Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 10


__ADS_3

Hari ke 13. Keluarga Ariffin di London.


Setelah sarapan pagi. Abi beritahu keluarganya yang Jamie akan datang makan malam di rumah. Hanya Sakina saja yang masih belum tahu, kerana dia tidak bersarapan sekali.


"Sakina tidak tahu lagi, yang Abi jemput Jamie datang ke rumah ini." Kata Umi pada Abi.


"Setelah solah zohor nanti, kita berdua yang akan beritahu dia." Kata Abi pada Umi.


Kemudian. Sesudah selesai solah zohor, Abi dengan Umi masuk ke bilik Sakina, semasa ia sedang duduk memakan ubat demamnya.


"Ada apa Abi, Umi?" Tanya Sakina dengan suara yang lembut.


Abi duduk di bangku dan Umi duduk di katil sebelah Sakina. Lalu Umi mengatakannya. "Malam ini, Abi sudah jemput Jamie datang makan di rumah kita."


Sakina yang dalam keadaan demam, sangat terkejut dengan keputusan Abi.


Abi melihat Sakina seperti terkejut Lalu Abi berkata. "Kina, Abi tidak ingin lihat kau terus takut kepada perempuan itu. Dia tidak boleh buat apa-apa tanpa izin Allah."


Lalu Umi bersuara. "Ya Sakina. Apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya."


Sakina mengangguk dengan senyumannya sambil melihat Abi dan Umi.


Abi berkata lagi. "Petang ini Jamie ingin jumpa kau di taman. Dan Abi sudah memberikan izin."


Sakina sekali lagi terkejut. "Akak tidak mahu Abi. Akak tidak mahu ada urusan lagi dengan dia!" Sakina berkata dengan suaranya yang seperti ingin menangis.


"Sakina! Sampai bila! Sampai bila kau ingin jadi ibu tunggal! Sedangkan kau tidak pernah bernikah! Sakina, kau itu bukannya muda lagi! Sekarang ini kau sudah berumur 28 tahun!" Abi berkata dengan suara yang sedikit tegas.


"Tapi kenapa dia Abi." Sakina menunduk dan memejamkan matanya.


"Abi nampak keikhlasan dia Sakina. Dia betul-betul ingin belajar tentang islam. Kina, setiap malam Abi dengan dia. Jadi Abi tahu yang Jamie benar-benar mencintai kau."


"Sakina, sekali ini saja ya. Pergilah jumpa dia sebentar." Umi berkata sambil mengusap belakang badan Sakina.


"Boleh atau tidak, petang ini?" Kata Abi.


Sakina mengangguk dan cuba untuk tersenyum sambil melihat Abi.


Sakina terpaksa pergi berjumpa Jamie, kerana dia tidak mahu jadi anak yang tidak taat kepada orang tuanya.


...----------------...


PETANG itu. Jamie cepat-cepat selesaikan kerjanya dan pergi ke taman.


Sakina sudah ada di taman, dia sedang melihat anak-anaknya bermain lari-lari bersama Lisa. Gelak ketawa bahagia itu terdengar kuat sampai ke keretanya. Jamie merapikan dirinya sebelum ia bertemu dengan Sakina.


Sakina sedang duduk di bangku taman sendirian sambil bertasbih.


Jamie menghampiri Sakina dari belakangnya. Lalu ia memberi salam. "Assalamualaikum."


Sakina melihat Jamie, lalu ia menundukkan wajahnya kembali sambil menjawab salam. "Waalaikumsalam."


Sakina melihat ke bawah. Tangannya memegang seutas tasbih untuk menghilangkan rasa debaran di hatinya.

__ADS_1


"Boleh saya duduk?"


Sakina mengangguk, sambil hatinya terus bertasbih.


Lalu Jamie duduk di hujung bangku, dan hanya berdiam diri melihat anak-anak mereka bermain.


Suasana menjadi sunyi seketika.


Kemudian..


Jamie mula bersuara. "Saya sudah lama tidak duduk di sebelah wanita. Dan telah membuat hati saya berdebar-debar sekarang ini." Jamie melihat Sakina seketika. Lalu ia tersenyum sambil membetulkan rambutnya.


Suasana menjadi sunyi kembali..


"Semalam saya baru tahu, yang ustaz saya itu adalah Abi awak. Selama ini saya banyak bercerita tentang awak pada ustaz saya. Dan ternyata saya bercerita kepada Abi awak." Wajahnya sedang memerah kerana malu dan sangat berdebar-debar.


Kemudian. Jamie mulai menceritakan tentang dirinya. "Saya pernah bernikah. Dan pernikahan itu terjadi 6 tahun yang lepas. Sehingga hari ini saya hidup sendirian. Dan sampai hari ini, tidak ada wanita lain di hati saya, selain awak."


Jamie berkata dan berkata lagi dengan perasaannya yang sangat berdebar-debar. "Semenjak saya mengenali awak. Mengenali ustaz. Mengenali islam. Hati saya merasa penuh dan merasa seperti hidup kembali." Degupan jantungnya terdengar kuat.


Jamie diam seketika, dan ia melihat Sakina sesekali.


Kemudian dia berkata lagi. "Terima kasih kerana awak sudah penuhkan hati saya ini. Dan terima kasih kerana awak sudi berjumpa saya hari ini."


Jamie mula beranikan dirinya untuk melihat mata Sakina dari tepi.


