
Hari ke 17. Keluarga Ariffin di London.
PAGI itu. Jam 8:30am.
Jamie menelefon Abi dan dia ingin berjumpa dengan Abi.
Abi menyuruh dia datang ke rumah. Tetapi Jamie tidak mahu. Dia hanya ingin berjumpa Abi di dalam kereta sahaja, kerana ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.
Abi sudah menyangka yang Jamie tidak akan tenang, kalau dia menyimpan rahsia itu.
...----------------...
Setibanya Jamie di depan apartment. Abi turun dan masuk ke dalam kereta Jamie.
"Apa yang serius sangat yang kamu ingin beritahu Abi, sampai kamu tidak mahu naik atas."
Jamie menunduk dan berkata. "Malam tadi saya tidak boleh tidur Abi. Kerana saya rasa sangat berdosa, sekiranya saya tidak beritahu Abi apa yang terjadi semalam."
"Apa dia?" Tanya Abi yang sudah tahu mengenai kejadian itu.
Jamie memandang Abi dengan perasaan yang bersalah. Kemudian Jamie beritahu Abi apa yang telah terjadi antara dia dengan Sakina.
Abi melihat Jamie dengan tersenyum, kerana Jamie telah menceritakan kejadian itu secara terperinci kepada Abi. "Jamie." Abi menepuk peha Jamie. "Abi sudah tahu soal itu."
Jamie melihat Abi dengan sangat terkejut "Siapa yang beritahu Abi. Lisa?"
"Tidak, bukan Lisa dan bukan juga Sakina. Tetapi CCTV yang ada di rumah itu yang telah beritahu Abi. Apa yang telah terjadi semasa kamu datang menghantar makanan semalam."
"CCTV?" Jamie terlihat sangat terkejut.
"Memang apartment itu sudah ada CCTV. Ada di ruang tamu dan di luar pintu rumah. Cuma Abi saja yang tahu rumah itu ada CCTV. Abi juga tahu yang Sakina telah meminta kamu untuk rahasiakan tentang kejadian itu." Abi berkata dengan senyumannya.
"Saya minta maaf Abi. Saya yang salah, kerana saya!!" Kata-kata Jamie dipotong oleh Abi.
"Tidak Jamie, kamu tidak salah. Lisa dan Sakina juga tidak salah. Kita harus nampak yang semua ini terjadi kerana ketentuan Allah s.w.t."
Jamie senyum dan mengangguk dengan perasaan yang sangat lega.
Kemudian Abi dan Jamie berkata serentak. "Kamu hari ini!!"
"Abi Quran yang!!" Kedua-duanya tersenyum bersama. Kemudian Abi menyuruh Jamie berkata dahulu.
"Quran tafsir yang Abi bagi itu, sudah habis saya baca. Cuma ada beberapa perkara yang saya tidak berapa faham."
"Alhamdulillah baguslah, kalau begitu malam ini kamu datang rumah, nanti Abi akan jelaskan yang mana kamu tidak faham itu."
"Baik Abi." Jamie mengangguk dengan senyumannya.
"Apa ada lagi yang ingin kamu katakan?"
"Tidak ada Abi." Jamie menggelengkan kepalanya.
"Apakah kamu ada waktu tengah hari ini?"
"Ya, ada. Hari ini saya tidak ada kerja. Kenapa Abi?"
"Abi ingin minta tolong kamu hantarkan Sakina dengan Umar ke clinic. Umar kena ambil injection, kerana umar sudah demam dua hari. Panas badan dia masih tidak turun. Kalau boleh Abi mahu kamu temankan Sakina sampai selesai urusan dia."
"Boleh Abi! Boleh." Jamie menjawabnya dengan pantas.
Abi memandang Jamie dengan tersenyum, kemudian Abi menceritakan apa yang pernah terjadi kepada Umar dahulu.
"Abi risau kalau Umar tiba-tiba kena sawan, kerana sebelum ini Umar sudah pernah mengalami sawan. Semasa Umar demam panas dua tahun yang lepas. Alhamdulillah tiada apa-apa yang terjadi kepadanya. Kerana Sakina sempat membawa Umar ke hospital."
