Cinta Sakinah

Cinta Sakinah
episode 5


__ADS_3

Hari ke 8. Keluarga Ariffin di London.


Selepas sarapan pagi. Semasa nenek Lisa sedang mengemas di dapur.


Lisa telah menggendong adiknya Ryan yang sedang tidur lena. Dia membawa adiknya ke apartment Sakina.


Kemudian, neneknya sudah bersiap-siap untuk menghantar Lisa ke sekolah. Tetapi Lisa nya tidak ada.


Neneknya itu mencari mereka ke semua tempat di dalam rumah itu, tetapi tetap juga tidak jumpa.


Lalu neneknya berdiri di laman rumah dan melihat Lisa sudah berjalan jauh, sambil menggendong adiknya kearah apartment Sakina.


Neneknya itu sudah tahu yang Lisa mahu Sakina menjaga adiknya Ryan. Semasa dia lagi di sekolah.


Lalu neneknya itu membiarkan saja, Lisa pergi berjalan seorang diri dengan membawa Ryan.


...----------------...


Sampainya di depan apartment Sakina.


Lisa telefon makcik Sakina dan mengatakan yang dia dengan adiknya, sudah ada di bawah.


Lalu Sakina turun dan melihat hanya Lisa dengan Ryan saja yang ada, tiada orang tua yang menemani mereka ke sini.


Sakina merasa sangat kesal kerana Jamie atau neneknya itu telah membiarkan Lisa membawa Ryan pergi, dan telah membiarkan Lisa berjalan seorang diri ke sini.


"Kenapa Lisa datang dengan adik seorang diri? Dimana nenek Lisa, atau pakcik Lisa?" Sakina berkata sambil mengambil Ryan dari pelukkan Lisa.


"Pakcik Jamie sudah pergi kerja, sebelum Lisa bangun dari tidur lagi. Nenek pula ada kerja di tempat lain. Jadi Lisa fikir, lebih baik bawa adik Ryan datang sini. Daripada nenek bawa adik pergi ke tempat kerja dia yang lain itu. Baik adik Ryan duduk di sini dengan makcik Sakina. Ya kan."


"Tapi Lisa, nenek tahu atau tidak, Lisa bawa adik datang ke sini."

__ADS_1


"Tidak tahu. Tapi Lisa tidak mahu adik pergi dengan nenek. Makcik Sakina tolong jaga adik ya."


"Baiklah, makcik akan jaga adik Ryan. Tapi makcik akan jumpa nenek Lisa dahulu, minta izin dia untuk menjaga adik."


"Makcik Sakina harus minta izin pada pakcik. Bukannya nenek, kerana pakcik Jamie yang akan buat keputusan untuk Lisa dan adik."


"Baiklah makcik akan minta izin dari pakcik Lisa dahulu, ya."


"Ini nombor telefon pakcik Jamie, nanti makcik Sakina whatsApp dia ya. Lisa sudah mahu ke sekolah, nanti petang Lisa datang ambil adik." Lisa berkata dengan suara yang sangat gembira.


Sakina mengangguk dengan senyumannya. "Ya baiklah. Lisa jalan pelahan-lahan, jangan berlari nanti jatuh. Hati-hati ya." Sakina berkata sambil membetulkan rambut Lisa dan bajunya.


Lisa mengangguk dengan senyuman manisnya yang ceria.


Setelah Lisa pergi, Sakina terus hantar whatsApp Jamie. "Maafkan saya kerana mengganggu anda, saya Sakina yang tinggal di apartment itu. Saya hanya mahu minta izin dan memberitahu encik Jamie. Tadi Lisa telah menghantar Ryan kepada saya. Dia ingin saya menjaga adiknya sehingga dia pulang dari sekolah. Saya berharap anda dapat memberikan izin kepada saya, untuk menjaga mereka sehingga anda pulang dari kerja."


Jamie membaca whatsApp itu dengan perasaan yang sangat senang. Jamie tidak bertanyakan apa yang terjadi kepada makciknya ataupun kepada Lisa. Kerana Jamie sangat yakin, pasti Lisa yang memandai-mandai.


...----------------...


Setelah Jamie pulang dari kerja. Jam 8:30pm.


Semasa di rumah. Jamie sudah selesai mandi. Lalu Jamie duduk di sofa sambil mengelap rambutnya dengan tuala, lalu ia bersandar di sofa.


Beberapa minit kemudian. Jamie teringatkan mata Sakina, suara Sakina, dan cara berpakaian Sakina.


Rasa ingin tahu Jamie itu semakin kuat. Sehingga Jamie bangun dari sofa dan terus pergi ke The East London mosque.


...----------------...


Sampai di masjid itu. Jamie mencari orang Muslims yang boleh menjelaskan lebih terperinci mengenai agama islam kepadanya.

__ADS_1


Jamie melihat sesiapa yang dia boleh bertanya, Lalu dia nampak Abi dan Muiz sedang berjalan keluar dari masjid.


Jamie turun dari kereta dan ia menegur Abi. "Hello Sir, can I ask you something about islam?" Nada suara Jamie penuh dengan harapan.


Abi melihat lelaki ini atas bawah. Lalu Abi yakin yang lelaki ini benar-benar ingin tahu tentang Islam.


Abi mengajak dia ke dalam pagar masjid, lalu Abi menyuruh dia duduk di bangku yang ada di laman masjid.


Kemudian Abi bertanya. "Siapa nama kamu?"


"Saya Jamie junior, saya tiada agama. Dan disebabkan itu, saya mahu tahu apa itu islam?" Abi sangat-sangat faham dengan kata-katanya.


Lalu Abi bertanya lagi. "Baiklah, sekarang ini apa yang ingin kamu tahu."


"Saya ingin tahu tentang nabi Muhammad s.a.w."


...----------------...


Setelah dua jam Abi menjelaskan tentang Islam kepadanya. Jamie mula merasai sesuatu di jiwanya.


Jamie mahu terus berlajar mengenai Islam dengan Abi. Jamie ingin selalu berjumpa dengan Abi.


Abi melihat wajah Jamie seperti pernah mengalami depression. Abi kasihan melihat keadaannya, lalu Abi menerima permintaan Jamie.


"Baiklah kalau begitu. Kita akan berjumpa di sini setiap hari selepas solah isyak, boleh?"


Jawap Jamie dengan senyumannya yang gembira. "Ya, boleh ustaz. Terima kasih ustaz."


Abi tersenyum dan menepuk lengan Jamie sambil mengangguk.


Malam itu Jamie pulang dengan perasaan yang sangat tenang, setelah dia berjumpa dengan Abi.

__ADS_1


...****************...


__ADS_2