Sakina mengesat air matanya yang menitis tanpa ada alasannya. Hanya dirinya saja yang tahu, ia menangis kerana apa.


Jamie melihat Sakina menitiskan air matanya. Lalu Jamie bersuara dengan serius. "Sakina, tolonglah beri saya ruang untuk ada di hati awak."


Lalu Jamie langsung mengatakan kata-kata terakhirnya. "Sakina!" Jamie masih duduk sambil membalikkan badannya kearah Sakina.


Sakina berdiri terdiam, kerana Jamie memanggil namanya.


"Saya mencintai kamu! Saya benar-benar mencintai kamu Sakina! Sejak kali pertama kita bertemu, saya sudah jatuh cinta pada kamu! Sakina tolonglah bagi saya peluang!" Jamie berdiri untuk mengatakan itu, dengan perasaannya yang sangat berdebar-debar.


Kemudian..


Sakina berjalan terus tanpa ada reaksi apapun.


Jamie mengusap wajahnya kasar, dan memegang rambutnya. "Apa aku salah bicara! Atau dia hanya malu! Kenapa dia menangis!" Jamie berkata di dalam hatinya dengan perasaan yang sangat penasaran.


Jamie duduk termenung, sambil menemani anak-anaknya bermain. Kemudian Lisa memanggil. "Pakcik Jamie! Pakcik jamie!"


Jamie tersedar lalu ia melihat Lisa. "****Ya ada apa**** Lisa?"


"Kita sudah mahu naik atas. Pakcik Jamie ikut juga kan."


"Ya." Jamie mengangguk dengan senyumannya.


...----------------...


Semasa solah maghrib.

__ADS_1


Jamie sedang duduk di sofa, ia melihat Abi menjadi imam solah untuk Anas dan Umar di ruang tamu.


Jamie merasa tenang semasa melihat Abi bersolah berjemaah.


Setelah selesai solah maghrib. Anas dan Umar terus bangun dan berlari masuk ke bilik umminya.


Jamie turun dari sofa, dan dia duduk di sebelah Abi yang sedang berwirid, lalu dia bertanya. "Ustaz, saya mahu tahu tentang solah."


"Baiklah, tapi itu nanti Abi akan jelaskan. Sekarang ini Abi ingin tahu apa yang terjadi di taman tadi?"


Jamie duduk bersila di sebelah Abi. Jamie menundukkan wajahnya seketika. Kemudian dia melihat Abi kembali dengan senyumannya yang sedih.


"Sakina mendiamkan dirinya ustaz! Dan setelah itu dia menangis." Jamie menunduk dan memejamkan matanya


Lalu Jamie melihat Abi kembali dan bicara semula. "Sakina bangun tanpa berkata apa-apa ustaz! Saya tidak tahu apa salah saya! Mungkin saya ada salah cakap, atau Sakina memang tidak mengharapkan apa-apa dari saya!" Jamie terlihat sangat kecewa.


"Jamie, Abi ingin kamu tahu sesuatu, ini soal diri Sakina." Abi memegang tangan Jamie. Lalu ia mengangguk dan ia melihat Abi dengan penasaran.


"Sakina seorang anak dan ibu, yang lebih menyayangi dan lebih memikirkan keluarganya serta anak-anaknya dari dirinya sendiri. Abi harap kamu dapat memahami Sakina."


Mata Jamie mulai berkaca-kaca, dia melihat Abi Lalu ia mengangguk. "Baik ustaz."


"Mulai sekarang, kamu harus panggil Abi. Jangan ustaz-ustaz lagi, boleh kan." Abi ingin menyenangkan perasaan Jamie yang sedang sedih.


"Benarkah ini ustaz! Maaf salah. Abi! Terima kasih Abi." Jamie kembali senyum sambil memeluk Abi dengan perasaannya kembali semangat.


Abi berkata pelahan sambil mengusap lengan Jamie "Sakina masih takut dengan apa yang terjadi semalam. Mungkin kerana itu dia menangis."


Jamie melihat Abi dan ia mengangguk. "Ya Abi, saya faham."


...----------------...


Makanan sudah dihidangkan. Lalu Umi mengajak Abi, Jamie, Lisa, Umar, dan Anas, untuk makan.


"Ummi Sakina dengan acik-acik tidak makan sekali Tok Umi?" Kata Lisa.


"Ummi Sakina demam. Jadi acik-acik temankan ummi makan di dalam bilik." Kata Tok Umi sambil mencedok nasi untuk semua.


"Ini masakan Malaysia. Nasi lemak, Abi rasa kamu dengan Lisa mungkin suka." Abi berkata sambil melihat Jamie dengan senyumannya.


Jamie dan Lisa juga tersenyum dan mengangguk dengan perasaan yang sangat bahagia.


...----------------...


Selepas makan. Abi mengajak Jamie duduk di beranda sambil meminum teh tarik.


Kemudian Abi menjelaskan tentang solah kepada Jamie.


Setelah mendengar penjelasan Abi. Jamie merasa sangat tenang. Lalu dia ingin belajar solah dengan Abi.


Abi mengangguk dengan senyumannya.


Malam itu. Jamie pulang ke balai dengan perasaan yang sangat gembira, kerana Abi telah merestui hubungan dia dengan Sakina.

__ADS_1


...****************...


__ADS_2