Jamie mengangguk dan berkata. "Abi jangan risau. Saya akan jaga Sakina dengan Umar dengan baik. Bila mahu pergi Abi?"
"Jam 2:00pm ini." Abi memandang Jamie dengan tersenyum, kerana Jamie terlihat sangat gembira.
"Baiklah." Jamie mengangguk dengan tersenyum gembira.
...----------------...
Jam 12:30pm. Abi sedang duduk di sofa ruang tamu, lalu Abi berkata kepada Sakina yang sedang melipat baju. "Sakina bawalah Umar pergi clinic, ambil injection."
Sakina melihat Abi dan berkata. "Abi, abang Dean dengan Muiz kan, tidak ada?"
"Jamie akan datang ambil kau dengan Umar jam 2:00pm ini, kau pergilah bersiap-siap. Abi sudah suruh dia temankan kau pergi clinic sampai pulang ke rumah."
"Abi akak tidak mahu pergi dengan dia. Lebih baik tunggu abang Dean pulang dulu."
"Sakina, kenapa kau cuba untuk jauhkan diri dari Jamie. Sebab apa?" Abi bertanya dengan serius.
Sakina menunduk seketika, kemudian Sakina melihat Abi dan berkata. "Baiklah Abi. Akak akan pergi dengan dia." Sakina senyum sambil melihat Abi.
Abi mengangguk dengan senyumannya kerana Abi tahu yang Sakina tidak mahu banyak cerita.
...----------------...
Jam 1:30pm. Di bilik Sakina.
"Umar bangun sayang. Kita mahu pergi jalan-jalan." Sakina meriba Umar sambil mengelap pipi Umar dengan kain basah, untuk mencuci muka anaknya.
Umar membuka matanya dan ia berkata dengan gembira, sambil melihat umminya. "Kita akan pergi jalan-jalan dengan baba Jamie?" Umar tersenyum bahagia.
Sakina sedang mengelap lengan Umar. Tiba-tiba Sakina terhenti setelah mendengar anaknya berkata demikian.
Sakina menatap Umar dengan senyumannya yang ayu. Lalu Sakina berkata dengan lembut. "Kenapa Umar panggil dia baba?"
"Umar dengan Anas sudah ada baba. Umar dengan Anas boleh panggil pakcik Jamie baba." Umar berkata dengan suara ceria sambil terbatuk-batuk.
Sakina terdiam menahan sebak, sambil berkata di dalam hatinya. "Ya Allah. Kenapa dia Ya Allah. Kenapa Jamie?"
Umar melihat mata umminya yang sedang berkaca-kaca. Lalu umar mengangkat tangannya dan mengesat air mata umminya. "Kenapa ummi nangis?"
Sakina senyum dan menggelengkan kepalanya. "Tidak ada apa-apa sayang." Sakina membelai rambut anaknya dan mencium dahi Umar.
...----------------...
Jam 2:00pm.
Jamie telah menunggu di depan lift, dia sudah bersedia untuk menggendong Umar dan membawa masuk ke kereta.
Pintu lift terbuka. Jamie memandang Sakina yang sedang menggendong Umar. Lalu Jamie bersuara. "Sakina, biar saya yang gendong Umar."
"Tidak apa, dekat saja." Sakina berkata dengan pelahan sambil berjalan terus.
Jamie menganggukkan kepalanya. "Baik."
Jamie membukakan pintu belakang untuk Sakina dan Umar untuk masuk. Dan Anas duduk di depan.
...----------------...
Di dalam kereta.
__ADS_1
Jamie memasang CD bacaan Al Quran. Kemudian Jamie melihat mata Sakina dari cermin depan.
Beberapa minit kemudian.
Jamie pelahankan suara radionya, lalu Jamie berkata dengan senyumannya. "Saya membaca tafsir Al Quran, dan saya masih belajar untuk memahaminya. Malam ini Abi akan menerangkan kepada saya, tentang tafsir Al Quran yang mana saya tidak faham."
Sakina hanya berdiam dan menunduk melihat Umar di pangkuannya.
