Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 29


__ADS_3

Hari ke 32. Keluarga Ariffin di London.


Setelah selesai solah subuh. Abi whatsApp Minah dan menyuruhnya datang ke bilik.


Abi perlu beritahu Minah dahulu rencana Abi pada hari ini. Kerana setiap hari Minah akan check kondisi kesihatan Sakina dahulu, sebelum Abi ingin membuat rencana untuk Sakina dan Jamie.


Jadi hari ini Abi akan cari waktu yang sesuai untuk beritahu Sakina soal Jamie yang telah memeluk agama islam. Dan Abi juga ingin beritahu Sakina soal keikhlasan hati Jamie yang benar-benar mencintainya.


Kemudian. Minah telah membenarkannya, kerana kondisi kesihatan Sakina pada hari ini, membolehkan Abi untuk bercerita soal Jamie kepada Sakina.


...----------------...


Hari ini adalah hari terakhir mereka sekeluarga berada di kota London. Waktu penerbangan mereka pada jam 10 malam ini.


Jadi selepas sarapan pagi. Abi telah mengajak keluarganya untuk pergi berjalan-jalan di kota London. Kerana selepas solah isyak nanti, mereka sekeluarga akan ke airport London.

__ADS_1


Mereka telah pergi ke tempat-tempat pelancongan yang ada di kota London. Mereka sembahyang zohor di masjid dan makan tengah hari di restoran.


Setelah itu mereka sekeluarga ke taman Green Park yang terletak di Westminster.


Semasa di taman mereka semua telah pergi berjalan-jalan di taman itu. Hanya Sakina, Umi, dan Abi saja yang tidak pergi berjalan-jalan. Kerana Abi dan Umi ingin berbicara sesuatu dengan Sakina. Kemudian mereka duduk di bangku taman bersama. Lalu Abi berkata kepada anaknya. "Sakina, kau ada lihat Jamie semalam."


Sakina menganggukkan wajahnya sedikit. Lalu Abi berkata lagi. "Jamie telah memeluk agama islam, setelah dua hari kau berada di hospital."


Sakina melihat Abi dan Umi lalu ia menundukkan wajahnya yang kelihatan keresahan.


Lalu Abi mulai bercerita soal Jamie yang sujud syukur ketika ia dapat tahu Sakina sudar sedar, dan setiap malam Jamie akan mendoakan kesembuhan untuk Sakina.


"Sakina, Abi hanya merasa kasihan terhadap Jamie. Kerana sejak usianya 15 tahun. Dia dan adiknya telah menjadi yatim piatu. Hidupnya penuh dengan kesepian, sehinggalah dia mengenali kita sekeluarga."


Umi memeluk anaknya dengan belaian yang lembut di lengan Sakina yang telah meletakkan kepalanya di bahu Uminya. Lalu Umi bersuara. "Sakina, semua ibu dan ayah ingin melihat anaknya hidup berbahagia. Begitu juga dengan umi dan kau, yang ingin melihat anak-anaknya bahagia."

__ADS_1


Kemudian. Abi berkata sambil memegang tangan anaknya. "Sakina, kalau kau dapat menerima Jamie dalam kehidupan kau. Insya'allah, kau bukan saja dapat membahagiakan anak-anak kau, tapi malah kau dapat membahagiakan anak-anak yatim yang sudah kehilangan ibu dan ayah."


Sakina menundukkan wajahnya dan mengesat air matanya. Lalu ia melihat Abi dan Umi yang ada di sebelahnya, sambil mengangguk sedikit.


Setelah itu mereka sekeluarga telah pulang ke hotel untuk berehat dan bersiap-siap untuk malam ini.


...----------------...


Jam 9:30pm. Di airport London.


Abi, Dean, dan Muiz, bersembang dengan Jamie sambil berdiri. Sementara wanita duduk di bangku menunggu.


Setibanya waktu penerbangan. Anas, Umar, dan Lisa telah memeluk Jamie dengan penuh kesedihan, kerana Jamie tidak mengikut mereka pulang ke Malaysia.


Mereka sekeluarga tidak boleh naik persawat sekali dengan Jamie, kerana sebelum ini Minah takut kalau tiba-tiba Sakina kehilangan kesedarannya disebabkan Jamie. Jadi mereka telah menyuruh Jamie membeli tiket penerbangan nya pada esok pagi jam 9:00am.

__ADS_1



...****************...


__ADS_2