
Anak
Episod 34
(Warning 18+)
" Irzan.. kau ada dengar tak khabar aneh dari orang tua kita?" Tanya Twan.
" Sebenarnya aku ada dengar. Sampai bapak aku cakap, andai terhenti nafas saat berkhidmat di jalan Allah, redhakan. Jaga mak aku baik baik." Irzan menjawab.
Lydia sudah pun ke semenanjung berkumpul bersama Pion Azman dan Budin. Kemurungan Lydia punca Twan dan bapaknya melepaskan dan mengizinkan Lydia bertarung di jalan Allah. Irzan dan Twan seringkali berjumpa akhirnya mengambil keputusan tinggal serumah.
***** Amelia ********
Leman si naga air terpaksa melarikan diri dari serangan ratu sihir. Habis perkampungan bunian diranapkan sejak semua naga air terpukau dan menurut perintahnya. Raja Mahfuz juga berjaya dipukau sehingga ratu sihir telah menaiki takhta saat itu. Hanya Leman si naga air yang ditugaskan menjaga pulau selamat.
" Kau telah aku selamatkan wahai manusia. Kini kau boleh bebas dari pulau kecil ini. Tetapi kau akan ku jadikan anak angkatku." Kata ratu sihir.
Amelia membuka mata. Hanya beberapa saat lagi nafaskan akan terhenti. Amelia cuba membunuh diri dari belenggu kekecewaan bekas suaminya lebai Ali. Hidupnya suram kerana terlalu lama terkurung di pulau kecil itu. Entah mengapa, udara kembali memenuhi ruang pernafasan. Wanita bertanduk dan berwajah seram berada dihadapannya.
" Benarkah?? Nama ku Amelia. Aku hanya inginkan kebebasan. " Pinta Amelia.
" Hahaha aku lah ratu iblis.. ratu sihir dan wanita penawan pengoda setiap lelaki di mana saja. Akan ku ajari mu Amelia. Agar kau selayaknya menjadi anak angkat ku ..ahahaha"
Amelia berpuas hati dengan kehendak ratu sihir. Kisah lama dengan Carlos diikuti lebai Ali menjadi dendam dalam hati Amelia. Dia ingin menghancurkan sesiapa saja insan yang bahagia di dunia.
" Aku mahu jadi berkuasa dan sejahat jahat manusia." Pinta Amelia.
" Kerana itulah kamu ku pilih menjadi anak angkat ku.." ahahaha gelak ketawa ratu sihir bergema.
Saat Amelia tiba ke tanah seberang, semua penduduk tunduk termasuk raja Mahfuz. Jin hutan dan semua yang hidup mengabdikan diri pada ratu sihir. Amelia terpinga pinga saat dayang istana membawa perkakasan pakaian serta menghias dirinya seperti puteri raja. Tersenyum puas hati Amelia ketika melihat seluruh perkampungan lebai pa juga di jadikan hamba abdi. Kini wajah musuh ketatnya Lydia terbayang di mata. Teringat saat akhir dia bertemu Lydia. Wajah insan yang bersama Lydia juga masih segar.
__ADS_1
" Aku akan tuntut kau Lydia. Insan yang bersama mu sudah tua di alam manusia. Mungkin sudah mati. Aku harap , kita berkesempatan berjumpa. Aku tidak akan biarkan kau hidup tenang dan damai. " Lydia berbisik dalam hatinya.
"Fabian... Fiona.. aku akan pastikan semua yang bahagia seperti kalian tidak akan wujud lagi di muka bumi. Kerana kau Fiona, Carlos lelaki yang aku cintai tidak pernah menghargai aku. Kerana kau, aku tidak dapat bahagia walaupun di alam lain. Anak mu punya angkara. Keturunan mu punca aku berdendam dan akan aku habiskan sisa hidup ku demi menghancurkan semua orang."
Berbisiklah Amelia sendirian tanpa tahu ratu iblis atau lebih dikenali sebagai ratu sihir mendengar bisikan hatinya. Kekuatan dendam adalah makanan ratu sihir. Semakin kuat insan berdendam dekat dengannya semakin kenyang dan sihatlah dirinya. Lama Amelia memandang salah satu pasangan. Wajah lelaki itu kacak.
" Siapakah orang itu mak?" Tanya Amelia
" Tunizar dari perkampungan gunung. " Pendek jawapan Ratu.
" Di sisinya siapa?" Tanya Amelia.
" Risda... isterinya." Ratu menjawab tersenyum sambil memintalkan rambutnya.
Amelia berjalan menuju ke arah Tunizar. Tanpa mampu melawan Tunizar di tarik perlahan meninggalkan Risda. Air mata Risda mengalir perlahan tetapi dia tidak mampu melawan.
************
" Eh mana ada.. pakcik fikir kulit pakcik ni ha. Rasa sekejap je waktu berjalan.. dah berkedut. " Jawab Pion.
Deringan telefon menyelamatkan Pion dari terus di soal.
" Ha baguslah.. kita berkumpul. Aku pujuk dah Liya.. hampir gagal. Tapi mujur anak aku kat Amerika tu nak minta tolong jaga isteri dia pantang. Malam ni dia ke sana. Cuma ..aku risau andai itulah kali terakhir aku tengok dia."
Selama Pion hidup, belum pernah dia memikirkan keburukan atau apa apa yang akan terjadi. Mengenangkan dirinya semakin berusia, dia bimbang akan tenaganya.
" Kau kenal pokok durian tak Pion. Lagi berumur ...makin padu rasa duriannya. Dulu kita muda..tetapi mentah dalam ajaran agama. Sekarang jasad kita tua..tetapi ilmu kita bawa ni seusia dengan diri kita. Nak takut apa?" Jawab Azman.
" Deng...ooo..deng.. aku dengar macam bunyi orang takut je tu. Ko tengah pakai pempers orang tua ke sekarang?" Terdengar dari corong telefon suara Budin mengejek.
" Eeee la ko ni Mok. Lemak ko je tak pandai tua. Ha datang cepat ..kita banyak urusan." Pion menjadi bersemangat setelah mendengar usikkan Budin.
__ADS_1
" Apak... Saya apak tak nak jumpa ke?" Suara lembut kasar ada dicorong telefon milik Lydia.
" Sekali la tu. Dah korang guna 1 telefon je. Oo Mok ..Man.. nampak gayanya, korang kene minta tolong atok bunian korang juga. Sebab kali ni memang merbahaya. Korang sampai baru aku cite. " Kata Pion.
Terdengar dari intonasi Pion mereka seakan tahu perkara lebih merbahaya dalam misi mereka. Sudah agak lama Budin dan Azman tidak berjumpa Tok Man dan Tok Budi. Semenjak Irzan lahir, Irzan lah menjadi anak didik kedua tok. Antara zuriat terpilih hanya Irzan mewarisi segala ilmu dari kedua tok.
************
Sofia merasakan hidupnya amat sempurna. Tiada lagi gangguan. Tiada lagi bunyi sindiran. Khay bebas datang dan pergi sesuka hati bertemu dengannya. Azan bergema lagi.. kepala Iswandi mulai sedar. Tetapi mereka terkurung dalam stor.
" Mama..papa.. kita di pukau. Ya Allah mana isteri aku. Sayang...kat mana sayang sekarang.." air mata Iswandi bergenang.
Terkadang ingatannya muncul saat ingin memukul Jue dengan kayu hoki.
" Sayang...itu bukan kehendak bie sayang.." air mata Iswandi mengalir saat terkenang wajah Jue meminta izin dan mencium tangannya sebelum hilang melarikan diri.
" Apa dah jadi dengan kita bang.." menangis Maria melihat mereka berak dan kencing di ruangan stor. Untuk bersolat pun mereka sudah tidak dapat kerana ada najis. Mereka tidak mandi dan berlapar.
Iswandi duduk di dinding. Berlinangan air matanya sambil bernyanyi khas untuk isteri tercintanya. Sesekali dia teringat akan mimpinya ngerinya tentang Jue. Dalam mimpi itu Jue menderita dan anak dalam kandungannya dalam bahaya.
" Sayang... Bie rindu sayang sangat-sangat. Bie tak nak kehilangan sayang. Kemana sayang pergi. Kemana sayang.. selamatkah sayang?? Sayang jangan pergi dari bie..."
Iswandi terus merintih sehingga dia kembali lagi terpukau semula dengan ilmu nasi kangkang.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT