Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 17


__ADS_3

Hari ke 20. Keluarga Ariffin di London.


Pagi ini, kegiatan di rumah seperti biasa.


Setelah sarapan pagi. Muiz, Aya, dan Zara, akan menghantar Lisa ke sekolah..


Sakina akan memandikan anak-anaknya..


Abi dan Umi akan duduk di beranda ruang tamu untuk menghirup udara segar.


Dean, Suha, dan anaknya akan pergi ke kedai membeli barang-barang masakkan untuk makan tengah hari ini, dan untuk makan malam nanti.


...----------------...


TENGAH HARI.


Minah datang ke rumah untuk makan bersama. Dan Minah ingin beritahu Abi dengan Umi. Hasil dari hipnoterapi Sakina semalam. Hari ini baru Minah ada kesempatan untuk memberitahu.


Sesudah selesai makan. Minah masuk ke bilik Abi dan Umi. Kemudian Minah menceritakan hasil dari hipnoterapi itu. Selama ini depression yang Sakina alami itu kerana Ini.. Ini.. Dan Ini..


Minah meminta Umi dan Abi memujuk Sakina untuk berterus-terang terhadap Jamie. Sakina sendiri yang harus beritahu Jamie kebenarannya. Sakina perlu mengatakannya dari mulutnya sendiri, kerana itu salah satu cara untuk menghilangkan depressed dia.


Kemudian Abi juga telah beritahu Minah yang malam ini. Abi akan berjumpa dengan Jamie dan akan memberitahu kebenarannya.


"Abi akan ceritakan pada Jamie tentang keadaan Sakina selama ini, mengenai depression yang Sakina alami dan hasil dari hipnoterapi itu. Dan juga cara untuk menghilangkan depressed Sakina. Abi akan suruh dia buat-buat seperti tidak tahu apa-apa."


Minah sangat setuju dengan cadangan Abi itu.


Kemudian Abi telefon Jamie dan menyuruhnya datang makan malam di rumah. Kerana ada sesuatu yang sangat penting yang ingin Abi beritahu.


Jamie menjadi sangat penasaran dengan kata-katanya Abi itu telah membuatkan dia tidak boleh bekerja.


Jamie hanya berfikir dan terus memikirkannya. "Apa? Apa yang sangat penting itu?" Jamie berkata di dalam hatinya yang dalam keresahan.


...----------------...


PETANG. Jam 6:00pm.


Jamie telah sampai di apartment. Dia hanya menunggu panggilan dari Abi.


...----------------...


Anas sudah lama tidak bermain di taman, lalu dia telah meminta izin umminya untuk pergi bermain bersama Lisa dan Umar.


Anas dan Umar duduk di sebelah umminya sambil memegang lengan umminya. "Ummi boleh tidak kita pergi ke taman, Kerana sudah lama kita tidak ke sana."


Sakina yang sedang membaca novel di sofa ruang tamu. Tidak dapat menolak permintaan Anas dan Umar, kerana kasihan melihat anak-anaknya yang sudah lama tidak keluar bermain.


Sakina memeluk anak-anaknya lalu ia berkata. "Anas sudah minta izin dari Tok Abi dengan Tok Umi?"


"Belum lagi." Anas menggelengkan kepalanya.


"Baiklah, Anas pergi tanya Tok Abi dulu, dan kalau Tok Abi dengan Tok Umi benarkan. Barulah ummi akan pergi bersiap-siap, ya." Sakina mencium pipi anak-anaknya dengan senyumannya yang manis.


"Okay." Anas mengangguk dengan gembira, dia terus berlari pergi ke bilik tok abi dan tok umi.


Kemudian..


Tok Abi dan Tok Umi telah memberi izin kepada Anas.


...----------------...


Sampainya mereka di taman.


Sakina yang dalam kerisauan itu, tidak boleh duduk di bangku taman dengan tenang. Kerana ia merasa takut meninggalkan anak-anaknya bermain sendirian.


Sakina telah datang ke buaian dan berdiri dekat dengan anak-anaknya, sambil melihat sekelilingnya.


Jamie yang berada di dalam kereta, di kawasan taman itu, tersenyum senang melihat Sakina bersama anak-anaknya.


Jamie turun dari keretanya. Lalu Sakina nampak Jamie berjalan ke arahnya. Sakina menjadi tidak tentu arah. Dia seperti ingin pulang.


