
Hari ke 24. Keluarga Ariffin di London.
Pagi itu setelah Jamie sudah menghantar Lisa ke sekolah.
Jamie terus ke hospital. Menjemput Sakina dengan adik-adiknya serta anak-anaknya. Jamie telah menghantar mereka pulang ke apartment dengan selamat.
Sampai di apartment. Mereka semuanya sudah turun dari kereta Jamie.
Zara menggendong Umar, Muiz menggendong Anas, dan Sakina dengan Aya membawa beg-beg baju mereka. Semasa mereka ingin berjalan masuk ke dalam.
Jamie berjalan menuju Sakina, lalu dia berkata. "Sakina!"
Muiz, Zara, dan Aya melihat Jamie mendekati kakak mereka.
Kemudian..
Mereka tinggalkan Sakina bersama Jamie, kerana mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan lagi.
Jamie berdiri dekat dengan Sakina lalu ia berkata dengan suaranya yang lembut. "Saya cuma ingin awak tahu. Saya akan terus berharap dan berjuang untuk mendapatkan cinta awak. Kerana itu adalah kemahuan saya dan keinginan saya! Itu adalah hak saya."
Sakina hanya terdiam dan menatap Jamie seketika. Kemudian Sakina memalingkan wajahnya lalu ia berjalan pulang.
"Sakina! Saya benar-benar mencintai kamu!" Sakina terus melangkah tanpa ada riaksi apapun.
...----------------...
Jam 1:30pm.
Abi telefon Muiz dan bertanyakan keadaan di rumah, lalu Abi beritahu yang Jamie akan datang makan malam di rumah. Abi sudah menjemput dia datang pada malam ini. Kemudian Abi menyuruh Sakina yang memasak, kerana Abi ingin Jamie merasa masakkan yang Sakina sediakan.
...----------------...
Jam 6:30pm.
Jamie menghantar Lisa pulang ke apartment. Kemudian Muiz mengajak Jamie masuk ke rumah untuk minum petang sekali.
"Tidak perlulah Muiz, lain kali saja. Kerana abang masih ada kerja di balai."
"Ya. Baiklah kalau begitu." Muiz mengangguk dengan senyumannya.
Sakina dan Zara masih sibuk di dapur sedang memasak.
Aya menjaga Ryan di bilik dengan Umar, Anas dan Lisa. Mereka bermain video game bersama-sama.
...----------------...
Jam 9:00pm.
Selepas solah isyak. Jamie makan malam dengan Muiz dan Anas di beranda ruang tamu. Sakina, Umar, Zara, Aya, dan Lisa makan di meja.
Setelah selesai makan. Muiz berkata. "Bagaimana abang Jamie, sedap tidak makanan tadi."
"Ya, sup ayam nya sedap." Jamie mengangguk kecil sambil tersenyum.
"Makanan itu semuanya kak kina yang masak."
"****Benar****!" Jamie seperti tidak percaya.
Muiz mengangguk dengan senyumannya. "Ya."
Jamie tersenyum manis, setelah dia tahu Sakina memasak makanan tadi, itu semuanya untuk dia. Jamie merasa sangat bahagia.
...----------------...
Jam 12:30am.
Lisa, Anas, dan Ryan sudah tidur lena. Cuma Umar saja yang masih belum tidur lagi.
Semasa Sakina sedang membaca al quran, untuk tidurkan anaknya, tiba-tiba lampu bilik terpadam.
Kemudian. Sakina terdengar bunyi pintu tertutup. Zara atau Aya masih belum tidur lagi, mereka telah keluar dari bilik dan pergi ke dapur.
Sakina juga keluar dari biliknya dan Umar mengikuti umminya, di luar sangat gelap. Sakina rasa tidak sedap hati, kerana Zara atau Aya tidak membuka lampu yang ada di telefon mereka.
Sakina membuka lampu di telefonnya dan ia bersuara sambil mencuba tekan suis lampu yang ada di dapur, tetapi lampunya tidak menyala. "Zara, Aya,"
Kemudian..
Tiba-tiba lampu dari telefon orang lain yang terbuka. Sakina melihat kearah lampu yang menyala itu. ternyata orang itu adalah Mary. Sakina menjadi sangat panik.
