
Hari ke 29. Keluarga Ariffin di London.
Setelah selesai solah subuh. Minah menelefon Abi dan beritahu yang Sakina sudah sedar dari koma pada malam tadi. Keadaan Sakina normal. Dan Sakina tidak mengalami trauma yang kritikal.
Kemudian Minah telah menghantar gambar yang telah dia tangkap malam tadi kepada Abi, semasa Jamie sedang sujud syukur setelah mendengar Sakina sudah sedar dan kembali normal seperti biasa.
...----------------...
Sesudah sarapan pagi, semua keluarga Ariffin telah bersiap-siap. Mereka semua ingin melihat Sakina di hospital.
Abi, Umi, Dean, Suha, dan budak-budak sudah naik ke atas dahulu. Sementara Muiz, Zara, dan Aya masih di kereta mencari parking.
Sampainya mereka di depan pintu bilik sakina. Abi dan Dean memeluk Jamie yang masih berada di sana. Abi sangat bersyukur kerana Sakina telah dapat lelaki yang sangat mencintainya.
Semasa mereka sedang bersembang di luar bilik. Anas, Umar dan Lisa telah masuk ke dalam bilik sakina senyap-senyap. Umar langsung memeluk umminya dan Umar ingin bangunkan umminya dari tidur. Tetapi Anas tidak benarkannya. "Umar janganlah! Biarkan ummi tidur, ummi tidak sihat lagi!"
Terjadilah tolak-menolak diantara Umar dan Anas, Lisa cuba untuk menghentikan Anas dan Umar daripada terus bergaduh, sehinggalah Umar telah terlanggar meja yang berada di sebelah katil Sakina. Dan cawan kaca yang ada di atas meja itu jatuh pecah di lantai.
Jamie dan Abi masih lagi sedang bersembang, sehinggalah mereka terdengar pecahan kaca itu dari bilik sakina, dan Jamie melihat anak-anaknya tidak ada di situ. Jamie langsung masuk ke bilik dan melihat Sakina sudah tersedar.
Kemudian Sakina membuka matanya, dan ia melihat Jamie berada di hadapannya. Sakina sangat terkejut dan ketakutan. Lalu ia bangun dari baringnya dan ingin turun dari katilnya.
Umi dan suha telah membawa Umar, Anas, dan Lisa keluar dari bilik itu secepat mungkin, kerana tidak ingin mereka melihat keadaan umminya yang seperti itu.
Jamie ingin menghentikan Sakina turun dari katilnya tetapi sudah terlewat, kerana dia telah memegang pecahan kaca itu dengan tangannya, lalu ia berkata. "Tolong jangan dekat! Saya mohon jangan!" Sakina mengancam Jamie dengan pecahan kaca itu dengan tangisannya yang sangat ketakutan.
Semasa Umi, Suha dan budak-budak sudah berada di luar. Minah berlari dengan sangat pantas, ia terus masuk ke bilik sakina dengan membawa ubat penenang. Abi telah telefonnya dan beritahu mengenai keadaan Sakina kepadanya.
Minah menyuruh Jamie untuk memegang tangan Sakina, sementara dia akan mensuntik Sakina dengan ubat itu. Tangan Sakina sudah berdarah-darah, ia memegang pecahan kaca itu dengan sangat kuat.
Jamie langsung memeluk Sakina dan memegang tangannya itu, lalu Minah suntikan ubat itu. Sakina menjadi sangat lemah dan telah melepaskan pecahan kaca itu dan ia jatuh di dalam pelukkan suaminya. Jamie menggengdong Sakina dan membawanya ke atas katil.
...----------------...
Setelah selesai diubati. Semua keluarga telah berkumpul di sofa, kecuali Suha dan budak-budak, mereka telah pergi ke taman yang ada di hospital itu.
Kemudian Minah menjelaskan keadaan Sakina kepada semua. "Sakina tadi mengalami trauma yang normal, kerana Sakina tidak hilang kesedarannya dan tidak hilang ingatannya pada kita. Kalau keadaan Sakina menjadi seperti itu. Maknanya Sakina mengalami trauma yang di tahap kritikal."
__ADS_1
"Apa yang Minah katakan itu benar, Sakina menjadi seperti itu kerana dia takut pada Jamie." Abi berkata sambil melihat Jamie.
"Sakina hanya perlukan waktu dan terapi untuk sembuh dari trauma yang dia alami ini."
"Tapi kenapa Sakina takut terhadap Jamie? Sampaikan tangannya berdarah, dia tidak merasakan sakit." Dean bertanya pada Minah.
"Kerana saya sudah melakukan perbuatan yang buruk padanya." Jamie menjawab. Lalu ia menundukkan wajahnya.
