ANAK

ANAK
Chapter 16


__ADS_3

Anak


Episod 16


Demi persahabatan yang telah lama terpisah, Alana Julie memohon cuti 3 hari. Sepanjang bercuti dia menghabiskan masa bersama Mia , Carol, Agnes dan Christina. Terasa rapat dan kembali terisi hatinya malah melebihi kehendak hatinya. Rasa bersyukur disetiap saat dirasai.


" Esok kami dah balik. Seronok tengok kau makan puas puas barang yang kami bawa ni Alana. " Mia duduk bersimpuh di sebelah Alana yang menikmati laksa sarawak, buah dabai dan terung masam dicampur sardin ikan.


" Aku doakan korang datang lagi bila bercuti. Aku tak kemana. Kat sini je. Nombor korang pun aku simpan banyak tempat lepas ni. Tak sanggup nak berpisah lagi. " Jawab Alana.


" Kenapa orang sini panggil kau Jue?" Tanya Carol.


" Sebab kat sini kehidupan baru. Aku tak mau kenang kenangan lama yang pahit. Nama Alana khas untuk korang je. "


Semua terharu dengan jawapan Alana. Begitu bernilai kasih sayangnya pada mereka.


" ko ada gerek sik sitok? ( Kau ada pakwe ke kat sini?) " Usik Agnes.


" Dia ni kan.. asyik fikir cinta je. Dari menengah sampai universiti. Ehmm kalau dulu surat ada bedak. Ni asyik sms saja. " Pantas Christina mencelah.


" Aku belum ada lagi lelaki yang boleh temui kunci hati aku. Lagipun aku tak pakai make up macam orang, mana mungkin lelaki pandang. Disebabkan masalah aku dengan korang dah selesai, aku nak kerja sampai mampu menyimpan banyak2. Aku nak bina rumah batu kat Sarawak nanti. Sekurangnya ada la harta aku." Bersinar wajah Alana dengan impian barunya.


" Jangan cakap je.. kene buat. Kami tunggu. Ini satu cabaran faham." Mia menepuk bahu Alana.


**************


Kehulu hilir Iswandi Zainal berjalan. Tidak ada satu pun kelibat wanita cinta pandang pertamanya kelihatan. Terasa hari itu suram. Muncul idea untuk berjumpa kerani.


" Ada pekerja kita bercuti tak minggu ni?" Iswandi Zainal bertanya dengan muka serius.


" Ada tuan. 3 orang. " Jawab kerani.


Nama Alana Julie disebut. Cuti 3 hari bagaikan terlalu lama untuknya. Senyuman manis wanita itu terasa amat dirindui. Seakan ada satu tarikan pada senyumannya. Wajah polos tanpa diselindungi secalit bedak melambangkan ketulusan kecantikan sebenar gadis itu.

__ADS_1


" Zainal... Tuan besar panggil."


Meor datang setelah menahan amarah yang besar. Sudah berapa kali dia menghubungi telefon Iswandi Zainal namun tidak di jawab. Tanpa menyahut atau memandang, Iswandi Zainal berlalu pergi.


" Sabar je la aku jadi pembantu peribadi kau ni. Mujur gaji aku mahal, kalau tak lama dah aku behenti. Bukan nak ucap terima kasih ke bagi duit kopi lepak kantin ke. Kedekut tahi hidung masin. " Meor membebel sambil berjalan tanpa sengaja melanggar seseorang yang sedang membawa kotak besar berisi kompenen.


" Oiii jalan pakai matalah."


Meor membebel lagi.


" Oiii mangkuk!! Aku ni bawa kotak sebesar alam. Nak tengok jalan hadapan pun tengok dari tepi ni. Engkau yang berlenggang kangkung ni buta warna ke tak tengok ke hadapan. Benda kau boleh elak, kau langgar. "


M membuntangkan mata setelah melihat ke atas siapakah lelaki yang berani memarahi nya.


" Cantik siot... Macam pretty zinta. Adeh tapi garang nak mati. Menyesal aku sebarang perli. Dah tak nampak jalan la aku nak pikat dia ni." Bisik hati Meor.


" Yang kau ni terpacak macam lampu isyarat dah kenapa. Tak reti nak tolong aku kutip barang jatuh ni ke. Mujur aku berlanggar kat sini. Ikut nya berlanggar kereta tadi, ha merasa kau aku minta sebiji kereta baru. Dengan jenama kereta sekali tukar. Kancil bertukar honda.. ha kau ada..berani la buat pasal dengan aku."


M membebel tanpa memperdulikan Meor memerhatikan kan dirinya membebel. Entah kenapa, dari cara M membebel membuat hati Meor tertarik. Hatinya geli hati dan mula dalam diam menyukainya. Meor pernah berkhawin tapi setelah kematian isterinya, dia menutup pintu hati untuk mana mana gadis. Dia mengikut kemana saja Iswandi Zainal menjadi pembantu peribadi. Walaupun gadis luar negara dikatakan cantik, sedikit pun tidak terbanding arwah isterinya. Tetapi sejarah mungkin berulang, wanita dihadapannya kembali membuat jantungnya berdebar kuat.