...----------------...
__ADS_1
Semasa semua keluarga Ariffin tidak ada di rumah semalam. Mary sudah pecah masuk apartment itu. Dia sudah lama memperhatikan Sakina dari jauh.
...----------------...
Sakina menjadi sangat ketakutan. Lalu ia menggendong Umar sampai ke depan pintu biliknya. Sakina menyuruh anaknya masuk dalam bilik dan jangan keluar. "Umar jangan buka pintu bilik ini, selagi ummi tidak suruh buka pintunya. Umar harus ingat apa yang ummi katakan ini!"
Umar mengangguk. Kemudian Sakina telefon Jamie, lalu ia berikan telefon itu pada anaknya.
Mary melihat Sakina telah membuat panggilan telefon. Lalu ia terus berlari kearah Sakina dan dia telah menolak Sakina jatuh ke lantai. Dia ingin mengambil telefon itu dari Umar.
Tetapi Mary sudah terlambat. Kerana Sakina telah kuncikan pintu bilik itu dan menutup pintunya dengan pantas. Mary menjadi sangat marah, lalu dia mengetuk pintu itu dengan sangat kuat.
...----------------...
Jamie masih lagi berada di balai polis. Dia sangat terkejut, kerana Sakina menelefonnya di tengah malam. Jamie langsung menjawab panggilan itu dan dia mendengar ketukan pintu dengan jeritan Mary yang sangat kuat.
...----------------...
Sakina yang terjatuh tadi telah mengigit kaki Mary, untuk menghentikannya dari terus mengetuk pintu bilik anaknya.
Mary yang dalam kesakitan itu, langsung menendang Sakina, sampai ia terbaring mengiring, badannya disepak, perutnya di tendang berkali-kali. Sehinggalah Sakina tidak berdaya lagi.
Lisa terjaga dari tidurnya kerana mendengar jeritan Mary tadi. Lalu Lisa pergi kepada Umar yang sedang menangis di depan pintu, Dan Lisa juga mendengar suara pukulan Mary terhadap Sakina.
Lisa menjerit sambil menangis. "Ummi! Lisa sudah telefon polis, sebentar lagi polis akan sampai!" Lisa meminta telefon yang ada di tangan Umar. Lisa ingin telefon pakciknya.
"Umar berikan telefon itu, akak mahu telefon polis." Umar telah berikan telefon itu pada Lisa.
Kemudian Mary menjerit lagi. "Lisa! Kalau kau tidak buka pintu ini! Aku akan terus memukulnya!"
Mary menedang badan Sakina lagi dan lagi. Dia ingin Lisa dan Umar dengar suara kesakitan Sakina. Lalu membuka pintu itu.
"Jangan keluar Lisa! Jangan buka pintu itu!" Sakina berkata dengan suaranya yang sedang menahan kesakitan.
Lisa melihat telefon dan pakciknya sudah mendengarkan apa yang telah terjadi.
"Pakcik Jamie cepat datang! Ummi Sakina! Kasihan ummi!" Lisa menangis tersedu-sedu.
"Lisa jaga adik-adik, jangan bagi mereka keluar dari bilik itu! Selagi Lisa tidak dengar suara pakcik Jamie, Lisa jangan keluar. Faham!"
"Ya, faham." Lisa Mengangguk sambil mengesat air matanya.
...----------------...
Mary tutup muka Sakina dengan kain yang telah dibasahkannya dengan cecair. Ubat itu boleh melemahkan badan seseorang yang kuat.
Keadaan mata Sakina menjadi pudar-pudar kerana kegelapan. Dia tidak berdaya mengangkat tangannya lagi.
Kemudian Mary tuangkan lagi ubat cercair itu di kain dengan sangat banyak untuk Jamie. Kerana dia sangat yakin yang Lisa akan telefon pakciknya dan pasti Jamie akan datang.
Sementara dia menunggu Jamie. Mary menarik Sakina ke ruang tamu. Dia letak camera dan buka suis lampu kembali. Kerana dia ingin membuat rakaman video.