Dean, Zara, Muiz, dan Aya, sangat terkejut dengan penyataan Jamie itu. Mereka melihat sesama mereka, dengan berfikiran yang tidak baik kepada Jamie.
"Jamie! Kamu benar ingin katakannya?" Tanya Abi pada Jamie.
"Ya Abi, saya ingin jujur kepada mereka semua."
"Kenapa Jamie? Apa kau sudah lakukan itu pada Sakina?" Dean bertanya pada Jamie, kerana dia sangat terkejut.
"Tidak Dean! Bukan seperti itu! Janganlah berfikiran yang tidak baik padanya." Abi bersuara tegas.
"Kalau bukan seperti itu! perbuatan buruk apa yang dia sudah lakukannya!" Zara bersuara sambil melihat Jamie dengan marah.
"Abi boleh percaya dengan kata-kata dia saja?" Tanya Aya yang sedang menahan marahnya pada Jamie.
"Apa buktinya Abi?" Muiz bersuara.
"Di apartment kita itu ada CCTV dan hanya Abi saja yang tahu soal itu."
"Ya Allah, syukurlah kalau begitu." Dean berkata sambil melihat Jamie dan ia tersenyum.
Abi telah bagi mereka melihat rakaman CCTV itu dan telah menjelaskan keadaan Jamie pada malam itu kepada semua anak-anaknya. Mereka semua merasa sangat lega, kerana ada rakaman CCTV yang membuktikan Jamie tidak melakukan perbuatan yang buruk kepada Sakina.
Kemudian. Minah berkata kepada semua keluarga. "Kalau kita semua ingin lihat Sakina sihat kembali. Jangan ada yang bertanyakan, ataupun mengingatkannya tentang kejadian pada malam itu, kerana itu boleh mengganggu kesihatan mentalnya."
"Betul, dari apa yang telah kita semua lihat tadi. Sakina seperti sudah hilang kesedarannya." Abi berkata sambil menggangguk.
Setelah itu, keluarga Ariffin telah pulang ke apartment. Kerana Sakina sudah ditidurkan kembali oleh doctor yang merawat Sakina.
...----------------...
__ADS_1
Malam itu. Muiz, dan Aya akan menemani Sakina di hospital, menggantikan Minah.
Setelah solah isyak. Jamie kembali lagi ke hospital. Jamie tidak merasa tenang di rumahnya, sementara isterinya berada di hospital.
Jam 2:30am.
Jamie duduk di luar bilik, seperti biasanya. Aya dan Muiz tidur di sofa.
"Tolong! Tolong jangan dekat, saya mohon!" Sakina mengigau lagi. Muiz tersedar lalu ia bangunkan Aya.
Kemudian Muiz pergi memanggil nurse, dan Jamie melihat Muiz dalam keadaan cemas. Lalu dia bertanya. "Muiz! Kak kina kenapa!"
"Kak kina mengigau lagi, tapi kali ini teruk!"
"Ya Allah." Jamie melihat Sakina dari pintu dan ia mendengar kata-kata Sakina. Jamie merasa sangat sedih dan bersalah terhadap Sakina. "Ya Allah, sembuhkanlah isteriku ya Allah, kuatkan dia ya allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada isteriku ya Allah." Jamie berdoa dengan air matanya mulai menitik.
Aya menepuk pipi kakaknya pelahan-lahan, dan ia berkata. "Kak kina bangun! Aya ada di sini! Kak kina bangunlah."
Sakina masih tidak sedar dengan kata-kata Aya itu. Dia terus mengigau sampai luka tangannya itu berdarah kembali. Sakina mengenggam tangannya sangat kuat.
Doctor dan nurse telah merawat Sakina dan telah memberi ubat penenang kepadanya.
...----------------...
Setelah selesai. Jamie langsung bertanya. "Bagaimana dengan isteri saya doctor."
"Keaadaan dia lemah, tidak normal. Dia perlukan rehat, kita lihat esok pagi bagaimana."
Mereka bertiga mengangguk, lalu Muiz bersuara. "Terima kasih doctor."
...----------------...
Doctor wanita itu adalah kenalan Minah semasa dia berlajar di London, dia salah satu kawan Minah juga. Jadi Minah telah meminta dia untuk merawat Sakina, kerana persakit ini adalah sahabat baiknya dan seorang wanita yang memakai hijap.
...----------------...
Malam itu Muiz dan Aya telah beritahu keluarga mengenai kejadiaan itu. Mereka semua telah bangun solah tahajud, solah hajat, dan berdoa untuk Sakina.
__ADS_1
...****************...