M mengangkat tangan seakan mahu memukul bila Meor masih terpacak berdiri memerhatikannya. Dia berjalan laju dan hilang dari pandangan Meor.


" Zainal.. kenapa kamu gelisah.. ada apa apa mama dengan papa tak tau ke?" Dengan senyuman Maria bertanya.


" Ehmm... Tak ada apa apa la mama." Pendek jawapan Iswandi Zainal.


" Tak payah nak bohong papa la Zaina. Awak duduk kat bilik mesyuarat bawah semalam . Tapi mata tu memandang orang kat luar dengan penuh perasaan. Papa nampak je semua kejadian. Tiap ruang ada je cctv." Jelas Fauzi.


" Ehmm... Kira macam tu la papa. Tak kenal lagi siapa dia. Just nak kenal." Jawab Iswandi Zainal.


" Ok.." pendek jawapan Maria.


" Mama marah ke ni?" Perlahan Iswandi Zainal mendekati mamanya.

__ADS_1


" Tak marah pun. Cuma tak nak masuk campur." Jawab Maria sambil membelek dokumen.


" Mama tak suka sebab dia tak sama taraf kan?" Iswandi Zainal cuba berinteraksi.


" Ehmm.. serkap jarang anak awak ni abang. Ni mama nak terangkan. Dulu mama pesan ribuan kali, Zainal kalau nak bercinta kene setaraf. Padahal mama tak kisah pun. Sebab kenapa mama buat macam tu... Ni Zainal dengan elok elok. Kalau Zainal bercinta waktu study, nak fokus apa? Jadi sebab mama pesan macam tu, Zainal susah la nak bercinta. Ni dah habis study. Nak dengan makcik cleaner kak Esah pun mama tak larang asal jangan cari pasangan makan dadah ke . Merokok ke ...ha mama pantang. "


Maria tersenyum memandang Zainal.


" Baru baru nak pikat mama..belum pernah bercakap lagi. Entah nak ke tak dia kat Zainal." Jawab Zainal jujur.


" Usaha la.. ni Zainal. Betol kata mama kamu tu. Kami larang kamu bercinta dulu bersebab. Tengok kilang tv kita ni. Ramai Zainal orang cari makan kat sini. Kita kene berjaya jaga periuk nasi diorang. Kalau kita gagal, mereka juga susah kehilangan pekerjaan. Sekarang Zainal dah habis belajar, zaman pun dah berubah. Zainal cari la idea kembangkan kilang kita. Nak buat apa apa...kene pandang wajah wajah ribuan pekerja kita. Memang mereka hanya pekerja, tapi kita ni yang jadi pelindung diorang." Jelas Fauzi.


" Jadi benar benar tak ada halangan kan mama...papa..." Bersungguh-sungguh Iswandi Zainal bertanya.


" Tak ada... Awak tu lelaki. Siapa pun pasangan awak, bukan dia yang nak kene cari rezeki untuk keluarga. Awak tu yang kene cukupkan..kembangkan ekonomi keluarga. Sebab itu awalnya tapak kene kukuh. Tapi soalan papa ...dah sedia ke nak tanggung dosa seorang isteri. Kawin ni Zainal bukan setakat bersama je. Semua tiap inci kena kita ni yang tanggung yang didik yang corakkan." Pesan Fauzi.


Maria hanya tersenyum. Teringat zaman awal perkenalan dengan suaminya. Dia agak tomboi dan selekeh. Entah ciri ciri apa yang ada padanya sehingga Fauzi bersungguh-sungguh menjadikan dirinya sebagai isteri. Melihat wajah bahagia Iswandi Zainal satu satunya zuriat yang ada, terpancar kepuasan hati seorang ibu.


**********


" Habis sudah ilmu ku serahkan padamu Abot. Kau sudah capai tahap yang amat tinggi. Terima kasih kerana sudi menerima dan membebaskan aku dari siksaan hidup bersama jin belaan ku. " Doyok bersuara dikala Abot berbaring.


" Itu kau jangan risaukan. Aku memang mahu dan ingin kuasa. Berat apa pun dugaan, aku yakin aku mampu asalkan orang yang aku benci hidupnya musnah. Andai mati , itu terlalu mudah dan senang untuknya tetapi andai menderita dalam hidup, seksaan yang amat luar biasa. " Abot tersenyum dan terbayang wajah Alana Julie dimatanya.


" Tunggu nasib mu Alana."


Bisik hati Abot dalam diam. Jin jin peliharaan yang tidak dapat dilihat orang lain sedang enak menjamah salah satu penghuni penjara. Orang itu kelihatan lesu dan batuk berdarah. Tapi sebenarnya dijamah oleh jin jin baru Abot. Dalam seminggu pasti ada 1 kematian dalam penjara. Hasil laporan bedah siasat tetap mengatakan kerosakan organ dalaman. Nyawa insan lain tidak pernah bernilai di mata Abot. Tidak pernah peduli siapa pun mereka seksa mana pun mereka waima di depan mata.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2