Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 16


__ADS_3

Hari ke 19. Keluarga Ariffin di London.


Selepas sarapan pagi. Minah mengajak Sakina menemaninya ke hospital, tempat kawan dia berkerja, tetapi hari ini Sakina tidak ingin pergi kemana-mana.


Kemudian Minah pergi berjumpa Abi dan Umi di bilik. Lalu ia meminta izin dari Abi untuk membawa Sakina ke hospital. Minah ingin menemui senior nya. Minah beritahu Abi dan Umi yang kawannya itu seorang doctor psikologi seperti dirinya juga dan ia lebih banyak pengalaman dari dirinya.


Minah menerangkan kepada Abi dan Umi yang Sakina perlukan hipnoterapi, kerana keadaan Sakina sekarang ini sama seperti 6 tahun yang lepas, Jiwa, Fikiran, dan Hatinya tidak tenang. Mental Sakina tidak sihat.


Abi dan Umi juga berfikiran seperti itu. Abi telah setuju dengan cadangan Minah. Lalu Abi telah menyuruh Sakina untuk pergi menemani Minah ke hospital.


...----------------...


Jam 2:00pm.


Selepas makan tengah hari. Minah, Zara, Aya, dan Sakina, mereka berempat akan ke hospital sama-sama untuk silaturahim bersama kawannya Minah.


Setibanya mereka di depan hospital Minah menyapa kawannya itu yang telah menunggu di sana. Zara dan Aya sangat terkejut kerana kawan Minah itu adalah seorang doctor lelaki yang sangat kacak.


Zara membuka tingkap kereta dan hanya melihat dari dalam. Aya pula sudah keluar dari kereta dan telah berdiri di sebelah kakaknya dengan senyumannya.


Sakina tidak tahu yang Minah mengajaknya ke hospital untuk menerima terapi. Sakina hanya tahu yang mereka ke hospital untuk silaturahim. Sakina menjadi sangat malu kerana kawan Minah itu adalah seorang lelaki.


Minah bersuara. "Sakina, kenalkan ini senior aku, doctor Jared. Dia satu kelas dengan aku." Minah tersenyum dan memandang Sakina lalu ia berkata lagi. "Jared, ini adalah BFF aku. Sakina ariffin."


Kemudian Minah berkata lagi sambil menunjuk kepada Zara dan Aya. "Dan ini adik- adik Sakina. Ini Aya ariffin dan ini Zara ariffin." Aya tersenyum malu sambil mengangguk sedikit.


Jared menghulurkan tangannya ke Sakina. Lalu Sakina menundukkan kepalanya saja.


Kemudian Minah bersuara dengan pantas. "Doctor Jared maaf, mereka tidak salam lelaki."


Jared tersenyum malu lalu ia berkata. "Ohh maafkan saya cik Sakina, cik Aya."


"It's okay." Aya berkata dengan tersenyum sedikit.


...----------------...


Zara dan Aya menunggu Minah dan Sakina di dalam kereta sahaja. Kerana mereka tidak mahu ikut masuk ke dalam hospital.


Semasa Minah dan Sakina berjalan di belakang doctor Jared untuk ke pejabatnya. Sakina berbisik pada Minah. "Kita mahu ke mana?" Tanya Sakina yang tidak tahu apa-apa.


"Nanti aku akan beritahu." Minah melihat Sakina dengan senyumannya.


...----------------...


Sampai di pejabatnya. Doctor Jared menyuruh mereka duduk, sambil ia mengambilkan air putih untuk mereka.


Sakina memandang Minah dengan penuh tanda tanya?


Minah berbisik. "Aku telah meminta tolong doctor Jared, untuk hipnoterapi kau. boleh kan, Sakina!"


"Tapi Minah, akak tidak perlukan rawatan ini. Akak tidak sakit." Sakina berkata dengan lembut.


"Tolonglah kina, sekejap saja. Kita sudah sampai sini kan." Minah meminta dengan penuh harapan.


Sakina melihat Minah, lalu ia mengangguk.


Doctor Jared duduk di sofa sambil memegang note dan pen. Kemudian ia mula bertanya kepada Sakina. "Dalam dua tiga hari ini, adakah cik Sakina tidak boleh tidur dengan lena?"


Sakina melihat Minah dengan perasaan yang cemas. Minah mengangguk dengan senyumannya lalu ia menyuruh Sakina berkata dengan jujur.


"Ya." Sakina mengangguk sedikit.


"Baiklah. Bolehkah saya bertanya lagi?" Jared berkata dengan senyumannya pada Sakina.

__ADS_1


Sakina mengangguk lagi.


Setelah 30minit berlalu. Soalan dan pertanyaan yang telah doctor Jared berikan pada Sakina, telah di jawabnya dengan jujur.


