
Hari ke 28. keluarga Ariffin di London.
Jam 8:30am. Selepas sarapan pagi. Abi sekeluarga telah gerak balik dari rumah Keluarga Suhaizah.
...----------------...
Semasa dalam perjalanan, Abi dapat panggilan telefon dari Minah. Lalu Minah beritahu bahawa Sakina sudah sedar dari koma, pada malam tadi jam tiga pagi.
Abi dan semua keluarga sangat bersyukur dan gembira kerana Sakina sudah kembali normal.
...----------------...
Jam 11:30am.
Abi sekeluarga terus ke hospital, ingin melihat keadaan Sakina. Kemudian Minah menjelaskan kepada semua keluarga.
"Walaupun Sakina sudah siuman seperti sediakala, tetapi Sakina masih dalam keadaan yang sangat lemah. Kerana itu doctor telah bagi Sakina ubat tidur. Kita masih belum tahu lagi, Sakina mengalami trauma atau tidak. Jadi kita harus tunggu sehingga Sakina tersedar dengan sendirinya. Barulah Minah akan periksa keadaan mental Sakina."
Minah beritahu kepada semua. Pada malam tadi perkataan pertama Sakina, semasa dia baru sedar dari komanya adalah, "tolong jangan lakukannya." Sakina mungkin mengalami trauma atau itu hanya mengigau. Jadi untuk sementara ini. Minah ingin Jamie jangan ada di depan mata Sakina setelah dia kembali sedar nanti.
"Jamie sudah tahu, mengenai perkara ini." Abi bertanya pada Minah.
"Belum lagi Abi, elok kalau Abi sendiri yang beritahu dia soal ini." Kata Minah.
...----------------...
Abi sekeluarga telah pulang ke apartment untuk berehat. Sementara Jamie masih berada di balai polis untuk menyelesaikan kes makciknya, yang disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh. Kebiasaannya Jamie akan pulang dari kerjanya, sekitar jam 6:00pm.
...----------------...
Jam 7:00pm.
Jamie terus ke apartment, kerana Abi ingin berjumpa dengannya dan Abi ingin beritahu Jamie, apa yang Minah telah katakan tadi mengenai keadaan Sakina setelah sedar nanti.
__ADS_1
...----------------...
Malam itu Jamie tidak boleh menemani Sakina di hospital, kerana Sakina bila-bila masa saja boleh tersedar dari tidurnya.
Selepas makan malam di rumah Abi. Jamie telah pulang ke rumahnya.
...----------------...
Jam 11:30pm.
Jamie telah cuba untuk melelapkan matanya tetapi tidak boleh, kerana di fikirannya hanya ada Sakina. Jamie langsung bangun dari baringnya dan keluar menaiki keretanya. Dan telah pergi ke hospital.
...----------------...
Sampainya dia hospital. Jamie hanya melihat Sakina dari luar pintu bilik. Dia tidak ingin masuk kerana ada Minah di dalam.
Kemudian Jamie duduk di bangku yang ada di luar bilik itu. Dan itu sudah cukup membuatkannya rasa lebih tenang daripada berada di rumahnya.
...----------------...
Minah keluar dari bilik untuk memanggil seorang nurse untuk menemani Sakina, sementara dia ingin pergi membeli air minumannya sebentar.
Kemudian Minah melihat Jamie yang ada di sana. Dia sedang duduk bersandar di bangku, dan sudah tertidur lena.
Minah membiarkan saja. Dia terus berjalan dan berkata di dalam hatinya. "Jamie benar-benar mencintai Sakina sepenuh jiwanya." Minah tersenyum sendirian.
...----------------...
Jam 1:30am.
Sakina tersedar dari tidurnya dan ia masih mengigau dengan mengatakan ayat yang sama seperti malam tadi. Sakina bersuara pelahan dengan penuh keresahan. Sakina menggerakkan kepalanya serta tangannya.
Kemudian Minah yang ada di sebelah Sakina, mula menepuk pipi Sakina dengan pelahan-lahan, sambil ia berkata. "Sakina bangun. Sakina sedarlah. Sakina buka mata kau. Bangun dari mengigau itu." Minah terus menepuk pipinya sehingga Sakina terjaga, dan telah membuka matanya.
__ADS_1
Sakina terdiam dan termenung seketika. Di dalam hatinya dia terus beristighfar, kerana matanya sangat kabur. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Minah terus bersuara. "Sakina ini aku Minah, pandang aku Sakina. Lihat sini."
Sakina melihat Minah di tepinya dan pandangan matanya mulai jelas. Sakina hanya mendiamkan diri. Dengan sendirinya air matanya mulai menitik.
Minah tersenyum, lalu ia berkata. "Sakina, kau kenal aku kan. Kina, kalau kau dengar apa yang aku katakan ini. Cuba kedipkan mata kau dua kali."
Sakina pejamkan matanya dua kali, lalu dia cuba untuk mengangkat tangannya, dia ingin memegang Minah.
Minah senyum dan merasa bersyukur, kerana Sakina benar-benar sudah sedar dan Sakina tidak mengalami trauma yang tahap kritikal. Minah memegang tangan Sakina lalu ia berkata lagi. "Kina, kau ingin kata apa?"
"Umar! Umar dimana." Sakina mengatakannya sambil air matanya terus menitis.
"Umar sekarang ini sedang tidur dekat rumah. Di sebelah Tok Abi dan Tok Umi. Kau janganlah risau soal Umar. Dia sihat, ceria, gembira, seperti biasa. Sama juga dengan Anas dan Lisa." Minah tersenyum.
Sakina merasa tenang setelah mendengarkan kata-kata Minah. Lalu Sakina bersuara lagi. "Zara, Muiz, dan Aya, bagaimana dengan mereka?"
"Sakina, mereka semua sihat. Cuma kau dengan aku saja yang ada di sini."
Minah tersenyum lalu ia berkata lagi. "Abi dengan Umi mesti sangat gembira, kalau dapat tahu kau sudah sedar."
Sakina senyum sedikit dan dia bertanya lagi. "Minah, sudah berapa lama akak berada di sini?"
"Selama tiga hari, kau tidak sedarkan diri. Sudahlah kina, cukup untuk malam ini. Esok pagi banyak lagi cerita yang akan kau dengar dari Abi. Jadi malam ini kau harus rehat saja okay, jangan fikir terlalu banyak. Tidurlah, aku ingin ke toilet."
Kemudian Minah suntikan ubat tidur pada Sakina. Minah melihatnya dengan senyumannya, lalu ia bangun dari bangku dan berjalan keluar dari bilik.
Minah dengan gembiranya terus mengejut Jamie bangun dari tidurnya. Untuk memberitahu dia yang Sakina sudah sedar. Sakina kelihatan sihat dan tidak mengalami trauma di tahap kritikal.
"Allahuakbar ya allah. Alhamdulillah, terima kasih ya allah" Jamie langsung sujud syukur di lantai situ juga.
Minah senyum terharu melihat keikhlasan cinta Jamie terhadap Sakina. Lalu ia menangkap gambar Jamie yang sedang bersujud itu.
...----------------...
__ADS_1
Sakina mengiringkan badannya ke kanan. Dan dia masih tidak boleh memejamkan matanya. Kerana banyak persoalan di fikirannya yang masih belum terjawab. Sakina melihat jendela menatap langit malam, sampailah ia telah tertidur lena.
...****************...