Sampainya Jamie di sana, ia langsung memberi salam kepada Sakina. "Assalamualaikum." Jamie memandang Sakina dengan senyumannya.


Kemudian Sakina menjawab salam dengan pelahan. "Waalaikumsalam." Sakina menggendong Umar dan berkata pelahan pada Lisa dengan Anas. "Ummi pulang dulu. Nanti Lisa dan Anas pulang dengan baba Jamie ya." Sakina menunduk dan berjalan pulang.


Jamie berkata dengan pantas. "Sakina tunggu!"


Sakina terhenti setelah mendengar namanya disebut.


Jamie melihat kelakuan Sakina seperti tidak ingin berjumpa dengannya lagi. Lalu ia berkata. "Tolong beri saya jawapannya Sakina. Kerana permintaan maaf bukanlah jawapan yang boleh saya terima."


Sakina mendengar kata-kata Jamie itu membuatkan ia melangkah lagi.

__ADS_1


Kemudian Umar yang ada di pelukkannya. Ingin turun dari pangkuan umminya.


Umar berlari kearah baba Jamie dengan senyumannya yang gembira.


Jamie membuka tangannya dan mengangkat Umar lalu memeluknya dengan erat, sambil mencium pipi Umar dan berkata dengan suaranya yang ceria. "Baba rindu sangat pada Umar. Umar juga rindu baba kan?"


"Ya." Umar mengangguk dengan gembiranya.


Anas juga turut memeluk baba Jamie dengan sangat gembira.


Sakina berdiri terdiam, melihat anak-anaknya sedang memeluk Jamie dengan senyuman mereka yang sangat bahagia.


Sakina takut kehilangan anak-anaknya. Tetapi dalam masa yang sama. Sakina juga rasa bersalah terhadap Jamie dan kasihan melihat anak-anaknya yang ingin kasih sayang dari seorang baba.


Sakina tidak tahu dengan perasaannya sendiri. Sakina sekarang ini seperti hilang kesedarannya.


Jamie melihat mata Sakina berkaca-kaca. Lalu ia bangun dari memeluk anaknya dan ingin berkata sesuatu pada Sakina.


Kemudian Sakina memalingkan wajahnya dan ia berjalan pulang dengan tidak stabil. Sampai di bangku taman, Sakina seperti ingin jatuh pengsan. Ia memegang pokok yang ada di sebelah bangku itu.


...----------------...


Jamie melihat Sakina berjalan sehinggalah Sakina tersandar di pokok.


Jamie berlari kearah Sakina lalu ia berkata dengan cemas. "Sakina! Awak tidak apa-apa?" Jamie memegang lengan Sakina dan ingin mengangkatnya duduk di bangku.


Sakina menolak tangan Jamie yang sedang memegangnya dan dia cuba untuk bangun sendiri.


Kemudian Sakina melihat mata Jamie dan ia berkata pelahan sambil tersedu-sedu "Saya! Saya.." Sakina menundukkan wajahnya dan ia menangis pelahan.


"Saya minta maaf Sakina. Saya terlalu mendesak awak untuk berikan jawapan. Maafkan saya. Tolonglah jangan menangis Sakina." Jamie berkata dengan rasa sangat bersalah terhadap Sakina.


Lisa memerhatikan dan mendengarkan apa yang Jamie katakan tadi. Lisa tahu ada sesuatu yang telah terjadi diantara pakciknya dan ummi Sakina.


"Lisa tidak mahu tahu apa masalah pakcik Jamie dengan ummi Sakina! Tetapi kenapa pakcik Jamie buat ummi menangis!"


Lisa memandang pakciknya dengan sangat kesal. Lalu Lisa memapah Sakina berjalan pulang ke apartment. Anas dan Umar juga turut pulang bersama umminya.


...----------------...


Jamie menunggu panggilan dari Abi. Kerana dia sudah tidak dapat tenang setelah ia melihat Sakina menangis.


Tanda tanya? Di fikirannya terlalu banyak. "Kenapa Sakina menangis? Kenapa Abi ingin berjumpa? Apa yang Abi katakan penting itu? Apa lamaran aku di terima? Atau lamaran aku ditolak? Apa yang terjadi kepada Sakina?"


...----------------...


Abi telefon Jamie dan menyuruhnya datang. Abi, Dean, dan Muiz tunggu di bawah kerana mereka mahu pergi solah berjemaah di masjid.


Setibanya Jamie di sana, mereka bersalaman. Lalu Dean bertanya. "Kenapa muka kau nampak pucat? Kau demam ke?"


"Tidak. Aku okay." Jawabnya sambil ia cuba untuk tersenyum.


Abi menatap wajah Jamie dan ia terlihat sangat berdebar-debar.


Kemudian Jamie bertanya sambil memandu dengan senyumannya. "Kenapa Abi?"


"Kamu kelihatan resah. Jamie tenanglah, setelah makan malam nanti, Abi akan beritahu dan jawab semua persoalan kamu, ya." Abi menepuk peha Jamie dan senyum sedikit.


Jamie mengangguk dan tersenyum.


...----------------...


Jam 9:00pm. Di apartment.


Semasa makan malam. Wanita makan di atas meja. Dan lelaki makan di beranda ruang tamu.


Sesudah selesai makan. Abi masuk ke bilik. Lalu Dean berkata sambil berbisik. "Jamie pergilah masuk, Abi sudah tunggu kau di dalam bilik. Abi ingin bercakap berdua saja dengan kau."


Jamie mengangguk dengan senyumannya. "Baik."


Kemudian Jamie masuk dan ia berjalan ke beranda bilik. Lalu ia melihat Abi duduk di bangku sedang termenung.


"Assalamualaikum Abi." Jamie merasa risau kerana wajah Abi terlihat sangat serius.


"Waalaikumsalam, duduklah Jamie." Abi menatap matanya.


Jamie duduk di bangku sebelah Abi.


"Kamu okay Jamie?" Abi bertanya kerana Jamie terlihat sangat takut.


"Okay Abi." Jamie mengangguk dan berkata lagi dengan teragak-agak. "Saya cuma tidak boleh tenang, selagi saya tidak tahu apa yang Abi ingin beritahu itu."


Kemudian Abi memandang Jamie dengan serius lalu berkata. "Abi harus beritahu kamu satu rahasia. Kerana Abi tidak mahu kalau kamu dapat tahu rahasia ini dari orang lain."

__ADS_1


"Rahasia apa Abi?" Jamie sangat berdebar-debar.


"Kami redha dengan apa saja keputusan yang akan kamu ambil setelah ini."


"Apa maksud Abi ini?" Jamie sangat takut.


Abi membaca bismillah dan berselawat. Kemudian baru Abi mengatakannya. "Sebenarnya Umar dan Anas, adalah anak kandung kamu dengan arwah aisha."


Jamie sangat terkejut sehingga badannya menjadi lemah, sampai ia terpaksa berpaut tangannya di meja minum.


Abi melihat Jamie sangat terkejut, lalu Abi memegang lengannya yang ingin berpaut itu.


"Abi, benarkah apa yang saya dengar ini!" Suara Jamie terdengar sangat terkebil-kebil.


Abi mengangguk dengan perasaan yang kasihan terhadap Jamie.


"Arwah aisha! Maksud Abi, dia sudah meninggal dunia! Sejak bila Abi!" Suara Jamie tersedu-sedu kerana matanya mulai berkaca-kaca.


"Abi akan jelaskan semuanya. Kamu boleh bertanyakan apa-apa saja yang kamu ingin tahu."


"Siapa sebenanya Sakina?"


Abi mula beritahu Jamie pada awal cerita ini. "Sakina adalah sahabat baik aisha, sejak Sakina dengan adik-adiknya becuti di London. Dan 7 tahun yang lepas, Aisha berjumpa dengan Sakina. Dia tidak beritahu Sakina mengenai penyakitnya dan masalahnya dengan kamu. Setelah Aisha melahirkan Umar dan Anas. Dua bulan kemudian, keadaan Aisha semakin lemah. Waktu itulah, baru Aisha beritahu kami yang dia mempunyai penyakit serius dan telah terlambat untuk menerima rawatan. Tiga hari kemudian. Aisha telah meninggal dunia dan telah meninggalkan wasiat untuk Sakina."


Jamie bertanya. "Wasiat? Apa itu wasiat Abi?"


"Amanah dan permintaan terakhir bagi seseorang yang akan meninggal dunia."


"Wasiat apa yang telah Aisha berikan kepada Sakina?" Jamie bertanya lagi.


"Aisha minta Sakina menjadi ibu kepada anak-anak kamu."


