
Anak
Episod 10
Dari tirai penjara Abot tetap meneruskan niatnya. Syaitan belaannya yang lapar harus diberikan makanan. Hanya Alana terlintas dijadikan korban. Sejahat dirinya tidak mungkin mahu menyerahkan isteri dan anaknya sebagai makanan. Mantera dibacakan sehingga penghuni penjara dapat merasai keseraman malam itu. Warden penjara datang untuk menegur tetapi belum sampai di kawasan Abot, mereka berpatah semula saat melihat jerangkung yang terbalik di atas siling. Abot melukakan jarinya dan menulis sesuatu dilantai. Berderau darah penghuni penjara malam itu mendengar bunyi seakan binatang berebut menjilat darah Abot.
" Pergi kau, jadikan Alana makanan mu. " Arah Abot.
Dendamnya pada Alana semakin menebal bila wajahnya cacat dek kerana bara api malah terseksa tinggal dipenjara. Khabar berita anak isterinya terpaksa menyerahkan semua harta mengantikan duit tanah yang diambil Abot juga sudah Abot ketahui. Tanah Alana gagal di ambil malah dirinya kini dalam penjara. Bau busuk melintas satu persatu tirai besi penghuni menandakan jerangkung meninggalkan Abot untuk mencari Alana.
****************
" Kenapa budak tu aneh dimataku. Siapakah dia. Kenapa hatiku sayu. Ish tidurlah.."
Melati, guru baru yang sukar untuk senyum. Sukar untuk bercakap sebarangan tiba tiba teringat wajah Alana sewaktu perhimpunan. Aura Alana dirasakan seakan memanggilnya untuk dia berada dekat.
" Haus la pula."
Dengan malas Melati bangun. Kerana mahu berjimat, dia menerima tugas warden dan tinggal di kuaters dalam sekolah. Saat mahu minum, sesuatu melintas tetapi Melati sudah biasa dengan pancaindera ke 6 miliknya. Dia tahu roh jahat mahupun baik. Matanya bertumpu pada roh yang baru muncul. Seakan menyampaikan sesuatu. Jantungnya berdegup kuat. Wajah Alana kerap muncul.
" Budak2 semua dah balik. Kenapa dengan aku ni ?"
Melati tertanya-tanya dalam hatinya. Entah kenapa lolongan anjing malam itu agak sayu dan panjang. Firasat hatinya mahu memeriksa asrama diteruskan. Tanpa lampu suluh, Melati tidak gentar berjalan malam. Langkahnya dilajukan saat mendengar jeritan seseorang.
" Mama....."
"Eh suara siapa tu?" Melati berlari menaiki tangga.
Aura hitam dapat Melati rasakan kuat. Ingatan Melati pada setiap ajaran agama dan bait bait ayat hafalan menjadi tiang kekuatan Melati untuk terus melangkah tanpa ragu.
Melati tergamam melihat satu tubuh yang hampir dirasuki roh jahat.
" Hoii... !!!"
__ADS_1
Melati menjerit menyergah saat jerangkung membuka mulutnya seluas luasnya untuk menghisap kepala Alana.
Bergema seluruh bangunan dengan bacaan ayat suci Al-Quran setulus ikhlas dibacakan Melati. Langkah diperkukuhkan. Melati yakin dia akan di serang. Pesanan tok guru silat tersemat dalam hatinya.
" Jangan lalai. Kukuhkan hati dan pemikiran."
Melati menyerang terdahulu dan beberapa pukulan tepat terkena jerangkung.
***********
" Huk!!!"
Abot terasa dadanya panas dan sakit. Batuk berdarah tersembur keluar dari mulutnya.
" Celaka!!! Siapa yang ganggu belaan ku makan!!!"
Abot menepuk lantai tanda marah. Mentera dibacakan Abot penuh kusyuk tetapi tetap dadanya berbahang dan muntah darah. Abot pengsan sementara jerangkung belaan Abot menanti detik dan waktu bakal dimusnahkan.
***************
Libasan kain selendang yang sentiasa menemani Melati menjadi objek senjata pertahanan. Libasan demi libasan bersama doa membuatkan jerangkung mengeluarkan bunyi seperti babi mengelupur.
