
Hari ke 22. Keluarga Ariffin di London.
PAGI itu. Dean dan Suha telah ke hospital, untuk menghantar Umar dan sarapan pagi buat Sakina dengan Muiz.
Mereka berada di hospital sehinggalah solah zohor, selepas sembahyang. Dean dan isterinya telah pulang ke apartment untuk mengambil beberapa helaian baju Muiz. Kerana tadi Minah baru beritahu Dean yang Sakina perlu tidur dan berehat di rumah malam ini. Jadi Zara dan Aya akan menemani Anas di hospital. Menggantikan Sakina yang akan pulang.
...----------------...
Jam 5:00pm.
Anas sudah sedar dari pengsannya. Lalu Muiz terus telefon Abi dan beritahu mengenai keadaan Anas. Sakina dan keluarga sangat bersyukur, kerana keadaan kepala Anas tiada apa-apa masalah, hanya ada jahitan di kepalanya. Sekarang ini Anas hanya mengalami demam biasa.
Setelah selesai makan dan minum. Anas di tidurkan kembali oleh doctor. Supaya Anas benar-benar pulih sepenuhnya.
...----------------...
Jam 7:30pm.
Muiz dan Sakina sembahyang maghrib berjemaah, setelah selesai solah. Umar ingin pergi ke kedai membeli jajan.
Perangai Umar tidak seperti biasanya, dia menangis teresak-esak kerana ingin pergi ke kedai. Sehinggakan Sakina tidak dapat memujuk anaknya lagi.
Sakina berkata. "Tolonglah Muiz, pergilah kedai. Kasihan Umar."
Muiz tidak mahu pergi kerana dia sudah berjanji dengan Jamie. Yang dia tidak akan meninggalkan Sakina sendirian.
"Muiz pergilah. sekejap saja kan."
Muiz mengangguk dan mengikuti kemahuan kakaknya. "Baiklah, adik pergi. Tapi kak kina harus kunci pintu bilik, okay."
"Ya baiklah." Sakina mengangguk dengan senyumannya.
...----------------...
Setelah lima minit. Pintu bilik di ketuk, Sakina merasa aneh. "Kenapa Muiz tidak jadi ke kedai?" Lalu Sakina terus membuka pintu tanpa bertanyakan siapa.
Sakina terdiam dan sangat terkejut, kerana Mary yang ada di depan pintu itu. Kemudian Sakina menutup pintu itu kembali. Tetapi Mary sudah menahan pintu itu dengan kakinya dan menolak dengan sangat kuat.
Sakina mengundurkan dirinya selangkah-dua, sambil mengambil telefonnya di poket bajunya dan sembunyikan di belangkang badannya dan ia cuba untuk buat panggilan.
Sakina melihat Mary dan berkata dengan cemas. "Tolong keluar dari sini!"
Mary mengunci pintu bilik itu, lalu dia mendekati Sakina selangkah demi selangkah. "Kenapa! Baru sekarang kau merasa takut pada aku!"
...----------------...
Jamie melihat Sakina menelefonnya lalu ia menjawab panggilan itu dengan sangat pantas, dengan perasaan yang sangat gembira.
Panggilan rambang itu dijawab oleh Jamie yang berada di kereta, dalam perjalanan ke hospital.
Jamie sangat tersentak dan ia sedang risaukan Sakina yang berada di hospital. Jamie hanya mendiamkan diri dan mendengarkan suara Sakina.
...----------------...
"Tolong keluar sekarang! Kalau tidak saya akan telefon polis!" Sakina berkata dengan sangat cemas, sambil mengeluarkan telefonnya.
"Telefonlah kalau kau berani!" Mary menunjukkan video call nya dengan kawan dia yang berada di belakang Muiz.
Mereka merakam Muiz dan Umar yang sedang berjalan kaki ke kedai.
"Kawan-kawan aku ada ramai. Kalau sekadar adik lelaki kau itu, aku rasa memang dia tidak akan dapat buat apa-apa. Dia hanya akan lihat saja anak kau diculik!" Mary ketawa sinis.
"Tolonglah jangan! Saya mohon! Jangan apa-apa kan mereka." Sakina berkata sambil menangis.
"Apa yang kamu inginkan dari saya lagi." Sakina sangat ketakutan.
