
Hari ke 18. Keluarga Ariffin di London.
Setelah Dean dan Muiz pulang dari solah subuh berjemaah di masjid.
Muiz, Aya, dan Zara akan menghantar Lisa ke sekolah seperti biasa.
Dean dan isterinya Ada di bilik mereka. Dan Umar, Anas, Ryan, masih lagi tidur di bilik Sakina.
Umi memanggil Sakina untuk berbincang di bilik Abi dan Umi. Ketika itu Abi masih lagi duduk di atas sejadahnya. Kemudian Umi duduk di sebelah Abi. Sakina sudah tahu ingin berkata apa. Lalu ia duduk di depan Abi dan Umi.
Kemudian Abi berkata dengan serius. "Sakina, Abi ingin tahu kenapa kau tolak lamaran Jamie. Bagi Abi alasan yang membuatkan Abi setuju dengan keputusan kau."
"Akak tidak ingin ada apa-apa hubungan dengan dia Abi. Akak bahagia dengan kehidupan akak selama ini. Akak tidak perlukan suami."
"Sakina, ini adalah waktunya untuk kau menjadi seorang isteri. Kehidupan kau akan lebih bahagia, lebih sempurna bila ada orang yang sangat mencintai kau." Abi berkata dengan pelahan.
"Tidak Abi. Akak tidak yakin kalau akak boleh menjadi seorang isteri yang sempurna untuk dia, kerana akak tidak mencintai dia Abi."
"Disebabkan Mary! Kau tidak boleh menerima Jamie?" Abi berkata dengan serius.
"Bukan Abi. Bukan kerana perempuan itu. Tapi kerana arwah aisha." Sakina menunduk dan memejamkan matanya.
Umi dan Abi sangat terkejut kerana Sakina menyebut nama arwah aisha. Sakina sudah tahu siapa Jamie yang sebenarnya.
"Apa maksud kau? Abi tidak faham." Abi dengan Umi buat-buat tidak tahu.
Sakina melihat Abi dan Umi dengan wajahnya yang terlihat sangat sedih. "Dia mantan suami arwah aisha."
"Bagaimanakah kau boleh tahu yang Jamie adalah mantan suami arwah aisha?" Tanya Abi yang penasaran.
"Sakina, masa bila kau dapat tahu yang Jamie itu suami arwah aisha?" Tanya Umi.
"Semenjak Lisa datang ke rumah kita ini Umi. Waktu itu akak tolong ambilkan beg Lisa di bonet kereta Jamie, dan akak ternampak gambar pernikahan mereka. Dia bersama arwah aisha!" Mata Sakina sudah berkaca-kaca.
Sakina mengesat air matanya dan menunduk. "Dia baba Umar dan Anas, Abi. Dia lelaki yang selama ini akak benci."
...----------------...
Setelah arwah aisha meninggal dunia. Sakina sangat membenci suami arwah aisha, kerana Sakina menganggap suami arwah aisha adalah lelaki yang dayus dan tidak bertanggungjawab.
...----------------...
"Ya Allah, selama ini kau sudah tahu siapa Jamie." Umi bersuara pelahan sambil mengusap lengan Sakina.
Sakina cuba untuk tidak menangis tetapi air matanya terus mengalir. "Abi, Umi, akak tidak mahu dia tahu siapa Anas dan Umar. Akak tidak boleh biarkan dia ambil Umar dan Anas dari akak Abi. Akak tidak boleh kehilangan anak-anak akak Umi."
"Sakina, kau tidak akan kehilangan mereka! Kalau kau boleh menerima Jamie dalam kehidupan kau!" Abi berkata dengan suara yang lembut.
Sakina berkata sambil tersedu-sedu. "Akak benar-benar tidak boleh melihat wajahnya Abi. Kerana setiap kali akak lihat wajah dia, akak akan ternampak arwah aisha dan akak akan teringatkan penderitaan arwah aisha selama ini." Sakina menundukkan wajahnya, lalu ia menangis.
"Sakina, kau harus mulakan kehidupan yang baru. Jadilah seorang isteri dan ibu kepada anak-anak Jamie. Dan Ryan akan membesar dengan adanya ibu dan ayah." Abi terus berkata-kata.
Sakina menutup mulutnya kerana tidak mahu tangisannya terdengar kuat.
Umi memeluk Sakina dan mengusap belakang badan anaknya dengan belaian yang lembut di rambutnya. "Sabarlah Sakina. Tenanglah."