Kemudian. Barulah doctor Jared memulakan hipnoterapi terhadap Sakina.


...----------------...


Satu jam kemudian.


Minah baru tahu yang selama ini Sakina mengalami depression, disebabkan dia merasa sangat bersalah terhadap arwah aisha dan jamie. Kerana 6 tahun yang lepas, Sakina telah mengajak aisha untuk tinggal bersamanya dan keluarganya.


Sakina tidak pernah terfikir untuk memujuk aisha kembali ke pangkuan suaminya. Sehinggalah Sakina tahu yang arwah aisha mempunyai penyakit. Dan setelah aisha meninggal dunia, Sakina mengalami depression.


Semenjak itulah Sakina telah menyalahkan dirinya sendiri. Kerana dia, aisha telah membuat keputusan untuk melahirkan anak-anaknya. Dan Sakina merasa sangat bersalah terhadap jamie. Kerana dia, Jamie telah terpisah dari isteri dan anak-anaknya.


"Selama ini aku hanya berfikir yang Sakina mengalami depression, kerana dia sedih atas kehilangan sahabatnya sahaja. Dan hari ini Sakina menjadi seperti dulu lagi. Mungkin kerana Sakina takut kehilangan anak-anaknya. Kenapa Sakina tidak meluahkan perasaan dia yang sebenarnya kepada aku!" Minah terlihat sangat kesal dengan dirinya sendiri.


"Minah, sudahlah. Apa yang kau nyatakan itu ada betulnya juga." Kata Jared untuk menyenangkan hati Minah.


Minah tersenyum kerana kata-kata senior nya itu menenangkan hatinya.


...----------------...


Setelah selesai hipnoterapi. Jared menyarankan kepada Minah supaya Sakina tidak menyimpan rahasia itu sendirian. Sakina perlu beritahu Jamie perkara yang sebenar, biar tidak ada lagi belenggu dan keraguan di dalam jiwanya.


"Kerana Sakina menjadi seperti ini, setelah dia tahu siapa Jamie yang sebenarnya." Kata Jared pada Minah.


"Baiklah, aku akan cuba pujuk dia untuk berterus-terang terhadap Jamie." Minah dan Jared berbincang di meja sambil melihat Sakina yang sedang duduk jauh di sofa.


Minah masih ada urusan yang perlu dia selesaikan. Jadi dia tidak pulang sekali dengan Zara, Aya, dan Sakina.


...----------------...


Makcik jamie telah datang ke apartment Sakina. Semasa Abi, Umi, Dean Suha, tidak ada di rumah. Mereka keluar menziarahi kawannya Abi dengan Umi. Dan Lisa masih ada kelas tambahan.


Ibunya mary itu telah mengetuk pintu dengan sangat kuat, sehingga Sakina menjadi takut dan telah menghalang laluan Muiz, Zara, dan Aya, untuk pergi membuka pintu.


"Muiz jangan buka, biarkan saja!" Kata Sakina yang dalam ketakutan.


"Kak kina tidak apa, biar kita saja yang bercakap dengan makcik itu." Kata Zara sambil memegang lengan Sakina.


"Kak kina jangan keluar! Tunggu di sini saja, okay." Kata Muiz pada Sakina.


Sementara itu Aya telah berlari pergi membuka pintunya. Lalu Aya berkata dengan sangat marah. "Makcik ini sudah gila ya! Kenapa ketuk pintu rumah orang sampai mahu pecah! Makcik tidak punya otak ya!"


Muiz menarik tangan adiknya, kerana Muiz takut kalau Aya tiba-tiba menampar muka makcik itu.


"Aya sudahlah, biar abang yang cakap dengan dia." Kata Muiz sambil berbisik.


"Aku ingin bercakap dengan Sakina. Mana dia? Aku mahu jumpa dia." Kata makcik itu dengan pelahan. Kerana merasa takut terhadap Aya.


Sakina bersembunyi di belakang Zara.


"Kami tidak akan benarkan makcik berjumpa dengan kakak kami! Kerana kami ingin tahu kenapa? Dan sebab apa makcik datang ke sini?" Muiz berkata dengan tegas.


"Aku tahu yang dia ada di dalam sana! Suruh dia keluar sekarang juga!" Jerit makcik itu pada Muiz.


"Kau dengar sini Sakina! Disebabkan kau, anak aku sudah lama tidak pulang ke rumah! Kau telah menghasut Jamie sehingga dia membenci kami! Dan sekarang ini anak aku sudah jadi buruan polis! Apa yang telah Mary lakukan, sampai Jamie mencarinya!" Jerit makcik itu dengan sangat kuat.


Aya ingin keluar untuk menolak makcik itu, tetapi Sakina menahan adiknya dengan memegang lengan Aya. Kemudian Sakina keluar dari belakang Zara dan berhadapan dengan makcik itu.


