
Hari ke 16. Keluarga Ariffin di London.
Jam 10:00am. Pagi itu di apartment.
Abi dengan Umi ingin menziarahi sahabat Abi dan Umi yang sudah lama tinggal di London.
Dan hari ini mereka semua ingin pergi berjalan-jalan ke tempat yang menarik yang ada di London. Cuma hanya Sakina, Umar, dan Lisa saja yang tidak ingin pergi.
...----------------...
Semua keluarga sudah berkumpul di ruang tamu.
"Sakina betulkah kau tidak mahu pergi?" Tanya Dean.
"Kita akan pergi ke tempat yang cantik-cantik ini. Benar kak kina tidak mahu pergi." Kata Zara yang sedang duduk di bangku meja makan.
"Tidak mengapalah, akak memang tidak mahu pergi. Akak sudah menggantuk sangat ini." Jawab Sakina dengan senyumannya.
"Biarlah Sakina berehat, malam tadi Sakina tidak boleh tidur, kerana Umar asyik menangis saja. Sampai pagi ini baru Umar dapat tidur dengan lena."
Umi berkata sambil memasukkan buah-buahan ke dalam beg ketas, untuk di bawakan ke rumah kawan Abi dan Umi.
"Umar demam Umi?" Tanya Suha yang sedang tolong Umi di dapur.
"Ya, malam tadi badan dia tiba-tiba saja panas." Jawab Umi.
"Bagaimana boleh demam Sakina?" Tanya Dean yang sedang minum air di peti ais.
"Ini semua ketentuan dari allah Dean." Kata Umi sambil memukul lengan Dean.
"Ya, betul apa yang Umi katakan itu." Aya bersuara sambil ia memakai niqabnya.
"Abi nanti kalau kak kina tidur nanti, siapa yang akan jaga budak-budak ini?" Muiz berkata sambil berdiri di tepi sofa.
Lisa yang sedang duduk di sofa sebelah Sakina. Lalu menjawab. "Lisa ada, acik muiz jangan risau. Lisa boleh jaga adik-adik."
"Terima kasih Lisa, baik betullah Lisa ini." Kata Muiz dengan senyumannya sambil menggosok rambut Lisa.
Semuanya memandang Lisa dengan senyuman.
"Okaylah kita pergi sekarang. Sakina biarkan dia rehat, sebab malam nanti kita akan keluar lagi." Dean berkata sambil memakai kasutnya.
...----------------...
Malam ini Semua ahli Keluarga Ariffin, dijemput ke restoran Muslims kenalannya pakcik suhaizah. Ibu suhaizah ingin belanja keluarga Ariffin makan malam. Dan malam ini juga, adalah keputusan mengenai lamaran Muiz. Diterima ataupun tidak.
...----------------...
Abi sedang duduk di sofa, sambil menaip sesuatu di telefonnya. Kemudian Abi berkata kepada Sakina. "Abi sudah suruh Jamie datang hantar makanan untuk tengah hari ini, jadi kau jangan masak apa-apa, okay."
"Tidak perlulah Abi, akak boleh masak. Akak bukannya penat sangat. Tidak perlulah kita susahkan dia." Sakina bersuara dengan keresahan.
"Abi sudah WhatsApp dia. Dan Abi sudah suruh dia belikan makanan, lalu hantarkan ke sini, hari ini Abi hanya ingin kau berehat saja, ya." Abi melihat Sakina dengan senyumannya.
"Dengarkan saja kata Abi kak kina. Abi risau, kalau nanti kak kina pula yang demam." Aya berkata sambil memakai kasut di sebelah Dean.
Sakina yang sedang memeluk Anas di ribanya, lalu ia mengangguk dengan senyumannya sambil melihat Abi.
...----------------...
Abi telah bagi semula telefon Sakina, setelah Jamie sudah mengambil semua bukti-bukti yang ada di telefon Sakina.
"Kina, kalau dia ada telefon atau ada hantar apa-apa, kau buat tidak tahu saja, ya."
"Baik Abi." Sakina mengangguk.
"Anas jangan nakal- nakal ya. Dengar cakap acik-acik semua." Sakina berkata sambil mengusap pipi anaknya.
"Okay ummi." Anas mengangguk sambil memeluk umminya.
"Apakah Lisa betul-betul tidak mahu pergi?" Umi berkata sambil mengusap lengan Lisa.
