
Hari ke 12. Keluarga Ariffin di London.
Hari minggu. Setelah solah subuh, Dean dan Muiz ke masjid the East London mosque, untuk keluar tiga hari.
Sesudah sarapan pagi. Lisa mendapat panggilan telefon dari Mary. Lalu dia mengatakan yang neneknya sakit dan sekarang ini berada di hospital.
Mary menyuruh Lisa datang bersama Sakina kerana neneknya itu ingin meminta maaf kepada Sakina.
...----------------...
Kemudian Lisa memberitahu Tok Abi dengan Tok Umi mengenai neneknya itu.
Abi telah menyuruh Sakina dan Zara untuk pergi ke hospital. Kerana mungkin benar yang makcik Jamie itu ingin meminta maaf atas kejadian hari itu kepada Sakina.
"Abi, biar akak teman kak kina dengan kak zara pergi." Kata Aya yang sangat-sangat ingin pergi menemani kakaknya.
"Tidak Aya, cukup hanya Sakina dan Zara saja. Kalau kau juga pergi ikut mereka, siapa yang akan jaga Anas dengan Ryan." Umi berkata seperti itu kerana risau kalau Aya membuat masalah di hospital.
"Benar apa yang Umi katakan itu Aya. Kau seorang yang cepat marah, kalau makcik itu ada kata apa-apa lagi pada kak kina. Lalu kau memukul dia, dan itu akan menjadi kes polis." Zara berkata kepada Aya.
...----------------...
Aya Ariffin adalah seorang anak yang akan menjadi panas baran. Kalau ada sesiapa yang mahu mencari masalah dengan keluarganya.
...----------------...
Setelah solah zohor. Zara yang membawa kereta kerana Sakina tidak mahu memandu kenderaan.
Setibanya mereka di hospital. Zara tidak mahu turun, dia ingin menunggu di dalam kereta saja.
"Kak kina jangan lama-lama ya." Kata Zara sambil melihat Sakina dari dalam kereta.
"Ya, sebentar saja, akak juga tidak mahu lama-lama dengan makcik itu." Kata Sakina dengan senyumannya.
...----------------...
Sakina, Umar, dan Lisa telah sampai di ruangan makciknya Jamie itu.
"Sakina makcik minta maaf atas apa yang telah makcik katakan pada kamu kemarin. Makcik hanya memikirkan Lisa, tidak ada maksud lain. Jamie sudah menyedarkan makcik dengan kata-katanya." Makcik itu berkata sambil memegang tangan Sakina.
Lalu jawab Sakina sambil berdiri dan memegang tangan makcik itu. "Tidak mengapa makcik, kerana saya sangat-sangat mengerti kerisauan makcik terhadap Lisa. Kalau saya di usia makcik. Mungkin saya juga akan bertindak seperti itu, tanpa berfikir dahulu." Kata Sakina dengan senyumannya.
Makcik itu merasa seperti Sakina sedang menyindirnya dengan kata-katanya itu.
Lalu makcik itu melepaskan tangannya dengan sentakkan yang kuat. Lalu dia mencari anaknya Mary.
"Lisa kamu lihat aunty Mary, nenek mahu kenalkan dia pada Sakina." Terlihat jelas di wajahnya itu sedang marah.
"Tidak mengapa makcik, kerana saya sudah mahu pulang." Sakina berkata dengan perasaan yang tidak enak.
...----------------...
Kemudian makcik itu dengan sengaja menjatuhkan air kopi eis nya, di atas peha Umar, yang sedang duduk di bangku sambil memain kiub rubik.
"Oh Maaf, nenek tidak sengaja menjatuhkan nya, nenek mahu meminum air. Maaf ya Sakina." Makcik itu berkata dengan senyuman sinis.
Sakina sibuk mengelap seluar Umar dengan tisu, dia tidak melihat senyuman makcik itu. Lalu Sakina membawa Umar ke toilet luar, kerana ada orang di toilet bilik itu.
...----------------...
Semasa Sakina di ruangan toilet di luar. Mary masuk ke toilet itu, lalu dia mengunci pintu itu dari dalam.
Sakina sedang membasuh seluar Umar di sinki, ia melihat perempuan itu dengan perasaan yang tidak enak.
