ANAK

ANAK
Chapter 3


__ADS_3

Anak


Episod 3


" Kak M... Rajin kau hari ni.. bersih sungguh rumah kita ni." Anita dan Silvia masuk setelah habis kerja.


" Bukan aku yang buat. Budak melayu yang baru masuk kerja tu buat." Kata kak M sambil makan nasi bungkus.


" Ayoyo.... Melayu?? Macam mana ini Nita?? Saya baru beli ini daging babi. Apa pasal you tidak call bagitahu?" Silvia agak terkejut saat itu.


" Kita masak habis..makan sekarang. Lepas ini kita tak payah beli lagi. Dia punya bilik ada port masak. Dia pun sudah tau kita bukan islam.. jadi dia tidak akan pakai kita punya barang. Tapi jangan kerana dia tidak pakai kita punya barang, kita sesuka hati mau beli daging. Kalau mau makan, kita makan di kedai la." Mereka setuju dengan idea kak M.


" Banyak rajin la itu budak. Tandas pun bersih..dapur pun bersih. Pukul berapa dia datang? Mana dia sekarang?" Tanya Anita.


" Dalam pukul 10 pagi.. tadi pukul 5 turun kerja. Dia punya bilik hujung. Dia kemas terus jadi super cantik." Kata kak M.


Silvia dan Anita cepat menuju ke bilik hujung. Semua terpegun melihat bilik Ella yang kemas dan cantik.


" Tapi... Bukankah ini bilik seorang pun tidak dapat duduk?" Anita teringat sesuatu.


" Aiyooo... Jangan ungkit lah.. mari masak.. makan habis ini daging. Rehat awal. Ini macam cantik bersih, mulai hari ini kita sama sama jaga ini rumah ya." Ajak Silvia.


" Boleh percaya ke dia punya kata kata?" Anita sedikit ketawa mendengar. Silvia terkenal dengan sifat pemalasnya di rumah.


" Kak M apa pasal you tidak suruh itu budak satu bilik dengan you. Saya tak sedap hati lah." Silvia pula bersuara.


" Tadi kata jangan ungkit.. cehhhh!!" Anita mula membuat mimik muka.


Kak M hanya diam membisu. Jauh dihatinya teringat kejadian yang pernah terjadi tapi dia tidak boleh mengundurkan waktu.


" Hal tu pun sudah lama kan."


Hanya itu yang dapat kak M suarakan. Sudah hampir 25 tahun dia tinggal dirumah itu dan sudah ramai penghuni rumah itu bertukar ganti bila ada yang berhenti kerja. Tapi kejadian lama itu seakan masih baru baginya.

__ADS_1


Semalam seakan muncul satu misteri baginya. Dia bermimpi kan arwah Lana. Gadis sarawak yang pernah dikenalinya. Seakan wajah Lana bahagia menanti hari esok. Sekian lama dia tidak bermimpikan arwah Lana dan entah kenapa pagi itu dia terlalu mengantuk dan tidak sengaja menunjukkan bilik hujung itu pada Ella.


" Wei M .. kami panggil apa pasal tak dengar?" Anita menggoncang bahu M.


" Aku mengantuk.. ha kenapa?" Tanya M mengalih perhatian.


" Itu budak nama siapa? Banyak baik punya orang. Baju kami pun dia tolong cuci. " Tanya Anita.


" Ella.." saat kak M menyebut nama Ella, pintu bilik Ella tertutup perlahan. Mereka terkebil kebil.


" Cepat makan.. aku mau keluar lepas ini. Kongsi duit. Aku mau beli tv. Mulai hari ini.. kita betol betol bersihkan rumah. Itu ruang tamu, kita letak carpet bulu. Kita lepak tengok tv lepas ini. Tiada lagi duduk di bilik saja kalau tak kerja. " Kak M bersuara.


" Ini betol ke tipu tipu. Kalau itu macam , saya mau beli set karaoke. Cuti kita boleh nyanyi." Kata Anita.


" Portable Aircond juga.. ha.. lagi syok.. tidur terus ruang tamu pun boleh. " Silvia teruja.


" Semua mau.. duit ...mana duit.." tanya kak M.


" Ini makcik banyak bising lah. Jom kita sama sama pigi itu kedai. Aiyooo.. court mammoth ada la. Gaji kita kasi bayar lah. Pindah masing masing ambik mana barang yang dibeli la.. itu pun susah?" Jawab Anita.


" Meja macam rumah jepun.. kita nanti cari bantal segi empat besar.. tak payah sofa.. kan.. " idea kak M di setujui dan mereka dapat berjimat.


Semalaman mereka menghias ruang tamu. Terasa bangga melihat rumah terisi. Tapi malangnya tv tiada siaran. Mereka terlupa membeli entena tv. Mujur set karoke dvd Anita dijadikan hiburan malam itu. Mereka benar benar tidur di ruang tamu merasai udara sejuk dari portable Aircond Silvia. Posisi ruang tamu agak terlindung dari bilik Ella. Tapi berdekatan bilik kak M. Malam yang sunyi dan sepi, satu bayangan dari pintu utama masuk dan menuju ke bilik Ella tanpa ada sesiapa menyedari. Bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka pagi itu.