Jamie berkata lagi dengan sedikit kecewa, kerana Sakina tiada reaksi mengenai apa yang dia katakan tadi. "Maafkan saya."
...----------------...
Sampainya di clinic.
Sakina mengangkat kepala Umar yang terbaring di ribanya, lalu mendudukkan anaknya. Semasa Sakina sedang membetulkan baju Umar.
Tiba-tiba Jamie membuka pintu kereta. Ia tidak memandang Sakina sedikit pun dan tidak berkata apa-apa. Lalu Jamie langsung mengangkat Umar dan menggendong Umar di pangkuannya. Sakina hanya terdiam melihat tindakan Jamie.
Semasa mereka sedang berjalan kearah clinic.
Anas ternampak kedai mainan yang ada di depan clinic. Kemudian Anas berkata dengan suaranya yang ceria. Baba, pulang nanti kita pergi kedai itu boleh?" Anas memegang baju Jamie.
"Ya, mestilah boleh. Umar dengan Anas boleh ambil apa saja, okay. Baba akan belikan untuk Umar dan Anas." Jamie berkata dengan suara yang menyenangkan sambil mencium pipi Umar.
Sakina yang berjalan di belakang Jamie tersenyum, kerana melihat kelakuan Jamie terhadap anak-anaknya.
...----------------...
Semasa mereka menunggu di dalam clinic.
Nurse telah memanggil nama persakit. Sakina bangun dan Jamie juga bangun dari bangku mereka. Sakina ingin mengambil Umar dari pangkuan Jamie.
Lalu Jamie berkata. "Saya akan masuk sekali dengan awak."
Sakina menundukkan kepalanya dengan resah. Kemudian Sakina melihat Jamie dan berkata. "Tolonglah. Tolong jangan buat saya rasa tidak selesa dengan kamu. Biarlah saya saja yang masuk."
Jamie terdiam lalu ia menurunkan Umar dari pangkuannya. Kemudian Sakina menggendong anaknya dan berjalan masuk ke bilik doctor.
"Kenapa Sakina seperti ingin jauhkan dirinya dari aku. Kenapa! Apa kerana mary? Ya! Mungkin disebabkan mary kelakuan Sakina jadi seperti ini." Jamie berkata di dalam hatinya, sambil berdiri melihat Sakina masuk ke bilik doctor.
Jamie duduk sambil memegang tangan dan melihat Anas dengan senyumannya.
...----------------...
Setelah 10minit kemudian. Sakina keluar dan berkata pada Jamie. "Doctor suruh Umar berehat selama 30minit, doctor telah masukkan air di dalam badannya. Setelah itu baru doctor akan bagi Umar injection."
Jamie mengangguk dan berkata dengan senyumannya. "Baiklah. Sementara menunggu ini, mahu saya belikan apa-apa untuk Umar?"
"Baba Anas mahu potato chips." Anas goyangkan tangan Jamie.
"Okay." Jamie melihat Anas dengan tersenyum, lalu ia memandang Sakina. "Awak?"
Sakina mendekati Anas. Lalu ia berkata pelahan. "Belikan air mineral saja." Kemudian Sakina memegang tangan Anas dan berjalan masuk ke bilik Umar.
Jamie tersenyum dan ia merasa lega kerana Sakina telah menjawab pertanyaannya.
...----------------...
Semasa Umar berbaring tidur di katil. Sakina duduk di bangku sebelah katil anaknya dan dia sedang membaca Al Quran kecilnya. Anas pula sedang main game di telefonnya.
Jamie berdiri di luar pintu bilik, menatap Sakina dari jauh. Jamie berkata di dalam hatinya. "Aku harus melamar Sakina. Ya, hari ini aku harus mengatakannya!" Jamie sudah bertekad untuk melamar Sakina.
...----------------...
Selepas selesai urusan di clinic. Semasa di dalam kereta.
"Baba mahu beli mainan. Mainan untuk Umar dan Anas." Umar berkata dengan gembira sambil melihat umminya.
Sakina mengangguk sambil mengusap pipi Umar dengan senyuman manisnya.
