Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 23


__ADS_3

Hari ke 26. Keluarga Ariffin di London.


Setelah sarapan pagi, Umi dan Abi menelefon keluarga Suhaizah untuk beritahu bahawa anak perempuan mereka Sakina berada di hospital, dan sedang koma. Umi dan Abi meminta untuk menundakan tarikh pernikahan anak-anak mereka ke hari yang lain.


Ibu Suhaizah turut berduka cita atas apa yang telah terjadi kepada Sakina. Dan ibu Suhaizah boleh menerima pernikahan anak wanitanya itu ditundakan ke tarikh yang lain.


Tetapi ibu Suhaizah tetap ingin melakukan majlis itu pada hari esok, kerana ahli keluarganya sudah ramai yang akan datang pada majlis esok.


Ibu Suhaizah ingin tukarkan majlis pernikahan itu kepada majlis pertunangan, dan ibu Suhaizah juga ingin memperkenalkan bakal menantunya Muiz, kepada semua ahli keluarganya esok.


Abi dan Umi sangat memahami keadaan ibu Suhaizah dan Abi dengan Umi telah setuju dengan permintaan keluarga Suhaizah itu, kerana hidangan dan persiapan untuk pernikahan anak-anak mereka telah pun siap semuanya.


...----------------...


Di hospital dalam bilik Sakina. Abi sekeluarga berkumpul di sofa untuk beritahu Jamie, mengenai pernikahan Muiz itu akan ditunda ke hari yang lain.


"Esok setelah solah subuh, Abi dan keluarga akan ke majlis pertunangan Muiz." Abi berkata pada Jamie.


"Kalau Sakina sedar, kau terus beritahu kami." Dean bersuara.

__ADS_1


"Ya, kita akan pulang secepat yang mungkin." Muiz juga bersuara.


"Minah juga akan berada di hospital untuk menjaga Sakina." Abi berkata lagi.


Jamie mengangguk dengan senyumannya. "Baik."


...----------------...


Sesudah makan tengah hari. Jamie kena balik ke balai polis untuk menguruskan kes Mary, yang masih berada di dalam lokap.


Zara dan Aya akan menggantikan Jamie menemani Sakina yang masih belum sedarkan diri lagi.


...----------------...


Mary akan disabitkan atas tiga kesalahan. Pertama dia mencederakan orang. Kedua dia menggunakan ubat yang terlarang. Dan yang ketiga dia pecah masuk rumah orang, atas kesalahan itu Mary akan di masukkan ke penjara.


Setelah itu. Ibu Mary pulang dengan perasaannya yang sangat kecewa dan sangat marah terhadap Jamie.


...----------------...

__ADS_1


Selepas solah isyak. Dean ke hospital untuk menghantar makanan untuk Jamie dan menjemput Zara dengan Aya pulang, kerana setiap malam Jamie yang akan menjaga dan menemani Sakina.


Sesudah habis dari kerja. Jamie terus ke hospital dengan perasaan yang sangat merindui isterinya.


...----------------...


Jam 11:00pm.


Ibu mary ke hospital untuk menemui Sakina. Dalam diam dia telahpun masuk ke bilik itu, dan tiada sesiapa pun yang menjaga Sakina di dalam bilik itu. Dia melihat Sakina yang tidak sedarkan diri dan masih dalam keadaan koma.


Semasa ia masih berada di sana, dia mendengar bunyi orang ingin membuka pintu bilik. Lalu dia bersembunyi di dalam almari baju.


Jamie baru pulang dari membeli minuman di cafeteria hospital. Jamie yang tidak memperhatikan sekelilingnya, terus duduk di katil sebelah Sakina dan sambil meminum airnya, dia berkata sendirian.


"Sakina, hari ini perempuan itu akan masuk penjara. Dan saya akan pastikan yang tiada sesiapa pun yang boleh keluarkan dia dari sana." Jamie menatap wajah Sakina dan memegang tangan isterinya dengan sangat lembut.


Ibu Mary yang berada di dalam almari itu, merasa sangat membenci Sakina. Dan dia telah keluar dari almari itu semasa Jamie memasuki toilet. Dan dia telah pulang dengan perasaannya yang penuh Kebencian, Kemarahan, dan berdendam terhadap Jamie dan Sakina.


...****************...

__ADS_1


__ADS_2