Mary telah koyakkan baju Sakina sehingga terlihat bahunya. Lalu Mary pelahan-lahan memegang bibir Sakina dengan tangannya. Sakina mengigit jari tangan Mary dengan sekuat tenaganya.
"Ahhhhhh!! Kurang ajar!" Mary menjerit kesakitan. Lalu ia menampar wajah Sakina berkali-kali. Sehingga mulutnya berdarah. Sakina benar-benar sudah tidak berdaya lagi untuk melawan.
Kemudian..
Mary terdengar suara Lisa menjerit lagi. "Ummi! Pakcik Jamie sudah sampai!" Mary bangun dari duduknya dan berlari ke pintu depan dengan sangat cepat. Dia berdiri di belakang pintu itu dan menunggu Jamie naik ke atas.
Setelah Jamie masuk ke dalam rumah itu, dia melihat Sakina terbaring di ruang tamu, dengan keadaannya separa sedar.
Jamie sudah tidak boleh berfikir dahulu. Dia terus mendekati Sakina. Dan waktu itulah Mary menutup muka Jamie dari belakang dengan kain itu. Dia memeluk Jamie dan menutup mukanya dengan sangat kuat.
Sehingga Jamie jatuh terduduk. Kemudian Jamie berusaha untuk bangun, lalu ia menghempaskan badannya ke dinding dengan sangat kuat. Sampai Mary melepaskan kain itu dan jatuh ke lantai. Mary cuba untuk mendekati Sakina dengan pisau kecilnya yang disimpan dalam poket.
Mereka bergelut di sebelah Sakina, pisau itu telah melukai tangan dan lengan Jamie. Lalu Jamie menumbuk muka Mary dengan sangat kuat dan sangat marah, sampai mukanya berdarah-darah.
Sakina dapat memegang hujung baju kemeja Jamie. Lalu ia mengatakannya dengan sangat pelahan. "Cukuplah! Hentikannya!" Sakina meminta Jamie untuk berhenti memukul Mary, kerana dia telah pun pengsan.
Jamie tersedar dari kemarahannya itu. Dia menatap Sakina dengan perasaan yang sangat sedih. Lalu Jamie membuka kemeja bajunya dan menutup tubuh Sakina yang terlihat itu.
"Sakina, saya akan bawa awak ke hospital sekarang juga."
Sakina ingin berkata sesuatu, tetapi suaranya sangat pelahan. Jamie tidak dengar apa yang telah Sakina katakan. Lalu Jamie merapatkan wajahnya kepada Sakina.
"Umar dan Lisa." Keaadaan Sakina sudah sangat lemah.
"Baik, saya akan bawa anak-anak sekali."
Jamie yang masih berpengaruhkan ubat itu. Telah tertegun melihat wajah Sakina. Jamie mula menyentuh wajah Sakina dengan sangat lembut, lalu ia menciumnya.
__ADS_1
Sakina cuba untuk menarik rambut Jamie dengan sekuatnya. Tetapi dia sudah sangat lemah dan sudah tidak berdaya lagi.
...----------------...
Setelah beberapa minit. Jamie tersedar, dan nafasnya termengah-mengah. Dia telah menampar dirinya sendiri. "Sedarlah Jamie! Apa yang sudah kau lakukan ini!"
Jamie melihat Sakina dan memegang pipinya. Sakina tidak sedarkan diri, dia telah pun pengsan. "Sakina maafkan saya! Sakina bangunlah!" Jamie pegang nadi di leher dan di tangan Sakina. Dia merasa sangat lega kerana Sakina masih hidup.
Kemudian..
Jamie mengari tangan Mary di pagar pintu depan. Lalu Jamie telefon kawannya dan suruh datang dengan ambulance. Kerana Zara, Aya, dan Muiz, sudah pengsan di dalam bilik mereka. Mary mengunakan kejutan electric untuk pengsankan adik-adik Sakina.
Jamie ketuk pintu bilik dan berkata. "Lisa ini pakcik Jamie! Buka pintunya." Kemudian Umar memeluk Jamie sambil menangis. Lisa terus berlari ke Sakina dan menangis. "Ummi! Ummi Sakina!"