"Lebih baik kalau Lisa ikut mereka pergi jalan-jalan, daripada duduk di rumah ini sendirian." Abi berkata dengan senyuman sambil memakai kasut.
"Tidak mengapalah Tok Umi, Tok Abi. Lisa mahu buat kerja sekolah, setelah itu Lisa boleh tonton cartoon, sampailah ummi Sakina bangun." Lisa berkata dengan senyumannya yang manis.
"Abi dengan Umi mungkin pulang lewat, sampai petang rasanya. Berehatlah ya, malam nanti kita harus keluar lagi, kan." Umi berkata kepada Sakina sambil berdiri di tepi pintu keluar.
"Baiklah Umi." Sakina mengangguk dengan senyumannya sambil menunduk mencium tangan Umi dan Abi.
Lisa melihat ummi Sakina salam lalu mencium tangan Tok Abi dengan Tok Umi. Lisa menjadi penasaran
Ingin tahu kenapa ummi Sakina dan acik- acik semuanya mencium tangan Tok Abi dan Tok Umi.
...----------------...
__ADS_1
"Ummi Sakina, kenapa tadi ummi cium tangan Tok abi dengan Tok umi." Lisa memandang Sakina sambil berjalan disebelahnya.
"Itulah yang namanya menghormati. Kita yang lebih muda ini, harus menghormati orang yang lebih tua dari kita. Apalagi itu ibu dan ayah kita, lagilah kita harus lebih menghormati mereka." Sakina berkata sambil berjalan masuk ke bilik.
"Kalau begitu mulai sekarang. Lisa juga akan salam dan cium tangan orang yang lebih tua dari Lisa." Lisa berkata dengan ceria sambil melihat Sakina.
"Ya." Sakina mengangguk dengan tersenyum ayu.
...----------------...
Sampai di katil. Sakina berbaring di sebelah Umar dan Ryan yang sedang tidur lena.
"Lisa, nanti kalau Lisa terdengar adik-adik menangis. Lisa terus bangunkan ummi ya. Ummi takut kalau ummi tidak sedar semasa mereka terjaga nanti, ya."
"Okay." Lisa mengangguk dengan tersenyum manis.
Sakina yang sudah sangat menggantuk, lalu ia memegang pipi Lisa dan berkata. "Terima kasih ya sayang."
...----------------...
Tengah hari. Jam 12:30pm.
Jamie mengetuk pintu dengan senyumannya yang gembira.
Lisa membuka pintu.
"Lisa. Ummi Sakina Mana?"
"Ummi lagi tidur."
"Okaylah, Lisa bawa masuk makanan ini, setelah itu panaskan terus ya." Jamie terlihat kecewa, kerana tidak dapat melihat Sakina.
"Lisa tidak pandai dalam hal itu. Pakcik Jamie tolonglah buatkannya."
"Pakcik tidak boleh masuk ke dalam rumah, kalau Tok Abi tidak ada."
Lisa menarik tangan Jamie dengan sekuat-kuatnya, dia menyuruh pakciknya masuk ke rumah. "Sebentar saja! Setelah itu pakcik Jamie boleh pulang!" Kata Lisa dengan sangat penat kerana menarik pakciknya masuk.
Kemudian..
Semasa Jamie sedang memanaskan makanan yang dibeli tadi. Tiba-tiba Umar keluar dari bilik, lalu ia pergi ke Jamie.
"Umar mahu kencing. Umar ingin buang air kecil." Kata Umar sambil memegang hujung baju Jamie, yang sedang berdiri di sinki dapur.
Jamie terkejut kerena umar sudah bangun, kemudian Jamie menunduk dan memegang kedua lengan Umar. "Sebentar ya sayang."
Jamie ingin cepat-cepat keluar dari rumah itu, sebelum Sakina bangun dari tidur.
"Okay." Lisa pergi melihat Sakina di bilik. Lalu Lisa berkata sambil berjalan ke sofa semula. "Belum bangun lagi. Ummi Sakina masih tidur."
"Okay, sini." Jamie membawa Umar ke toilet yang ada di sebelah bilik Sakina. Semasa Jamie sedang menguruskan Umar di dalam toilet. Sakina sudah keluar dari biliknya, ia berjalan sampai di depan pintu toilet. "Lisa, Umar mana?" Tanya Sakina dengan pelahan.
Lisa terkejut kerana ummi Sakina sudah bangun, kemudian Lisa berlari ke Sakina, Lalu ia menolak Sakina dari depan dengan sangat kuat, dan tanpa berkata apa-apa.
Sakina mengundur ke belakang sampai di depan pintu biliknya. Sakina berhenti dan berkata. "Kenapa ini Lisa! Ada apa ini?"
Jamie yang tidak dengar apa-apa, telah membuka pintu toilet sambil menggendong Umar dengan tuala. Lalu Jamie tergamam seketika, kerana melihat Sakina yang dalam keadaan tidak berhijab. Jamie melihat rambutnya yang diikat sanggul dengan baju tidur kelawar berwarna putih, berbunga kecil, kuning emas. Kemudian Jamie memalingkan wajahnya ke tepi dan ia menundukkan wajahnya dengan debaran kuat di dalam hatinya.
"Astagfirullah! Ya Allah!" Sakina sangat terkejut, lalu memusingkan badannya dengan sangat cepat, ia berdiri di tepi pintu biliknya sambil menutup mulutnya.
Lalu Jamie berkata. "Maaf! Maafkan saya Sakina! Saya tidak nampak apa-apa. Benar saya tidak melihat apa-apa."
Sakina menatap Lisa dan memberi isyarat dari wajahnya dengan tangannya. "Kenapa pakcik Lisa boleh ada di dalam rumah?"
Lisa mengerti isyarat Sakina. Lalu Lisa berkata. "Lisa yang menarik tangan pakcik Jamie. Lisa menyuruhnya masuk ke dalam rumah, kerana Lisa ingin pakcik Jamie memanaskan makanan yang dibeli itu."
Jamie menurunkan Umar yang berada di pelukkannya. Lalu ia berkata. "Sakina saya minta maaf. Saya yang salah, kerana saya mengikut kehendak Lisa. Sekali lagi saya mohon maaf. Saya akan keluar sekarang juga."
...----------------...
Sakina yang masih berdiri di sana, berfikiran seketika. Setelah dua minit berlalu, Sakina menunduk dan memegang bahu Lisa lalu ia berkata. "Lisa tolong pergi panggilkan pakcik Jamie. Dan suruh dia tunggu ummi dekat depan rumah. Katakan padanya, ummi ingin menemuinya sebentar."
"Baiklah, Lisa pergi sekarang." Lisa terus berlari keluar dari rumah, dan telah sampai ke bawah. "Pakcik Jamie tunggu!"
Jamie sudah sampai di keretanya. Jamie melihat Lisa berlari lalu ia berkata dengan cemas. "Kenapa ini Lisa!"
"Ummi Sakina Ingin jumpa pakcik Jamie. Ummi suruh pakcik Jamie tunggu dekat depan pintu rumah." Lisa termengah-mengah.
"Benarkah ini Lisa?" Jamie tersenyum bahagia.
"Ya." Lisa mengangguk sambil membungkuk kerana kepenatan.
...----------------...
Selepas 10minit. Sakina membuka pintu dan melihat Jamie tersandar di dinding. Lalu ia keluar dari rumah dengan Umar yang ada di sebelahnya.
__ADS_1
Jamie memandang Sakina seketika. Kemudian Jamie menunduk, kerana dia merasa debaran di hatinya. Lalu Jamie melihat Umar dengan senyuman manis.
Sakina bersuara sambil melihat ke bawah. "Saya mahu minta tolong." Sakina hanya mengatakan itu saja.
Jamie melihat Sakina terdiam. Lalu ia bertanya dengan suara yang lembut. "Apa yang harus saya tolong?"
Sakina memandang Jamie seketika. Lalu menunduk kembali. "Kalau boleh, tolong jangan beritahu Abi mengenai kejadian tadi."
Jamie menatap mata Sakina dan belum sempat dia tanyakan "Kenapa" Sakina sudah berkata. "Tolong jangan tanya kenapa! Kerana saya tidak akan menjelaskannya." Sakina keresahan sambil melihat wajah Jamie.
...----------------...