"Sakina, apa yang telah terjadi ini ada hikmahnya. Kau kena nampak yang semua ini terjadi kerana ketentuan ALLAH s.w.t. Ini takdir kau dengan Jamie. Allah temukan kita dengan orang yang sangat mencintai islam, dan sangat mencintai kau. Cubalah kau berfikir secara rasional Sakina." Abi berkata lagi dengan suara yang pelahan.
"Sakina, kebencian itu akan pudar setelah kau memaafkan dia." Umi bersuara pelahan sambil mengesat air mata anaknya.
"ALLAH temukan kau dengan Lisa dan Ryan, untuk kau menjadi seorang ibu yang akan mengubah kehidupan anak-anak yatim ini. Sejak kita ada di sini, Lisa dan Ryan sangat bahagia. Sakina, kau sudah ditakdirkan untuk mengubah kehidupan mereka." Abi berkata sambil memegang sebelah tangan anaknya.
Sakina menangis kembali setelah mendengar kata-kata Abi dengan perasaan yang penuh kepedihan.
Umi memeluk Sakina dengan erat, untuk menenangkan anaknya.
__ADS_1
Selepas beberapa minit kemudian. Abi berkata lagi. "Memaafkan adalah sesuatu tindakan yang sangat mulia. Hati kau akan tenang kalau kau betul-betul ikhlas memaafkannya."
Umi melihat Abi. Lalu Umi menyuruh Abi untuk biarkan Sakina berehat dan memikirkannya dahulu.
"Baiklah. Sakina, pergilah tenangkan diri kau dulu. Fikirkanlah apa yang Abi dan Umi katakan tadi. Nanti kita bincang lagi." Abi berkata sambil mengusap lengan Sakina dengan sangat lembut.
...----------------...
TENGAH HARI. Aya mengetuk pintu dan memanggil kakaknya untuk makan sekali. Sakina sedang berbaring menutup kepalanya dengan selimut, ia memikirkan kata-kata Abi dan Umi dengan tangisan sayunya.
Aya membuka pintu dan melihat. Sakina terpaksa buat-buat tidur, kerana dia tidak mahu keluarganya melihat wajahnya yang sembam disebabkan menangis.
Abi sudah duduk di meja makan untuk buat penyataan dan keputusan. Kemudian semua ahli keluarga telah berkumpul di meja makan.
Kemudian Abi bertanya pada Aya. "Kak kina mana?"
"Tidur lagi Abi, apa mahu akak bangunkan lagi Abi?" Aya masih berdiri di bangkunya.
"Tidak perlulah, biarlah dia berehat." Kata Abi pada Aya. Lalu Abi menyuruh Aya duduk.
Kemudian..
Abi memberitahu Keluarga yang Jamie telah melamar Sakina, dan Abi dengan Umi sudah menerima lamaran Jamie.
Semuanya sangat terkejut dengan apa yang Abi katakan itu.
"Ya Allah betulkah ini Abi. Alhamdulillah, besarlah pahala Abi. Kerana sudah banyak mengajar Jamie tentang islam." Kata Dean dengan senyumannya.
"Bila Abi, abang Jamie melamar kak kina." Tanya Muiz dengan senyumannya.
"Semalam, semasa mereka sudah sampai sini. Jamie melamar Sakina di dalam kereta." Kata Abi pada Muiz.
"Alhamdulillah, jodoh kak kina rupanya ada di sini, orang London." Kata Muiz dengan tertawanya yang gembira.
Abi, Umi, Zara, Aya, dengan Dean, dan Suha, juga tertawa gembira.
...----------------...
PETANG itu. Di Airport London. Minah menelefon Sakina berkali-kali. Tetapi tidak dapat, kerana telefon Sakina tutup. Lalu Minah menelefon Zara. "Aku sekarang ini ada di Airport London." Minah berkata dengan suara yang ceria.
"Apa! Ya Allah. Okay kau tunggu sebentar, aku akan datang sekarang." Zara sangat terkejut kerana Minah tidak kata apa-apa tentang dia akan datang sini. Tiba-tiba saja sudah ada di Airport.
Zara beritahu Abi mengenai Minah. Kemudian Dean, Zara, dan Aya pergi menjemput Minah di Airport.
...----------------...
Di dalam kereta.
"Kenapa kau tidak beritahu kita semua dulu, sebelum mahu datang?" Zara berkata dengan suaranya yang ceria.
"Ya, tiba-tiba saja muncul." Kata aya dengan senyumannya yang suka.
"Siapa yang beritahu kau yang Muiz sudah ada tarikh nikah?" Tanya Dean pada Minah dengan tersenyum gembira.
"Seingat akak, kita belum beritahu Minah lagi kan, Aya." Zara berkata sambil berfikir.
Aya mengangguk sambil memikirkannya juga. "Ya betul."
"Sakina lah yang telah beritahu aku. Malam itu juga kina telefon aku. Katanya lamaran Muiz diterima dan 27 March ini Muiz akat nikah. Aku kan sudah janjian dengan Sakina, itu sebabnya aku datang sini. Ingin buat kejutan." Minah tertawa.
Zara, Aya dan Dean juga tertawa bersamanya. "Zara, kenapa aku telefon Sakina tidak dapat. WhatsApp juga Sakina tidak baca. Ada apa dengan Sakina?"
"Nanti sampai rumah, kau sendiri yang bicara dengan kak kina. Tanya dia langsung." Zara berkata dengan senyumannya.
"Kerana ceritanya sangat panjang." Dean bersuara.
__ADS_1
"Kalau ingin tahu ceritanya, harus tunggu malam nantilah." Aya berkata dengan gembira.
"Ya." Zara mengangguk dengan tersenyum.
Minah menjadi sangat penasaran.
...----------------...
Setibanya mereka di apartment.
Minah berkata. "Assalamualaikum Umi, apa khabar. Apa semuanya sihat?"
Muiz berkata dengan senyuman ceria. "Alhamdulillah, semuanya sihat sejahtera."
Umi memeluk Minah. "Alhamdulillah kamu selamat sampai sini."
"Ya, alhamdulillah." Minah mengangguk dan tersenyum, lalu ia bertanya. "Abi mana Umi?"
"Tidak ada. Abi baru saja keluar dengan kawan dia."
Minah mengangguk dan berkata. "Umi, Minah masuk dulu ya, mahu jumpa Sakina."
Umi mengangguk dengan senyumannya. "Baiklah."
"Apakah kau sudah beritahu Minah soal Sakina?" Umi bertanya kepada Zara dan Aya.
"Belum lagi Umi." Aya berkata sambil minum air.
"Biarlah Umi. Minah tahu soal itu dari kak kina." Zara berkata sambil mengambil cawan dan duduk di bangku untuk minum air. Lalu Umi mengangguk.
...----------------...
"Assalamualaikum Sakina." Minah melihat Sakina sedang berbaring, lalu ia mendekatinya dan Minah melihat matanya sembam kerana menangis. Kemudian Minah duduk di katil dan kejut Sakina bangun dari tidurnya.
"Kina bangun! Sakina bangunlah, ini aku Minah!"
Sakina mendengar suara Minah, lalu ia membuka matanya dan bangun dari baringnya. "Ya Allah. Minah." Sakina memeluk sahabatnya itu dengan sangat erat.
Minah tersenyum dan memandang mata Sakina dengan serius. Minah terdiam.
Sakina membetulkan rambutnya, mengelap pipinya dan matanya. Sakina melihat Minah menatapnya serius. Lalu ia berkata. "Bila kau sampai sini. Kenapa tidak telefon dulu?"
"Sakina, aku tidak tahu apa masalah kau. Jadi aku tidak akan tanya apa-apa. Aku cuma ingin tahu siapa budak ini? Comelnya dia." Minah mencium pipi dan tangan ryan.
"Apa nama bayi ini?" Tanya Minah.
"Nama dia Ryan. Usianya baru lima bulan. Ryan ada kakak, dan sekarang ini ada di sekolah." Sakina melihat Minah sedang menggendong Ryan.
"Kakak dia umur berapa?" Kata Minah yang masih menggendong Ryan dan menciumnya.
"10 tahun. Nama dia Lisa." Sakina tersenyum kerana melihat kelakuan Minah terhadap Ryan.
"Bagaimana kau boleh jaga budak-budak ini?" Minah melihat Sakina tersenyum.
"Mereka ini anak-anak yatim piatu, tiada ibu dan ayah. Mereka hanya ada pakciknya sahaja."
"Ohh begitu." Minah mengangguk dan tersenyum
...----------------...
Apartment itu mempunyai 4 bilik. Selama ini Sakina, Zara, Aya, dan Lisa tidur sebilik. Tapi malam itu Muiz terpaksa tidur di ruang tamu, kerana Minah, Zara, dan Aya akan tidur di bilik Muiz. Minah ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Sakina.
Zara dan Aya telah menceritakan semuanya mengenai Sakina kepada Minah, secara terperinci. Sehingga tengah malam.
Minah tidak tinggal bersama keluarga Ariffin, kerana dia sudah ada tempat tinggal di London bersama kawannya yang kerja di hospital juga.
__ADS_1
...****************...