Jamie bangunkan Anas yang sedang tidur. Lalu ia menggendong Ryan dan berikannya pada Lisa. Lalu Jamie mengangkat Sakina dan menggendong Sakina sampai ke kereta.
...----------------...
Di dalam kereta.
Jamie telefon Minah dan menyuruhnya sediakan katil untuk Sakina di depan pintu kecemasan. Minah bertanyakan apa yang telah terjadi? Jamie hanya terdiam dan telah menutup panggilan itu.
...----------------...
Sampainya di depan pintu kecemasan hospital
"Apa yang terjadi pada Sakina?" Minah bertanyakan lagi dan lagi.
Jamie menggendong Sakina dan baringkannya di atas katil. Minah melihat wajah Sakina berdarah-darah. Tanpa bertanyakan lagi dia terus membawa Sakina masuk ke ruanggan kecemasan.
Jamie menunggu di luar pintu bilik kecemasan, bersama anak-anaknya yang sedang menangis tersedu-sedu. Jamie memeluk Umar dan menenangkan mereka dengan kata-katanya. "Sudahlah, janganlah menangis lagi. Kita doakan saja untuk ummi, ya."
...----------------...
Satu jam kemudian..
Lisa, Umar, dan Anas, sudah tertidur di kerusi menunggu. Jamie masih duduk menunggu dengan perasaan yang sangat bersalah.
Jamie telefon kawannya dan bertanyakan tentang keadaan di apartment. Zara, Muiz, dan Aya, sudah dibawakan ke hospital yang sama dengan Sakina.
Mary juga telah dibawa ke hospital. Kerana luka yang ada di wajahnya sangat teruk, dan dua orang polis sudah mengikutinya. Setelah Mary sedar dari pengsannya, dia akan terus dibawa ke balai polis.
...----------------...
Kemudian. Minah sudah keluar dari bilik kecemasan. Jamie bangun dari bangkunya dan berdiri, lalu ia bertanya. "Bagaimana dengan keadaan Sakina?"
"Aku yang seharusnya tanya kau dulu. Apa yang terjadi kepada Sakina! Kenapa tangan dan baju kau berdarah-darah seperti ini? Beritahu aku sekarang juga." Minah sudah berfikiran yang tidak baik pada Jamie.
"Mary! Dia telah pecah masuk rumah Sakina, dan waktu aku sudah sampai. Keadaan Sakina sudah seperti itu."
"Jadi kau telah pukul perempuan itu sampai berdarah seperti ini."
"Ya." Jamie mengangguk kecil.
"Apa abi dengan umi sudah tahu kejadiaan ini?"
"Belum lagi."
"Aku sudah masukkan Sakina ke bilik VIP. Bawalah mereka ke sana. Soal ini biar aku yang beritahu Abi."
"Okay." Jamie mengangguk. Dan Minah berjalan pergi.
...----------------...
Minah ke ruanggan Zara, Aya, dan Muiz, untuk melihat keadaan mereka. Alhamdulillah tiada apa-apa yang terjadi kepada Zara, Muiz, dan Aya. Mereka hanya pengsan sahaja.
...----------------...
Jamie masuk dan melihat Sakina dalam keadaan tidak berhijap dan berniqab. Jamie merasa sangat berdosa dan bersalah terhadap Sakina. Lalu ia memalingkan wajahnya. Dia tidak mahu melihat Sakina lagi.
Lisa, Umar, dan Anas, memeluk ummi mereka sambil menangis teresak-esak.
Kemudian. Minah sampai di bilik dan menenangkan anak-anaknya Sakina.
Setelah itu Minah menyuruh Jamie yang sedang duduk di sofa untuk dapatkan rawatan, kerana badannya dan keadaannya terlihat sangat lemah dan letih. "Budak-budak ini, biar aku yang jaga mereka."
...----------------...
Malam itu Minah tidak beritahu Abi kerana sudah sangat malam. Dan Minah masih tidak tahu secara terperinci tentang apa yang telah terjadi kepada Sakina. Jadi Minah buat keputusan. Esok pagi sesudah solah subuh baru dia akan beritahu.
...****************...
__ADS_1