
Anak
Episod 33
" Swwwwiitttt..wwwiitt tiiiuu tiuuu"
Siulan Twan kuat dan disedari Irzan.
" Yooo bff ku. Baru sekarang nak jumpa. Berapa lama dah aku pindah sini. Ah.. balik la kau. " Irzan seakan merajuk.
" Haiissshh... Kau ni Irzan, kau kan tahu aku ni bisneesman. Sana sini hala tuju aku. Siapa lah nak tolong mak aku uruskan bisness sini kalau tak aku yang hensem lagi sado ni. Sekarang sibuk sikit Irzan sebab aku dah naik pangkat jadi buaya darat. Sana sini aku ada awek . Eh bukan awek la..senang cerita teman tapi mesra ." Twan tersengih-sengih.
" Ye la tu. Jadi biawak pun tak lulus ada hati nak jadi buaya. Mak kau kat mana sekarang. Bapak aku kata diorang ada urusan mengejut kat semenanjung. Tapi mak kau balik sekejap, sebab bapak kau nak ke luar negara. Lepas bapak kau pergi baru dia pergi semenanjung." Kata Irzan sambil memegang lengan Twan yang keras berotot.
" Ko rasa apa ye yang terjadi? Aku ni hensem je tapi kelebihan yang korang ada . Aku tak ada. Kelebihan pickup line . Ha aku memang terer. Cair hati semua gadis². " Kats Twan lagi.
" Aku tak pasti tapi macam akan ada perkara besar yang terjadi. Aku harap semua baik2 belaka. Kalau aku tak kerja, aku memang nak uruskan. Bapak dengan paklong aku dah tua sangat dah. Pakcik Pion pun bukan larat sangat. Selalu batuk kering sejak dua menjak ni. Mak kau pula, uruskan keluarga. Nama pun bini orang kan. Pakcik Hisham dan Aizat pun dah pergi tinggalkan kita. Arwah dulu banyak juga ajar ilmu kat aku. Rindu teknik comando arwah pakcik Aizat. " Keluh Irzan.
" ada seorang kau tak sebut.. si Aisyah. " Twan tersengih-sengih.
" Ish ko ni. Dia dah jadi isteri Lokman dah. Hal lama tu biarlah berlalu. Lagipun kembar dia yang banyak tolong aku waktu aku tak dapat terima kenyataan. Aisyah tu baik orangnya Twan. Mana layak aku jadi pilihan dia. " Jujur Irzan berkata kata.
" Yelah.. lagipun dia doktor terbaik kat Pulau Puaka tu. Nama dia semua tempat tahu. Hospital dia pun megah. Tapi dia tak pernah minta orang bayar lebih dari kemampuan. Yelah , semua kita dah terlebih harta . Jadi benda tu hanya untuk jadi sedekah kehidupan je la. Tapi kau iklas ke Aisyah pilih Lokman. Ko pun tahu kan, Lokman tu panas baran. Dari family yang ada sejarah dia juga. " Tanya Twan.
" Iklas .. aku pun dah kenal gadis lain. Baru nak kenal hati dan perasaan. Tapi aku tak nak mengharapkan apa apa dah. Kalau ada jodoh ..ada lah.." Irzan jujur berkata kata.
" Ah kau dah habis waktu kerja kan. Aku nak bawa kau kat satu tempat ni. Best... Nama tempat tu karoke.. ah jom. Kita telan kaset bagi suara sedap sikit. Lama dah tak buang karat kat tekak ni. " Ajak Twan.
" Eh betol juga. Aku dari pindah, pergi kerja balik kerja. Dah macam family man sangat dah. Ha..kau tunggu aku kejap. Aku siapkan kerja sikit, kita balik rumah. Mandi dan enjoy sampai pagi. Esok kan off day." Irzan tersengih-sengih. Dia dengan Twan kawan baik sejak kecik. Setiap cuti sekolah, kak Lydia akan membawa Twan ke semenanjung. Hanya perbezaan umur saja membezakan mereka. Tetapi semangat adik beradik angkat tetap kuat. Irzan tetap memanggil mak Twan sebagai kakak kerana kak Lydia memanggil Azman sebagai apak.
*************
__ADS_1
" Korang bertiga jangan nak tido kat bilik!! Tido sini!!" Jerit Sofia.
Bilik stor kosong dijadikan bilik Iswandi Maria dan Fauzi. Mereka makin menurut perintah Sofia. Bibik pula hanya menurut perintah dikala di suruh.