" Dengan nama Allah maha pengampun dan maha penyayang, aku memohon.. izinkan aku ya Allah menghapuskan iblis ini. "
Melati berbisik dalam hatinya saat jerangkung menyerang dengan lebih agresif. Entah mengapa, langkah dan otak Melati seiring bekerjasama. Terasa langkahnya seakan menjadi ringan dan lebih cekap. Ayat yang dibacakan juga teguh dan lancar. Selendang Melati tepat terkena sasaran dada jerangkung. Asap kabus kecil mula kelihatan bersama bau yang amat busuk. Melati mengunakan kelemahan itu terus menerus menyerang dan akhirnya jerangkung mengeluarkan asap tebal dan menjadi debu. Angin kuat menerpa dari arah pintu seakan membawa pergi debu debu dari iblis itu. Melati dengan pantas bergerak menuju katil yang ada seseorang.
" Bangun . Bangun..."
Melati tidak tahu siapakah nama pelajar itu. Tapi pelajar itulah yang mencuri pandangan nya sejak mula menjejakkan kaki di perhimpunan.
" Ya Allah kenapa mirip sekali. "
Melati berbisik dalam hatinya. Hampir saja dia menitiskan air mata tapi ditahan. Terasa tubuh Alana panas membahang. Sepenuh tenaga Melati mengendong Alana untuk dibawa ke hospital. Jarak hospital dan asrama amatlah jauh.
__ADS_1
" Ya Allah .. andai benar dia adalah orangnya..aku mohon ya Allah.. sembuhkan lah dia untukku. "
Kereta dipandu Melati meluncur laju. Jalan yang gelap dan tidak rata tidak menghalang pemanduan Melati. Sesekali dia menjeling memandang susuk tubuh gadis di sebelahnya. Kerinduan yang muncul bertahun tahun terasa seakan terubat.
" Pop...."
Melati terkejut saat keretanya hampir terbabas. Stering dipegang kuat. Kelajuan kereta dikurangkan perlahan lahan. Mujur ada bukit dihadapan. Melati dan Alana terselamat dari kecelakaan jalan raya. Berdebar-debar jantung Melati. Tayar keretanya meletop di bahagian belakang.
" Ya Allah.. terima kasih atas pertolonganmu. Aku yakin kau lah yang berada bersamaku di saat kami dalam bahaya. "
Hati Melati berbisik. Kawasan sekeliling masih gelap dan tidak ada satu kenderaan pun muncul. Melati mencari air mineral yang ada dalam kereta. Kain kecil dibasahkan dan diletakkan di atas dahi Alana. Semakin lama dia merenung wajah Alana semakin ingatannya terbayang akan kenangan silam. Adakah benar apa yang dilihatnya kini. Kenapa anak gadis ini berada disini dan mengapa dia tidak pulang ke rumah. Apakah yang terjadi. Soalan itu bermain main dalam minda Melati. Ingin sekali dia mengetahui siapakah gadis itu tapi tidak ada kad pengenalan dibawa. Bunyi unggas di sekeliling jalan tiba tiba terhenti. Suasana teramat sunyi. Melati bersedia akan sebarang kemungkinan yang akan datang. Benar firasatnya..
Perlahan Melati menutup lampu kenderaan dan enjin. Hanya sedikit tingkap dibuka untuk bernafas. Melati memeluk Alana dalam keresahan. Harimau kumbang muncul di tepi kereta kancil milik Melati. Harimau menghidu bau manusia dan berkali kali harimau berpusing-pusing.
" Dup..."
Kereta seakan bergoyang. Melati dapat melihat harimau sudah pun merenung dia dan Alana dari cermin hadapan.
" Kresss kresss."
Bunyi cakaran harimau di cermin kereta. Terasa panas dalam kereta waktu itu. Harimau tetap cuba untuk mencakar cermin demi mendapatkan mereka.
" Ah.. sampai bila aku harus menunggu. " Melati berbisik lagi saat suhu dalam kereta panas. Tubuh Alana memerlukan udara untuk mencapai suhu yang baik.
" Poooonnnnnn"
Melati menekan hon lama. Harimau yang terkejut berlari lintang pukang meninggalkan kereta kancil Melati. Ingin sekali Melati meneruskan perjalanan tapi itu agak mustahil. Menukar tayar juga agak rumit dengan keadaan gelap dan bahaya. Bila bila masa harimau itu akan kembali semula. Hanya berharap agar siang datang menjelma harapan Melati.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
__ADS_1
-LIKE
-FAVORIT