Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 8


__ADS_3

Hari ke 11. Keluarga Ariffin di London.


Pagi itu. Lisa telah kemas-kemas beg bajunya, untuk tinggal di rumah Sakina. Kerana Jamie mempunyai banyak pekerjaan di balai polis, dan mungkin Jamie tidak dapat pulang ke rumahnya. Jamie menghantar anak-anak saudaranya itu ke rumah Sakina selama dua hari.


Setibanya di depan apartment. Dean dan Sakina sudah menunggu di parking kereta.


Jamie turun dari keretanya, lalu ia berkata kepada Dean dan Sakina. "Terima kasih sekali lagi, kerana awak sudi tolong saya menjagakan mereka."


"Tidak apa Jamie. Sakina sudah menganggap Lisa dengan Ryan seperti anak-anak dia, betul kan Sakina!" Kata Dean sambil menarik tangan adiknya yang sedang ambilkan beg Lisa dan Ryan.


Sakina mengangguk sambil melihat bawah.


Mata Jamie terus melihat kearah Sakina dengan tersenyum manisnya, selama beberapa saat.


"Ehem-ehem!" Dean membuat suara sambil melihat Jamie.


Jamie tersedar, lalu ia berkata. "Telefon saya kalau ada apa-apa?" Jamie terhenti, lalu ia menunduk dan tersenyum malu. Dia tidak sedar dengan apa yang telah dia katakan.


"Baiklah." Dean memanggil Jamie untuk jauh dari keretanya. "Jamie, kalau kau sudah suka Sakina, terus-terang sajalah padanya." Dean berbisik sambil memeluk bahu Jamie.


Jamie terkejut kerana Dean berkata seperti itu, Lalu Jamie melihat Dean dengan tersenyum malu sambil menganggukkan kepalanya.


"Betulkah apa yang aku lihat ini? kau benar-benar suka adik aku?" Dean tersenyum gembira.


Jamie mengangguk kepalanya sambil berkata dengan senyumannya malu. "Ya, benar."


Dean memegang kedua-dua lengan Jamie. Lalu berkata dengan senyumannya. "Kau sudah dapat restu dari aku, ingat itu."


"Terima kasih." Jamie sangat terharu kerana Dean memahami perasannya. Jamie tersenyum manis dengan perasaan yang bahagia.


...----------------...


Setelah solah maghrib, mereka akan membaca Al Quran. Itu adalah rutin harian bagi keluarga Ariffin.


Sakina yang masih bersarungkan telekung berwarna hijau muda, sambil duduk bersila di atas katil, dan meriba Umar yang mahu tidur di ribaanya.


Sebelah tangan kirinya menggendong Ryan, dan sebelah tangan kanannya memegang kitab suci Al Quran. Sakina akan membacakan surah Al mulk, dan Yasin.

__ADS_1


Kemudian semasa Sakina sedang membaca Al Quran. Lisa yang baru keluar dari toilet, berdiri terpegun mendengarkan bacaan Sakina, lalu Lisa mengambil telefonnya dan ia merakam video.


Kemudian Zara masuk dan menepuk bahu Lisa, Kemudian dia berbisik pada Zara. "Ummi Sakina lagi buat apa?"


"Baca kitab."


Sakina nampak Lisa dan Zara yang ada di depan pintu bilik. Lalu Lisa menyimpan telefonnya itu di belakang badannya, dan rakaman itu masih terakam suara mereka.


"Zara, Lisa, kenapa berdiri saja di sana." Sakina berkata dengan senyumannya.


"Ini Lisa, dia tadi!" Lisa memegang tangan Zara. Lalu ia memberi isyarat. "Tolong jangan beritahu, yang dia merakam video."


Zara memahami isyarat itu, lalu Zara berkata. "Ini Lisa, dia ingin tahu apa yang kak kina buat tadi."


"Baiklah, Lisa mari sini." Sakina menutup Al Qurannya, dan ia menyuruh Lisa duduk di depannya. Kemudian Sakina bagi Ryan kepada Zara.


