
Tahun 2022, awal Bulan February.
6 tahun telah berlalu. Sakina telah membesarkan anak-anak arwah Aisha dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan perhatian.
Umar adalah anak yang mengalami autism, dia sangat menyayangi umminya sehingga tidak boleh berpisah dari Sakina walaupun sesaat. Umar lebih tua daripada Anas, umur mereka hanya berbeza dalam beberapa minit sahaja.
Anas adalah anak yang normal seperti kanak-kanak yang lain. Dia sangat matang dan sangat memahami keadaan abangnya yang seperti itu. Anas seorang anak yang boleh hidup berdikari dan boleh diharapkan untuk menjaga abangnya.
...----------------...
Jam 6:30pm.
Sakina berada di dapur sedang mencuci cawan. Lalu ia memanggil anak-anaknya yang sudah berumur 6 tahun. "Anas dengan Umar dari mana ini, kenapa bajunya kotor." Sakina bersuara lembut.
"Tadi acik Muiz ajak kita main bola."
"Baiklah. Anas dengan Umar pergi mandi, ya." Sakina senyum manis sambil mengusap kepala anaknya.
"Okay ummi." Jawab Anas dan Umar.
...----------------...
Selepas solah isyak. Abi, Dean, dan Muiz. baru balik dari solah berjemaah di masjid.
Abi panggil semua ahli keluarga duduk di laman rumah. Sambil minum teh tarik yang Zara buat.
"Pagi tadi pakcik pada teman wanita Muiz. Ada jumpa Abi di madrasah. Dan dia tanya Abi, bila mahu masuk meminang anak saudaranya itu."
...----------------...
Teman wanita Muiz bernama Suhaizah. Dia seorang hafizah Quran 30 juz. Suhaizah cuma ada ibu, nenek, dan pakciknya sahaja. Suhaizah orang Malaysia yang tinggal di London bersama ibunya, dan neneknya.
...----------------...
"Okay! Bila kita semua akan ke London?" Semua keluarga sangat terkejut, dengan apa yang Abi katakan itu.
Muiz tersenyum, sambil tundukkan kepalanya. Kerana dia sudah tahu keputusan Abi.
"Kita akan duduk lama di London. Kita semua akan pulang ke Malaysia. Setelah Muiz dengan Suhaizah bernikah." Abi telah membuat keputusan.
"Abi bagaimana dengan Minah, apakah dia akan ikut kita sekali?" Dean bersuara.
Semua keluarga serentak melihat kearah Dean dengan senyuman mereka.
"Umar perlukan doctor kalau dia sakit, dan Umar juga sudah biasa dengan Minah, kan." Dean berkata lagi.
Semua tersenyum sambil meminum teh.
"Benar. Minah sudah seperti ahli keluarga kita. Sakina, esok pagi kau pergi beritahu Minah. Tanya dia kalau dia mahu ikut atau tidak."
Sakina mengangguk. "Baiklah Abi."
Keputusan mesyuarat telahpun di buat. Semua keluarga akan berangkat ke London, pada awal bulan March.
...----------------...
Keesokan harinya.
"Tinggal lagi sebulan saja. Kita semua akan ke London." Aya berkata dengan Zara di bilik, sambil bersiap-siap memakai niqab untuk menemani Sakina ke klinik Minah.
"Ya, bolehlah kita berehat dari mengajar, ya kan." Zara tersenyum manis.
...----------------...
Sampai di klinik Psikiatri Minah.
Mereka bertiga menemui Minah dan telah memberitahu mengenai keputusan mesyuarat malam tadi.
"Maaflah, aku bukannya tidak mahu pergi, tapi aku tidak ada cuti panjang sekarang ini." Minah mencebirkan mulutnya dengan suaranya yang sedih.
__ADS_1
"Minah ini kan klinik kau. Jadi apa salahnya kalau kau tutup sebentar!" Aya bersuara tegas.
"Bukannya tidak boleh tutup. Masalahnya aku seorang saja doctor di klinik ini."