"Jadi disebabkan itulah, Sakina jauhkan dirinya dari saya." Jamie menunduk dan memejamkan matanya.


"Ya Jamie. Sakina telah mengalami depression, sejak aisha meninggal dunia."


Jamie memandang abi dengan tersentak "Sakina depression!"


"Ya, selama tiga bulan Sakina berdiam diri, kemurungan, dan setiap kali Sakina melihat Umar dan Anas, dia akan menangis terus. Sakina telah mendapatkan terapi dari doctor Minah. Setelah itu barulah keadaan Sakina kembali normal dan dia sudah boleh menggendong anak-anaknya."


Jamie melihat Abi dengan perasaan yang penuh kesedihan.


"Kamu ingat lagi, waktu Abi tanya tentang kehidupan kamu sebelum ini. Kamu pernah bercerita mengenai Aisha dan waktu itulah Abi ingin memastikan yang kamu betul-betul ada kaitan dengan Sakina ataupun tidak. Ternyata benar, Aisha yang kamu ceritakan itu adalah orang yang sama. Dan hanya Abi, Dean, dan Muiz saja yang tahu siapa kamu yang sebenarnya."


"Sakina tidak tahu siapa saya?" Jamie melihat mata Abi.


"Abi juga sangat terkejut, kerana Sakina sudah tahu siapa kamu. Sebelum Abi yang tahu siapa kamu sebenarnya."


"Maksud Abi. Sakina sudah lama tahu siapa saya."


"Ya. Dua hari yang lepas, Sakina beritahu Abi yang dia lihat gambar pernikahan kamu dengan Aisha di bonet kereta kamu."


"Bonet kereta saya?" Jamie terlihat seperti tidak mengingati kejadian itu.


"Semasa kamu menghantar Lisa ke rumah ini, waktu itulah Sakina tahu siapa kamu yang sebenarnya. Dan disebabkan itulah, keadaan Sakina sekarang ini seperti 6 tahun yang lepas."


Jamie menunduk dan mengangguk, sambil memikirkannya. "Selama ini Sakina menangis, kerana dia sudah tahu siapa aku." Jamie berkata di dalam hatinya.


"Semalam Minah bawa Sakina ke hospital, untuk lakukan hipnoterapi. Minah baru tahu yang Sakina depression disebabkan merasa bersalah terhadap kamu dan arwah aisha. Selama 6 tahun, Sakina menyalahkan dirinya sendiri. Kerana dia telah mengajak aisha untuk tinggal bersamanya, sehinggalah aisha melahirkan Umar dan Anas dan disebabkan itu juga, kamu telah terpisah dari isteri dan anak-anak kamu. Sakina berfikiran, kalaulah dia tidak menawarkan pertolongan kepada aisha, mungkin takdir aisha akan berubah."


Jamie tercengang setelah mendengarkan kata-kata Abi. Lalu ia bersuara. "Kenapa Sakina salahkan dirinya atas kematian aisha! Bukankah ini ketentuan dari Allah s.w.t. Abi."


Abi tersenyum mendengarkan kata-kata Jamie. Lalu Abi mengangguk dan menepuk bahu Jamie. "MashaALLAH. Abi rasa sangat bangga pada kamu, kerana kamu boleh berfikiran seperti itu."


Jamie melihat Abi dengan senyumannya.


"Abi sangat berharap, kalau kamu dapat memahami keadaan Sakina sekarang ini.


"InsyaAllah Abi." Jamie mengangguk dengan senyumannya.


"Satu lagi yang Abi harapkan dari kamu."


"Katakan saja Abi."


"Tadi Minah beritahu Abi, cara untuk menghilangkan depressed Sakina."


"Bagaimana caranya Abi?" Jamie melihat Abi dengan penuh harapan.


"Buatlah sepertimana kamu tidak tahu apa-apa mengenai rahasia ini, kerana Sakina harus mengatakannya dari mulutnya sendiri. Sakina perlu berterus-terang kepada kamu tentang rahasia ini. InsyaAllah dengan cara ini, bebanan yang ada di jiwanya akan hilang."


Jamie mengangguk dan berkata. "InsyaAllah Abi. Saya akan lakukan apa saja untuk Sakina kembali sihat." Jamie benar-benar sudah menerima dan memahami keadaan Sakina.


...****************...

__ADS_1


__ADS_2