Sakina memegang tangan Lisa dan ia mulai bercerita tentang Al Quran kepada Lisa.


Kemudian..


...----------------...


MALAM itu. Selepas solah isyak. Lisa menghantar video bacaan Al Quran Sakina tadi, kepada pakciknya.


Lalu Lisa telefon Jamie. "Pakcik Jamie, Lisa baru saja hantar video nyanyian ummi Sakina, pakcik Jamie dengar sampai habis ya." Kata Lisa di telefon dengan sangat gembira.


"Sebentar, kenapa Lisa panggil makcik Sakina dengan panggilan ummi Sakina? Bila masa makcik Sakina benarkan Lisa memanggilnya ummi?" Tanya Jamie di telefon dengan penasaran.


"Ya, semasa ummi Sakina pengsan hari itu, pakcik Jamie sangat sibik, sampai Lisa tidak sempat beritahu pakcik Jamie mengenai perkara itu." Kata Lisa di telefon dengan suaranya yang sangat ceria.


"Oh ya pakcik Jamie sudah ingat. Petang itu Lisa beritahu, yang Lisa mahu rasa kuih yang makcik Sakina buat." Jamie berkata di telefon dengan tersenyum gembira kerana mendengar suara Lisa bahagia.


"Baguslah kalau begitu, nanti kalau pakcik Jamie sudah bernikah dengan ummi Sakina. Bolehlah Lisa panggil pakcik Jamie pula dengan panggilan baba Jamie, ya Lisa." Jamie tertawa senang.


Jamie bergurau dengan anak saudaranya.


"Apa! pakcik Jamie sampai mimpi mahu bernikah dengan ummi Sakina." Lisa ketawa bahagia dengan gurauan pakciknya itu.

__ADS_1


...----------------...


Kemudian Jamie yang masih menungu Abi di laman masjid. Langsung membuka video bacaan Sakina.


Jamie tersenyum bahagia kerana melihat wajah Sakina di dalam video itu, dan dapat mendengar suara bacaan Sakina yang sangat-sangat merdu.


Jamie mendengarkan itu berkali-kali. Sehinggalah Abi datang memberi salam. "Assalamualaikum."


Jamie terlihat sangat terkejut. Kemudian Abi bertanya. "Ada apa Jamie, kenapa kamu terkejut?"


"Ini ustaz anak saudara saya, dia menghantar video nyanyian Sakina kepada saya." Kata Jamie dengan senyumannya.


"Apa! nyanyian. Mana biar aku dengar." Kata Abi dengan sangat terkejut.


Jamie mula merasa aneh. "Kenapa ustaz sangat terkejut seperti itu." Kata Jamie di dalam hatinya.


Walaupun aneh. Jamie tetap bagi ustaznya mendengarkan bacaan Sakina itu, tanpa ia berkata apa-apa.


Setelah Abi mendengar audio itu. Abi bertanya. "Bila kamu dapat audio ini?"


"Baru saja ustaz. Apa yang Sakina nyanyikan itu ustaz." Tanya Jamie dengan rasa ingin tahu.


"Itu bukan nyanyian, itu bacaan kitab suci Al Quran." Abi tersenyum dan menepuk peha Jamie.


"Bacaan kitab suci Al Quran?" Jamie mengatakan dengan penuh persoalan yang ada di fikirannya.


"Ya, itu surah Al mulk dan Yasin." Kata Abi.


"Oh, bukan nyanyian tapi bacaan." Jamie tersenyum sambil melihat Abi dan ia mengaru kepalanya. Jamie merasa ditipu oleh anak saudaranya itu. Lalu Jamie tertawa bersama Abi.


Kemudian..


Malam itu Abi hanya menjelaskan tentang Al Quran kepada Jamie. Dan malam itu juga Sakina tidak dapat tidur dengan lena, kerana dia terus memikirkan Jamie.


Sebab apa Sakina tidak boleh tidur? hanya Sakina saja yang tahu kenapa dia memikirkan Jamie sampai dia tidak boleh lelapkan matanya.


...****************...

__ADS_1


__ADS_2