Jamie dengan perasaan yang sangat bersalah.
"Kamu tidak berdosa, kerana dimasa itu kamu dengan Sakina sama-sama dalam keadaan darurat. Jadi tidak apa-apa." Kata Abi dengan senyumannya.
"Benar ustaz! Baguslah kalau begitu."Jamie tersenyum dengan perasaan yang sangat lega.
"Apa perasaan kamu, setelah melihat wajah Sakina?" Tanya Abi yang ingin tahu.
"Dia adalah seorang wanita yang benar-benar sempurna ustaz. Saya merasa seperti, saya ini tidak layak untuk dia." Jamie berkata sambil melihat ke bawah dan mengengam kedua tangannya.
"Kalau benar Sakina adalah jodoh kamu, dia tidak akan kemana-mana." Abi berkata sambil memegang tangan Jamie dengan senyumannya.
"Apa pendapat ustaz, kalau saya pergi berjumpa dengan ibu dan ayah Sakina. Saya mahu beritahu mereka, yang saya suka pada anak mereka." Kata Jamie dengan perasaan semangat.
"Lebih baik, kalau kamu beritahu perasaan kamu itu pada Sakina dahulu." Abi berkata dengan senyuman suka.
"Kalau Sakina tidak menerima saya bagaimana ustaz?"
"Waktu itu, barulah kamu pergi berjumpa dengan ibu dan ayah dia pula." Abi tertawa melihat Jamie, kerana merasa takut ditolak. Dan Jamie tersenyum senang.
__ADS_1
...****************...