
Hari ke 15. Keluarga Ariffin di London.
Selepas solah subuh. Semasa Sakina sedang duduk berwirid. Sakina dapat WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali. Sakina baca WhatsApp itu dan ia cuma ada video-video dan gambar-gambar Le..b..n...
Ketika itu Sakina sangat terkejut dan sangat ketakutan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya dan setelah itu Sakina hanya membiarkan saja WhatsApp itu tanpa membukanya lagi.
...----------------...
Jam 11:00am. Dean dan Muiz sudah pulang ke rumah, setelah selesai dari keluar tiga hari di masjid the East London mosque.
...----------------...
Selepas solah zohor. Semasa Sakina masih duduk di sejadah menghabiskan khatam Quran nya. Tiba-tiba telefon Sakina berbunyi. Lalu Sakina mengangkat panggilan itu sambil berjalan ke bilik air, Sakina merakam panggilan itu.
"Kau sendiri yang kata, yang kau tidak akan jumpa Jamie lagi! Tapi kawan aku lihat kau dengan Jamie dekat taman. Kau memang ingin jumpa aku lagi kan! Kau rindu pada aku kan! Baiklah, kita jumpa petang ini. Bagaimana?"
Mary berkata dan berkata lagi dengan tenang, kerana dia tahu yang Sakina akan takut kepadanya.
Sakina hanya berdiam saja dengan jantungnya berdegup kencang.
"Kalau kau tidak mahu jumpa aku petang ini. Aku akan cari adik kau yang kecil itu, Aya. Aku yakin dia mesti cantik seperti kau juga, ya kan."
Sakina menutup mulutnya, menahan suara tangisan yang ingin keluar kerana ketakutan. Sakina tidak mahu Mary mendengar dan tahu keadaan dia ketika ini.
"Anak kau yang satu lagi itu, Anas. Dia anak yang dengar cakap. Tidak seperti umminya, degil. Kita akan bertemu lagi Sakina, bagaimanapun caranya. Aku pasti akan dapat jumpa kau."
Sakina tidak dapat tahan dengan kata-kata Mary. Lalu Sakina cuba untuk bersuara tegas dengan perasaan yang sangat marah.
"Saya tidak akan tinggal diam, jika kamu berani mengganggu keluarga saya. Dan saya akan buat laporan polis, kalau kamu kacau anak-anak saya lagi. Mengenai Jamie, itu urusan saya dengan dia. Kamu jangan ikut campur, kerana anda bukan apa-apa bagi kami!"
Mary menjadi terkedu setelah mendengar perkataan Sakina. Dia tidak menyangka yang Sakina berani berkata demikian kepadanya.
Kemudian Sakina terus menutup panggilan itu.
...----------------...
Sesudah makan tengah hari. Semasa Abi, Umi, Dean, sedang bersembang-sembang di ruang tamu. Sakina datang ke Abi dan Umi. Lalu dia duduk di sebelah Umi.
Kemudian. Sakina beritahu yang petang semalam semasa di taman, Mary ada berjumpa dengan Anas. Dan pagi tadi ada WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali. Dan setelah solah zohor tadi, Sakina baru saja dapat panggilan dari perempuan itu.
"Kau ada rakam panggilan itu?" Dean berkata dengan serius.
Sakina mengangguk. "Ya."
Kemudian Sakina bagi Abi, Umi dan Dean mendengarkan rakaman itu.
Setelah itu. Abi dengan Umi merasa sangat lega kerana Sakina sudah menjadi lebih berani dari sebelum ini.
"Sakina sepatutnya kau harus kata lagi. "Itu urusan aku dengan Jamie. Kami akan bertunang dan akan menikah tidak lama lagi." Perempuan itu pasti menangis bila dengar kau kata begitu." Dean berkata dengan senyumannya yang suka.
__ADS_1
Sakina tersenyum. Disebabkan gurauan Dean itu melebih-lebih. Dean hanya ingin menghiburkan hati adiknya Sakina.
"Alhamdulillah, Umi rasa dengan rakaman ini. Kita sudah boleh buat laporan polis, kan Abi." Umi memandang Abi.
"Ya benar." Abi mengangguk sambil memegang telefon Sakina dan berkata. "Abi akan bagi telefon kau ini pada Jamie, biar dia yang selesaikan kes ini."
Sakina mengangguk dengan perasaannya yang tenang.
Kemudian. Tiba-tiba Sakina bersuara. "Abi akak ingin telefon itu sebentar." Sakina teringatkan yang tadi dia ada berkata tentang Jamie di dalam rakaman itu.
"Mahu buat apa?" Kata Abi.
"Abi, Sakina ingin edit rakaman itu, biar Jamie tidak tahu yang dia ada bicara soal Jamie dalam rakaman itu, kan kina." Dean bersuara gembira.
Abi tersenyum dan mengangguk melihat Sakina, kerana Abi sudah tahu.