"Okay jom." Jamie sangat gembira kerana mendengar Anas dan Umar memanggilnya baba di depan Sakina.
Jamie menggendong Umar sambil mencari mainan. Sakina pula memegang tangan Anas sambil mencari mainan yang ingin di beli.
"Anas, ambil satu saja mainan itu." Sakina berkata pelahan sambil memegang bahu anaknya.
"Okay ummi." Anas mengangguk dengan gembira.
Semasa Umar dan Anas sudah mengambil mainannya tiba-tiba Sakina mendekati Jamie.
Jamie sangat terkejut lalu ia bertanya. "Kenapa awak. Ada apa?"
Sakina menunduk dan berbisik dengan suara yang cemas. "Saya lihat Mary. Dia ada dekat sini. Saya nampak dia tadi dekat sana!" Sakina menunjuk kearah pintu kecemasan.
"Apa! Mana!" Jamie melihat sekelilingnya dan ternampak kelibat Mary yang sudah masuk ke tangga kecemasan.
Jamie ingin mengejar Mary tetapi Sakina memegang lengan baju Jamie untuk menghentikan tindakan Jamie itu.
Kemudian Sakina berkata. "Tolong jangan tinggalkan kami!" Sakina melepaskan tangannya lalu ia menunduk dan berkata pelahan. "Kita harus pulang sekarang."
Sakina menggendong Anas dan berjalan dekat dengan Jamie ke kaunter bayaran.
Sakina berdiri dekat di sebelah Jamie, sampai tudungnya terkena bahu Jamie.
Jamie berkata di dalam hatinya dengan perasaan marah dan kasihan melihat Sakina. "Mary benar-benar sudah berjaya buat Sakina takut kepadanya. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal Mary! Atas perbuatan kau kepada Sakina."
...----------------...
Di dalam kereta.
Jamie melihat mata Sakina dari cermin depan. Mata Sakina berkaca-kaca dan seperti sedang berfikir banyak.
Jamie bersuara. "Sakina, saya akan cari dia sampai jumpa. Awak jangan risau, sekarang ini dia ada dalam buruan kami."
Sakina melihat Jamie dari cermin dengan perasaannya yang sangat lega, setelah mendengar kata-kata Jamie.
...----------------...
Setibanya di depan apartment.
Umar dan Anas tertidur di dalam kereta. Sakina yang duduk di belakang kerusi Anas, ingin bangunkan anaknya. Dan semasa Sakina ingin buka pintu kereta.
Tiba-tiba Jamie memusingkan badannya kearah Sakina. Jamie melihatnya lalu berkata. "Sakina, bolehkah saya tanya awak sesuatu?" Jamie bersuara pelahan.
Sakina terhenti dan ia melihat Jamie lalu berkata. "Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kami." Sakina sudah membuka pintu kereta dan mahu turun.
"Sakina tunggu sebentar. Saya cuma ingin katakan sesuatu. Tolonglah." Sakina terdiam lalu ia merapatkan pintunya kembali.
Jamie menunduk dan berkata dengan suaranya yang lembut. "Sakina. Tolonglah bagi saya peluang. Untuk saya rasa bahagia hidup bersama awak, dan juga bersama keluarga awak."
Sakina memejamkan matanya dan mengatur nafasnya, kerana degupan jantungnya terdengar kuat.
"Sakina, sudikah awak melengkapi kehidupan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya." Jamie sangat berdebar-debar semasa mengatakannya. Jamie menatap Sakina yang sedang terpejam matanya dan sedang menundukkan wajahnya.
__ADS_1
Sakina mengangkat Umar dan menggendong anaknya keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa.
Jamie bergegas keluar dari keretanya dan ia berdiri di hadapan Sakina dan berkata dengan perasaan yang penuh harapan. "Tolong jawab pertanyaan saya Sakina. Tolonglah."
Sakina berkata sambil menunduk. "Maafkan saya! Saya benar-benar minta maaf." Sakina berjalan terus meninggalkan Anas di kereta.
"Sakina! Sakina tolong jangan buat saya seperti ini!" Jamie berkata dengan suaranya yang kecewa sambil melihat Sakina menaiki lift.