Sakina cepat-cepat memakaikan seluar Umar. Lalu ia menggendong Umar dan berjalan keluar.
Tiba-tiba Mary menghalang laluan Sakina dengan badannya.
Sakina sangat terkejut. Lalu ia melihat perempuan itu dengan degupan jantungnya semakin kuat, kerana ketakutan.
"Kenapa, kamu takut lihat aku!" Kata Mary yang ada di depan Sakina.
"Maaf saya tidak mengenal anda." Sakina berkata dengan suara yang sangat panik. Lalu Sakina ketepikan badanya untuk berjalan keluar.
Tetapi Mary telah menghalang laluan itu dengan tangannya. Dia berjalan pelahan-lahan kearah depan Sakina. Sehingga Sakina terpaksa mengundurkan dirinya.
"Maaf ada apa ini! Kamu siapa! Saya ingin keluar!" Sakina berkata dengan suara yang kuat.
Mary berkata sambil menghalang laluan Sakina. "Aku Mary, teman wanita Jamie, dan sebentar lagi aku dan dia akan bernikah."
Sakina menggendong Umar dengan erat. "Ya baiklah. Selamat ya. Saya pergi dulu." Sakina berkata dengan pantas kerana ingin keluar dari sana secepatnya.
"Kamu mahu kemana! Sebentarlah. Aku masih mahu bicara sama kamu." Kata Mary sambil tertawa kerana ia suka melihat Sakina dalam ketakutan.
Kemudian. Dia mengenalkan dirinya. "Aku Mary dan Aku seorang Le..b..n.." Dengan sangat bangganya dia mengatakan itu.
Sakina benar-benar terkejut. Sakina yang sedang menggendong Umar, telah mengundurkan dirinya selangkah dua lagi. Sakina melihat perempuan itu dengan sangat-sangat ketakutan.
"Kenapa! Kamu takut ya!" Kata Mary sambil melihat tajam ke mata Sakina.
Lalu Sakina berkata. "Maaf, saya ingin pulang, kerana saya masih ada kerjaan." Suaranya seperti ingin menangis.
...----------------...
Umar yang sedang bermain rubik di perlukkan umminya, Lalu ia mahu turun kerana merasa sakit. Sakina memeluk dia terlalu kuat sekali. Sakina menurunkan anaknya, tetapi Umar masih di hadapannya dan masih di dalam pelukkan umminya.
Mary menunduk dan memegang kepala Umar sambil berkata. "Hello adik, nama kamu siapa."
Sakina mengundurkan badannya lagi sampai terkena dinding.
"Sebenarnya apa yang kamu inginkan dari saya! Tolonglah, saya mahu pulang." Matanya sudah mulai berkaca-kaca.
"Aku cuma ingin kamu jauhkan diri dari Jamie, itu saja! Kerana aku tidak mahu kamu jadi orang ketiga di antara kami!" Mary berkata dengan suara yang keras, sambil melihat tajam ke mata Sakina.
"Baiklah, saya tidak akan ke rumahnya lagi. Dan saya tidak akan pernah berjumpa dengan dia lagi." Sakina berkata Dan mengangguk, sambil memeluk anaknya erat.
...----------------...
Kemudian Mary mulai mendekati Sakina, selangkah demi selangkah..
"Tolong! Saya mohon jangan dekat!" Sakina mulai menitiskan air matanya.
Lalu Mary berkata sambil memegang rambut Umar. "Bolehkah aku melihat wajah kamu, sebentar saja. Setelah ini kamu boleh pergi."
Sakina menggelengkan kepalanya sambil melihat perempuan itu, dengan degupan jantungnya terdengar kuat.
"Apa kamu mahu aku jambak rambut anak kamu ini!" Mary semakin keras.
"Tidak! Tolong jangan!" Sakina berkata dengan air matanya sudah mengalir di wajahnya.
Sakina membuka niqabnya lalu ia menundukkan wajahnya. Sakina menutup mulutnya, kerana tidak mahu Umar mendengarkan tangisannya.
"Wahh kamu cantik sekali, patutlah Jamie tergila-gilakan kamu." Kata Mary sambil melihat wajah Sakina dengan senyuman jahatnya.
Sakina memakai niqabnya kembali. Sakina menggendong Umar, lalu ia berjalan keluar dengan sangat cepat.
Kemudian Mary bersuara lagi dengan sangat kuat. "Stop! Sebentar! Ada satu hal lagi yang aku mahu katakan."
Mary berjalan dan berdiri di hadapan Sakina, lalu ia berkata. "Kalau Jamie tahu mengenai kejadian ini. Maknanya kamu mahu melihat aku lagi. Kalau Kita berjumpa lagi, aku tidak akan pernah melepaskan wajah kamu yang cantik itu." Kata Mary dengan tertawanya yang sangat jahat.
Sakina mengangguk dan ia keluar dari toilet itu sambil menangis. Sakina berjalan terus dengan nafasnya yang semakin sesak. Sakina tetap berjalan terus, walaupun lututnya sudah semakin lemah.
__ADS_1
Sampai di kaunter nurse. Sakina tersandar di situ. Lalu ia menurunkan Umar yang ada di dalam pelukkannya itu dengan pelahan-lahan.
Sakina terjatuh sambil memegang tangan Umar dengan erat. Kemudian. Nurse yang ada di sana telah memanggil kawannya dan mengambil katil beroda untuk membawa Sakina ke ruang kecemasan di tingkat bawah.
Nurse itu terus memanggil Sakina sambil menampar-nampar pipi Sakina yang dalam keadaan separa sedar itu. Keadaan Sakina semakin lemah. Tangannya masih memegang anaknya dengan sangat kuat.
Umar yang melihat umminya terduduk kesakitan. Hanya berdiri memegang tangan umminya sambil mengigit ibu jarinya.
...----------------...
Umar akan mulai mengigit jari tangannya, ketika dia lagi dalam kesedihan atau ketakutan. Kerana Umar adalah anak yang istimewa.
...----------------...
"Anak saya, tolong! Tolong jaga dia." Sakina berkata dengan suaranya termengah-mengah.
"Ya puan, kami akan jaga anak puan." Kata nurse yang sedang mengangkat Sakina ke atas katil beroda tadi.
Kemudian. Ada nurse lain yang melihat telefon Sakina sedang berdering-dering di lantai. Lalu nurse tadi menjawab panggilan itu.
"Kak kina! Apa yang lama sangat di dalam itu. Kenapa panggilan akak tidak dijawab!" Zara berkata dengan suaranya yang dalam kerisauan.
"Maaf cik Zara, kakak cik sekarang ada di ruang kecemasan. Kerana tadi dia mengalami sesak nafas."
"Apa!! Ya Allah, apa yang terjadi lagi ini." Zara terus keluar dari keretanya dan berlari ke ruang kecemasan..
...----------------...
Lisa yang sedang menunggu Sakina di bilik neneknya itu, telah mendengarkan kekecohan yang ada luar bilik. Lalu Lisa keluar dan melihat Umar dengan nurse tadi sedang berjalan ke ruang kecemasan.
Lisa berlari ke nurse yang memegang tangan Umar itu. "Nurse! Dimana ummi saya nurse?" Lisa dalam keadaan panik.
"Ibu adik sekarang ada di ruangan kecemasan."
Kemudian mereka ke ruanggan kecemasan.
...----------------...
Sampai di ruangan kecemasan. Zara melihat Lisa dan Umar berdiri di balik langsir katil Sakina yang sedang menerima rawatan.
"Lisa! Apa yang telah terjadi?" Zara berkata sambil memegang bahu Lisa.
"Lisa tidak tahu acik Zara! Kerana Lisa tidak ada dengan ummi Sakina dimasa itu." Lisa tersedu-sedu.
...----------------...
Setelah beberapa minit berlalu. Doctor telah membuka langsirnya kembali. Kemudian Zara terus bertanya. "Kakak saya bagaimana doctor?"
"Kakak kamu mengalami kejutan yang terlalu kuat, sampai darah dia naik dan membuatkan dia menjadi sesak nafas. Dia perlu berehat sehingga keadaan dia dan penafasan dia kembali normal. Setelah itu barulah kakak kamu boleh pulang." Kata doctor wanita yang pernah merawat Sakina sebelum ini.
...----------------...
Kemudian Zara telefon Abi dan beritahu yang Sakina tiba-tiba sesak nafas, sehingga Sakina dipakaikan oksigen. Abi dan Umi sangat risau mendengarkan berita itu.
"Abi dengan Umi jangan risau! Nanti kalau kak kina sudah sedar. Akak akan beritahu Abi secepatnya."
...----------------...
Dua jam kemudian. Tangan Sakina mulai bergerak-gerak. "Kak kina bangun! Buka mata itu. Akak ada di sini." Zara berkata sambil mengusap kepala kakaknya.
Kemudian Sakina membuka matanya dan dia mahu membuka oksigennya itu. "Jangan kak kina! Tidak boleh buka lagi. Nanti akak panggilkan doctor dulu."
Kemudian..
Oksigen yang dipakai Sakina sudah boleh ditanggalkan, kerana penafasan Sakina mulai stabil. Sakina duduk bersandar di bantalnya dan anaknya Umar sedang tidur lena di pangkuannya.
"Kak kina. Apa yang terjadi tadi?" Tanya Zara yang sedang duduk di bangku.
"Ummi Sakina mahu air apa?" Tanya Lisa.
"Lisa belikan mineral water saja." Kata Zara.
Sakina mengangguk sambil melihat Lisa dengan senyumannya.
Kemudian Sakina melihat Lisa berjalan semakin jauh. Lalu Sakina mulai dengan tagisan sambil memegang tangan dan melihat Zara.
"Tadi teman wanita Jamie datang jumpa akak."
"Apa! Ya Allah. Dia ada kata apa pada kak kina!" Kata Zara yang penuh kerisauan.
"Dia beritahu akak, yang dia itu seorang Le..b..n.." Sakina berkata dengan air matanya membasahi wajahnya.
"Astagfirullah, benarkah ini kak kina!"
"Ya ra, akak benar-benar takut! Akak tidak tahu mahu buat apa." Sakina berkata dengan tangisannya berterusan.
Lalu Zara bangun dari tempat duduknya dan ia berdiri memeluk kakaknya dari tepi, lalu Zara bertanya. "Dia ada buat apa-apa pada kak kina?"
...----------------...
Kemudian. Sakina ceritakan semuanya pada Zara, apa yang telah terjadi semasa di bilik makcik itu. Dan apa yang telah terjadi semasa di toilet.
"Ya Allah, perempuan tu benar-benar sudah melampau." Zara berkata dengan suara yang marah
"Zara, kita pulang sekarang ra. Dia ada di hospital ini. Nanti kalau dia nampak kita bagaimana!" Sakina ingin turun dari katilnya.
"Kak kina sabar! Akak tanya doctor dulu, ya." Zara menahan Sakina dari turun katil.
...----------------...
"Doctor kakak saya tidak boleh tenang. Kalau malam ini dia tidur disini."
"Kenapa?" Tanya doctor wanita tadi.
"Ada orang kacau dia di toilet tingkat atas. Jadinya kakak saya takut kalau orang itu lihat dia ada disini."
"Betulkah ini?" Tanya doctor.
Zara mengangguk sambil berkata. "Ya doctor."
"Baiklah, saya akan periksa rakaman CCTV yang ada di ruangan toilet itu. Dan akan hantarkannya ke balai polis."
"Terima kasih doctor. Apa kakak saya sudah boleh pulang?"
"Ya, tetapi dia harus banyak berehat, dan kalau boleh jangan bagi anak-anak dia mengganggunya semasa berehat."
"Baik doctor, terima kasih." Zara berkata dan mengangguk dengan senyumannya.
Sakina lihat Lisa sudah balik membawa air. Lalu Sakina mengesat air matanya.
"Kita sudah boleh pulang sekarang." Kata Zara pada Sakina dan Lisa.
"Kenapa acik Zara! Ummi Sakina bagaimana?" Tanya Lisa pada Zara.
"Doctor sudah benarkan ummi Sakina pulang." Zara berkata pada Lisa, sambil menggendong Umar yang sedang tidur.
...----------------...
Setibanya mereka di rumah. Jam 6:00pm.
"Zara bawa kak kina terus ke katil. Sakina hari ini kau berehat saja ya. Esok-esok baru cerita, okay." Kata Abi pada Zara dan Sakina.
__ADS_1
"Ya." Sakina mengangguk dengan senyumannya.
...----------------...
Semasa mereka dalam perjalanan pulang. Aya terpaksa bawa Anas pergi kedai, kerana tidak mahu Anas mengganggu Sakina berehat.
...----------------...
Sampai di katil. Sakina pegang tangan Zara. "Zara, waktu kau beritahu Abi nanti, cubalah untuk menenangkan Abi dan juga Aya. Jangan sampai ada masalah lain." Sakina berkata seperti itu kerana kerisauannya terhadap keluarganya.
"Ya baiklah, kak kina jangan risau okay." Zara mengangguk.
Walaupun dalam keadaan lemah seperti itu. Sakina masih memikirkan keluarganya. Jika Abi atau Aya menyerang Mary dengan ibunya, itu pasti akan menjadi kes polis.
Setelah Zara selesai dari solah asar. Zara dengan Aya masuk ke bilik Abi dan Umi. Zara mulai menceritakan apa yang telah terjadi kepada Sakina di hospital tadi, secara terperinci.
Kerisauan Abi dengan Umi itu telah membuatkan Abi ingin berterus-terang terhadap Jamie mengenai Sakina itu adalah anak Abi.
...----------------...
MALAM itu. Jam 9:30pm.
Semasa Jamie sedang menunggu Abi di laman masjid the East London mosque, di tempat Dean dan Muiz keluar tiga hari.
Abi datang bersama Dean dengan Muiz.
Kemudian Jamie melihat Dean bersama ustaznya.
Lalu Jamie bertanya pada Dean. "Apa yang kau buat di sini dengan ustaz?" Jamie terlihat sangat gembira kerana berjumpa dengan Dean disitu.
Abi berkata dengan serius. "Malam ini kami ingin tahu latar belakang kehidupan kamu sebelum ini."
"Kenapa ustaz, ada apa sebenarnya." Jamie terlihat sangat takut.
"Wanita yang bernama Sakina itu adalah anak perempuan Abi. Dia adik kepada Dean dan kakak kepada Muiz." Abi memberitahu Jamie.
Jamie sangat-sangat terkejut dengan penyataan ustaznya itu.
Lalu Jamie melihat Dean dan bertanya. "Dean benarkah apa yang ustaz katakan ini."
Dean mengangguk dengan senyumannya.
"Ustaz, saya minta maaf ustaz! Saya tidak mengenal ustaz sebelum ini." Kata Jamie yang dalam kerisauan. Kerana Jamie banyak bercerita tentang Sakina kepada ustaznya.
"Tidak apa Jamie, kerana Abi yang ingin tahu sejauh mana perasaan kamu terhadap anak Abi." Abi berkata dengan senyumannya sambil memegang lengan Jamie.
Jamie mulai tersenyum, dengan perasaan yang sangat lega.
...----------------...
Setelah itu. Jamie mulai bercerita tentang kehidupannya bersama arwah aisha.
"Saya sebenarnya duda ustaz. 6 tahun yang lepas, isteri saya lari meninggalkan saya. Dia pergi tanpa bicara dan menghilang tanpa berita."
"Apa yang terjadi diantara kamu dengan mantan isteri kamu itu." Tanya Abi yang mulai merasa yang Jamie ada kaitan dengan arwah aisha.
"Dia mengalami barah rahim. Dan dimasa itu dia sedang mengandungkan anak kami. Doctor telah beri kami pilihan, ingin gugurkan kandungan itu dan teruskan menjalani rawatan. Atau mahu pertahankan kandungan itu tetapi doctor tidak pasti akan kesehatan dia." Jamie bercerita dengan perasaan yang sangat sedih.
"Saya memilih untuk gugurkan kandungan itu ustaz. Tetapi dia tidak mahu, kerana itu dia memilih untuk pergi dan sehingga hari ini, saya tidak tahu apa dia masih hidup atau sudah tiada. Saya punya anak! Atau tidak!" Jamie berkata dengan pasrah.
"Persoalan itu membuatkan saya terus menjalani kehidupan seperti ini ustaz. Memilih untuk hidup sendiri adalah yang terbaik buat saya."
"Dan disebabkan itu kamu mengalami depressed." Tanya Abi.
Jamie terkejut, ia melihat Abi lalu berkata. "Ya ustaz. Bagaimana ustaz boleh tahu?"
"Sejak kali pertama abang Jamie berjumpa dengan kami disini. Abi dapat melihat wajah abang Jamie seperti pernah mengalami depressed." Muiz berkata dengan senyumannya.
"Tetapi itu sebelum kau berjumpa dengan Sakina, ya kan Jamie." Kata Dean.
Lalu Jamie tersenyum bahagia. "Ya benar kata Dean ustaz, itu sebelum saya mengenali ustaz dengan keluarga ustaz. Dan sebelum saya mengenali islam."
...----------------...
Abi, Dean, dan Muiz melihat sesama mereka. Kerana mereka sudah tahu yang Jamie adalah ayah kepada Umar dan Anas.
...----------------...
Abi memegang tangan Jamie dan berkata. "Abi mahu tahu siapa Mary? Dan apa hubungan kamu dengan dia?"
"Bagaimana ustaz boleh kenal Mary?" Jamie terlihat terkejut lagi.
"Sebab perempuan itu sudah!!" Kata-kata Muiz terhalang oleh Abi.
"Muiz cukup!" Kata Abi sambil menggelengkan kepala.
"Apa dia ustaz! Apa yang terjadi! Apa yang saya tidak tahu! Muiz!" Jamie melihat Abi dan Muiz.
Kerisauan Jamie terhadap Sakina terlihat jelas di wajahnya.
"Nanti Abi akan ceritakan pada kamu, apa yang telah terjadi tengah hari tadi. Tapi sebelum itu Abi ingin tahu siapa Mary?"
Kemudian..
Jamie menjelaskan kepada abyi yang mereka hanya sekadar sepupu yang jarang berjumpa. Dan tidak lebih dari itu. Jamie hanya tahu yang Mary, anak makciknya itu seorang Le..b..n itu saja.
...----------------...
Setelah Abi sudah tahu tentang hubunggan Jamie dengan perempuan itu. Barulah Abi menceritakan semuanya, apa yang telah terjadi kepada Sakina di hospital pada tengah hari tadi.
"Sakina tidak mahu kamu tahu mengenai kejadian ini. Kerana Sakina takut kalau perempuan itu akan mencari dia lagi." Abi berkata dengan tenang.
"Sebab dia sudah bagi amaran pada Sakina! Dia tidak akan lepaskan Sakina kalau kau tahu tentang cerita ini." Dean berkata dengan suara yang keras.
"Bagaimana dengan keadaan Sakina sekarang ini ustaz?" Jamie terlihat sangat risaukan Sakina.
"Sakina demam!" Kata Dean.
"Kak kina tidak mahu tidur di hospital, kerana takut kalau perempuan itu nampak dia ada disana." Kata Muiz.
"Apa yang akan kau lakukan sekarang ini?" Kata Dean.
"Saya akan pastikan yang Mary dapat hukuman dari apa yang telah dia lakukan pada Sakina." Jamie berkata sambil melihat Abi, Dean, dan Muiz.
Abi bertanya pada Jamie. "Esok malam Abi ingin kamu datang ke rumah, makan malam sekali. Boleh kan?"
"Boleh ustaz. Saya akan datang." Jamie terlihat sangat gembira.
"Kalau perempuan itu betul-betul kacau kak kina bagaimana abi?" Tanya Muiz.
"Abang tidak rasa dia berani kacau Sakina lagi, kalau Jamie sudah tahu tentang dia." Kata Dean.
"Jamie, Abi ingin kamu nyatakan perasaan kamu pada Sakina." Abi berkata dengan serius.
"Ya Jamie, beritahu dia perasaan kau yang sebenanya!" Dean berkata sambil menepuk lengan Jamie.
Jamie melihat mata Abi dengan perasaan yang sangat terharu. Kerana Abi sudah menerima dia menjadi sebahagian dari keluarga Abi.
"Bila Abi, waktu yang sesuai untuk abang Jamie luahkan perasaannya pada kak kina?" Tanya Muiz.
"Petang esok di taman. Abi hanya ingin Sakina tahu, yang dia tidak perlu takut dengan apa yang telah perempuan itu katakan kepadanya." Abi berkata sambil melihat Jamie dengan sangat serius.
__ADS_1
...****************...