Umi dan Dean juga turut tersenyum melihat Sakina yang sedang menundukkan wajahnya, dan mengangguk dengan senyuman malu.
...----------------...
PETANG itu. Abi dengan Dean pergi ke balai polis tempat Jamie bekerja.
Semasa di depan balai.
"Abi ada apa ini. Kenapa Abi dengan Dean sampai datang sini?" Kata Jamie sambil bersalaman dengan Abi dan Dean.
"Kenapa Dean?" Tanya Jamie berbisik pada Dean dengan perasaan ingin tahu kerana Jamie melihat wajah Abi serius.
...----------------...
"Ada apa-apa yang telah terjadi, Abi?" Jamie melihat Abi dengan Dean.
Lalu Abi keluarkan telefon Sakina dan bagi kepada Jamie. "Kau boleh lihat sendiri di dalam WhatsApp Sakina, apa yang perempuan itu hantar kepadanya." Abi berkata dengan serius.
Jamie mengambil telefon itu dan membuka WhatsApp Sakina.
Kemudian..
Jamie menunduk dan memejamkan matanya dengan menarik nafas dalam, kerana dia sedang menahan marah.
"Jamie, kau dengar rakaman itu pula." Dean berkata sambil menepuk lengan Jamie.
Jamie mengangguk lalu mendengarkan rakaman itu.
Kemudian..
"Bila dia jumpa Anas, Dean?" Jamie bertanya dengan risau.
Lalu Abi menceritakan apa yang terjadi petang semalam.
__ADS_1
"Abi, bagaimana dengan keadaan Sakina sekarang ini?" Jamie berkata dengan perasaan tersentuh kerana mendengar Sakina berkata sedemikian.
"Abi dengan Umi bersyukur kerana Sakina tadi tenang menghadapi perempuan itu." Dean berkata dengan perasaan lega.
"Luaran Sakina kita lihat dia seperti baik-baik saja, tetapi kita tidak tahu dalaman dia bagaimana." Abi berkata dengan kerisauan terhadap perasaan Sakina.
Dean mengangguk sambil memandang Jamie.
...----------------...
Jamie mengangguk dan menatap Abi dengan jiwanya merasa lebih mencintai Sakina. Setelah dia mengenal Sakina selama ini dari Abi, Dean, Muiz dan dari Lisa anak saudaranya itu, yang banyak bercerita mengenai Sakina kepadanya.
...----------------...
MALAM. Jam 10:00pm. Jamie datang ke rumah makciknya.
Lalu makciknya berkata dengan marah. "Kenapa kamu datang ke sini. Bukankah kamu sudah tidak mahu datang sini lagi, sejak kamu kenal dengan janda itu!"
Jamie berkata dengan tenang. "Saya datang sini kerana ingin berjumpa dengan Mary, dia ada kan makcik?"
"Kenapa kamu ingin jumpa Mary! ada apa?"
"Mary! Mary! Aku ingin bicara dengan kau sebentar!" Jerit Jamie sambil melihat ke dalam rumah makciknya.
"Dia tidak ada! Mary sudah lama tidak pulang ke rumah ini, sejak makcik masuk hospital hari itu, dia sudah lama menghilang."
Makciknya itu melihat Jamie seperti sedang marah. Lalu makciknya mengikuti Jamie sampai ke luar rumah.
"Jamie apa yang sudah jadi, beritahu makcik apa yang Mary sudah lakukan?" Ibu mary berkata dengan risau.
Jamie berkata sambil berjalan kearah keretanya. "Saya akan beritahu makcik. Kalau saya sudah berjumpa dengan mary."
...----------------...
Malam itu juga setelah Jamie pergi. Makcik Jamie mula menelefon anaknya itu berkali-kali sehinggalah Mary menjawab panggilannya.
"Ada apa mommy?" Mary berkata dengan kasar.
"Kau kena lari dari Jamie, jangan jumpa dia. Tadi Jamie datang sini cari kau, mommy lihat wajahnya sedang marah sangat kepada kau." Kata ibunya.
"What!" Mary teringatkan kata-kata Sakina kepadanya tengah hari tadi. "Anda bukan apa-apa bagi kami."
"Mommy rasa Jamie sudah tahu rencana kita, waktu mommy berlakon sakit hari itu."
"Mommy shut up okay. Dengar, Mary tidak akan pulang selagi Mary tidak bertemu dengan wanita j..l..n..g.. itu!" Jerit Mary pada ibunya.
Kemudian Mary langsung menutup panggilan itu, dengan perasaan yang sangat marah.
"Aahhhhhh!!!" Mary menjerit dengan sekuat hatinya, kerana dia merasa dicabar oleh sakina.
__ADS_1
"Wanita ini benar-benar berani. Dia tidak kenal aku siapa. Aku Mary! Mary Bedford! Aku tidak akan pernah kalah sama kamu. Apa yang aku mahu, pasti aku akan dapatkan." Mary berkata dan tertawa.
...****************...