" Wei...dah pagi.. matilah..kita lambat turun kerja!!" Kak M kelam kabut membuka pintu dan berlari mandi.


Ella tergamam melihat perabot yang memenuhi ruang tamu.


" Ella..kamu nanti tidur ye. Tapi jangan guna peralatan memasak kami. Tidak halal. Kami kerja dulu. "


Hanya sempat memberus gigi dan menukar baju, mereka berlari mencari grab yang sudah menanti. Ella masuk mencuci segenggam beras dan terus mandi. Setelah mandi, nasi Ella sudah masak. Dia mengoreng telur dan menuang budu memicit cili dan limau. Beberapa helai kobis di ambil dan di cuci. Ella makan dengan penuh ketenangan. Teringat saat hari pertama kerja, semua memujinya membuat kerja dengan cepat. Dia sudah biasa bekerja di ladang buah arwah nenek Maziah mengasingkan buah, maka setakat mencantum komponen yang di ajari amat mudah bagi Ella. Tidak perlu sekolah tinggi hanya perlukan pemahaman dan kecekapan tangan mematri.


Rutin harian Ella akan mencari penyapu terdahulu. Dia menyapu dan menyidai pakaian barulah dia tidur. Walaupun mengantuk, Ella bangun untuk solat. Kemudian barulah tidur semula. Barulah dia faham keletihan kak M yang berkerja malam. Tilam empuk memberikan keselesaan Ella dalam tidur. Petang melabuhkan tirainya. Ella mandi dan memasukkan lebihan nasi ke dalam bekas. Selepas mencuci periuk nasi, Ella turun menanti van. Mujur pada hari itu ada tempat duduk untuk Ella. Penuh ceria Ella melakukan tugasnya. Hari kedua, Ella sudah ada beberapa kawan. Semua memandang Ella yang membawa bekal.

__ADS_1


" Ha.. esok kami pun nak bawa bekal. Selama ini rasa nak bawa.. tapi tak ada geng. Geng tapau makanan ramai la." Ella hanya senyum mendengar kawan barunya menyapa dan mengajak mereka makan bersama sama.


" Nek.. Ella dah ada kawan baru. Ella dah ada kerja nek.. nanti kalau Ella ada duit, Ella balik ye cari kubur nenek. "


Jauh dalam hati Ella benar benar merindui arwah nenek angkatnya. Dari jauh Zainal mencari komponen yang di patri Ella. Dia menyemak semula komponen kerana mendengar desas desus Ella cepat membuat kerja. Zainal tidak menemui Kesalahan dalam kerja Ella.


" Ella.. dalam kilang ni, kau kene elak seorang je.. ko nampak tu..ha nama dia en Zainal. Dia punya perangai ...suka cari gaduh..cari kesalahan orang. Bila dia jumpa salah kau, dia maki kau macam kau ni tunggul kayu." Noni mula bercerita.


" Apa pula satu.. dua lah.. minah mereng tu kau tak kenalkan pula?" Kata Yana.


" Minah mereng tu tak turun kerja hari ni. Ah lain kali kita kenalkan. Ha jadual kita sama tau Ella. Beerti kita satu team. Lagi satu malam, baru kita turun tengahari esoknya. " Terang Yana.


" Baiklah.. sedap la pula telur kau goreng ni Ella. Kau letak apa?" Tanya Noni.


" Sos ikan sikit dengan serbuk pasti sedap. Pukul telur tu goreng je." Jawab Ella.


" Ella.. nah ni rm20. Esok kau bawa bekal untuk kami eh. Nasi goreng pun ok je. Aku faham kau baru masuk kerja tak ada sangat duit. Kami dulu pun macam tu. Nanti aku ajar kau nak kejar ot macam mana. Lepas je cuti..kita masuk pagi..kita kayuh sampai malam. Yelah duduk rumah pun bukan buat apa. Balik tu tidur.. pagi tu bangun lah kerja. Jangan main main tau.. terkadang bila kami kejar ot, lagi besar dari orang kerja office gaji kami. " Yana mula menaikkan semangat Ella.


" Eh boleh.. rm 20 ni saya guna beli lauk sikit eh. Kita makan nasi berlauk. Ada ke nasi goreng je. Banyak tau rm20 ni bagi saya. "


Noni memandang wajah Ella.


" Banyak? Beli apa je la rm20 Ella. Nah lagi rm 10." Noni menambah.


" Eee tak payah. Ni dah banyak. Esok kita makan eh. Ha kalau sedap.. korang rasa nak lagi.. Ella masakkan. " Kata Ella.


Semua tersenyum memandang Ella. Wajahnya jujur dan ceria.


***Bersambung***


-COMMENT


-LIKE

__ADS_1


-FAVORIT


__ADS_2