Lalu ibu mary itu berkata dengan pelahan kembali, kerana takut Aya memukulnya. "Aku cuma ingin tahu apa yang anak aku sudah lakukan pada kau. Beritahu aku sekarang juga."

__ADS_1


"Anak makcik itu sudah mengugut kakak kami di telefon! Kami sudah ada buktinya. Anak makcik itu memang seharusnya di tangkap polis." Zara berkata dengan perasaan yang sangat marah.


"Saya minta maaf makcik. Kami terpaksa buat laporan polis, kerana dia sudah sampai berjumpa dengan anak saya." Sakina berkata dengan lembut.


"Makcik takkanlah tidak tahu yang anak makcik itu sudah gila, seperti mak!" Kata-kata Aya dihalang. Sakina memegang tangan adiknya, untuk hentikannya dari terus memarahi makcik itu.


"Makcik juga minta maaf bagi pihak Mary. Sebenarnya anak makcik itu sakit. Tolonglah katakan pada Jamie, jangan cari Mary lagi. Maafkanlah dia." Ibu mary berkata dengan lembut.


Sakina mengangguk sedikit dengan senyumannya. Dia merasa kasihan terhadap makcik itu.


Kemudian makcik itu mahu berkata lagi. Lalu Zara telah menarik lengan kakaknya masuk ke dalam rumah. Kerana Zara merasa yang makcik itu mempunyai muslihat?


Zara menyuruh Muiz menutup pintu.


"Baiklah makcik, kami akan maafkan makcik! Terima kasih kerana sudah datang ke sini untuk meminta maaf!" Muiz berkata dengan kesal sambil menutup pintu.


"Kurang ajar! Mereka ini sudah melampau! Aku tidak akan pernah melupakan penghinaan ini!" Katanya di dalam hati. Ibu mary pulang dengan perasaan yang sangat marah dan dendam terhadap Sakina.


...----------------...


"Akak rasa makcik itu ada tipu helah?" Kata Aya dengan pelahan.


"Akak pun rasa seperti itu juga, sebab itulah akak tarik kak kina masuk cepat-cepat." Zara berbisik.


"Ya, tiba-tiba saja dia minta maaf?" Muiz bersuara.


Sakina mengangguk sedikit dengan perasaannya kembali takut.


"Kak kina jangan takutlah, setelah ini kita tidak akan jumpa dia lagi." Kata Muiz untuk menenangkan kakaknya.


...----------------...


MALAM. Jam 9:00pm


Minah masuk ke bilik Sakina dan melihatnya masih bertelekung. Dia baru habis dari solah isyak.


Sakina akan membaca taklim sebentar untuk anak-anaknya. Lisa, Umar, Anas, dan Ryan yang berada di ribanya.


"Assalamualaikum. Maaf kalau aku ganggu." Kata Minah tersenyum pada Sakina.


"Tidak mengapa, masuklah. Kau baru sampai ya?" Sakina berkata dengan suaranya yang lembut.


"Ya baru saja. Tadi lepas solah isyak aku lihat jam, dan baru aku teringatkan yang ini time untuk makan malam. Jadi aku terus cepat-cepat datang sini. Kerana sudah lama kan, aku tidak makan malam sekali dengan kau. Hehe." Minah tertawa.


Sakina juga turut tersenyum kerana Minah membuat lucu.


...----------------...


Sesudah habis makan malam. Sakina masuk ke bilik untuk tidurkan anak-anaknya dan Minah juga turut masuk ke biliknya untuk melihat keadaan Sakina setelah di hipnoterapi tadi.


...----------------...


Kemudian Muiz, Zara, dan Aya memberitahu Abi, Umi, dan Dean mengenai kejadian petang tadi. Semasa kak kina berada di bilik dengan Minah. Umi dan Dean sangat terkejut dengan tindakan makcik jamie itu.


Lalu Abi berkata kepada semua untuk tenang dan biarkan saja makcik itu. Kerana ada perkara yang lebih penting lagi untuk di bincangkan. Iaitu mengenai Jamie.


Abi minta pandangan keluarga. Bila masa yang tepat untuk memberitahu Jamie perkara yang sebenarnya.


Ada yang kata esok pagi.. Ada yang kata selepas Jamie dapat tangkap Mary.. Dan ada yang kata setelah Muiz menikah..


Abi berfikir panjang. Kemudian Abi membuat keputusannya. "Baiklah, esok malam sesudah makan malam. Abi akan memberitahu Jamie kebenarannya, tentang Umar, Anas, dan arwah aisha. Biar Abi saja yang bercakap dengan dia."


Semua keluarga sangat setuju dengan keputusan yang telah Abi buat.

__ADS_1


...****************...


__ADS_2