Zara bersuara. "Ya, benar apa yang Minah katakan itu Aya. Minah ada banyak persakit yang sudah buat temu janji dengannya."
Minah menganggukkan kepalanya dan Minah melihat raut wajah Sakina berubah sedih.
"Okay dengar ya, kalau kerja aku sudah tidak banyak. Aku janji akan datang ke pernikahan Muiz." Minah telah membuat janji dengan Sakina.
Sakina tersenyum kembali, setelah mendengar janji Minah.
...----------------...
Hari pertama Keluarga Ariffin di London.
Setibanya mereka sekeluarga di airport London, pada waktu pagi.
Pakcik Suhaizah telah datang ke airport, menjemput keluarga Ariffin. Mereka sekeluarga dibawa ke apartment yang disediakan, untuk keluarga Ariffin berehat. Sebelum makan malam di rumah Suhaizah dan ibunya, malam nanti.
...----------------...
Jam 5:30pm.
Sakina sedang mengemas beg baju untuk disimpan didalam almari. Tiba-tiba Anas dan Umar telah mengajak umminya untuk ke taman, yang berada di depan apartment mereka. "Ummi, jom kita ke taman depan itu. Ada padang mainan di sana."
"Kau pun ajaklah ummi juga." Anas berbisik di telingga Umar.
"Ummi jom-jom." Umar bersuara.
Sakina tidak dapat menolak dengan ajakkan anak-anaknya itu. Kemudian mereka bertiga telah pergi ke taman.
...----------------...
Semasa Anas dan Umar sedang bermain, Sakina sedang duduk di bangku taman. Sambil melihat sekelilingnya.
Sakina bertanya dengan senyuman manis. "Adik, kenapa adik menangis?"
Sakina melihat darah di lutut budak perempuan itu. Kemudian Sakina memangil Anas untuk mengambil kotak ubatan di rumah.
Sakina memapah budak perempuan itu, ke bangku taman dan Sakina mengubati lutut budak perempuan tadi.
"Ya Allah, besar juga luka kaki ini." Sambil mengubati lutut budak itu. Sakina bertanya. "Siapa nama adik?"
"Lisa" Jawab Lisa sambil menundukkan wajahnya.
Sakina melihat matanya mulai berkaca-kaca. "Ohh Lisa, cantik nama itu. Kalau sakit beritahu ya."
"Tak-tak sakit."
"Makcik akan buat pelahan-lahan. Lisa jatuh basikal ya?"
Lisa mengangguk. "Ya."
Sakina bertanya lagi. "Lisa duduk dekat-dekat sini ya?"
"Ya, dekat depan jalan itu."
"Okay sudah siap." Sakina melihat Lisa dengan senyumannya. "Kalau begitu. Makcik akan hantarkan Lisa ke rumah, ya."
Lisa tersenyum, lalu mengangguk.
...----------------...
Sambil berjalan pelahan-lahan ke rumah Lisa. Sakina memegang tangan Lisa dengan Umar dan Anas tolak basikal Lisa.
Lalu Sakina bertanya. "Ibu dan ayah Lisa ada di rumah?"
Lisa berdiam sambil melihat bawah.
__ADS_1
...----------------...
Sampainya mereka di rumah Lisa.
Ada seorang makcik tua, keluar dari rumah itu lalu dia terkejut melihat Sakina, kerana ia memakai niqab dan semuanya serba hitam. Sakina lihat makcik itu sangat terkejut, dengan dirinya. Lalu Sakina bersuara. "Maaf makcik, saya cuma tolong Lisa saja. Tadi dia jatuh basikal dan kaki dia luka. Susah kalau ingin berjalan sambil tolak basikal. Jadi saya tolong hantarkan dia pulang."
Makcik itu berkata. "Baiklah terima kasih kerana sudah tolong Lisa." Nada suaranya baik tetapi masih terkejut.
Sakina tersenyum dan mengangguk. Kerana makcik itu berterima kasih kepadanya. Kemudian Sakina dan anak-anaknya pulang ke apartment.
...----------------...
Pengenalan..
Jamie junior adalah seorang detective polis yang berumur 34 tahun. Dan Jamie adalah mantan suami arwah Aisha. Jamie hanya mempunyai adik perempuannya sahaja.
Tetapi malangnya adik Jamie sudah meninggal dunia, semasa melahirkan adik lelaki Lisa, 5 bulan yang lepas. Jamie sangat sedih atas kematian adiknya itu.
Kemudian Jamie membuat keputusan. Untuk mengambil Lisa yang berumur 10 tahun, dengan adik Lisa yang baru lahir itu tinggal bersamanya.
Jamie meminta tolong makciknya, untuk menjaga anak-anak saudaranya itu, semasa dia sedang bekerja.
...----------------...
Semenjak arwah Aisha pergi meninggalkan Jamie, tanpa bicara dan menghilang tanpa berita. Jamie mengalami depressed.
Jamie tidak boleh bekerja dengan benar. Dan telah banyak membuat kesalahan semasa bekerja. Jamie terus mencari isterinya ke semua tempat dan negara yang Aisha pernah pergi. Tapi malangnya tidak ketemu. Sehingga Jamie telah putus harapan untuk mencari isterinya lagi.
Adik Jamie selalu menasihati abangnya. Dan memberikan kata-kata semangat kepada Jamie untuk meneruskan kehidupan.
Setelah setahun lebih. Jamie mulai tersedar, dia melihat adiknya dan anak saudaranya itu boleh meneruskan kehidupan mereka, walaupun suaminya sudah meninggal dunia. Dan disebabkan itulah, Jamie ingin mulakan kehidupannya yang baru.
Selama 7 tahun, Jamie hidup sendirian bersama adik dan anak saudaranya. Kini Jamie hanya focus kepada kerjayanya dan anak-anak saudaranya saja.
...----------------...
MALAM, Jam 9:30pm.
Setibanya mereka sekeluarga di laman rumah suhaizah. Ibunya menyambut kedatangan, keluarga Ariffin, dengan pelukkan sesama wanita. Dan lelaki sesama pakciknya sambil mereka di suruh masuk ke rumah.
Muiz melihat mata Suhaizah. Dan Suhaizah melihat Muiz. Keduanya menjadi tersipu malu. Kerana ini adalah pertemuan pertama buat mereka. Selama ini hanya berkenalan di social media.
Makan malam itu hanya sekadar pengenalan diantara kedua buah keluarga.
...----------------...
MALAM itu juga di rumah Jamie. Jam 9:30pm.
Jamie baru pulang dari kerja. Sampainya dia di depan pintu. Lisa berlari membukakan pintu untuk pakciknya. Dan Lisa terus bercerita tentang wanita yang menolongnya petang tadi. Suara Lisa terdengar sangat ceria.
Jamie terus mengangguk dengan senyumannya itu berterusan, sambil dia tanggalkan kasut, meletakkan kunci di tempatnya, dan berjalan masuk ke bilik melepaskan jacket nya.
Kemudian Jamie menunduk dan berkata dengan suara yang lembut. "Baguslah, hari ini Lisa bertemu dengan orang yang baik." Jamie senyum manis dan telah menyuruh Lisa untuk pergi tidur.
Kemudian..
Jamie mula merasa aneh, "Kenapa Lisa begitu senang?"
Jamie tanya makciknya yang ada di dapur. "Makcik, benarkah apa yang Lisa ceritakan tadi?"
Makciknya berkata. "Ya, tapi wanita itu kelihatan sangat aneh. Dia itu lain dari orang biasa." Makcik itu bersuara pelahan, sambil mengemas meja makan.
Jamie bertanya lagi. "Apa yang aneh?"
"Wanita tadi berpakaian serba hitam. Dan mukanya ditutup, cuma matanya saja yang tidak ditutup. Makcik rasa wanita itu beragama islam." Jawap makciknya, berbisik.
Jamie hanya senyum sedikit dan ia berjalan masuk ke bilik, tanpa berkata apa-apa lagi. Lalu ia berfikir sejenak. "Orang Islam?"
...****************...
__ADS_1