Mary mendekati Sakina, lalu ia memegang pipi Sakina dan berkata. "Kita pergi ke balai polis sekarang. Aku ingin kau tarik balik laporan yang sudah kau buat itu."
Sakina membuka matanya yang terpejam dan ia melihat Mary. "Baik, baiklah." Sakina mengangguk dengan sangat ketakutan.
Kemudian tangan Mary mula turun, ia memegang lengan Sakina dan belakang badannya. Ia mendekatkan badan Sakina ke dalam pelukkannya.
Sakina hanya terdiam menahan tangisannya dengan degupan jantung Sakina terdengar sangat kuat kerana sangat ketakutan.
"Kalau kau sudah tarik balik laporan polis itu. Aku janji tidak akan ganggu kau lagi." Mary berbisik di telinga Sakina yang ada didalam pelukkannya.
Sakina melepaskan badannya yang di peluk Mary. Sambil mengangguk dan berjalan menarik Mary keluar dari bilik Anas.
Sambil menarik Mary ke pintu, Sakina menghantar mesej kepada Minah. "Tolong datang ke bilik Anas sekarang!"
Mary tersenyum suka, kerana melihat kelakuan Sakina yang mengikuti saja kemahuannya.
...----------------...
Di parking kereta.
Mary menyuruh Sakina naik keretanya. Tetapi Sakina tidak mahu, lalu Sakina berjalan ke tempat menunggu taxi.
Mary menarik lengan Sakina dari belakang dan menyuruhnya masuk ke keretanya, dengan sangat kasar. Sakina cuba untuk melepaskan tangan Mary dari lengannya.
Kemudian..
Mary ternampak kereta Jamie. Lalu ia langsung menolak Sakina jatuh ke tanah. Kemudian dia lari dari sana dengan sangat laju.
Jamie turun dari kereta dan berlari mengejar Mary, sambil melihat Sakina yang terduduk di tengah jalan.
Jamie menghentikan langkahnya, lalu ia pergi ke Sakina dan berkata. "Awak tidak apa-apa Sakina?"
Sakina berkata pelahan. "Pergilah kejar dia."
Jamie mengangguk dan terus berlari mengejar Mary di tengah jalan raya.
Kemudian Sakina bangun dan dia terus pergi kearah kedai, tempat Muiz dan Umar berada.
__ADS_1
Semasa sudah dekat sampai, Sakina berhenti dan senyum sedikit, kerana melihat Muiz dan Umar sedang berjalan kearahnya sambil memakan aiskrim dan tertawa.
Sakina menunduk dan mengesat air matanya. Ia merasa sangat lega kerana tiada apa-apa yang terjadi kepada anaknya dan adiknya.
Kemudian Muiz berkata. "Kak kina kenapa ada di sini! Anas bagaimana?" Sakina menggendong Umar, lalu ia balik ke hospital.
Sakina berjalan sambil memegang telefonya dan menjawab panggilan dari Minah yang sudah berada di bilik Anas.
"Sakina, kau ada dimana sekarang ini! Kau pergi mana!" Minah yang dalam kerisauan.
"Minah, nanti akak akan ceritakan semuanya."
...----------------...
Sampai di bilik Anas. Sakina melihat Minah berdiri menunggunya. Dia yang masih menggendong Umar lalu memeluk Minah dan menangis pelahan.
Minah mengusap belakang badan Sakina dan menyuruhnya duduk di sofa.
"Apa yang sudah terjadi Sakina?" Minah bertanya sambil mengusap lengan Sakina. Dan Muiz duduk di sebelah Umar.
Kemudian..
Jamie berlari masuk ke dalam hospital dan pergi ke bilik Anas. Dia hanya dapat melihat Sakina dari luar pintu bilik.
Jamie menatap Sakina dengan perasaan bersalah dan kasihan terhadap Sakina yang tinggal sendirian menghadapi Mary tadi.
Kemudian Sakina ceritakan semuanya pada Minah dan Muiz, sambil menangis tersedu-sedu.
Jamie mendengarkannya dari hujung pintu bilik.
"Ya allah, kenapa kak kina ikutkan saja katanya! Kalau abang Jamie tidak ada tadi bagaimana! Apa yang akan terjadi pada kak kina!" Muiz sangat kesal kerana kakaknya terpaksa mengikuti kemahuan Mary.
Sakina menunduk dan memejamkan matanya.
"Muiz sudahlah. Tindakan yang Sakina buat itu sudah betul. Alhamdulillah tidak terjadi apa-apa kepada kau dan Umar!" Minah berkata sambil memandang Muiz dengan marah.
Jamie ketuk pintu, kemudian ia masuk dan menatap Sakina. Lalu Muiz bersuara. "Bagaimana abang Jamie! Dapat tangkap perempuan itu?"
Jamie menggelengkan kepalanya.
"Kau datang sini kerana ingin bawa Sakina pulang, kan." Minah berkata sambil mengambil beg tangan Sakina dan berikannya pada Sakina, lalu Minah menyuruhnya bangun dari sofa.
"Ya." Jamie mengangguk kecil sambil melihat Sakina.
...----------------...
Abi menyuruh Sakina pulang berehat di rumah. Setelah Anas sudah sedar. Selepas solah isyak, Jamie akan datang menjemput Sakina di hospital. Kerana Muiz, Zara, dan Aya, akan menemani Anas di hospital
Tetapi Jamie sudah datang lebih awal, kerana tadi dia mendengarkan apa yang telah terjadi kepada Sakina.
Sakina tidak sedar yang tadi dia ada buat panggilan telefon dan panggilan itu dijawab oleh Jamie.
...----------------...
Sakina mengangguk kecil sambil berjalan dekat pada Jamie.
Jamie menggendong Umar, lalu dia berjalan di belakang Sakina.
Sakina berjalan di depan Jamie sambil memegang beg bekas sarapan pagi tadi.
...----------------...
Di depan pintu masuk hospital.
Sakina sedang berdiri menunggu Jamie pergi mengambil kenderaan. Sementara Jamie memerhatikan Sakina dari dalam keretanya. Ia melihat Sakina sangat sedih dan sangat keletihan.
Kemudian Jamie turun dari keretanya dan membukakan pintu belakang, lalu ia menyuruh Sakina masuk. "Bagi saya beg itu."
Sakina mengangguk kecil sambil memberikan beg itu pada Jamie. Kemudian ia masuk ke dalam kereta.
"Hati-hati, tangan awak." Jamie memandang tangan Sakina yang terletak di tepi pintu.
Sakina kemudian mengalihkan tangannya.
Jamie melihat mata Sakina sembam, lalu ia menutup pintu keretanya dengan perasaan yang sedih.
...----------------...
Di dalam kereta.
Mereka berdua mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Jamie hanya memandang Sakina yang duduk di belakang kerusinya, sesekali dari cermin depan. Ia melihat Sakina sedang termenung melihat langit.
Umar sudah tertidur lena di atas riba umminya.
...----------------...
Sampai di depan apartment. Sakina buka pintu kereta dan ingin menggendong Umar, tetapi tindakannya Jamie sangat cepat. Jamie mengangkat Umar dan menggendongnya. Kemudian mereka masuk ke dalam lift dan Sakina tekan tingkat paling atas. Jamie hanya melihat dan terdiam, ia mengikuti sahaja kemahuan Sakina.
...----------------...
Sampai di laman atas apartment. Sakina jalan dan duduk di bangku sambil mengesat wajahnya dan menunduk ke bawah.
Jamie menggendong Umar yang sudah tidur lena di pangkuannya. Dia berdiri di sebelah Sakina dan melihatnya sedang menunduk dan memikirkan sesuatu. Jamie duduk di hujung bangku sebelah Sakina sambil melihat bintang dan mereka hanya mendiamkan diri.
Setelah 5 minit berlalu. Sakina mengangkat wajahnya dan bersuara pelahan. "Saya ingin tarik balik laporan polis, yang saya buat terhadap Mary."
Jamie memandang Sakina dengan sangat terkejut, lalu ia berkata. "Saya tidak akan benarkan."
"Saya tidak ingin ada masalah lagi dengan dia dan kamu." Sakina berkata sambil melihat Jamie.
"Saya tahu Sakina. Apa yang awak ingin lakukan ini semua demi keluarga awak. Tapi saya tidak boleh biarkan Mary bebas begitu saja! Maafkan saya." Jamie berkata sambil melihat mata Sakina.
"Saya akan tangkap dia. Awak jangan risau Sakina, saya akan cari dia sampai dapat."
__ADS_1
"Tolonglah tangkap dia cepat. Tolonglah." Sakina menundukkan wajahnya dan mengesat air matanya yang mulai menitis.
"Ya, saya janji. Saya akan tangkap dia secepat mungkin."
Jamie melihat depan sambil mengangguk dan berkata di dalam hatinya. "Perlukah aku tanya dia! Ya, aku harus buat Sakina mengatakannya!"
Jamie memandang Sakina dengan perasaannya yang sangat berdebar-debar. Lalu ia berkata. "Kenapa saya dianggap masalah bagi awak. Apa salah saya Sakina? Apa maksud awak? Saya tidak faham. Saya ingin tahu kenapa!"
Sakina mengangkat wajahnya dan melihat Jamie.
Jamie terus mengatakannya dengan suaranya yang sangat kecewa sambil melihat Sakina. "Kenapa saya tidak boleh ada dalam kehidupan awak! Kenapa saya tidak boleh mencintai awak Sakina!"
Sakina menatap Umar yang berada di pangkuan Jamie di sebelahnya, dengan air matanya yang telah membasahi wajahnya. "Tolonglah jangan ambil Umar dan Anas dari saya. Tolonglah jangan pisahkan saya dengan mereka."
"Sakina, tolong jelaskan kepada saya. Apa maksud awak berkata sedemikian! Saya tidak mengerti Sakina." Jamie menggelengkan wajahnya.
"Saya, Aisha, dan Kamu." Sakina melihat Jamie dengan perasaannya yang penuh kepedihan.
"Apa sebenarnya yang ingin awak katakan Sakina." Jamie menatap wajah Sakina serius.
Sakina menunduk dan memejamkan matanya. Lalu ia bersuara pelahan. "Aisha sudah meninggal dunia, 6 tahun yang lepas."
"Apa maksud awak!"
"Aisha isteri kamu. Dia adalah ibu kandung Umar dan Anas." Sakina mengangkat wajahnya dan menatap Jamie dengan penuh kesedihan.
Jamie menunduk dan memejamkan matanya, lalu ia berkata di dalam hatinya. "Akhirnya, Sakina telah mengatakannya juga."
Selama 10 minit telah berlalu. Mereka berdua hanya mendiamkan diri. Jamie termenung melihat langit dan Sakina menundukkan wajahnya, menyeka air matanya yang terus mengalir.
Jamie bersuara pelahan sambil menatap mata Sakina. "Saya perlukan penjelasan dari awak Sakina. Apa selama ini kerana arwah aisha! Cinta saya ditolak!"
Sakina hanya menunduk dan menutup matanya tanpa ada reaksi apapun.
"Kenapa! Apa kaitannya cinta saya pada awak dengan arwah aisha!"
Sakina berkata pelahan sambil menatap wajah Jamie. "Setiap kali saya melihat kamu, saya akan teringatkan penderitaan arwah aisha. Saya tidak boleh tenang selagi saya bersama kamu. Tolonglah beri saya ketenangan. Saya benar-benar minta maaf. Kerana saya, kamu terpisah dari aisha dan anak-anak kamu. Dan kerana egois saya juga. Umar dengan Anas tiada kasih sayang dari seorang baba." Sakina mengatakannya sambil menangis tersedu-sedu.
Jamie terdiam seketika, setelah Sakina berkata sedemikian. Jiwanya tersentak.
Setelah 10 minit berlalu dengan keadaan mereka menjadi senyap sunyi.
Jamie menatap Sakina lalu berkata dengan perasaannya yang sedih dan kecewa. "Baiklah. Saya akan bagi awak ketenangan. Saya tidak akan pisahkan awak dari Umar dan Anas. Kerana awak adalah ummi mereka. Awak adalah ibu yang sudah membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang."
Jamie menatap mata Sakina dengan perasaan sedihnya terlihat jelas di wajahnya. "Saya takkan pisahkan mereka dari awak. Itu janji saya Sakina."
Sakina menunduk dan menangis pelahan. Dia merasa sangat bersyukur setelah mendengar kata-kata Jamie, dan janjinya itu.
Jamie bangun dari bangku sambil menggendong Umar lalu ia berkata lagi. "Saya akan hantar awak sampai depan rumah."
Sakina bangun dan berjalan di belakang Jamie.
...----------------...
Sampainya di depan pintu rumah. Suha membuka pintu dan melihat Sakina sedang mengambil Umar dari pangkuan Jamie, lalu Sakina masuk ke rumah tanpa berkata apa-apa lagi.
Jamie melihat Sakina sampai masuk ke dalam rumah. Kemudian dia langsung whatsApp Abi. Jamie ingin berjumpa Abi di masjid, selepas makan malam.
...----------------...
Jam 9:00pm.
Semasa di bilik selepas solah isyak. Sakina termenung di atas sejadahnya, dia merasa sangat tenang setelah dia menceritakan rahasia itu. Sakina merasa bebanan yang ada di jiwanya itu terasa hilang. Tetapi dalam masa yang sama Sakina juga merasa kasihan terhadap Jamie, kerana kata-katanya tadi sedikit keterlaluan.
Sakina memegang telefonya dan melihat ada panggilan yang dijawab oleh Jamie, selepas maghrib tadi. Sakina baru sedar, yang tadi dia ada buat panggilan rambang.
"Ya Allah, Apa yang harus akak lakukan." Sakina keresahan, kerana dia tidak ingin Jamie salah faham mengenai panggilan itu.
Kemudian Sakina menghantar mesej kepada Jamie. "Saya baru sedar yang tadi saya tertekan nombor kamu. Saya minta maaf kerana saya telah banyak menyusahkan kamu selama ini."
Sesudah makan malam. Dean menghantar Abi ke masjid yang biasa mereka bertemu. Kemudian Dean menghantar Zara dan Aya ke hospital. Mereka membawa makanan makan malam tadi untuk Muiz dan Anas.
...----------------...
Jam 10:00pm.
Jamie berada di masjid dan sedang duduk bersama Abi, lalu dia menceritakan semua yang dibicarakan tadi bersama Sakina.
Jamie menangis tersedu-sedu di depan Abi. Sebelum ini dia tidak pernah menangis teresak-esak seperti itu kepada sesiapapun. Kecuali terhadap Abi. Jamie merasa nyaman ketika bersama Abi, dia merasa boleh meluahkan perasaannya yang sebenarnya kepada Abi.
Lalu Jamie membaca mesej dari Sakina dan dia menangis pelahan sambil menunjukkan mesej itu kepada Abi. Lalu ia menunduk mengesat wajahnya.
Kemudian Jamie berkata sambil menatap Abi dengan serius. "Saya mahu masuk Islam sekarang juga Abi. Saya ingin buktikan kepada allah, yang saya ingin memeluk agama islam, bukan kerana saya kecewa terhadap Sakina, dan bukan kerana cinta saya pada Sakina. Tetapi kerana saya sangat mencintai islam."
Abi menyuruh Jamie untuk bertenang dan berfikir mengenai perkara ini lagi, kerana setelah Jamie memeluk agama islam. Abi dengan keluarga akan buat keputusan untuk tinggal di London selama sebulan lagi. Ataupun Jamie akan ikut Abi dan keluarga pulang ke Malaysia.
Abi tidak akan tinggalkan Jamie dan membiarkannya sendirian, setelah dia memeluk agama islam. Abi akan sentiasa bersama dengannya.
"Abi akan bersama kamu di London, ataupun kamu yang akan ikut Abi pulang ke Malaysia setelah Muiz menikah hujung bulan ini."
Jamie melihat Abi dengan perasaannya yang sangat terharu. Dia menangis lagi setelah mendengar Abi berkata sedemikian.
"Kamu pulanglah dahulu, fikirkannya banyak kali. Jangan buat keputusan tergesa-gesa."
Abi memegang bahu Jamie yang sedang menunduk, lalu Abi berkata lagi. "Jamie. Abi tahu kamu sedang kecewa terhadap Sakina. Bersabarlah Jamie. Abi sangat berharap, kalau kamu dapat memahami keadaan Sakina sekarang ini."
Jamie menatap Abi dengan perasaan yang sedih. Lalu ia mengangguk dan menunduk.
Malam itu Abi menenangkan Jamie dan menemaninya sehingga subuh. Di masjid the East London mosque.
...****************...
__ADS_1