" Rindunya kat sayang..."
Seorang lelaki datang memeluk Sofia.
" Baru sekarang nak rindu. I dah pregnant sekarang dan lelaki tu bakal jadi penama. You larikan diri macam tu je kan!!" Marah Sofia manja.
Khay seorang duda berkepala botak yang hensem tetapi amat mencairkan mana mana wanita hanya dengan senyuman. Khay bukanlah lelaki kaya tetapi lelaki simpanan mana mana wanita yang berharta termasuk Sofia. Sofia tahu tentang Khay tetapi dek kerana layanan Khay yang unik, Sofia sukar melepaskan kekasih bayarannya itu.
" Bukan lari la sayang.. tapi ada job kan. I kene sara hidup i. Kalau u mampu bagi i gaji jadi suami you. Sekarang pun i rela. " Ucap Khay tanpa berselindung.
Sofia sememangnya berharta tetapi untuk membeli Khay , sejujurnya ayahnya akan marah dan memutuskan hubungan dengannya. Belaian Khay gagal ditolak. Mereka hanyut dalam kemesraan.
" Dah malam ni Jue..makan la sikit." Pujuk Liya.
" Sabarlah..pasti ada jalan kelak. " Pujuk Liya.
Tasbih tidak henti henti dizikir bersama air mata. Jue berharap agar semuanya pulih. Malam itu juga setelah Khay pulang, Sofia menjemput dukun ke rumah agam milik Fauzi. Sofia tidak puas hanya mendapatkan ilmu nasi kangkang. Bermacam lagi ilmu ingin dipelajari termasuk ilmu santet.
" Mia... Aku tak sedap hati. Dari tadi hati aku teringat Jue." Agnes bersuara.
" Bukan kau je..aku pun sama. " Ucap Christina.
Mereka berempat dapat merasakan perasaan yang pelik. Mereka jauh beribu batu. Menyambung pelajaran di luar negara bukan mudah untuk pulang. Mereka disana juga perlu bekerja separuh masa demi kelangsungan hidup. Hanya Mia yang tidak bermasalah soal duit.
" Tunggu cuti semester, kita balik. Aku akan cuba cari dana macam mana pun demi kawan kita tu. Aku dah bagitahu bapak aku, lawat Jue kat semenanjung kalau ada waktu."
Perlahan Mia bersuara. Jauh dalam hatinya sudah berhari hari tidak tenang memikirkan temannya itu. Sejak berkahwin, Jue jarang menghubungi mereka dek kerana talian luar negara yang mahal. Namun itu bukan penyebab mereka menjauh tetapi memberikan ruang kepada Jue menjalani kehidupan berumahtangga secara semulajadi dan bahagia. Tidak seorang pun dari mereka tahu Iswandi bernikah dengan Sofia dan Jue telah dimadukan.
__ADS_1
" Sayang .."
Hati Iswandi meronta ronta.. tetapi fikiran dan jasadnya dikawal. Air matanya mengalir. Rindu teramat dalam pada Jue masih bersisa. Ingatannya pada senyuman Jue masih kekal.
" Hoiii... Makan habis!!!"
Nasi kosong dan air rendaman pakaian dalam diberikan.
Maria Fauzi dan Iswandi tidak mampu mengawal diri. Hanya mampu mengikut kehendak dan terus menjamah makanan tanpa mampu menolak.
" Bieeee!!!"
Jue menjerit setelah terlelap. Dalam mimpinya, suaminya di ikat dengan pohon berduri. Dia terseksa dalam ikatan itu. Meronta-ronta mahu dilepaskan. Air mata Jue mengalir deras saat melihat sendiri ada jelmaan menyuapkan sisa kotor dijadikan makanan suaminya.
" Jangan makan!!! Jangan...!!!" Jue menjerit sekuat hatinya.
" Jue bangun Jue.. solat subuh sama2" ajak Liya.
" Makcik..." Jue terus memeluk Liya dalam keadaan menangis teresak-esak.
" Pakcik tahu alamat yang kamu dapat. Pakcik harap kamu redha. Perbuatan suami kamu bukan kehendaknya. Maafkan..dan kita berusaha menyelamatkan keluarga kamu ye nak. " Pion bersuara ketika melalui bilik jue.
Namun berat hati Pion. Sebenarnya musuh lama mereka sudah kembali. Musuh sebenar Lydia.. iaitu Amelia. Mampukah mereka menewaskan insan yang telah sebati berdamping dengan iblis??
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT