
Hari ke 21. Keluarga Ariffin di London.
Hari minggu. Lisa mengajak Sakina ke satu tempat yang sangat istimewa bagi dirinya bersama ibunya. Lisa telah mengajak semua keluarga Sakina untuk pergi berjalan-jalan.
"Tok abi dengan Tok umi tidak mahu pergi kemana-mana, kerana tok abi ingin berehat berduaan dengan tok umi di rumah." Abi berkata dengan suara yang ceria.
"Tok Abi ini suka bergurau senda." Umi berkata sambil mengusap pipi Lisa dengan senyuman manisnya.
Lisa tersenyum bahagia.
Kemudian..
Abi dan Umi telah menyuruh Dean untuk membawa semua keluarga ke tempat yang Lisa katakan itu. Kemudian Muiz bersuara. "Abi bolehkah kalau adik ingin mengajak Suhaizah juga?"
"Boleh. Apa salahnya." Abi mengangguk sambil tersenyum.
"Telefonlah Suhaizah dahulu, tanya dia ada masa atau tidak." Umi bersuara.
"Baik Umi" Muiz tersenyum gembira.
Zara juga telah telefon Minah dan mengajaknya untuk pergi berjalan-jalan. Tetapi Minah tidak ada masa, kerana dia terlalu sibuk di hospital. Menolong doctor Jared.
...----------------...
Jam 11:00am. Setelah semuanya sudah bersiap-siap. Mereka telah pergi menjemput Suhaizah di rumahya. Kemudian baru mereka pergi ke Hyde Park.
Sampainya mereka di. Foot Bridge at the East End of the Serpentine Lake Hyde Park London.
Disana ramai dengan orang tempatan. Dan banyak pelancong dari luar negara.
Sakina berjalan sambil memegang tangan Umar dan Anas. Zara menggendong Ryan. Lisa di sebelah Aya. Dean bersama keluarganya. Muiz berjalan dengan Suhaizah di belakang mereka semua.
Kemudian Anas berlari ke belakang. Ingin berjalan bersama acik Muiz.
Sakina membiarkan saja. "Muiz tolong tengok-tengokkan Anas itu." Sakina bersuara kuat sedikit.
Muiz yang ada di belakang, membuat isyarat tangan. "Okay."
...----------------...
Setelah satu jam berlalu, mereka sudah bergambar dan berjalan-jalan.
Sakina dan semua keluarganya telah berjalan melepasi jambatan tersebut. Kemudian tiba-tiba Anas menjerit. "Aahhhhhh ummi-ummi!"
Muiz dan Suhaizah terleka, mereka berjalan ke depan dengan tidak memerhatikan Anas di belakangnya.
"Anas!" Sakina mendengar suara anaknya, lalu ia mencari Muiz dengan sangat panik.
"Muiz! Mana Muiz!" Sakina berlari kearah tasik, ia melihat orang-orang tempatan dan pelancong sudah berkumpul di sana sedang melihat Muiz yang telah masuk ke dalam tasik untuk menyelamatkan anak saudaranya itu, yang sudah berada di tengah tasik.
Lalu Suhaizah menerangkan kepada Sakina yang sedang melihat Muiz berenang mendekati Anas.
"Kak kina, tadi ada orang lihat seorang wanita telah menolak Anas ke dalam tasik!" Suhaizah merasa sangat bersalah.
Sakina memandang Suhaizah dengan sangat pucat. Lalu Aya yang bertanya. "Siapa! Siapa orang yang tolak Anas. Siapa yang nampak!"
Suhaizah menunjukkan kepada seorang makcik tua dan makcik itu mengangguk. Membenarkan kata-kata Suhaizah. Lalu ia berkata. "Perempuan tadi pakai mask dan topi hitam, lepas dia sudah tolak budak ini dari jambatan itu, dia terus melarikan diri."
Kemudian..
Dean terdengar suara makcik lain yang menjerit. "Itu dia! Perempuan yang tolak budak tadi!" Dean memusingkan badannya dan terus berlari mengejar wanita itu dengan sangat cepat.
Tetapi malangnya Dean tidak berjaya menangkap perempuan itu, kerana dia telah melepasi jalan raya dan kereta yang banyak bergerak laju telah menghalang laluan Dean untuk mengejarnya.
...----------------...
Muiz dapat memegang Anas. Lalu Muiz menggendong anak saudaranya itu bawa naik ke atas. Sakina mendatangi anaknya.
Kemudian Muiz terus melakukan CPR, sementara menunggu ambulance datang.
Anas tersedar, tetapi masih dalam keadaan sangat lemah. Setelah 5minit, Anas pengsan semula di pelukkan umminya. Sakina memegang dan menepuk pipi anaknya dengan air matanya mulai menitis. "Anas bangun sayang, bangun. Buka mata! Ummi ada di sini sayang." Suaranya bergetar-getar menahan tangisan.