...----------------...
Sampainya di dalam rumah.
Sakina terus masuk ke biliknya. Umi yang masih di depan pintu melihat Sakina mengelap air matanya. Umi merasa ada sesuatu yang telah terjadi diantara Jamie dan Sakina.
Umi melihat Jamie sedang berjalan sambil menggendong Anas yang sedang tidur di pangkuannya, dan sebelah tangannya lagi membawa beg mainan anak-anaknya. Sampainya Jamie di depan pintu rumah. Ia memberi salam kepada Umi. "Assalamualaikum Umi."
"Waalaikumsalam." Umi menyuruh Jamie masuk ke rumah. Lalu Umi berkata. "Jamie, kenapa dengan Sakina?" Jamie terdiam, lalu ia masuk ke dalam rumah dan meletakkan anas di sofa.
Kemudian Jamie bertanya sambil berdiri. "Umi, Abi ada? Saya ingin jumpa Abi sebentar."
"Abi ada di bilik. Tunggu di sini dulu, Umi panggilkan Abi."
Jamie mengangguk dengan senyumannya.
Kemudian..
Abi dan Jamie duduk di beranda ruang tamu, sementara Umi membuatkan minuman.
...----------------...
Kemudian, semasa Umi meletakkan air di meja. Jamie berkata dengan suaranya yang sangat lembut. Dia menyuruh Umi untuk duduk sekali, kerana ada yang ingin dia sampaikan pada Abi dengan Umi.
Kemudian Jamie beritahu Abi dan Umi yang dia sudah melamar Sakina. Lalu Jamie menceritakan apa yang telah terjadi tadi dengan perasaan yang sangat kecewa, kerana Sakina menjawab pertanyaannya dengan permintaan maaf.
"Alhamdulillah, Abi dengan Umi memang sudah lama tunggu kamu bercakap mengenai perkara ini." Abi berkata dengan senyumannya.
Jamie yang sedang sedih, lalu ia melihat Umi mengangguk dengan senyumannya.
"Hari ini kamu makan malam di sini, kerana Abi ingin beritahu semua keluarga yang kamu bakal suami Sakina." Abi berkata dengan senyumannya yang suka.
Jamie memandang Abi dan Umi dengan wajahnya yang terlihat sangat sedih.
"Saya tidak mahu Sakina membenci saya Abi. Saya tahu kalau Sakina tidak menyukai saya." Jamie menunduk dan memejamkan matanya seketika, kemudian ia melihat Abi kembali.
"Saya cuma ingin tahu. Kenapa Sakina tidak menjawab pertanyaan saya." Jamie memegang dahinya dan menutup matanya yang sudah berkaca-kaca.
Jamie diam seketika, kemudian ia berkata lagi. "Abi, saya tidak ingin Sakina nikah dengan saya kerana terpaksa. Saya akan tunggu dia Abi. Saya akan tunggu sehingga dia boleh menerima saya."
Jamie tidak dapat menahan perasaannya, lalu ia menundukkan wajahnya dan mengesat air matanya yang jatuh menitik.
Abi dengan Umi kasihan melihat Jamie yang sedang menangis. Kemudian Abi berkata. "Jamie, baiklah. Nanti Abi akan bercakap dengan Sakina. Kamu pulanglah dahulu, tenangkan fikiranmu. Malam nanti kita jumpa di luar."
Jamie melihat Abi dengan senyumannya yang sedih, lalu ia mengangguk.
...----------------...
PETANG itu. Abi menyuruh Umi memanggil Sakina untuk berbicara. Hanya mereka sahaja yang akan duduk berbincang.
Umi masuk ke bilik Sakina dan melihat dia sedang berbaring. Umi mendekatinya lalu memegang lengan Sakina, dan Umi rasa badannya sangat panas.
Kemudian Umi melihat Sakina berpeluh-peluh. Umi memanggilnya yang sedang tidur. "Sakina bangunlah. Sakina!" Umi sangat kerisauan.
Sakina membuka matanya dan memusingkan badannya kearah Umi, lalu ia bersuara pelahan. "Ada apa Umi?"