Sakina tidak mahu Abi dan Keluarganya berfikir yang tidak baik kepada Jamie. Sakina juga tidak mahu menjawab semua pertanyaan Keluarganya nanti. Dan Sakina juga takut, kalau Abi berfikir lebih jauh sehingga ke pernikahan. Di dalam hati kecilnya jika memungkinkan, dia tidak ingin ada hubungan apa-apa dengan Jamie.
...----------------...
Sakina menundukkan wajahnya. Kemudian dia masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa lagi.
Jamie tersenyum, kerana dia sudah tahu penjelasan Sakina yang sebenarnya.
Jamie pulang dengan perasaan yang sangat gembira, kerana Sakina terlalu risaukan dirinya. Sehingga Sakina ingin bertemu dan berbicara dengannya.
Lisa melihat ummi Sakina masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Lisa hanya berdiam saja, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan pakciknya dengan ummi Sakina.
...----------------...
Semasa makan tengah hari. Sakina berkata sambil menyuap Umar makan. "Lisa."
"Ya." Lisa memandang Sakina.
"Ummi mahu minta tolong."
"Tolong apa ummi?"
Sakina meletakkan pinggan di meja. Lalu Sakina memegang bahu Lisa. "Lisa tolong janji dengan ummi, Lisa tidak akan beritahu Tok abi, Tok Umi, dan acik-acik semua mengenai kejadian tadi ya. Kerana ummi tidak mahu menjawab semua persoalan mereka."
"Okay." Lisa mengangguk dengan senyumannya.
"Lisa boleh tolong ummi kan." Sakina menatap Lisa sambil memegang lengan Lisa.
"Ya, Lisa janji ummi. Lisa tidak akan beritahu sesiapa pun soal kejadian tadi."
"Terima kasih sayang." Sakina berkata sambil mencium dahi Lisa.
...----------------...
Selepas solah isyak. Semua Keluarga Ariffin sudah sampai di restoran Muslims itu.
Ibunya, pakciknya, dan neneknya suhaizah sudah ada di kedai. Mereka menyambut kedatangan Keluarga Ariffin dengan sangat gembira.
Keluarga Ariffin dijemput masuk dan duduk untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan.
...----------------...
Setelah selesai makan malam. Barulah pakcik suhaizah memberitahu keputusan Keluarga mereka. Mengenai lamaran Muiz pada Suhaizah.
"Alhamdulillah. Tidak lama lagi kita akan jadi besan." Umi berkata dengan senyuman yang gembira.
"Ya." Ibu suhaizah mengangguk dengan tersenyum. Lalu ia berkata sambil memegang anaknya.
"Su jadilah isteri yang solehah, ya nak." Kata ibu suhaizah pada anaknya.
"Insyaallah ibu." Suhaizah mengangguk dengan senyumannya yang malu.
"10 hari saja lagi, Muiz akan bergelar suami." Abi berkata sambil melihat wajah Muiz dengan senyuman yang gembira.
...----------------...
27 March 2022. Adalah hari pernikahan Muiz dengan Suhaizah. Acara akat nikah akan berlangsung di rumah ibunya suhaizah.
Kedua-dua keluarga sangat bersyukur, gembira, dan bahagia dengan keputusan yang telah ditetapkan ini.
...----------------...
Malam itu Jamie telah pulang ke rumahnya, kerana dia sudah lama tidak tidur di rumahnya.
Jamie sedang berbaring di katilnya, sambil mengingati kejadian tengah hari tadi.
Jamie berkata di dalam hati. "Sakina seorang wanita yang sangat cantik. Sangat ayu. Sakina adalah wanita yang sangat sempurna." Jamie tersenyum malu sendirian.
"Tapi kenapa Sakina tidak bernikah sehingga hari ini? Setelah lama menjadi janda?" Jamie berfikir sejenak seperti apa yang makciknya katakan itu. "Tidak-tidak!" Jamie menggelengkan kepalanya.
"Sakina sudah cukup bahagia dengan kehidupan dia selama ini. Dia tidak menikah? itu kerana Sakina masih belum menemui lelaki yang benar-benar ikhlas Mencintainya." Jamie berkata sendirian sambil menganggukkan kepalanya. "Ya benar."
Jamie tinggal sendirian kerana Sakina telah membawa Lisa dengan Ryan ke perjumpaan kedua-dua Keluarga itu.
__ADS_1
Jamie juga telah menjadi semakin sibuk, kerana dia harus mencari Mary yang sudah lama menghilang.
...****************...