Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 3


__ADS_3

Hari ke 6. Keluarga Ariffin di London.


4 hari kemudian. Setiap petang Lisa akan ke taman untuk berjumpa dengan Sakina, dan bermain bersama Anas dan Umar.


...----------------...


Jamie sedang duduk bersarapan di meja makan. Lalu ia melihat Lisa berlari keluar dari bilik, dan telah pergi ke depan pintu keluar. Lisa memakai kasutnya dengan sangat cepat.


"Lisa! Kenapa terburu-buru, tidak mahu sarapan dulu?" Neneknya menjerit.


"Tidak nek! Lisa sarapan dengan makcik Sakina." Lisa berkata dengan suara yang kuat dan keluar dari rumah dengan pantas kerana ingin cepat ke taman.


Jamie merasa senang melihat perangai Lisa sekarang ini sudah banyak berubah. Lisa lebih ceria dari sebelum ini.


Tetapi Jamie mulai merasa aneh. "Kenapa Lisa suka sangat dengan wanita itu? Apa sebabnya. Dan kenapa Lisa setiap hari pergi berjumpa wanita itu." Jamie berkata di dalam hatinya.


Rasa ingin tahu Jamie semakin kuat. Lalu Jamie meninggalkan sarapannya itu, lalu dia menaiki keretanya dan mengikuti Lisa sampai ke taman. Jamie memerhatikan anak saudaranya itu dari jauh.


...----------------...


Sakina dengan anak-anaknya sedang bersarapan di bangku taman. Anas nampak Lisa sedang berdiri di basikal dari jauh.


"Ummi. Itu kak Lisa sudah sampai. Kak Lisa sini!" Anas menjerit.


Sakina menoleh untuk melihat Lisa, lalu ia memanggilnya datang.

__ADS_1


Lisa tersenyum gembira, sambil berjalan kepada Sakina dan anak-anaknya.


Kemudian, Sakina berikan sandwich kepada Lisa.


Sakina berkata dengan senyumannya. "Lisa makanlah sandwich ini, makcik Sakina yang buatkannya."


Lisa mengangguk, lalu ia mengambil sandwich itu dari Sakina. Lisa terlihat sangat-sangat gembira.


Petang semalam, Sakina telah mengajak Lisa untuk bersarapan sekali dengan mereka. Kerana Anas dan Umar ingin sangat bersarapan di taman.


...----------------...


Jamie yang sedang melihat Lisa dari dalam kereta, dapat merasai yang wanita itu melayani anak saudaranya dengan ikhlas dan tulus.


...----------------...


Lisa menatap mata dan senyuman manis Sakina. Dan itu, telah membuatkan Lisa sangat terharu, lalu Lisa menundukkan kepalanya dan matanya mulai berkaca-kaca.


Sakina melihat Lisa sedang sedih, lalu Sakina meletakkan tangannya di bahu Lisa, dan bertanya. "Lisa kenapa ini? Kalau ada apa-apa yang Lisa ingin ceritakan, makcik akan dengar."


Sakina memalingkan badan Lisa berhadapan dengannya, lalu Sakina memegang tangan Lisa.


Kemudian Lisa mulai bersuara. "Bila Lisa lihat makcik Sakina. Lisa teringatkan ibu Lisa, dia sudah meninggal dunia. Lisa ada adik bayi, tapi Ibu tidak sempat lihat adik, kerana ibu sudah tiada." Lisa mulai menangis tersedu-sedu sambil menundukkan kepalanya.


Sakina mengangkat wajah Lisa. Lalu Sakina mengesat air matanya.

__ADS_1


Sakina memeluk Lisa dengan lembut sambil mengusap rambutnya.


Sakina juga mulai menitiskan air matanya. Kerana mengenangkan nasib Lisa dengan adiknya yang masih bayi itu, sama seperti Umar dan Anas.


Sakina hanya boleh mendiamkan diri, kerana ia sangat memahami perasaan Lisa ketika saat ini.


...----------------...


Jamie yang melihat mata Sakina dari jauh. Sudah membuatkan hatinya mulai terusik.


...----------------...


MALAM. Jam 11:00pm.


Semasa Jamie berbaring di katil untuk melelapkan matanya, sambil meletakkan tangannya di atas dahi.


Jamie teringatkan kejadian petang tadi. Semasa Sakina memeluk Lisa dan menitiskan air matanya untuk Lisa yang ada di dalam pelukkannya.


Lalu Jamie tersenyum dengan perasaan yang sangat terharu, sambil mengubah posisi badannya mengiring ke kiri. Jamie memejamkan matanya. Mencuba untuk tidur. Tetapi Jamie tetap juga tidak boleh lelapkan matanya itu.


Kerana hati Jamie benar-benar merasai terusik. Dengan sifatnya Sakina, dan padangan matanya itu membuatkan Jamie menjadi tidak tenang. Kerana penasaran.


Rasa ingin tahu tentang agama Islam. Membuatkan Jamie bangun dan duduk, sambil membuka laptopnya dan mulai mencari di internet mengenai Islam. Tetapi apa yang ada di Google itu, tidak cukup untuk menghilangkan rasa penasarannya itu.


...****************...

__ADS_1


__ADS_2