"Sakina badan kau panas?" Umi memegang dahi anaknya.
Sakina mengangguk. "Kepala akak pening Umi, sakit sangat."
"Kau sudah makan ubat atau belum?" Umi risaukan kesihatan anaknya yang tidak menentu.
"Sudah Umi, baru saja tadi. Tapi masih rasa sakit lagi." Sakina memegang tangan uminya.
"Baiklah, kau tidurlah lagi. Nanti Umi beritahu Abi ya." Umi mengusap rambut anaknya. Kemudian Umi bangun dari katil dan berdiri.
Sakina masih memegang tangan uminya, lalu ia berkata. "Umi, esok pagi akak akan jelaskan kepada Umi dan Abi. Kenapa akak tolak lamaran dia." Sakina senyum sedikit.
"Ya." Umi senyum sambil selimutkan anaknya.
...----------------...
MALAM. Jam 9:30pm.
Jamie sudah menunggu Abi di keretanya. Abi masuk saja dalam kereta, Jamie terus ingin salam Abi dan mencium tangan Abi.
Abi menarik tangannya dan berkata. "Bagaimana kamu tahu soal. Salam cium tangan ini?"
"Lisa yang beritahu saya Abi. Katanya, itu menandakan yang kita menghormati orang yang lebih tua dari kita." Jamie melihat Abi dengan senyuman manisnya.
Abi mengangguk sambil tersenyum, kerana Jamie terlihat sangat polos.
"Baiklah, sekarang ini kita ke rumah kamu. Kita berbincang di sana."
"Tapi Abi, rumah saya tidak kemas lagi."
"Tidak mengapalah. Bukannya Abi ingin tidur di sana." Abi tersenyum sambil melihat dia, begitu juga dengan Jamie. Dia melihat Abi dengan senyumannya yang malu.
...----------------...
Sampai di rumahnya. Jamie terus masuk dan mengangkat baju-baju dan cawan-cawan yang ada di sofa dan di meja.
Kemudian Abi masuk dan duduk di sofa, sambil melihat sekeliling. Abi ternampak gambar Jamie yang berpakaian seragam polis bersama arwah aisha, semasa Jamie berjaya menjadi detective.
Kemudian Abi bertanya. "Ini isteri kamu?"
"Ya Abi. Itulah aisha."
"Kamu masih cintakan dia?" Abi berkata dengan pelahan.
Jamie duduk berhadapan dengan Abi dan ia memandang Abi sambil menggelengkan kepalanya. "Saya tidak tahu Abi. Apa saya masih cintakan dia ataupun tidak. Tapi susah untuk saya melupakannya. Mungkin kerana saya tahu keadaan dia sebelum dia pergi meninggalkan saya."
Jamie memandang Abi dengan perasaan yang penuh kesedihan. "Saya sudah cuba untuk lupakan dia. Tapi saya tidak boleh Abi. Saya tidak boleh hilangkan rasa sakit yang ada di hati saya ini."
Abi mengangguk dan berkata dengan sedikit senyuman, sambil mengusap lengan Jamie. "Ya, Abi faham."
...----------------...
Setelah itu Abi menerangkan tentang tafsir Al Quran kepada Jamie dan Abi juga telah memberitahu Jamie tentang Sakina yang sedang demam. Jadi Abi belum bercakap dengan Sakina mengenai lamaran itu.
Jamie memandang Abi dengan kerisauan. "Maafkan saya Abi. Kerana saya, Sakina jadi seperti itu. Saya benar-benar minta maaf Abi. Saya melamar Sakina tanpa berfikir dahulu tentang perasaan dia." Jamie terlihat sangat sedih dan risau.
"Jamie, perkara itu sudah terjadi kan. InsyaAllah Sakina tidak apa-apa. Esok pagi Abi akan bercakap dengan dia mengenai lamaran kamu itu."
Jamie mengangguk dengan senyumannya yang terharu. "Terima kasih Abi."
__ADS_1
Abi mengangguk dengan senyumannya sambil mengusap belakang badan Jamie.
...****************...