Semasa dalam perjalanan ke hospital Dean menelefon Jamie, lalu menceritakan apa yang telah terjadi dan Dean telah menyuruhnya datang ke hospital.
...----------------...
__ADS_1
Sampai di hospital. Minah tidak bertanya apa-apa pada Sakina, ia langsung memeluk Sakina dengan erat menenangkan Sakina yang sedang tersedu-sedu di sisinya.
Semasa mereka semua menunggu di depan pintu bilik kecemasan.
Dean menelefon Abi dan beritahu mengenai kejadian tadi. Suha dan Suhaizah duduk di sebelah Sakina sambil menenangkan Sakina yang sedang menundukkan wajahnya.
Minah bertanyakan apa yang telah terjadi tadi kepada Zara dan Aya.
Kemudian doctor telah keluar dari ruang kecemasan dan memberitahu. "Anak puan hanya pengsan dan mengalami luka-luka kecil di tangan dan di lututnya. Cuma luka yang ada di kepala dia sedikit besar. Kami akan buat CT scan, kerana ada hentakkan yang kuat di kepalanya."
Sakina mengangguk kecil. Dengan air matanya membasahi wajahnya.
...----------------...
Anas di masukkan di bilik VIP.
Muiz bersuara. "Siapa yang bayarkan bilik ini untuk Anas?"
"Ya, mahal kan bilik ini." Aya bersuara.
Kemudian..
Jamie membuka pintu lalu ia mendekati Sakina dan menatap matanya yang sembam kerana menangis.
Sakina sedang duduk di bangku sambil memegang tangan anaknya, lalu ia berdiri kerana Jamie mendekatinya. Kemudian Sakina memalingkan wajahnya dan menunduk, lalu ia mengesat air matanya.
Jamie berkata dengan suara yang sangat lembut. "Saya akan cari tahu siapa yang telah menolak Anas, dan saya janji akan jaga awak selagi Anas berada di sini."
Semua adik-beradik Sakina melihat Jamie dengan senyuman mereka yang suka, kerana Jamie terlihat sangat risaukan Sakina.
Dean bersuara dengan senyuman kecil. "Kau yang daftarkan Anas untuk bilik VIP ini?"
"Ya." Jamie mengangguk kecil. "Saya hanya ingin Sakina merasa selesa semasa menjaga anaknya." Jamie melihat Anas dengan perasaan sedih.
"Terima kasih Jamie." Dean mengangguk dengan senyumannya.
Jamie melihat Dean, lalu ia mengangguk dan senyum sedikit.
Kemudian..
Di luar bilik.
"Aku harus pergi ke tempat kejadian tadi."
"Okay." Dean mengangguk.
"Siapa yang akan jaga Sakina malam ini?" Jamie bertanya kepada Dean.
"Muiz. Malam ini dia yang akan teman Sakina."
"Okay." Jamie menatap Muiz dan berkata dengan serius. "Muiz tolong jangan tinggalkan kak kina sendirian. Kerana sekarang ini Sakina mungkin dalam keadaan bahaya."
"Bahaya! Apa maksud kau!" Dean melihat Jamie dengan kerisauannya.
"Aku yakin perempuan yang tolak Anas tadi adalah Mary."
"Ya Allah!" Dean dan Muiz sangat terkejut.
"Malam nanti abang Jamie akan datang temankan Muiz, ya." Jamie melihat Muiz.
Muiz mengangguk dan senyum sedikit. "Tapi kalau abang Jamie sibuk, tidak perlulah datang. InsyaAllah Muiz takkan tinggalkan kak kina seorang diri." Muiz berkata sambil memegang lengan Jamie.
"Kau jangan risaulah. InsyaAllah tidak ada apa-apa akan jadi." Dean berkata sambil menepuk lengan Jamie.
"Ya. Baiklah." Jamie mengangguk.
...----------------...
Jam 9:00pm.
Abi, Umi, dan Jamie datang ke hospital untuk melihat keadaan Anas dan Sakina.
Sampainya di dalam bilik. Umi memeluk anaknya dan mengusap kepalanya dengan sangat lembut. Umi menenangkan Sakina yang sedang menangis pelahan.
Abi duduk di bangku melihat Anas yang masih belum sedarkan diri.
__ADS_1
Jamie memerhatikan Sakina yang tersedu-sedu, sedang duduk di sebelah Umi di sofa.
Minah hidangkan makanan yang Umi bawakan dari rumah, di meja yang ada di depan Umi dan Sakina.
Kemudian Muiz duduk dan makan. Lalu Umi menyuruh anaknya untuk makan, tetapi Sakina tidak berselera.
"Kina makanlah sedikit. Nanti kalau Anas sudah sihat. Takut kau pula yang tidak sihat." Minah bersuara.
"Ya Sakina. Betul apa yang Minah katakan itu. Makanlah sedikit." Umi berkata sambil memegang sepinggan nasi yang ingin di suapkan ke anaknya.
Jamie merasa mungkin kerana dia ada di situ. Sakina tidak mahu makan. Lalu ia berkata dengan suara yang lembut. "Umi, Abi. Saya keluar dulu. Saya tunggu di luar."
"Baiklah." Umi bersuara sambil melihat Jamie.
Abi mengangguk sambil melihat Jamie keluar. Lalu Abi bertanya pada Minah. "Bagaimana dengan CT scan tadi, apa yang telah doctor katakan?"
"Belum keluar lagi abi. Mungkin malam ini atau esok pagi." Minah berkata sambil makan.
"Baiklah. Nanti kalau hasil dari CT scan sudah keluar, beritahu Abi secepat mungkin."
"Baiklah Abi." Muiz bersuara.
...----------------...
Jam 1:30pm.
Sakina tidak boleh tidur, kerana ia banyak berfikir mengenai apa yang telah terjadi tadi. Sakina mengingati kata-kata mary kepadanya sebelum ini. "Kalau kau sangat sayang pada keluarga kau. Ingatlah apa yang aku katakan ini. Jauhkan diri kau dari Jamie."
"Assalamualaikum." Minah memberi salam dan membuka pintu dengan pelahan.
Lalu ia melihat Sakina termenung sambil berdiri di jendela melihat langit malam. Sehingga tidak sedar yang dia sudah berada di dalam bilik itu.
Sekali lagi Minah memberi salam. "Assalamualaikum Sakina!" Minah berdiri di sebelahnya sambil melihat jendela.
Sakina tersedar, lalu ia menjawab salam dan mengesat air matanya. "Waalaikumsalam."
"Cantikkan bintang-bintang itu" Minah tersenyum pada Sakina.
Sakina memandang Minah dan cuba untuk tersenyum.
"Kenapa kau tidak tidur lagi." Minah memusingkan badannya dan melihat kearah sofa, dengan tiba-tiba reaksi mukanya sudah berubah menjadi marah.
"Muiz ini sudah melampau! Dia pula yang tidur dekat atas sofa itu. Sepatutnya kau yang kena tidur di situ!" Minah ingin pergi kejutkan muiz yang sudah tidur lena di sofa.
Kemudian sakina memegang lengan minah sambil berkata dengan suara yang lembut. "Minah biarlah. Akak tidak ngantuk lagi. Akak tidak boleh tidur."
Minah menghelakan nafasnya. "Baiklah!"
"Sakina cubalah tidur!" Minah ingin berkata lagi. Tapi tiba-tiba Sakina dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Sakina memandang Minah dengan pandangan serius, lalu ia duduk di bangku. Kemudian Sakina beranikan diri untuk menjawab panggilan tersebut.
Sakina merakam panggilan itu. Ia hanya mendiamkan diri dan mendengarkannya. "Bagaimana dengan perasaan kau sekarang ini. Setelah apa yang sudah terjadi kepada anak kau. Apa yang kau rasa!" Mary ketawa dengan kuat.
"Kenapa kau tidak jawab! Kau sudah tidak ada suara! Mesti waktu anak kau lemas tadi, kau teringatkan aku, ya kan. Itu yang aku ingin Sakina. Aku ingin fikiran kau hanya untuk aku. Mary! Mesti Mary yang tolak anak aku!" Mary meniru suara Sakina.
"Ya. memang aku yang tolak anak kau, dan aku sangat suka dengar suara tangisan kau. Aku terlalu rindukan kau Sakina!"
Sakina terus menutup panggilan itu.
"Alhamdulillah, kita sudah dapat bukti yang dia tolak Anas!" Muiz bersuara.
Minah sangat terkejut kerana Muiz sudah lama bangun.
Sakina hanya berdiam dan menundukkan wajahnya setelah menutup panggilan tadi.
"Sakina kau tidak apa-apa kan?" Tanya Minah sambil mengusap belakang badan Sakina.
"Biar adik hantarkan rakaman itu pada abang Jamie!" Muiz berkata kepada kakanya.
Minah ambilkan telefon di tangan Sakina dan berikannya kepada Muiz. Kemudian Minah menyuruh Sakina bangun dari bangku, lalu ia memapah Sakina ke sofa. "Sakina tidurlah. Nanti kalau Anas sudah sedar, aku akan bangunkan kau, okay."
Sakina mengangguk kecil sambil berbaring di sofa.
Kemudian Muiz telah menghantar rakaman itu pada Jamie dan Abi.
...****************...
__ADS_1